Monday, August 16, 2010

DUGAAN YANG DATANG...SEMAKIN MENAKUTKAN

Gambar taufan ihsan Google

Salam Ramadhan

Sedang menghabiskan masa depan buku Nutrition untuk menyudahkan nota 'Pregnancy and Infancy'. Alhamdulilah semuanya on-track. Harap pagi ni, masa mengajar, tak adalah student yang mengantuk tidur. Faham-faham sajalah bulan2 puasa ni. Mengantuknya nauzubillah:)

Bila menyorot semula edisi minggu lepas, kejadian taufan yang menyerang bazar Ramadan di Jasin, Melaka menyebabkan aku sendiri terfikir. Hikmah disebaliknya. Kepada semua mangsa2 yang terlibat dalam puting beliung itu, aku ucapkan Takziah. Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukanNya. Kita sebagai hamba, hanyalah menerima dengan redha.

Aku tidak mahu dituduh memandai-mandai sendiri apabila mengaitkan kes pembuangan bayi sebagai titik tolak semua ini. Peratusan itu hanyalah sedikit berbanding "perkara-perkara" lain yang kita tak nampak. Penindasan, ketidak sepakatan, ketidak adilan, diskriminasi, ketidak seimbangan dan lain-lain lagi.

Bukan bermakna aku menyokong pembuangan bayi, yang sama rendah mentalitinya dengan masyarakat Jahiliah. Baru malam tadi TERPAMPANG lagi kes bayi dibuang oleh penjaga yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan haiwan sayangkan anak. Kenapa manusia yang lebih mulia dari haiwan, tak mengasihi anak?

Jadi perkaitan antara bencan-bencana yang datang--termasuklah berita malam tadi (aku tak ingat di mana kejadiannya) Sangat mengerikan. Bumbung rumah tercabut. Peralatan hampir musnah (mungkin taufan)-- adalah sesuatu yang hampir tepat dan pasti.

Allah mungkin ingin 'menegur' manusia yang sering kali lalai... Ingatlah..Allah menurunkan sesuatu dengan bersebab. Bukan suka-suka. Mungkin ada salah silap kita yang kita sendiri tak sedari.

Firman Allah;
Apabila ia berpaling, ia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merosakkan tanaman dan anak-anak. Dan Allah tiada mengasihi kebinasaan itu Al Baqarah: 205

Ini belum termasuk kerosakan yang dilakukan pada diri sendiri. Rasanya semua dah tahu pasal seorang insan beragama Islam yang secara terang-terangan menghina bulan Ramadhan.

Kepada Salleh Gregor Samsa, fikirlah sebelum bercakap tu. Anda muslim. Menjadi suatu yang sangat kasihan buat anda kerana anda malu dilahir sebagai muslim...

Firman Allah;
Demikian itu, kerana mereka menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah amat keras seksaaNya (terhadap mereka itu)
Al-Anfal: 13

Sebagai saudara semuslim, saya nasihatkan anda bertaubatlah..sementalah pintu taubat itu masih terbuka.

Baca disini dan disini. Aku tak sempat nak minta izin pada tuan punya blog. Terima kasih Hami Asyraf dan Joegrimjoe sebab sudi berkongsi maklumat dengan bloggers lain.

Perkataan di bold merah. Fikirlah sendiri. Semoga ramadhan kita diberkati olehNya. Amin Ya Robbal Alamin

FaizalSulaiman:--)Ya Allah, lindungilah kami dari seksa nerakaMu. Tempatkanlah kami di kalangan orang yang beriman dan tidak terpesong aqidahnya..

p.s: Farcir 44 dan Loro:Jilbab ep3 akan disiarkan malam ini. Selamat membaca dan jangan lupa berterawih:)

12 comments:

Hami Asraff said...

Aku dah google. Takdak la bro. Dia dah private blog dia.

Faizal Sulaiman said...

Hami Asraff هامي أشرف ™--)hahaha.
ha'ah dia dah private kan.aku baru je bukak.jumaat dia belom private lagi.

epol said...

kalo dah bala bro..mintak kita semua dijauhkan dengan bala besar camtu..

*petanda utk mereka yang suka buang anak dan buat maksiat..maut bila2 je dtg

hanisah hassan said...

Subhanaallah menakutkan. Semoga sentiasa dilindungi allah.

Faizal Sulaiman said...

epol ---)tulah.menyedihkan diorang ni.kita hanya berdoa minta dijauhkan..

Faizal Sulaiman said...

hanisah hassan---)amin, kak.

'AQILAH said...

:)

MR. SYAH said...

sangat stuju dgn FS..
mcm2 perkara yg telah berlaku apa yg berlaku di Jasin itu barulah satu perkara kecil.. jika kita xmahu perkara yg lebih besar berlaku.. cepatlah sedar akn kesalahan diri dan bertaubatlah.. pintu taubat masih lg terbuka dan Allah itu maha pengampun.. :D

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH--):) jugaklah:P

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH ---)kan Syah.kadang2 merisaukan kita yg duk jauh ni.huhu..

selamat berbuka puasa!

Faizalpj said...

sekarang nie mcm2 kejadian yg kita tak duga..harap2 kita di landasan betul

Faizal Sulaiman said...

Faizal@PeJAY ---)InsyaAllah.semoga Tuhan makbulkan doa kita. Amin:)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED