Friday, August 27, 2010

KISAH TUJUH SEPULUH

Teaser Poster yg aku buat edit2 sikit-sikit



Salam Ramadhan

Mungkin ada sesetengah readers tak tahu yg aku pernah mempunyai blog koleksi hasil penulisan sendiri berjudul Oktober 7. Ok la aku flashback balik kisah dwilogy balas dendam back to back tu.

Idea Oktober 7 muncul selepas evolusi filem yg aku tonton seperti antagonis Fredy Kruger ataupun teen chick flick 'I Know What You Did Last Summer', 'I Still Know What You Did Last Summer' dan dwilogy Urban Legand. Masih ingat gelaran 'bilik hantu' di asrama Uni masa diploma dulu disebabkan kegemaran aku menonton filem thriller slasher, horor Jepun dan Korea!

Ya..Oktober 7 berkisarkan jalinan lagenda moden/urban yang dimomokkan kepada remaja kutu rayau-tak tahu peraturan seperti zaman sekarang. Ianya dibentuk dalam medium penceritaan yg kemudiannya diceritakan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Contoh terbaik Urban Legend Malaysia adalah 'Hantu Kumkum', 'Hantu Purdah' dan 'Kisah Wolkswagen Kuning'

Kalian pernah dengar kan?

Jadi bermulalah aku sebagai penulis dalam blog Oktober 7 itu. Ikutkan perancangan asal, aku akan menghasilkan Trilogi Oktober 7 dengan tajuk2 seperti di bawah:
1) Oktober 7
2) Oktober..Yang Kembali

3) Oktober..Dendam Terakhir


Teaser 2.


Biasalah manusia hanya merancang. Tuhan jua menentukan. Aicehh..

Penulisan trilogy Oktober hanya berhenti setakat bahagian ke dua, which means aku tak publish yang ke tiga. Hendak juga dihantar ke publisher, tapi itulah..ada ke yg menerima?^^

Roughly, dwilogy Oktober mengisahkan kisah dua beradik, Maria dan Maya yg dibesarkan tanpa ibu bapa, suddenly menerima pelbagai ancaman dalam hidup mereka. Kisah Maria dibentang jelas dalam siri pertama (Oktober 7) kemudian di sambung 10 tahun kemudian dengan kisah adiknya, Maya (Oktober Yang Kembali). Menariknya, OYK ni menempatkan setting di sebuah muzium tua di Perak, dimana 10 strangers will be killed-one-by-one.

Oktober Dendam Terakhir melengkapi trilogi balas dendam ni dengan setting cerita sudah dianjak setahun kemudian, melibatkan cerita kedua-dua adik beradik ni.

Poster utama


Sejak dipublish dalam tahun 2009 (lebih kurang), dwilogi ni agak mendapat sambutan. Alhamdulilah. Tapi kurang sambutan untuk siri ke dua. Sebab itulah aku hide sekejap blog ni. Sebab tu aku tukar namanya. Hasratnya mahu delete saja. Iyalah..kalau takde pembaca, buat apalah aku nak publish..selain bimbangkan karya ini diciplak.

Takut woo

Jadi sekarang ni aku buka semula. Terpulang kalau hendak folow. Aku nasihatkan kau orang bookmark saja, tak payah nak folow sebab tak ada updates pun.

Till then, selamat membaca! Terus ke pautan Oktober 7

FaizalSulaiman:--)Jangan cakap aku rajin pulak buat novel ni sebab karya ni dah tersimpan dalam komputer (masa tu masih format CPU lagi), tahun 2006. Lama kan? Oh ya..siri ketiga ni sudah siap separuh jalan. Tak silap aku, dah masuk bab 15 dari 40:) Selamat membaca!

13 comments:

intanurulfateha said...

mcmane bole dpt idea yg bnyk gile utk menulis novel atau cerpen ek?
dasat tul team novel korang neh huhu

Faizal Sulaiman said...

intanurulfateha ---)hahaha..seksa gak cik intan nak menulis tu.huhu..macam2 benda kena fikir:)

tp seronok la:)

Pencacai Alim said...

confirm kaki novel nih..

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim---)kaki dan tangan juga.hihihihi

Faizalpj said...

napa pilih oktober 7..ko mmg terbaek le tulis novel..aku tak pndai sgt sastera le

Faizal Sulaiman said...

Faizal@PeJAY ---)hehehe..entahlah. 7.10 macam best.takde signifikan pun sebenarnya.

ahaha..mana ada sastera.dulu aku budak sains la:)

MR. SYAH said...

oo.. menarik nih.. tpkn FS klu buat buku lg bagus.. mesti beli.. heheh..

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Kira karya ko ni dah lama berabuk dalam PC la ni..haha

Entri Terbaru:
Voguelicious:Pussycat Dolls Versi Lelaki

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH ---)InsyaAllah, kalau ada rezeki kut:)faizal buat lah agaknya:)

Faizal Sulaiman said...

PEJUANG KESENIAN EXTREME ---)hahahaha
takdelah berhabuk mana pun.skunk dah polish dah.hehe

Anonymous said...

aku suka angka 7..hehe

publisher tu contohnya ialah??
xper try jer hantar kn....huu

Faizal Sulaiman said...

Mr.Homosapiensz---)Alaf 21.tu jela yg aku try nak hantar tp sampai sekarang masih belum sudah editnya, Mal

Seri said...

dah habis baca Oktober 7
terima kasih FS

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED