Thursday, August 05, 2010

FANTASIA: GAM GAM TERUS LEKAT.

Openning filem ni

Salam:

Semalam chatting dengan Along. Berbincang dengan kolaborasi bagai selanjutnya bakal menakutkan pembaca. Har har har. Tungguuu

Harini aku nak cerita pasal sebuah filem yang aku dah kongsi dengan Along di dinding FB dia. Korang tau filem Fantasi? Yang sedikit masa dahulu mencetuskan kontroversi tu? Ok la mungkin masa filem tu ditayangkan, kau kecik lagi kut.hahaha. Masa ditayangkan, aku berusia kurang lebih sembilan tahun…Eeek? Lupa la.

Filem tu kontroversi, disebabkan content ceritanya yang dikatakan mengarut. Ianya diharamkan penayangannya sehingga beberapa babak dipotong, ia kemudiannya ditayangkan pada tahun 1993. Tapi filem tu tak berapa nak mendapat sambutan sangat.

Ratu Silbi dizaman purba.hehe Tengok la tanduk dia.Scary woo


Filem arahan Aziz M Osman ni dilakonkan oleh Erma Fatima, Faizal Hussien, Kuza, Mustapha Kamal as well as Melissa Saila ini menceritakan Ratu Silbi yg hidup sejak zaman kuno, mengamalkan ilmu hitam-membunuh anak dara diwaktu bulan mengambang sehinggalah dia membunuh Dara, seorang gadis yg hampir menjadi isteri kepada Teruna yang sebelumnya dibunuh Ratu itu. Dara bersumpah bahawa dia mahu membunuh Ratu Silbi dengan merasuk Nora-seorang wartawan muda zaman moden yang menyiasat kematian gadis2 di bulan mengambang. Nora dan Rahmad berjaya membunuh Ratu Silbi dengan bantuan Tuhan.

Filem ini sangat best okay! Serius! Aku tontonnya masa filem ini masih versi VHS (Video Home System) aka tape okeh. Banyak kali aku tengok! Adalah dalam lima, enam kali! Sampai aku boleh hafal jalan ceritanya!

Babak last citer ni:)

Masa memula tengok, sangat scary! Nak2 costume Mustapha Kamal as Ratu Silbi tu yang menggerunkan siap dengan tanduk bagai!. File mini menggunakan beberpa unsur songsang seperti penggunaan Ratu Silbi (Ratu Iblis), Kana (Anak), Natiahs (Shaitan). Sungguh! Aku mahu mencari filem ni. Siapa ada? Kalau boleh, aku nak buat koleksi! Maklumlah, filem dah kena banned, ntah ada lagi ke tak! Aku google2 Youtube pon, Cuma jumpa sedutan awal filem ni je:(

Hampa! Haihh kalaula ada direktor buat remake citer ni, sure lepas punya!!!

Oh ye, ni teaser poster 3 untuk siri seram Loro: Jilbab Chendana. Heh, ini kolaborasi ok:)Kolaborasi seram. Jangan lupa membacanya!


FaizalSulaiman:--)Undi poll sebelah kiri tu, jangan tak undi ye. Like jangan tak like. Ahaks! Lots love!!!

13 comments:

Pencacai Alim said...

citer apa tuh? mcm menarik je bro..nama pun mcm gran jeh..hakhak

hanisah hassan said...

fantasi...ingat-ingat lupa.

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)citer ni di banned:P sayang takle tgk:P

Faizal Sulaiman said...

hanisah hassan---)hehe..akak mesti igt kan?huhu

Mohd Fadil said...

bapak lama citer ni...time tu maybe aku tingkatan 1 or 2...ingat-ingat lupa jalan cerita nih...

Faizal Sulaiman said...

Mohd Fadil --)HAH tau takfe.hahahahahaha..aku dok cr citer tu skunk ni:P

thamks for dropping by:)

PMOfficial said...

cerita omputeh xde ke? asik2 melayu...huhuhuu

p/s: ayat kena kan ko...hahaha

Faizal Sulaiman said...

Parkcheek Chun Li ---)miahahaha..aik?
haritu kata ko menyokong cerita berbahasa melayu ni?hahaha

filem ni terbaik dr segi teknikal dan solekan.sayang kena banned.huhuhu

Faz Nandra said...

cerita ni takde dalam kotak memori... hehe...:P
macam best! teringin nak tengok..

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra---)masa citer ni, faz kecik lagi kut:P

Anonymous said...

filem fantasi ni dh de kt utube..walaupn gmbar die x bape kualiti, tp xde masih blh tengok lg..yg pling penting xde adegan yg kene potong, mmg puas la tgk...ni link die https://www.youtube.com/watch?v=3akV1XJ3AlI

raionz said...

Citer ni masa aku darjah 4 tp kena banned pasal isi kandungan dia mcm ada puja2 iblis.. huhu

Unknown said...

Mmg best cite ni. Dulu ada vcd dia tapi ada kawan pinjam tak pulang2 😭😭😭

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED