Friday, August 06, 2010

KAU TAHU KE ANAK HARAM TU APA?


Salam;

Err jangan sentap okay. Ini hanya ekspresi pertanyaan seorang ibu yang marah bercampur bimbang.

Semalam. Aku balik kerja. Lepas mandi, solat Asar semua, aku terus online. Check apa yang perlu di check. Terus dikejutkan dengan one of my step mum punya customer. Mak I tailor ok. Bukan Taylor Swift tu. Tukang jahit!

So dengan aku2 sekali dengar rungutan makcik ni, sebab bilik aku duduk melintang dengan ruang tamu. Kalau makcik2 berceloteh, lebih2 lagi bab2 provokasi ni—mau vokalnya terus ke high note. Larik pitching! Ha ha ha

Alkisahnya, makcik ni menyuarakan kebimbangannya terhadap seorang anak perempuan beliau yang kebetulan satu kelas dengan adik lelaki itu, dalam usia 8 tahun. Anaknya mengadu. Bergaduh mungkin dengan kawan sekelasnya (budak lelaki) sebelum budak lelaki itu menyebutkan perkataan “anak haram” tepat ke muka budak perempuan tu.

Makcik ni sangat marah. Ye la derr, siapa la yang tak marah kan? Budak umur 8 tahun tapi dah tau anak haram semua. Baru 8 tahun?! 10 tahun? 12 tahun? Pat blas tahun? Lepas bebel2 bagai, makcik tu menyurakan ketakutannya terhadap gejala2 sosial yang berlaku skunk ni. Aku pun risau jugak and these thoughts tetiba terpacul keluar macam mentol lip lap dalam kepala aku:

Punca:
1) Budak2 di tempat aku sudah—sekurang kurangnya— ada satu handphone. Aku tak mahu ambil contoh jauh2. adik2 aku sendiri sibuk balas mesej dengan awek@pakwe masing2. Tipulah kalau budak2 kat tempat aku ni takde Bf@Gf mengalahkan orang yang dah kerja! SOALAN: Mana dapat duit top up? JAWAPAN: Mak ayah dah kaya. Abang kakak dah kerja. Manjakan! CARA MENGATASI: Haramkan budak2 tempat aku pegang handphone! Nak2 umur 13 hingga 17 tahun! Heh! Aku dulu bole hidup pun takde henfon? Blaja pandai jugak? (ini yg selalu aku bebelkan dengan adik2 aku)

2) Internet senang dapat. Kalau tak di Cyber Café, kat rumah. Kata kaya. Mesti ada streamyx. Broadband pun banyak! Jaringan best? Tentulah FB!

3) Masalah keluarga. Cerai berai dah jadik macam mainan. Masalah masyarakat. Buang bayi dah jadik macam biasa. Orang dah boleh pejam mata dengan perilaku macam ni. Siap nak buat sekolah kan? Idea memang baik. Tapi akankah mampu MENGURUANGKAN gejala tu?

Jadi konklusi pendek aku mudah saja. Budak yang mencarut “anak haram” tu mungkin terpengaruh dengan persekitaran. Jangan lupa ya. Kanak2 diusia begitu memang mudah terdedah dengan sesuatu yang tak sihat. Porno, carut marut, maki hamun, gangsterism semua dari PENGARUH DEWASA!

Nasihat aku dengan budak2 kecik zaman sekarang ni,

“Dik, kau kena ingat, pelajaran tu penting! Kalau tak belajar tinggi2, mana kau nak pergi dik? Yang perempuan plak, tolonglah kau jangan murah sangat. Jangan nak terpedaya dengan janji2 manis BF kau tu. Tak kemana, ok! Lepas terlanjur, kau tergamak plak buang anak kau tu? Kau tak kesian dia ke? Satu dosa kau buat, satu dosa lagi kau tambah!”

“Dik, tak payah nak tunggu tua la untuk bertaubat. Allah ni kalau nak cabut nyawa kita, bila-bila masa je dik!”

Renung2kan dan selamat beramal!

FaizalSulaiman:--)Beruntungnya di lahirkan dahulu. Sosial sekarang sungguh menakutkan!

20 comments:

farida tarmize said...

hahahha..
ayat last skali sjibik ustaz kat hot fm..
btw,
ape yang ko kata tu betul.
cabaran nak besar kan anak pun dah susah..
nanti konon dok mrancang ramai, tiba2 makin kurang..sebab tak tau nak handle anak2 je

Faizal Sulaiman said...

cik kedondong---) tulah.aku ni..nak kawen pun risau nak membesarkan anak. budak2 skunk ni..nak berlembut sgt pun tak boleh, nak berkeras sgt tak boleh)

nurayunni said...

sgt risau bdk2 zman skrg nie..
kdg2 pemikiran mengalahkan kite...

epol said...

kemajuan berkembang maju..budak2 pon same..tanpa bimbingan dan ilmu yang betol jadi budak2 zaman skang terdedah dgn benda2 camni..nauzubillah~ nice entri bro :)

~~lame tak update blog kot..tenet kat kolej cam 'haram' :D

Faizal Sulaiman said...

nurayunni ---)tulah.tau takpe kan?
scary tol dorang neh

Faizal Sulaiman said...

epol---)huhu..tu lah yang aku ckapkan.sekarang semakin merisaukan. dgn semua benda ada depan mata, kan?

sila "like" kalau suka.hahahahaha

welcome back brooo!!!!

hanisah hassan said...

tulah risau nak ada anak sebenarnya.sebab tahun depan-depan lagi tak tahu macam mana eik....

cik shabah said...

amboi budak kecik da pndai ckp camtuh?kalo kne ngan cik shabah,ade yg kne tibai kang.

*adik cik shabah gne hp lg mhal dr cik shabah,ape kes ni?haih,nak tego serba salah.sebb yg blikan tu ayah.encik faizal tulun jawabkan bole?he3 =)

RinnAzrinah said...

kdg2 tanpa disedari... anak2 kecil itu sebenarnya melihat perlakuan org tua @ ibu bapa mereka..... adakalanya kita terlupa ada org lain bersama kita..

Paan Ovrtd said...

Some of us might say that, our society has broken. Well apparently it's not, it was designed to be the way it is now.

And who's the designer? Yeah, that's us. Ada di antara kita ni yang kadang2 x pandai bagi pendekatan yang sewajarnya pada budak2. WTH am I talking about? Mcm la aku alim sangat. Haha!

Well, bila pandang2 balik anak2 saudara aku semua, aku sendiri pun kecut perut. Mereka memandang aku sebagai entiti yang sepatutnya boleh diharap, but then, sometimes, yelah kan...kita ni pun manusia jugak. Kadang2 terlepas laku.

Faizal Sulaiman said...

hanisah hassan---)tulah kak.kdg2 kita dah rancang, tapi susah nak jangka apa yg brlaku di masa depan

Faizal Sulaiman said...

cik shabah---)tulah..budak2 skunk nii..mengadanya lebih.kita susah2 dulu, tp langsung tak merasai kesusahannya

tima kasih singgah cik shabah:)

Faizal Sulaiman said...

princess_eryna ---)yg ni saya suka.memang ibu bapa 100 percent bagi pengaruh penuh pada anak2 kan?

Faizal Sulaiman said...

Paan ---)1st halooo paan.lamanya kamu tak udpate!

2nd: betul apa yg diperkatakan tu. kdg2 kita yg dewasa kena sedar, kita sebenarnya contoh pada si kecil tu, kan:)

ps:apa kabar kamu?huhu

Pencacai Alim said...

ntah budak2 la ni..aku dulu tipon pakai publicphone je..

Tunjuk Bintang said...

nasiblah aq main x dapat anak?? toing.. toing..

ok, aq nak setuju x setuju sangat. sebab zaman aq dulu pon ada kemudahan internet n handphone cuma masih blm berleluasa. zaman aq pon dah ada yang mengandung luar nikah. cuma dak2 sekarang ni terover dari zaman kita sebenarnya. sex phone dah biasa tersebar. maruah n harga diri seolah megah kerana aq lah lelaki itu yang telah menodai perempuan secantik itu! betul x? family broken pon masalah gak. aq plak kat sini dikelilingi keluarga bermasalah.. mak bapak sibuk cari duit. anak bersepah.. coz aq dok bandar (keje jer). staff aq sendiri kantoi video klip main dengan jantan dia? so how? nak suruh polis tangkap? aq terus terang bukan x respek dengan polis, tapi cuba mempertikaikan kredibiliti mereka sbgi penjawat awam.. walaupon makcik pakcik aq polis..

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim---)hahahaha samalah.nak2 bila ayah aku dah cut phone telekom tu.pakai sen.susahnya tak mcm skunk ni..

Faizal Sulaiman said...

Tunjuk Bintang---)kesimpulan:) ada polis baik.ada polis yg tak berapa baik.mcm cikgu juga..

bARdbOO said...

bdk2 skrg mmg byk pengaruh luar..kita dl apa yg tau..tau main pondok2, main kejar2, ntah apelah lg..skrg bdk2 advanced..


hoho, yg ko nasihat kt sini bknny bdk2 baca pon..pttnya nasihat tu kat mak bapak la..hehe...

Faizal Sulaiman said...

bARdbOO--)KAN? atleast kalau dorang baca..sentap sikit.hahaha

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED