Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan...Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 2 akan disiarkan pada 14 Ogos 2010. Selamat membaca!

Zamri pantas masuk ke dalam kereta MyVi hitam yang baru saja diambilnya semalam. Kemudian dihempas pintunya dengan kuat. Pantas dia menyandarkan badannya ke tempat duduk empuk berfabrik hitam yang sudah dibuka balutan plastiknya sejak semalam.
Dia memejamkan mata, sedih mengenangkan adik perempuannya yang seorang itu sudah mula berubah, di bawa peredaran arus kota yang mula menyesakkan nafasnya. Terbersik rasa bimbang dihatinya, bimbang kalau adiknya alpa.
‘Bisakah aku menjadi seorang wali yang baik satu hari nanti? Bisakah?’ Zamri menjerit sekuat-kuatnya di dalam hati. Pantas dia menyeka airmata yang mula memenuhi sungai kelopak matanya. Bimbang kelihatan mata yang memandang nanti.
“kedup!” kedengaran pintu kereta bahagian penumpang hadapan sebelah kiri di buka. Mata Zamri yang dari tadi terpejam rapat di buka perlahan seraya memerhatikan manusia yang membuka pintu keretanya.
“Kedap!” Pintu keretanya di tutup
Seorang gadis tersenyum manis disebelahnya. Wajah gadis itu sungguh terpesona dan teruja menaiki sebuah kereta baru. Walhal bukan pertama kali dia menaiki sebuah Myvi buatan Malaysia itu. Matanya melilau memerhatikan keadaan dalaman kereta. Sekali-sekala disentuh lembut fabrik tempat duduk.
“Bila Along beli kereta ni? Kenapa tak beritahu Sya yang Along beli kereta baru? Kereta kancil Along mana?”
Zamri ditebak soalan bertubi-tubi oleh adiknya. Dia diam sahaja. Enjin keretanya dihidupkan, tanpa berlengah dia menukar gear dari ‘N’ ke gear ‘D’. Lantas, dia menekan pedal minyak sekuat hatinya sehingga Aisyah terdorong kebelekang sedikit.
“Along ni, kalau iya pun kereta baru, hati-hatilah sedikit. Tak sayang kereta betullah Along ni.” Aisyah memerli dengan nada bergurau kepada Abang sulungnya itu.
Zamri masih lagi diam. Tidak langsung teringin dilayan adiknya yang seorang disebelahnya. Pantas kereta itu meluncur melalui Persiaran Surian. Kemudian memasuki Lebuhraya Damansara, seterusnya memasuki Lebuhraya Sprint menghala ke arah Jalan Duta. Keretanya meluncur laju membuat pusingan U di Lebuhraya Sprint di Persimpangan Sungai Penchala yang berada betul-betul di bawah Lebuhraya Sprint. Setelah membuat pusingan U, kereta yang dipandunya memasuki Lebuhraya Damansara Puchong ke arah Bandar Sunway.
“Along, Sya tanya ni, bila Along beli kereta ni?”
“Dah lama beli. Baru dapat semalam.”
“Wah, gilalah, baru dapat semalam tu. Bau kedai lagi ni.”
Aisyah membuat aksi mencium-cium dicermin tingkap kereta baru abang sulongnya itu. Kemudian dia tertawa sendirian tanpa sedikitpun dilayan oleh Zamri.
“Kenapa tak beritahu Sya yang Along beli kereta baru? Bolehlah Sya temankan Along tempah?”
“Perlu ke aku nak beritahu semua orang yang aku beli kereta?”
“Ala Along ni, baru cakap sikit nak sentap. Boringlah Along ni.”
“Iya, Along memang boring. Tak macam Abang Ngah kamu tu.”
Aisyah memeluk tubuhnya sendiri. Wajahnya masam, konon-konon mahu merajuk dengan Abang Sulongnya itu. Tetapi langsung tidak dilayan oleh abang sulungnya itu. Akhirnya, dia memujuk dirinya sendiri kerana tidak mahu bertekak lama dengan Zamri.
“Kereta Kancil Along mana? Along dah jual?” Perlahan bibit kata itu terbit dari nada suara Aisyah.
“Jual.”
“Along Jual?” Aisyah separuh menjerit mendengar pengakuan Zamri.
“Iya.” Zamri menganggukkan kepalanya.
“Kenapa tak bagi Sya guna saja kereta Along tu? Kereta tu kan elok lagi. Hari-hari naik bas pergi kerja mana larat Along, dengan penuh sesak sebab ramai orang.”
Aisyah mencebik. Hatinya geram dengan Zamri yang tidak mahu membantunya. Bukan tidak pernah diusulkan pada abangnya itu tentang niatnya mahu berkereta, senang sedikit bergerak kalau mahu ke mana-mana.
Zamri pula mahu adiknya itu berdikari dan berusaha mendapatkan sesuatu atas kepayahan dan usahanya sendiri. Mahu hidup senang, haruslah berusaha ke arah itu. Hidup bukan untuk sehari sahaja.
Rajuk Aisyah dibiarkan sahaja. Dirinya masih tidak boleh menerima keadaan Aisyah yang padanya sama sekali berubah, dari seorang gadis kampung kepada seorang gadis yang terlalu berani gayanya.
Aisyah memujuk hatinya sendiri. Memandang ke arah luar, sebuah panorama yang biasa di sebuah bandar yang penuh dengan kesesakan dan hutan batu. Malah, hutan batu itulah yang menjadi kebanggaan umat yang menduduki negara ini. Memiliki bangunan pencakar langit berkembar tertinggi di dunia.
“Along nak bawa Sya pergi makan di mana ni? Ni dah sampai Kelana Jaya dah ni.”
“Domino’s Piza di Bandar Sunway.”
“Damansara Perdana kan ada. Buat apa mahu pergi jauh-jauh.”
“Tak mahu...”
Ringkas sahaja jawapan Zamri, entah kenapa dia terasa teringin benar mahu makan Pizza Domino di Bandar Sunway. Walhal, mana-mana tempat, asalkan di bawah hak pengedaran atau dalam bahasa inggerisnya franchise memiliki rasa yang tidak jauh berbeza. Kemungkinan dari segi layanan mungkin sedikit asing. Tetapi dari segi makanan, sudah tentulah tidah jauh perbezaan dari tempat lain. Minumannya juga sama setiap tempat dan setiap masa, sebotol coke atau sebotol sprite.
Dia tahu, tempat itu agak jauh dari rumah adiknya Aisyah. Namun, sedikitpun dia tidak gusar akan adiknya. Keyakinan dalam dirinya bahawa adiknya akan sentiasa selamat berada disisinya.
Aisyah mengerutkan dahinya. Dia pelik, selalunya Zamri tidak betah mengajaknya makan malam jauh dari kediamannya. Paling jauh pun, warung makan tepi jalan yang bersepeah-sepah di Kampung Sungai Penchala.
‘Oh, mungkin sebab nak bawa aku jalan-jalan naik kereta barunya agaknya.’ Aisyah berbisik sendirian dalam hati.
Kereta Zamri terus meluncur laju membelah laluan lebuhraya Damansara Puchong itu. Sekali-sekala terhenti juga perjalanan mereka dek kerana terlalu banyak kenderaan yang melalui jalan itu. Dua lorong sudah tidak lagi releven untuk sesebuah lebuhraya. Pernah sekali dia menyuarakan pendapat tentang lebuhraya Damansara Puchong di akhbar yang terulung di Malaysia. Namun pendapatnya tak kunjung tiba penyiarannya.
“Sejak bila kau tak mahu pakai tudung ni?” Zamri bersuara juga akhirnya.
“Sejak bila Along ambil kisah pada Sya? Sya ni macam tak wujud dalam hidup Along kan.”
“Along tak cakap macam tu pun.”
“Tak perlu lah Along nak tegur-tegur Sya. Cermin diri Along tu dulu, baru nak tegur Sya. Ada hati nak tegur orang.”
Zamri menggeleng-gelengkan kepalanya. Sukar benar melentur buluh. Walhal sejak kecil adiknya itu diberi ilmu agama yang cukup, tiada sedikit pun yang kurang. Tidak cukup diajar di rumah, disekolahkan juga oleh ayahnya.
Kereta Myvi yang dipandu meluncur laju menaiki jambatan gantung yang di panggil Jambatan San Francisco oleh penduduk sekitar dek kerana konsep buatannya. Ketika itu, sedikit sahaja kenderaan yang melalui jambatan itu. Tidak seperti kebiasaannya, jambatan itu penuh sesak dengan kenderaan.
Kemudian, sebuah Toyota Hilux berwarna perak memotong kenderaan Zamri dan Aisyah dengan laju. Sewaktu berselisih, sempat pemandunya memberikan sebuah jelingan lalu tersenyum.
“Kacak lah Along lelaki yang senyum tu.”
Zamri menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keletah adiknya itu. Pantang benar adiknya itu melihat lelaki kacak, pasti dia memandang tanpa berkelip.
Seraya itu, kelihatan tangan penumpang Toyota Hilux itu keluar daripada tingkap kereta lantas kelihatan sayup-sayup seperti membuang dua beg plastik berisi air. Zamri membulatkan matanya.
“Muka saja kacak, tapi perangai tak senonoh. Ada ke dia buang beg plastik isi air atas jalan. Tak ada kerja ke orang macam tu.” Aisyah membebel sendirian.
‘Ya Allah! Dia campak diesel.’ Zamri cepat-cepat berdoa dari Allah agar dia dilindungi dari malapetaka. Pantas dia menekan pedal brek.
“ALONG!!!” itulah perkataan terakhir yang kedengaran. Jeritan Aisyah.
Kereta Myvi berwarna hitam itu berpusing-pusing sebanyak tiga kali sebelum bergolek-golek dan berhenti betul-betul di lorong laju. Hancur remuk kereta itu dalam masa tidak sampai dua saat
Aisyah meraba wajahnya, mengalir cecair panas berwarna merah. Kemudian menjeling perlahan ke arah Zamri, abang sulongnya. Tiada tidak balas langsung kelihatan dari abang sulungnya itu.
“Aaaa... Longggg...” Lemah suara itu memanggil nama panggilan Zamri.
Kelihatan diluar beberapa orang meluru ke arah keretanya. Perlahan-lahan pandangan itu menjadi semakin kabur di mata Aisyah, kemudian gelap ditelan kelopak matanya.
Bersambung...
Tweet

5 comments:
ya Allah! muka hancur sangat.. adakah patut buang petrol?! haissh~ inilah manusia.. hmm matikah abang? lalu menghantui adik? atau sebaliknya.. tertanya2....
Faz Nandra ---)yes! tunggu bab 3 faz. seramnya bermula!:)
terima kasih baca ya faz!
buang bayi dari zaman jahiliah lagi..
poster tu mesti muka ko?
betol x?
cik kedondong --)haha..bukanlah.adik perempuan aku:) sebijik ke?huihhh
Post a Comment