Saturday, August 14, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 2


Tajuk: Chendana
Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 3 akan disiarkan pada 16 Ogos 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



“Kau okey ke ni?”

Sapaan Huzaifah mengujutkan paginya yang murung. Samira lekas memandang wajah Huzaifah-teman sekerjanya dengan lagak biasa. Enggan membiarkan Huzaifah membuat kesimpulan maha mengarut, dia terus menyambar cawan gadis itu yang penuh berisi Nescafe panas.

“Hoi! Kalau nak buat sendiri la. Nak kibab orang punya pulak!”, gadis itu menggumam marah, merenung tajam baki air Nescafenya yang sudah tinggal separuh. “Kau ni tekak hantulah, Mira. Minum sikit. Tapi kurangnya macam apa! Kau ada bela-bela ke?”, omel budak perempuan itu sambil mengiraikan kain tudungnya yang sedikit berserebeh.
“Alah. Kau ni Pah. Kedekut sangat lah! Apa la nak berkira dengan aku sangat ni?”

Huzaifah tersenyum. Muncung Samira sudah tumbuh seinci. Gadis itu sudah memulakan rajuknya. Huzaifah kemudiannya memaut lembut bahu gadis itu sebelum Samira berpaling lantas tersenyum sinis.

“Kau dah lama hidup? Kau dah puas dengan hidup ni?”

Huzaifah mendadak terkejut. Apatah lagi senyuman sinis Samira diiringi dengan mata putihnya yang tiba-tiba bertukar menjadi merah. Huzaifah cuba menarik nafas perlahan-lahan. Samara mungkin sedang bergurau.

“Mira..kau ni dah kenapa? Kau okey ke?”
Samira menyeringai lagi seraya membeliakkan matanya.
“Kau…”, gadis itu tiba-tiba bersuara parau lantas dengan tiba-tiba sahaja tersentak. Tubuhnya kekejangan sebelum sedar dengan mata yang nampak sangat mengantuk. Dia bersuara lemah tatkala melihat Huzaifah sudah menjarakkan diri dengannya. Wajah gadis itu bertukar pucat lesi.
“Kenapa dengan kau ni, Pah? Tengok aku macam nampak hantu!”
Huzaifah tidak menjawab. Baik mengiyakan atau menidakkan. Matanya tetap tertumpu ke wajah Samira yang berganti tertanya-tanya.
“Pah?! Kau okey ke?”, gadis itu menggoncangkan tubuh Huzaifah yang terus tersedar seolah-olah bagai dipukau! Lama tubuhnya dirasa digoncangkan. Huzaifah akhirnya sedar, terkejut lantas memandang air muka resah Samira.

“Aku nampak sesuatu dari kau. Sumpah!”
Samara keliru. Hampir tergelak pun ada juga. Apalah yang direpekkan kau ni, Pah! Apa ajalah yang kau nampak dari aku ni?
“Kau nampak? Nampak apa?”, getus budak perempuan itu sambil wajahnya berganti pelik dengan sengihan dihujung kata. Huzaifah mencebik meluat.
“Aku betul-betul la. Kau ni!”

“Hoi! Apa yang diborakkan tu? Kau orang ni makan gaji buta ke apa?”, pekik Kartina dari satu hujung sudut sedang bercekak pinggang. Wajahnya bengis. Rambut yang disiput bentuk ban roti kelihatan seakan-akan kembang walau tiada satu helai rambut terkeluar dari celah ikatan itu.

Huzaifah bingkas bangun, lekas merentap lengan Samira untuk kembali ke ruang kerja mereka. Dia faham benar, kalau Kartina sudah menyinga, maka itu satu petanda buruk buat mereka. Siapa tak kenal dengan Kartina? Sikapnya yang tegas dan akan memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak menepati kriterianya. Kalau dipekik dari jauh, lekas-lekaslah melarikan diri! Jangan nak berani-berani tayang muka!

“Apalah perempuan tu. Ambil break lima minit pun dah kecoh!”, ungkap Huzaifah meluat sambil menjeling perilaku perempuan itu yang dirasakan sangat menjengkelkan. Samara hanya tersenyum.
“Lima minit apanya! Kan masa dah nak lunch ni. Memang patut pun kita kena bambu dengan makcik andartu tu!”
Kedua-duanya terkekeh-kekeh ketawa, sambil melewati ruang sunyi pejabatnya, sebelum sampai ke ruang kerja mereka yang kini hanya tinggal tiga orang sahaja. Bila ditanya, masing-masing memberi alasan puasa sunat.

Alhamdulilah! Berkat!

Mesej di telefon Nokia Express Musicnya berbunyi, mendedahkan pesanan ringkas seseorang. Seseorang yang membuatkan Samira tersenyum lebar.
“Hai! Cik abang ke?”, sindir Huzaifah yang kini mula mengenakan mekap jenama Mac nya. Sesekali pinggang Samira dicuit perlahan. “Hey. Kau ingat bibir aku ni boleh cantik macam Jessica Alba tak?”, tanya Huzaifah sambil memerhati bayang Samira melalui cermin mekapnya.

Samira senyap. Apa yang dilihat melalui bayang cermin itu adalah imbasan seorang wanita tua, berbaju putih lusuh dengan rambut putih, panjang menjejaki lantai. Suara yang terkeluar dari dua ulas bibirnya kedengaran parau menakutkan.

“Engkau nak cantik???”

Huzaifah benar-benar terkejut sebelum berpaling melihat wajah Samira yang sekali lagi berganti pelik. Pelik melihat gadis itu, sekali lagi pucat lesi. “Kenapa dengan kau ni, Pah? Dari tadi, tahu? Tengok aku je, terkejut. Apasal kau ni?”

Huzaifah menggeleng. Peluh dinginnya mula membasahi dahi seterusnya membuatkan gadis itu bangun pantas menuju ke arah Kak Yuliana yang sedang asyik melayari laman sosial Facebook. Samira menggeleng perlahan, mulai merasa pelik dengan tabiat aneh Huzaifah. Semakin difikirkan, semakin kusut fikiran.

Ah! Biarkanlah! Sekejap saja tu!

Dia mengemas sebentar mejanya, sebelum membawa purse Dorothy Perkins yang diambil dari dalam laci peribadinya.

Ya temu janji dengan kekasih hati bakal dipenuhi.

Asyraf Haziq! Aku datang!

Dia tak menyedari bahawa sepasang mata merah sedang memerhatikannya dari jauh…

BERSAMBUNG…

12 comments:

Zéè Zóò said...

ades. ader bersambung² x suke.~
da siap sume kasi send sama saya full cite ley?
hahaha

Faizal Sulaiman said...

Sly Nolan ---)ngeh ngeh..boleh ajer. no poblem bro.ko baca jer.ada seprisee!!!hehehehe

hanisah hassan said...

menarik dik. Bahaya betul cerita kau ni dik kalau tinggal umah sorang-sorang.

'AQILAH said...

seramnye..kene rasuk ker dia?

MR. SYAH said...

dahlah leh online waktu mlm je ni FS.. hehehe.. aura dia len sket..

Faizal Sulaiman said...

hanisah hassan ---)hehehe..jgn pandang belakang kak:)

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH ---)Kind of la Qilah.hehehe..tunggu k.ada rahsia family dia nih:)

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH---)hehehe..aik bulan pose pun takut gak?hehehe Terima kasih syAH!!

Faz Nandra said...

euwww... takut ada kawan camtu. seram,kejap2 ganti merah saga mata dia... huhu.. ada rahsia family?? tak sabar nak tahu... faizal lain kali buat panjang sedikit..hehehe..

erk.. pompuan tu samira ke samara? salah eja kat situ..ngehehe..

mengujutkan---> mengejutkan
^_^ maaf ye..

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra ---)thanks faz!hehehe..kang kalu panjang2 takde nak bace lak.takpe kita santai2 kejap ok:)

hehehe

Pencacai Alim said...

bro buat ending terus..kalau ada sambungan ni buat aku tak sabar2 nk tggu ending..hakhak..

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)hahahaha..tak seprise la kalu gitu.hehehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED