Salam Ramadhan.
Puasa dah masuk seminggu. Tak sedar kan?
Ok lah. Entry serius.
Kebelakangan ini aku selalu tersentap bila menyelak-nyelak akhbar utama. Isu buang bayi dah semakin lama semakin menjadi-jadi. Kalau tak satu hari takde kes buang bayi..memang tak sah dunia Malaysia ni.
Aku selalu terperasan-sentap bila tengok manusia diganasi manusia lain. Lebih tepat kekejaman yang semakin lama berleluasa. Macam dah takde akal aku tengok manusia zaman sekarang. Mana yang toreh muka isteri, simbah asid kat muka isteri dan anak, mana pijak perut isteri yg tengah hamil. Dengan kes sadis sembelihan menakutkan itu. Aduhaiiii..
Kadang2 aku keliru dengan sikap manusia ini.
Ok mungkin 'hukuman' yang aku jatuhkan terlalu enteng tanpa selidiki permasalahan sebenar si pelaku. Sila mainkan peranan 'empathy' anda Faizal Sulaiman.
Mungkin si pelaku mempunyai masalah, kita tak tahu. Kewangan, keluarga, perselisihan faham, anak degil, isteri curang, suami panas baran and so forth. Tapi logiknya, semua manusia ada masalah. Malah ada yang lebih teruk daripada itu semua. Masalah boleh diselesaikan dengan musawwarah. Bukan dengan membunuh selagi ada orang di muka bumi Allah ni.
Ia takkan selesai. Kau tambah satu lagi masalah, adalah. Orang keliling akan pandang serong. Masyarakat akan membenci. Itu kesannya. Tolong fikir baik buruk sebelum melakukan sesuatu yang boleh dipanggil 'bodoh'
Dimana ajaran Islam yang diajarkan Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W? Mana perkataan syura' yang kita selalu sebutkan sebagai solusi kepada sesebuah pertelingkahan? Mana kitabullah yang SEMEMANGNYA PERLU DIRUJUK bila berlakunya permasalah???
Tepuk dada, tanyakan iman kalian.
Jangan ikut telunjuk syaitan. Nafsu bila bergelora, syaitan akan cepat menolong menjayakan usaha jahat kalian tu. Kita telah diajar untuk beristighfar. Istighfarlah cepat2 bila dalam keadaan marah. Ayat itu sesungguhnya sangat membantu!
Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita. Malaikat juga ada bersama kita. Sebelum bertindak, sila berfikir dahulu. Kita dianugerhkan akal, bukan? Gunakan sebaik-baiknya...
FaizalSulaiman:---)Hanya beristighfar panjang bila menatap akhbar setiap hari...
Empathy dlm Concise Oxford English 11thEdition membawa maksud 'ability to understang and share the feelings of another
ps:Terima kasih yg membaca Loro Chendana ep 3 semalam:)
Tweet

22 comments:
aaa betulla, naik muak pulak bila dengar berite2 ni....
'AQILAH ---)tulah.tau takpe kan
itu bila akal tak diguna sebaik2nya oleh mereka.. malah lebih suka mendengar bisikan syaitan laknatullah~ sadisnya berita2 sekarang ni..gerun sendiri..
Faz Nandra---)manusia sepatutnya boleh berfikir baik buruk.faizal selalu rasa marah dengan mereka yg bertindak sesuka hati ni
sekarang ramai orang sakit jiwa.
hanisah hassan---)dan takde akal kak.kena tambah kat belakang tu
bile la nak abeh cter2 macam ni kn. =(
nak tahu kenapa semua ini boleh berlaku? Allah turunkan bala kpd umat manusia atas muka bumi ini kerana salah satunya manusia tidak mahu melaksanakan hukum Allah..
Bala bukan sekadar gempa bumi semata2 atau sesuatu dgnnya, tapi bala yg paling besar dan halus adlah masalah sosial yg teruk spt apa yg ko tulis kat atas tuh..
gitu la awak. manusia yang berbuat seperti itu sebenarnya jauh dah dirinya dari yang maha esa. Islam tidak dijadikan panduan hidup, hanya dunia dan realiti didepan mata sahaja dijadikan panduan. ini lah jadinya. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada setiap hari
aku dh letih dengar berita2 buang bayi nie..tak menghormati bulan ramadhan sungguh
cik NAD -miszhelena--)entahlah cik nad.saya hanya menanti berita2 begini menemui penyudahnya saja.huhuhu
thanks singgah!
Pencacai Alim ---)sangat bersetuju bro.aku kadang2 geram, sangat marah dan macam2 lagilah
siti azizah Sang Pencinta ---)tambah lagi kak.semoga kita tak sama jadik macam mereka
Faizal@PeJAY ---)samalah aku weh.buang bayi,dera isteri. mcm haiwan dah semua.nak kiamat dah dunia ni.huhu
personally aku xsetuju hukuman boleh di tawarkan mcm pasar lak..hukuman ttp hukuman....
Dah naik menyampah dah sebenarnya baca berita2 macam ni..Bunuh bayi yang x berdosa..Akal letak kat lutut..Mungkin didikan agama yang kurang menyebabkan mereka berkelakuan sebegini..
faizal, seronok kan buang anak, dera orang, simbah cuka..pijak2..cara la..
makin seronok diorang ye sbb makin banyak dalam news.
p/s : minta dijauhkan. aminn~
Mr.Homosapiensz---)aku cadangkan, hukuman itu terus dilaksanakan kepada pelaku. mybe dia (gvement) nak fikir kesan jangka panjang (kot) tp kalau masalah ni dah menjadi serius, baik jalankan saja!
PEJUANG KESENIAN EXTREME ---)Sangat bersetuju.mungkin dah tiba masanya sekolah agama diwajibkan lulus sampai darjah enam, kemudian sampai darjah khas (mcm di Johor).malangnya emak bapak ikut sgt ckp anak yg nak berhenti sekolah sampai drjah 3,4 so forth
nurul nadea---)ha'ah.jalan pintas untuk fofuler..katanya!
tulah, doa sama2 pada Allah supaya minta dijauhkan perkara2 gila ni
entah la..tergamak kan..semua nya berpunca bila tiada pegangan atau jadi diri dlm diri sendiri
Nazz@Purple ---)tulah.kdg2 bila takde pegangan atau pegangan lemah, kita mudah terpengaruh langsung melakukan perkara itu.
Post a Comment