Siri seram ini akan disiarkan setiap DUA kali seminggu.Minggu ini kita hayati dulu episode 1 LORO:Jilbab. Manakala Episode 1 LORO:Chendana pula akan disiarkan pada Selasa, 10.8.10. Kedua-dua karya ini juga turut disiarkan di laman ini(blog penulis El Zaffril). Sebarang komen amatlah dialu-alukan
Selamat membaca!
Jilbab 01
Karya: El Zaffril
Butang alat kawalan jauh televisyen berbayar itu berulang-kali ditekannya, menukar dari satu rancangan ke satu rancangan yang lain. Tiada satu pun yang menyenangkan hatinya malam itu. Pantas, dia menutup sahaja siaran televisyen itu lalu dicampaknya alat kawalan jauh itu di atas lantai sahaja. Lantas dia menelentangkan badannya ke atas sofa empuk berbentuk L yang dibelinya hampir dua bulan yang lalu.Karya: El Zaffril
Bahang kepanasan Kota Kuala Lumpur terasa hingga ke rumah flet yang disewanya di Kota Damansara. Rumah tiga bilik di tingkat empat itu dikongsi dengan seorang rakan sekerjanya. Mereka jarang bertemu kerana bekerja di shift yang berlainan.
Matanya memandang tepat ke arah kipas syiling ruang tamu rumahnya. Dirinya terasa tenang melihat kipas itu berpusing-pusing mengikut kelajuan yang paling tinggi. Sesekali wajahnya mengukir senyuman seorang diri dek di gamit memori sendiri.
“Laparlah pula.” Aisyah meraba-raba perutnya yang mula berbunyi.
Pantas, dia memerhatikan ke arah jam yang melekat di dinding ruang tamu kira-kira satu meter jaraknya dari televisyen rumahnya.
“Dah pukul 8.00 malam. Patutlah lapar.” Aisyah menyambung.
Kemudian kedengaran lagu Lady Gaga berkumandang dari biliknya. Dia bingkas bangun kerana itu menandakan ada khidmat pesanan ringkas yang sudah masuk di dalam telefon bimbitnya. Berlari-lari anak ke arah biliknya, cepat-cepat dia mendapatkan telefon bimbitnya itu.
Pantas dia menekan papan kekunci telefon bimbit jenama Sony Ericson itu lalu dibukanya peti masuk untuk khidmat pesanan ringkas. Sudah terang lagi jelas satu kiriman pesanan ringkas telah masuk di peti khidmat pesanan ringkas di dalam telefon bimbitnya. Tanpa berlengah dia terus membuka pesanan yang diterimanya.
(Jom kita keluar makan malam ni. Along belanja Sya nak tak? Along dah lama tak jumpa Sya ni. Along dah sampai simpang gila dekat dengan IOI Mall ni. Dalam 15 minit lagi Along sampai)
“Alamak, apa aku nak buat ni?” Kelam-kabut dia dibuatnya setelah membaca khidmat pesanan ringkas dari abang kandungnya .
“Balas sms dulu.” Cepat-cepat dia menekan papan kekunci telefon bimbitnya.
(Ok Along, Sya siap sekarang.) Kemudian dia menghantar pesanan ringkas itu dengan pantas.
Aisyah yang mesra di panggil Sya oleh Abangnya itu pantas membuka almari pakaiannya. Mencari pakaian yang ringkas dah sesuai. Tidak manis kalau dia keluar dengan mengenakan seluar pendek dan juga baju tanpa lengan yang sedang dipakainya itu.
Kemudian dia mengambil sehelai t-shirt sendat lengan pendek berwarna putih dan mencapai sehelai denim lusuh potongan rendah yang tergantung disebalik pintu biliknya. Pantas dia mempersiapkan diri sementara menunggu abang sulungnya sampai.
Usai memakai baju, dia pantas ke meja solek bercermin. Mengambil bedak padat lalu disapukan rata diwajahnya, nipis sahaja sapuannya malam itu. Kemudian diambil pula pelembap bibir, jenama lipice berperisa strawberi itu disapu rata di permukaan bibirnya atas dan bawah. Tidak mahu kelihatan pucat walaupun sudah malam. Rambutnya yang lurus disikat, kemudian di biarkan lepas ke bahu sahaja. Akhir sekali, dia membelek-belek wajahnya untuk kali terakhir di hadapan cermin. Hatinya puas dengan penampilannya malam itu, ringkas dan menawan.
“Mana Along ni. Patutnya dah sampai. Dah dekat 15 minit dah ni.” Aisyah mengomel sendirian dibiliknya.
Dia memerhatikan sekeliling biliknya. Terdapat sebuah katil bersaiz permaisuri yang diletakkan di bilik, sebuah meja solek dan juga sebuah almari pakaian. Seperti sudah lengkap, namun dimatanya ada sesuatu yang kurang lengkap disitu.
“Nak minta along belanja apa agaknya? Barang dalam bilik ni macam tak lengkap. Ok, minta along belanja laptop. Siap dengan broadband sekali.” Dia berkata-kata pada dirinya sendiri, kemudian tersenyum sendirian. Pantas difikirannya sedang berkira-kira Alongnya baru sahaja mendapat bonus akhir tahun dari majikan.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, kali ini nada lagu Hanya Kau Yang Mampu dendangan Aizat memecah gegendang telinganya. Pantas dia mencapai telefon bimbitnya.
‘Eh, Along telefon.’ Dia berbisik dalam hati saat melihat terteranya nama panggilan abang sulungnya di skrin telefon bimbit.
“Hello Along.”
“Waalaikumussalam.”
“Sorry... sorry.. Lupa nak bagi salam.”
“Along dah ada di bawah ni?”
“Ok, Sya keluar sekarang.”
Panggilan diputuskan. Cepat-cepat dia mencapai beg tangan yang dicampakkan diatas katil sejak tengahhari tadi. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam beg tangannya sebelum mencapai kunci yang diletakkan di atas meja soleknya.
Aisyah pantas keluar dari bilik dan menutup pintu biliknya. Kemudian dia berlari-lari anak ke pintu utama rumahnya. Pintu jenis kuak ke dalam pantas dibukanya. Cepat-cepat dia mengenakan sandal Vinnci berwarna hitam dan berlari turun menuju ke ruang bawah rumah.
Berhati-hati dia menuruni tangga dari tingkat empat itu. Satu persatu dia melangkah, takut-takut kalau tergelincir nanti. Pernah sekali dia tergolek akibat tergopoh-gapah menuruni tangga. Ketika itu dia sudah terlewat mahu ke tempat kerja.
Dia mengukir senyuman saat melihat abang sulungnya berdiri di parkir kenderaan di bahagian flet lima tingkat itu. Perlahan-lahan dia berjalan tanpa membenarkan bunyi dari tapak kasutnya keluar menjengah gegendang telinga. Dia tersengih geram dengan niat mahu mengejutkan abang sulungnya yang sedang leka berdiri membelakangi tangga utama ke tingkat rumahnya.
Asyik sungguh abang sulungnya memandang ke arah jalan utama, memerhatikan kenderaan kenderaan yang keluar dan juga mahu masuk di Lebuhraya Lembah Klang Baru, di tol Kota Damansara.
“Along!” Aisyah menjerit dari belakang mahu mengejutkan abangnya.
Sepantas kilat abangnya memusingkan badannya ke arah belakang. Degupan jantungnya sedikit laju dek kejutan yang dilakukan oleh adiknya Aisyah. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang ekspressi, namun hatinya sungguh terkejut melihat penampilan Adik perempuannya itu.
“Mana tudung kamu ni Aisyah?” Soalan pertama yang terpacul dari kotak suara abang sulongnya itu sedikit mengejutkan Aisyah. Kejutan bermotifkan gurauan itu langsung tidak memberi kesenangan abang sulongnya itu.
“Ala Along, kita nak keluar makan dekat-dekat sahaja. Lagipun dah malam ni. Lagi satu, kan Sya keluar dengan Along saja. Tak apalah, sebab Sya kan adik Along.” Aisyah menjawab lambat-lambat.
“Pergi ambil tudung kamu sekarang.”
“Tak payahlah Along. Tak payah la ya.” Aisyah memujuk.
“Degil. Suka hati kamulah. Dosa kamu tanggung sendiri.”
Abang Sulong Aisyah berjalan laju ke arah kereta yang diparkirkan meninggalkan Aisyah yang terpinga-pinga dileteri sebentar tadi. Aisyah mengekori abang sulongnya dengan anak matanya.
‘Eh, along ni. Takkan nak tinggalkan aku.’ Desisnya dalam hati.
“Along, tunggulah Sya. Takkan nak tinggalkan Sya pula.”
“Masuklah cepat.”
‘Wah, kereta baru.’ Desisnya dalam hati lagi.
Aisyah mengukir senyuman melihat kereta yang baru dibeli abangnya itu. Kemudian dia membetulkan beg tangannya dan digalas dengan kemas sebelum membuka langkah ke arah kereta abangnya itu.
Bersambung...
Tweet

Pada mereka yang terlepas membaca Romantik-Komedi, klik disini
10 comments:
tak keluar lagi bab seram..hehe
huhu... Aisyah degil!=p
0oo.. keseramannya masih tak datang.. menunggu episod seterusnya..
faizal.. eja flet bukankah sepatutnya flat?? (n_n)") maaf... hehe
iyllienaz ---)hehehehehe..sila tunggu bab 2: jilbab, khamis ni ok:)
Faz Nandra --)hehehehe..thanks faz!
kan?memang dia degil neh:)
faz, memang eja flet begitu(dlm bm) flat tu maknanya rata..(kut):)
syok ke citer nie...aku nie tak pndai le bab2 baca nie.haha
Faizal@PeJAY ---)hehehehe..takpe2 kalau nak baca, slow bro.kang ada ko tak faham nanti:)
kecewa aku takde bab seram...hakhak..ko mmg champion bab2 karang novel nih..bagus bro...
Pencacai Alim ---)sabar..sabar. ko tunggu LORO:chendana ep 1 malam selasa ni ok:)
erm...menarik . keep up the good work.
hanisah hassan ---)terima kasih kak. tunggu chendana ep 1, malam selasa ni k:)
Post a Comment