Monday, August 15, 2011

Ramadhan dan Kisah Mercun, Hantu juga Prank Zaman Silam


Alhamdulillah.

Ramadhan dilalui serba serbi sederhana. Terutama ketika berbuka puasa.

Ramadhan memang tak boleh dipisahkan dengan dentam dentum mercun. Kat tempat aku ni usah cakaplah, puasa ke lima dah dengar.

Tapi tak boleh lawan masa aku kecil lagi. Puasa pertama dah cari port yang sesuai untuk buat meriam tanah! Kenapa meriam tanah ? Sebabnya tempat aku agak sukar untuk mendapatkan buluh-buluh gemuk yang sesuai. Pernah dengar meriam batang paip ?

Oh aku tak pernah main. Bahaya. Berani-berani aku pun ada takutnya juga!haha

At least meriam tanah kalau meledak pun, paling koman, kalau bunyinya kuat, tanah merekah saja. (masih nak kata benda Allah tu tak bahaya nih!).

Disebabkan adik beradik ramai ‘askar-askar’ maka puasa pertama dan kedua diperuntukkan untuk menggali sedikit lubang dibelakang rumah, ambil beberapa biji batu bata untuk dibuat sedikit kepungan pada lubang yang dah digali tu sebelum membeli beberapa ketul kalbait.

Prosesnya boleh makan hari juga tau!hahahaha. Macam nak develop apa ntah!

Adik-adik jangan try dekat rumah ya!

Disebelah malamnya, dengan tak ikut ayah ke terawih, join kawan-kawan sepermainan membuat prank pada mat/minah/abang/kakak yang lalu depan rumah dengar motor. Memandangkan depan rumah tu ada pokok mangga yang agak besar, maka dengan idea nakal, kami menggantungkan sehelai baju sekolah warna putih dengan tali tangsi. Maka bila ada orang lalu, turunkan sedikit demi sedikit tali tangsi tu sebelum tak lama terdengar orang memekik ‘HANTUUUUUUU!!!!!’

Ok bulan puasa mana ada Hantu, kan? Kan setan-setan semua dah kena ikat?
Tak pun time tu, kami lah hantu-hantu nya!hahaha

Masa kecil, aku sangat nakal. Sangat suka mengusik!

Tapi dah tua-tua ni tak adalah nak buat benda-benda macam tu.Mercun meriam pun dah tak main. Tobat-tobat kucing. Adakala ada juga keinginan nak main mercun mancis, mercun padi, main bunga api (bunga api???) yang kita halakan ke langit (oh lupalah namanya apa).

Menjadi adult, di bulan puasa dan raya adalah paling tak thrill. Seriously ! Sebab kita lebih menitikberatkan amalan, rahmat, pahala dan kebaikan compared to youngsters!

By far, depa lah yang paling syok kumpul duit raya bila adult yang hensem-hensem macam aku ni hulur sampul.hahahahaha.

Aah seringgit dua cukuplah kan?

PS: Aku dah cerita pasal duit raya pula lah!

22 comments:

eqbalzack said...

FS jangan main mercun ok..hehe

♕ Mr.IX ♂ said...

main mercun bawang jer...pernah main mercun telur naga tu pusing2....mercun botol...hehe

shandye. said...

tak pernah dapat duit raya lebih dari rm50. dari dulu sampai sekarang.

hurm...

mungkin sebab tidak secomel budak2 lain kot. hahaha...

mr.syazwan said...

wan suke main mercun das! heeh

Nazz@Purple said...

naz pernah tgk abg sepupu main meriam batang besi..besi tiang penyidai bju rasenye..dorang wat meriah..bunyi gempakk..

FaizalSulaiman said...

eqbalzack --->dah tua2 ni bang eq, tengok adik main jelah.hahaha..tp kadang2 rasa gian tu takle nak kawal.hahaha

FaizalSulaiman said...

♕ Mr.IX ♂ --->mercun bawang main kat dalam kelas masa sekolah.haha..menjerit budak2 perempuan.hahaha

FaizalSulaiman said...

shandye. --->hahaha samalah kita.paling kuat sampai rm30 jek.hehe tu pun dah kira besar dah tu

FaizalSulaiman said...

mr.syazwan --->pastu halakan ke langit dan nikmati pancuran warna bunga apinya.hehehe

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple --->mesti bingit bunyiknye kan.hehehe.

Hans said...

hahahaha
aku sebelum raya dah dengar bunyi mercun
wah
bestnya maim meriam tanah

FaizalSulaiman said...

Hans ---> hahahaha kan? bagi budak2 nilah time of glory dorang.hehehehe

Hans said...

hahahaha
tahu xper

MR. SYAH said...

dulu suka main mercun tp xprnh main meriam.. terasa nk main jugak...

Muhamad Zaki Zafir said...

zaman aku dulu (wah mcm tua je) kitorg baringkan mercun roket atas jln lps tu bkr.zuppp melayang msk bwh kereta nasib baik x mltup.msk angin kot.

dandelion kiss said...

pernah cuba meriam tin,
meriam buluh meriam batang paip tak berapa ingat pulak sebab saiznya besar di kampung Ian.

gemanya, masyaAllah. macam nak pekak telinga.
haha hahaha

shatooman said...

hahaha..teringat masa kecik2 dulu.. berpakat ngan budak2 sekampung buat meriam buluh, meriam tin, meriam tanah..lawan bunyi paling kuat ngan kampung sbelah..perghh..best gila.. tp skrg mmg dh x de selera nak buat semua tu walaupon ada sedikit keinginan..hehehe

FaizalSulaiman said...

Hans---> seronok sebenarnya jadik budak2 ni.teringin la pulak nak jadik budak2 balik.hahahahaha

FaizalSulaiman said...

MR. SYAH ---> kepuasannya kan syah..bila bunyinya meledak dan ada orang jerit 'HOIIII MEMEKAK AJE'

ahahahahaha

FaizalSulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---> pergh ganas gak ko zaki,hahaa.mujur tak jadi apa2 weh!hehe

FaizalSulaiman said...

dandelion kiss ---> betol tu.nak2 meriam paip tu.perhhhh!!!

FaizalSulaiman said...

shatooman ----> yes!

aku pernah juga berperang sesama kampung.bunyi paling kuat besok akan dijadikan perbualan dalam kelas,hahahahahaha

lawak lawak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR