Monday, August 01, 2011

Ramadhan dan Melodrama

Tahun ke tiga berpuasa sebagai blogger. Tahun ke dua sebagai pendidik. Muda lagi usia tu. Ramai lagi di luar sana yang lebih berpengalaman berpuasa sebagai blogger ni.

Aku melihat Ramadhan sebagai satu peluang dimana nak meningkatkan diri daripada seorang yang tak berapa baik kepada baik.hehe

Usai terawih, aku pasang TV. Macam dah berkurun saja tak tengok TV. Galih punya galih, terlihat astro Oasis, saluran alternative keagamaan selain Al Hijrah. Macam biasa bulan puasa, drama-drama melo arahan sutradara Rashid Sibir menghiasi Oasis.

Tak tahulah drama zaman bila, sebab tengok actress Vanida Imran kelihatan muda lagi.

Judulnya ‘Titian Siratulmustaqim’, lakonan hebat Fauziah Nawi dan Nasir Bilal Khan.

Aku terpikat dengan gaya pengarahan drama setting kampung Rashid Sibir sejak drama cinta tragis Rumah di Tengah Sawah. Siap tonton VCD nya berpuluh kali. Masih terkenang dialog yang dilontarkan aktres Wan Maimunah.

“Mak fikir, sejanggut udang emas pun belum tentu kau dapat Sapura. Lain la si Nuar tu. Dah la baik, kaya pulak tu’

Gaya Wan Maimunah dengan berkebaya, cakap beriya iya menambah kebencian kita yang tonton.

Drama Rashid banyak disiarkan di Astro. Few has been my favorites seperti kisah isteri curang, anak perempuan hamil dan anak lelaki merempit dalam ‘Quran Buruk’, kisah orang kaya yang sanggup menipu pergi haji (dengan menggunakan haji beli dan tak puasa di bulan Ramadhan) dalam ‘Tanah Kubur’, kisah dua beradik yang sanggup bertelagah dalam ‘Cantiknya Buruk’ dan satu kisah dimana aku dah lupa judulnya, kisah dimana Allahyarham M Rajoli boleh nampak orang mati dan orang-orang mati ini meminta pertolongan beliau menyedekahkan ayat suci Al Quran setiap malam Ramadhan.

Drama Rashid walaupun nampak melodramatic melampau, seperti adegan menangis, marah dan senimatografi menarik, ia tetap menginsafkan! Dalam drama Rashid jugalah kita boleh melihat Allahyarham M Rajoli mengaji dengan begitu merdu sekali.

Satu yang aku suka tentang drama beliau adalah tentang penggunaan skrip. Kebanyakan skripnya selamba. Sesuai dengan persekitaran kampung dan tak adalah terlalu skema. And Most obvious, perempuan yang pegang watak jahat. Mesti pakai kebaya, bawak payung lenggang kangkung dengan bunga besar atas kepala.

Selamat berpuasa, semua!

10 comments:

epol said...

rashid sibir - drama sarat air mata..setuju

tapi lately cerita dia terlalu memaksa penonton untuk menangis..pendapat saje..jgn marah peminat rashid sibir..haha

selamat berpuasa brooo

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

kekadang cite yg berunsur air mata tak bole lari dengan rashid sibir...

sume cite rashid sibir best!!!!

FaizalSulaiman said...

epol --->aku perasan gak yang tu. sama gak kalau dia wat citer bandar.kureng sikit kick-nye

ko juga bro!!

FaizalSulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)---> yup! diakui.tp kalau keliwon, ada certain citer je yg best.hehehe

mr.syazwan said...

sekarang arahan dia makin kurang kan

cita rasa penonton nak yg gelak2

tpi wan suka yg sardis2 ni

huhu

SALAM RAMADHAN FAIZAL

FaizalSulaiman said...

mr.syazwan --->rashid kalau wat drama kampung2 mang jadik la kan:)

Pencacai Alim said...

slamat berpuasa bro..

Hans said...

kadang2 aku bosan dengan drama rashid sibir
terlampau melankolik

FaizalSulaiman said...

Pencacai Alim --->selamat berbuka puasa bro!

FaizalSulaiman said...

Hans --->nak tgk citer dia kena kosongkan kepala.hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR