Penulis : Faizal Sulaiman
Cerita ini juga boleh dilayari di Dan... Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8.08 malam. Jilbab Episod 2 akan disiar pada 12 Ogos 2010.
Selamat Membaca!
Anjung dari teratak atas bukit itu sayup dari kejauhan. Seringkali bayu senja bertiup manja, menampar pipi beberapa lelaki yang duduk bersila sedang bertafakur di beranda kayu teratak itu. Dalam suasana hari yang sudah semakin hampir kepada hujungnya, kedengaran suara halus dari dalam rumah, membutir kata-menyulam bicara-tetapi tidak difahami butir katanya…
Wahai surya, candra lan bayu, bhumi, tirta kalawan agni..,
nguribi jagad tan leren
tutu bundo..tutu rupo
marilah kemari..aku puja diammu
nguribi jagad tan leren
tutu bundo..tutu rupo
marilah kemari..aku puja diammu
Angin sekonnyong-konyong menyambut datang, menerpa tidak beradab ke teratak itu, menolak daun pintu yang nampak usang, sebelum kedengaran jeritan ngeri seorang gadis.
“Saya ndak mau! Saya ndak mau!”
Si tua berwajah kerepot, dengan mata merahnya membeliak tajam. Rambutnya yang sudah tidak terurus, berwarna putih seperti uban, dilihat menggerbang ditiup sang bayu ganas. Dia tersenyum menyeringai, menampakkan batang giginya yang berwarna hitam, rompong dan bergerigi tajam.
“Ini takdirmu. Ini takdirmu. Jika kau mahu cinta mu itu, laksanakan perintah ini!”, lekas perempuan tua itu menyambar dagu gadis itu, menjelirkan lidahnya, dengan mata yang masih membuntang kejam. Gadis yang kelihatan sangat takut itu, cuba untuk mententeramkan dirinya. Dia sudah memikirkan perkara itu berbulan-bulan lamanya.
Jikalau hanya perkara ini akan menyenangkan ibu bapanya, dia lebih rela mati! Apa untungnya mempercayai omong kosong perempuan tua ini!
“Aku tahu apa yang berselindung di pikiran mu, nak! Sama ada kamu rela atau enggak, aku akan lakukannya”
Dia mengeluarkan pisau lipat, berukir naga di hujungnya, memain-mainkan bilahnya di pipi gebu gadis itu. “Engkau akan berterima kasih dengaku, nak”
Dia menoreh dengan hujung bilah tajam itu, bermula di kawasan bawah cuping telinganya lantas mengalirkan darah merah pekat di pipinya sambil gadis itu tidak terdaya lagi hendak menjerit pekik. Tubuhnya yang direnggut dengan rantai besi yang kukuh, tidak ampuh untuk melepaskan diri.
“Tolong…sakit..sakit…”
Darah merah pekat terus mengalir, membasahi keseluruhan leher, hingga ke paras dada, dengan nafas lelah turun naik menahan perit ditoreh. Bau hamis sang merah itu bermaharaja lela menyucuk-nyucuk aroma.
Matanya membeliak! Nafasnya turun naik ketakutan lantas tubuhnya bangun tidak semena mena. Dia mengerling ke arah jam dinding yang sudah menandakan ke pukul satu setengah pagi. Dia menghembus hela nafasnya perlahan-lahan sebelum menutup matanya perlahan-lahan. Dia membukanya semula dan dengan perlahan-lahan melihat sebujur raut wajah tanpa sekujur badan, dengan mata membeliak dan air matanya yang mengalir lesu.
Wajah putih memucat itu menyeriangai, menyerlahkan siungnya yang tajam sambil kulit pipinya terkopek-kopek ngeri!
Tolong embah…
Gadis itu memekik lantang! Dan bagai dijangka, jelmaan misteri itu lesap entah kemana.
Dia menggeleng seperti sukar hendak percaya seraya melompat dari katilnya lekas, terus menyarung selipar tidurnya sebelum berjalan pantas menuju ke bilik air di dalam kamar tidurnya.
Dia memulas tombol pintu itu setelah suis tepi kalimantang ditekan. Cahaya putih dari sinaran mentol panjang itu bersinar terang. Pili dibuka segera. Memuntahkan air jernih dari lubang tembaganya yang sederhana kecil. Dia kemudian membongkok sedikit, agak separas dengan pili tembaganya kemudian menadah air, menyuci kedua belah tangannya sambil niat berwudhuk dibaca dengan tenang.
Wajah bujurnya diraup dengan air. Tiga kali. Kemudian disusuli dengan tangan-hingga ke siku sehinggalah ke akhirnya. Doa selepas wudhuk dibaca. Alhamdulilah! Jiwanya serasakan tenang dengan basuhan menyucikan itu. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu gusar akan gangguan yang akan diterimanya nanti.
Ia bermula hampir seminggu yang lalu, ketika dia mendapat perkhabaran ibunya, Ustazah Jamilah diserang penyakit jantung. Hendak dibawa ke hospital, bimbang orang tua itu enggan mengikut. Dia faham benar dengan sikap ibunya. Perempuan enam puluhan itu lebih rela menanggung sakit-berjumpa pawang kampung untuk berubat. Pendek kata, tradisional, bukan moden.
Dia membentang sejadah. Memakai sepersalinan putih kewajipan sebelum menghadap Yang Maha Esa. Dia langsung qiam. Mencari ketenangan sebelum mengangkat takbiratul ihram. Dia memulakan dengan beristighfar..
Mira…
Mira…
Namanya kedengaran sayup dipanggil. Tumpuan gadis itu mulai terganggu, walaubagaimanapun, dia lekas-lekas kembali ke realiti. Pada solat sunat dua rakaat yang ingin di laksanakan.
Dia bersedia lagi. Beristihgfar sekali lagi
“Allahu..”
Samira…marilah
Marilah kepadaku…
Suara itu kedengaran memanggil lagi. Bisikan halusnya bagai menggigit-gigit cuping telinga. Seolah-olahnya suara itu bagai sudah berada dibelakangnya!!! Dia mencari tumpuan lagi.
Ya Allah..berilah kekusyukkan buatku!
Dia berdiri lagi. Qiam dengan benar-benar sempurna! Dia merenung sejadah dalam-dalam, agar gangguan syaitan tidak mengganggunya! Namun, serasakan seperti satu hembusan dingin dari atas siling biliknya seperti menghembus lemah. Perlahan-lahan gadis itu mengalihkan tumpuannya kemudian terus mendongak memandang siling.
Kelihatan kepala tanpa jasad, merenung tajam dengan garis senyum menyeringai memerhati tindak tanduk gadis bertelekung itu. Rambutnya lurus, sedikit berserabut menutupi sedikit wajahnya, tetapi kesan torehan dan terkopek di bahagian ulas bibir, pipi dan dagu masih jelas kelihatan. Matanya yang merah menyala, merenung tajam.
Kau dah lupa, Mira? Mana janji kau mahu bersama dengan aku sehingga kau mati?Mana sumpah setia kau sebagai seorang kawan?
Samira sudah tidak punyai pilihan lain selain menjerit lantas menyentuh surah Yasin yang sudah tersedia di atas almari kecilnya-berdekatan dengan tempat solatnya.
Ya Allah!!!
Bayangan itu ghaib tiba-tiba.
Ya Allah..dugaan apakah ini?
BERSAMBUNG…
13 comments:
dik , ni hang tulis ker. Bagusnya susunan ayat kamu . Jalan ceritanya tersusun dan berlaku satu persatu. Menarik .cepat sambung.
wahhh...jawa ye kamoo? hehe
ya Allah! faizal... seram ni.. ishhh.. terbayang2 pulak menda alah tu time2 takde kawan dalam bilik ni...ampon.. simpang malaikat 44..
best^^, dah keluar jawanya.. hehe
hanisah hassan --)yerp:) thanks kak. tunggu episode 2 okay:)
selamat berpuasa:)
AkuAyie ---)hehehe..kacuk aie.mak jawa, ayah banjar:)
kacuk ke??
selamat berpuasa aie!
Faz Nandra --)thanks faz:)hehehehe..insyaAllah fiksyen je ni:P
trima kasih faz, selamat berpuasa!
Afzainizam ---)thanks singgah! selmat menyambut ramadhan!
ok..tunggu next episode..=)
iyllienaz ---)Thanks so much illie!
faizal..aku suka..mula2 tak seram, part kepala tergantung tu..aih dok membayangkan...
:)
'AQILAH---)hehehe..thanks Qilah:) jgn bygkan sgt..kang terbawak dlm mimpi kang.waaaa
bro thank bg semangat kat aku..
keep in touch..blog ko mmg puitis le..nak memahami mdalam betul..bdk meki kan..mcm mana nak ilangkan word tu
Faizal@PeJAY---)hahaha takde makna la puitis.biasa2 je:)
ok aku da post link kat blog ko:)
Post a Comment