Friday, August 13, 2010

GOOGLE GOOGLE..TERJUMPA 'QARIN'. APA TU?


Salam Ramadhan

Aku google google sebelum ke tempat kerja tadi. Dan satu terms yang aku jumpa semasa proses carian itu. "Qarin". Apa tu Qarin?

Ini sangat mengujakan. Mengujakan aku lah, sesungguhnya. Aku harap kalian juga. Jom baca info ini:)

Menerusi pembacaan singkat itu, aku dapati Qarin ni adalah penjaga atau pendamping manusia sejak kita dilahirkan lagi. Qarin ni ibarat kembar manusia. Hidup berdiam dalam naluri rohani anak-anak Adam. Qarin dikatakan mempunyai wajah yang seiras dengan si empunya tubuh.

Umumnya Qarin ini kerjanya memang tak ada lain. Tetap berdiam di sebelah kiri manusia dan tugasnya membisikkan perkara-perkara melalaikan, melekakan sehingga manusia itu menemui kehancuran. Disini pentingnya utusan Malaikat disebelah kanan yang membisikkan perkara-perkara baik dan hal-hal kebaikkan kepada manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Jadi sebagai manusia, kita perlulah berwaspada dan berpegang pada iman yang teguh. Lawan bisikan-bisikan itu. Qarin ni kalau korang nak tahu, akan meniru perilaku kembarnya dimana selepas berpisah dengan kembarnya (manusia) tatkala mati kelak. Perlu diingat, roh yang telah dicabut akan dibawa ke alam barzakh dan yang tinggal di dunia adalah Qarin. Qarin tidak akan mati sehingga akhirat dan selama itulah dia akan menipu manusia-manusia hidup dengan mendatangi rumah keluarga atau datang dalam mimpi semua.

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Allahualam. Selamat Berpuasa dan Berbuka Puasa!

Sumber di sini dan di sini


14 comments:

shahirahkhairudin said...

wawawa.. Ibu penah cerita pasal Qarin mase kecik-kecik dulu.. mase tu budak, dah sah sah le takutttt...

bARdbOO said...

first time tau pasal benda ni..thx kongsi info yer.. =)

Anonymous said...

wahhh..nice info...leh jadi isi cerita karangan aku ni...hehhe

p/s: slow nk try test karang ni...mintak tunjuk ajar la....

Faizal Sulaiman said...

shahirahkhairudin---)kan shira.faizal lagilah baru tahu.terbayang rupa bentuk Qarin kita sendiri.

Faizal Sulaiman said...

bARdbOO ---)welcome, Bard:)

Faizal Sulaiman said...

Mr.Homosapiensz ---)hehehe..serius ke ni?boleh aje.PM PM:)))

Abu Uwais said...

banyak jugak jai belajar pasal qarin ni. dulu2 la. hehe... tapi kalau nk stody pasal qarin ni mmg bayak la

Faizal Sulaiman said...

BLOG PUTERA YUSOFF ---)wah jai.mesti tau mcam2 ni.faizal hanya menulis berpandukan sumber internet je.rahsia ilmu Allah yg takde hujungnya kan?thanks singgah jai:)

Pencacai Alim said...

setiap manusia ni ada pedamping..itu dh jadi satu lumrah...kalau amalan yg baik, insyallah pedamping tuh baik..kalau buruk begitulah seterusnya..

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)tulah.aku terbaca juga yang tu.huhuhu..buat aku terfikir, amalan kita memang kena jaga elok2:)

Abu Uwais said...

blog hebat mestilah kena singgah. xtau mana pon. just mengaji dulu2. ada la tau ckit2

Faz Nandra said...

hebatnya kuasa Allah...=)pernah juga diterangkan dulu oleh ustaz waktu zaman sekolah.. ^^, terima kasih dengan info ni faizal... ^-^

Faizal Sulaiman said...

BLOG PUTERA YUSOFF---)biasa2 aja jai:)hehe..kan.seronok bila dapat tahu pasal qarin ni.tambah lagi ilmu kita

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra ---)sama2 faz.kongsi2 kan:)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED