Thursday, August 12, 2010

BUANG BAYI LAGI! BUAT ANAK TAPI BUANG?

Gambar baby comel dari Google


Salam Ramadhan

Oh! Berita semalam ada lagi kes pembuangan bayi, di Buletin Utama. Entry ni juga merupakan entry ke dua kes pembuangan bayi yg pernah aku tulis.

Adik aku yang mendengar berita itu menyampuk..
“Buang bayi lagi! Buat anak tapi buang?”

Beliau baru berumur 8 tahun. Oh dik oi. Kalau kau faham, dah lama aku terangkan perihal pergaulan bebas, seks luar nikah semua. Malangnya kau baru 8 tahun dan apa yg terkeluar dari mulut aku hanyalah “Nanti kamu dah besar sikit, jangan ikut perangai ni, faham?!”
Agak sedih perkara itu terjadi di bulan mulia, yg namanya Ramadhan Al Mubarak. Jelas, si pelaku@pembuang anak ni bukan terpengaruh dengan syaitan, tetapi gelora nafsu dia. Nafsu sampai mampu meletakkan ianya lebih berkuasa dari otak. Agak melampau kalau aku nak salahkan duaratus peratus kat pelaku. Mungkin banyak sebab dia buat begitu. Nah, disini peranan ‘empathy’ sangat penting. Tahu kan 'empathy'? Teori aku mengatakan:

1) Mungkin malu. Tanak tanggung malu, jadi buanglah (KONTRA: Masa perut memboyot 9 bulan tu, camne dia kaber malu?)
2) Tak bersedia. Tak cukup duit, emosi selain tertekan. Jalan penyelesaian? Buang.
3) Pandangan negatif masyarakat
4) Sebab lain yg aku pun tak tahu

Usaha kerajaan menggalakkan perkahwinan di awal usia selain menempatkan 1 tempat khas bagi2 bayi2 tak berdosa ini sangat dipuji. Sekurang-kurangnya dapatlah dibendung gejala tak sihat ni. Aku sekali-sekali kurang menyokong sebenarnya. Bimbang perkara ini (buang bayi/kehamilan dan kelahiran luar nikah) makin bertambah-tambah. Bak kata seorang student aku. "Itu baru kematian dan kes buang yang dilaporkan, encik. Belum yang tak dilaporkan atau pihak keluarga sendiri yang sama2 berkomplot". Betul juga, kan? Kut ya pun nak tambah populasi, bukan begini caranya.

Sesiapa yang dah terjebak, kau orang bertaubatlah. Aku pasti yakin-perasaan sesal itu timbul dalam hati kau. Pohonlah kemaafan pada Allah. Iyalah, masa tak boleh nak diundurkan. Buat mereka yang nak melakukan perkara itu, fikirlah keluarga, fikirlah anak kau tu. Kau dah bagi kehidupan buat dia. Jangan bunuh hak dia. Dia berhak untuk dapatkan hak dia sebagai manusia!

Di Ramadhan yang mulia ini, aku harapkan tak adalah lagi kes2 buang bayi sepanjang bulan ni. Bulan ini digunakan mukmin untuk beramal ibadah, bukan menambah-nambah lagi dosa segala.

Kau orang percaya yang kes2 seperti ini bakal dilupakan masyarakat dan mungkin sudah ada yang menganggap "alah biasalah tu"...

FaizalSulaiman:---)Cuba bayangkan, kita sbg bayi, kemudiannya dibuang dan dibiar mati! Apa salah kita?Apa perasaan kita?

Ps: Jangan lupa membaca Loro:Jilbab episode 2 malam ini yer:)

20 comments:

Zéè Zóò said...

nauzubillah...manusia skrg lbih kejam & zalim dr binatang...

Faizal Sulaiman said...

Sly Nolan---)tulah kan.dalam bulan puasa tu.sedih, geram..sumer ada. harap2 tak terjadilah pada kita.

selamat berpose, bro!

Faz Nandra said...

nauzubillahi min zalikh.... kejamnya pelaku2 ni.. haisshh~ tak patut.. budak umur 8 tahun pun tau akibatnya... hmmm

Pencacai Alim said...

anak2 yg mati disebabkan dibuang oleh mak ayah ni diakhirat esok memohon Allah supaya mencampakkan ibu ayah mereka kedalam neraka walaupon satu langkah lagi nk masuk syurga..

Bertaubatlah........

tetapi ada juga mak ayah yg akan membuang anak2nya kedalam API NERAKA Allah kelak kerana tidak memberi didikan agama yg betul..yg ni lagi dasyat...biar dibuang kedlm tong sampah sebab jika mati sah2 masuk syurga dari dijaga penuh kasih syg last2 kat akhirat Allah campak dlm api neraka sbb silap mak ayah yg tidak pernah melarang anak2nya membuat dosa..

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra ---)tulah faz.masa adik sy ckp camtu kan..,sedih, terkejut semua ada..

kira sampai budak2 kecik pun dah alert ngn benda2 ni

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)Terima kasih drop komen yg sgt mengingtkan aku tentang benda ini, bro.thanks so very much ok!:)

- zuriey - said...

xtaula masalh ni boleh atasi @ tak,,semakin menjadi2

Faizal Sulaiman said...

-zuriey - tulah kan.sekarang ni makin jadik2:(

epol said...

masalah sosial yang x abis2..huhu sedih bila ckp sal isu nie

**90% kes buang bayi melibatkan pelajar sekolah@bwh umur..so akai diorg tak ckp matang

hanisah hassan said...

Ishkk minta dijauhkan...adik-adik fikirlah risikonya kemuadian hari jangan selepas tu merana. Kak nisa ada kawan berbangsa cina yang kerap gugurkan anak sehinggalah satu masa tu dia sakit selama berbulan-bulan lamanya .Dia terbayang bayi disekeliling dia dan asyik terdengar suara bayi menangis.Sampai sekarang dia menyesal gugurkan bayi dia. Inikan lagi kita org islam patutnya harus lebih peka tentang risikonya kelak....dah macam tulis novel dah aku komen.

Faizal Sulaiman said...

epol---)tulah.budak2 sekolah yg banyak terlibat.nah, disinilah peranan ibu bapa sgt2 penting!

Faizal Sulaiman said...

hanisah hassan---)HAHAHA lawak la akak ni:P
betul apa yg akak tulis tu.faizal mengiyakan.budak2 tolonglah dengar nasiha2 semua ni.jadikan iktibar.

NUke_Rude said...

"alah.. biasa lah tu.."

hm. aku rasa kalo da smpai tahap camni, kna ada undang2 utk jatuhkan hukuman pnjara/bunuh kat mereka yg buang bayi tu

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude---)hasrat ko dimakbulkan bro.

baru jap tadi aku dgr berita,pesalah buang bayi akan dikenakan hukuman gantung!

bagi aku, itu satu kelegaan..

bARdbOO said...

yup..btol ckp student ko tu..

aku ada kwn dl yg dh terlanjur n pregnant..mak dia yg sidbuk belikan nenas dn suh anak tu makan byk2 utk gugurkan baby..huhu...seih btol dgr..

Unknown said...

salam..
nk menyampuk jgk..

org skrg bt pandai tp tanggungjawab lepas...
pesalah buang bayi dikenakan hukuman gantung?
ini x adil buat kaum hawa...
it takes two to tango beb...

Faizal Sulaiman said...

bARdbOO ---)heh???serius??

gila la mak dia tu!pastu gugur tak?
sedihnya dengar..

Faizal Sulaiman said...

fard_kay ---)saya harap bukan perempuan saja kena.lelaki pun sama.both party need to be punish kan.baru adil

Miss N™ said...

Salam Singgah...

nauzubillah...hari ini 3 Ramadhan 1431H, skali lagi kita dengar kes buang bayi di tempat pmbentongan najis...

Saban hari, kita dgr semua ini. hukuman berat telah di war-warkan, tapi masih yg tidak takut.

ayuh..laksanakan sgera hukuman ini. mgkin mereka2 yg tlibat akan rasa takut..!


jika ganjaran pahala dan dosa itu berbentuk sesuatu yang boleh di lihat dan di sentuh, pasti tidak akan terjadi pekara2 sbegini..

Faizal Sulaiman said...

Nurcita2 ---)tulah.gejala ni semakin menakutkan dah.harap2 laksanakan segeralah hukuman tu, kan

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED