Salam Ramadhan dan Salam Jumaat
Ilmu kita tahu sangat penting. Tanpa ilmu, kita nak pergi mana? Kalau emak bapa kaya, harta makan tujuh keturunan pun tak habis, ok aku terima kalau kau tak mahu mendalami ilmu. Kau mungkin berfikir 'aku dah senang.Buat apa nak belajar ilmu.Hendak2 ilmu agama'
Ilmu yang aku hendak tulis harini adalah 'ilmu agama'.
Sekadar pengalaman sendiri. Aku dibesarkan di Johor, to be exact komuniti Felda. Ya, penulis seorang anak peneroka yang pernah tolong bapa beliau pungut biji kelapa sawit, menabur baja, kutip buah sawit, tolong motong getah (err..aku kutip getah sekerap saja) semua. Iyalah adik beradik ramai. Semua nak sekolah. Jadi sebagai anak, kita perlu tolong bapa kita kalau-kalau dia nak dibantu.
Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing.
Berbalik kepada Ilmu Agama. Di Johor, sistem sekolah agamanya sangat baik Budak2 umur 6 tahun perlu didaftarkan ke sekolah agama. Sesinya tak panjang. Bermula jam 2 hingga 4 petang atau 4 petang hingga 6 petang. Pendek saja masanya. Kelas pun 30 minit paling lama. Aku didaftarkan ketika berusia 9 tahun, terus lompat ke darjah satu disebabkan semasa usia itu ,aku sudah masuk mengaji AlQuran. Uniknya, apabila tiba peperiksaan sekolah agama di Johor, darjah 1-3 perlu WAJIB lulus Solat (amali), Tauhid, Ibadat dan AlQuran (termasuk hafazan).
Alhamdulilah, aku lepas darjah 1-3 dengan baik.
Bila masuk darjah 4-6 subjek mula bertukar. Subjek paling seronok tentulah Munakahat (subjek nikah kahwin), Muamalat (Ekonomi islam) dan Jenayat (undang2 islam). Aku kureng sedikit subjek Faraid (matematik:pembahagian harta pusaka) selain Bahasa Arab.ha ha ha. Alhamdulilah lepas juga. Masuk darjah 5-6 aku didedahkan dengan pelajaran Tasauf (ilmu rohani/jiwa) dan Akhlak (subjek ni senang masa mula2 ambil, tetapi bila masuk saja darjah 6, aku banyak keliru dengan subjek Tasauf yang lebih kurang sama)
Dan di waktu darjah enam ini jugalah aku belajar subjek wajib Tauhid yg agak sukar, iaitu mengenali sifat2 dan zat2 Allah. Susah sangat sebab kita tidak boleh bayangkan zat dan sifatNya dibimbangi jatuh kepada kufur.
Sama seperti tradisi darjah 1-3, 4-6 juga memerlukan aku wajib lulus subjek Tauhid, AlQuran dan Ibadat. Alhamdulilah.
Syukur selepas belajar bertahun itu, aku lepas kesemua tahap tanpa perlu mengulang dan uniknya lagi, untuk menghabiskan sesi sekolah agama, satu darjah ditubuhkan yang diberi nama 'darjah khas'. Seronoknya kami hanya perlu datang pada setiap hari Sabtu sahaja! Subjek tambahan yang perlu diambil adalah Hadith selain subjek2 yg aku sebutkan diatas menjadi lebih advance. Untuk lulus juga, kami perlu menghafaz tiga surah (akan ditanya salah satu) iaitu Surah Sajadah, Surah Al Mukminun dan Surah Yaasin. Aku pilih Surah Yaasin.
Habis cerita. Ulasan aku terhadap topik.
Disebabkan sekolah agama di Johor (ketika itu) merupakan satu alternatif, ramai ibu bapa menyekolahkan anak mereka sehingga darjah tiga sahaja. Ini yang aku tak faham. Sekolah biasa boleh pulak sekolahkan sampai darjah enam. Tingkatan 1 sampai 5. Tapi tidak sekolah agama. Alasannya?
1) Tak cukup duit
2) Cukuplah sampai darjah 3 je. Asal dia tahu hukum hakam sudah
3)Budak2 dah tak minat
4)Banyak kali mengulangnya
Ini alasan-alasan yang aku kerap dengar bila dua, tiga kawan berhenti sekolah agama. Sama juga halnya dengan perihal ibu bapa yang liat nak bayar duit yuran Qiraati @ mengaji AlQuran. Jangan sebutkan perkataan 'mahal' sebab ilmu tiada nilai kalau hendak diuukur harganya. Jangan kerana alasan2 ini, anak2 kita tak dapat apa yang sepatutnya seorang muslim perolehi.
Hendakkah kita dipersalahkan sewaktu akhirat kelak?Jangan pandang remeh pada ilmu lebih2 ilmu agama. Kalau kita, sebagi ibu bapa meninggal dunia, siapa yang lebih afdal memandikan kita? Siapa yang lebih afdal doanya ketika kita sudah menjadi ruh?
Anak2 yang soleh.
Renung2 kan dan fikir2 kan:)
FaizalSulaiman:---)Hari Jumaat yang serba tak kena.Entah apa yang merisaukan, aku pun tak tahu...
Malam ini Jilbab ep 4 dan Farcir 44.Selamat membaca!
Tweet

20 comments:
risau ker, jgn lupa zikir dalam hati.
hanisah hassan ---)tulah kak.banyak dah berzikir tadi sblm g keje.harap2 tak ada apa2 lah:)
itulah kan orang kita. aku pun perasan. bila soal ilmu agama agak berkira. dulu aku sekolah agama rakyat sampai darjah 5 jek. lulus ujian dorg dah x bukak kelas lagi tuk darjah 6. huhu...
wahh bestnya pembelajaran agama kat johor=)hehe.. sabah masih juga begitu.. tidak menitikberatkan sangat soal agama ni.. kalau dilihat ada berpuluh gereja yang berdiri di mana2... huh~ sedih~~
insyaAllah takde apa2 yang berlaku.. banyakkan berdoa ye dato ^-^
Lady Waleane---)Whosse ruginyaa..seronok belajr kelas agama kan?
Faz Nandra---)seronok faz:) and..takpelah kot pembinaan gereja tu.faizal tak kisah asal kita hormat menghormati agama lain:)
aku dulu blaja PAFA.hakhak..ada lagi tak zaman ni ek?
Pencacai Alim---)dulu ada.skunk ni tak silap aku Qiraati.dulu aku skip PAFA:)
Saye sampai form 5! hahaha. x sempat nk form 6 :p x merasa STAM.
Sly Nolan---)waaaaa bagus la ko.byk ilmu neh:)
awk bertuah faizal..
Nazz@Purple---)Alhamdulilah Naz.tp kalau kita nak belajar sekarang ni pun masih belum terlambat:)
btol tu..yg tere xleh kedekot ilmu..nti x berkat..
<a href="http://akudansesuatuz.blogspot.com/>Harga Kuih Muih Terkini !</a>
ko pon ngaja ek..ko ngaja kat ne?kos apa?
velasrizal ---)haaa tau takpe.ilmu kena sebar sebarkan:)
agzamry ---)ha'ah.hehehe kat kolej bandar penawar, kota tinggi. JB.dekat la dengan rumah. ajar Hospitality and Tourism
dan selamat beramal....hihi
Mr.Homosapiensz ---)hihihi..wahh mal.buat mee ya?hahaha
aku suka cara sek agama jhr..tp pelik napa tmpt lain x ikut...huhu..
p/s: aku x sek agama dl tau..hoho...
bARdbOO---)huhu..thanks:) itu tak tahulah.mybe sebab byk tempat dah ada sekolah agama rakyat kot..
Post a Comment