Thursday, August 18, 2011

Karat # 6:Gua Masih Jaki Dengan Lagu Raya. Sebabnya…


Update live telecast dari rumah. Gua balik sekejap nak merehatkan diri. Kay tak ada di rumah. Of course lah dia kerja. Harini turn gua pergi beli makanan di bazaar ramadhan.

Gua hangin sepanjang perjalanan balik. On radio yang terkenal dengan campuran muzik lama dan baru. Hangin sebab gua rasa baru 18 hari Ramadhan, baru rasanya nak mencuci hati yang ada sekelompok hitam titik-titik kotor dah berkumanadang lagu Raya!

Maafkan gua. Tapi WTH??

Selang dua lagu komersil, maka berkumandanglah lagu raya! Serius sh&^ macam esok nak umum raya!

Bagi gua budaya ini sangat tidak sihat.

Bukan tak boleh pasang langsung. Gua langsung tak anti lagu raya. Apatah lagi lagu-lagu lama Kak Pah Aini, Sanisah Huri, Sudirman, Black Dog Bone, P Ramlee, Saloma (sekadar menyebut beberapa nama). Lagu baru yang gua rasa masyuk dengan raya tentulah Sesuci Lebaran saja.

Beragakla kalau nak merasa mood raya. Kemon! Puasa tak cukup sebulan dah dengar lirik ‘sebulan berpuasa’??

Berilah masa sedikit. Ramadhan inilah yang patut kita gunakan untuk muhasabah diri. Perbaiki mana yang salah. Lu ingat senang ke nak jumpa Ramadhan lagi? Ini tak! Sibuk nak raya!

Gua faham siapa-siapa yang duduk jauh. Nak feel-feel raya. Tapi gua rasa zaman teknologi ni semua ada hadphone canggih. I Pad, MP3 MP4 semualah. Tak salah kan simpan saja lagu tu dalam aplikasi tu. Kalau teringin nak dengar, pasang sajalah!

Kalau rindu, call sudah. Zaman teknologi ni tak ada yang mustahil, ape?!

Gua nak memandu ke tempat kerja semula. Gua harap tak ada lagu raya selang dua lagu komersil sebab gua rasa, gua akan termuntah hijau dengan sengaja. Jangan batalkan puasa gua!

16 comments:

Nazz@Purple said...

kat radio leh gi tutup..ni kat opis ni cam ner..rkan sepejabt pasang dr pagi smpai k ptg..

Pejuang Kesenian Extreme said...

relax la bro..raya pun nak dekat kan..sekali sekala apa salahnye..hehe
Oh ya...Jaki tu apa??

shandye. said...

aku sarankan kau tutup radio dan sumbat cd maher zain.

sekian.

selamat berbuka uols!

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

lumrah kot faizal...nak naik kan mood raye laa konn...tp bergantug gak laa kat org tu gak..ade yg suke & ade yg x...so ikot hati laaa kann..heheh

W. Hidney said...

tutup jer radio tu macam i buat hahaha

Hans said...

sebelum puasa kedai kain dah pasang lagu raya
xfaham aku weh
hilang mood raya

ghost writer said...

biarkan jer..DJ pun nak keje senang gak.barangkali,dah tak sabar nak sambut syawal.

epol said...

wah entri emo..hahaha bisalah bro..tapi cam terlalu awal lagu raya tahun ni..meh aku request lagu raya 4u2c mau?lol

AL said...

Nazz@Purple:

Gua sangat setujulah cik nazz.Kat opis gua ni, seminggu lepas puasa dah main lagu raya.nak maki juga tapi puasa.Jadi maki dalam hati

AL said...

Pejuang Kesenian Extreme :

Tapi gua rasa beragak agak la.ni main lagu sama.Gua tak boleh terima tapi kalau pasang 20 ramadhan boleh la diterima

AL said...

shandye.:

Chare juga cadangan lu ni.Biasanya gua tukar channel

AL said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) :

Err tak pasal si pejal yang kena. Fauzi, nama gua AL.selamat berkenalan!

Gua bukan tak terima langsung. DJ radio pasang lagu tu selang dua buah lagu 'bukan raya'. Tu yang takle terima

AL said...

W. Hidney:

Cadangan paling kool! gua suka!

AL said...

Hans :

Apa? sebelum puasa? Tepok dahi

AL said...

ghost writer :

Tengah tengah bulan puasa bro.Pening gua fikirkan

AL said...

epol:

hahaha

Gua setuju habis bro!

mana satu lagu 4u2c eh?

lupa habis gua!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR