Friday, August 05, 2011

Tidak Semua Cinta Bersatu: Saawariya Review


Kali terakhir menonton filem Hindi adalah menerusi filem Guzaarish.

Filem Saawariya dihasilkan juga dari pengarah Sanjay Leela Bhansali, my favorite. Filem yang diterbitkan pada tahun 2007 ini, pada awal pembikinannya mendapat perhatian walaubagaimanapun, filem ini mendapat kutipan terburuk dalam sejarah perfileman Bhansali. berbanding filemnya terdahulu seperti Khamoshi, Hum Dil De Chuke Sanam dan Devdas .

Persembahan pasangan Ranbir Kapoor dan Sonam Kapoor dipuji pengkritik dengan Ranbir dianugerahkan ‘Best Newcomer’ di Festival Filem Filmafare di India.

Karya ini diangkat dari sebuah cerita asing karya Fyodor Dostoevsky berjudul '‘White Nights’ menceritakan tentang seorang pelacur kelas atasan bernama Gulabji (penampilan istimewa Rani Mukherji) yang bercerita tentang seorang anak muda bernama Ranbir Raj (Ranbir Kapoor) yang datang ke kota berhijrah dan menjadi penyanyi. Di kota itu dia bertemu dengan seorang gadis muslim, Sakina (Sonam Kapoor) yang berdiri di sebuah jambatan seperti 'menantikan kehadiran seseorang'. Mereka berkenalan dan disitu Raj jatuh cinta pandang pertama dengan Sakina, sebelum mendapat tahu Sakina sudah mempunyai kekasih bernama Imaan (penampilan istimewa Salman Khan).

Raj seboleh mungkin ingin menambat hati Sakina walaupun hati gadis itu sudah dimiliki.Sanggup pula datang di waktu malam malah berhenti kerja sebagai penyanyi kelab demi mahu menambat hati Sakina.Lebih menyentuh, Raj rela menyambut Aidilfitri bersama gadis itu (Raj bertemu Sakina di malam Ramadan, beberapa hari sebelum Eid dan Sakina pula yakin Imaan akan bertemunya di malam Eid)

Cinta itu buta kan?Sanggup berkorban pada orang yang kita tak tahu akan lakukan perkara yang sama pada kita.

Sawaariya hadir dengan visual memukau. Setting bandar sunyi dengan warna purple dan blue-ish.Bandar ini-seperti pembikinan filem Devdas yang menggunakan setup pasang siap dengan mansion Sakina, bar RK, brothel Gulabji, kawasan jambatan dan sungai, kostum pelakon. Namun apa yang agak mengecewakan aku, sinematigrafi Ravi K Chandran agak kurang menyentuh dan ada persamaan sedikit dengan epik Devdas. Begitu juga muzik dari Monty Sharma. Kick nya kurang walaupun ada beberapa lagu seperti Chhabeela dan Yoon Shabnami yang agak eye catchy.

Agaknya kawan aku yang rekomen aku tonton cerita ni, suka scene ni kut!:)

11 comments:

MR. SYAH said...

lama xtgk hindustan..

shandye. said...

never was a hindustani movie fan. its just too long... tak larat nk tengok.

ceh. padahal mampu je wat marathon LOTR back-to-back tiga2 movie.

the last hindustani movie yg i tgk pun my name is khan. itupun bekos its internationally recognize kot.

teehee...

Shahrul Tanaka said...

bukan cerita ni dah ada kat tv3?

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH --> ni tengok pun sebab kawan rekomen.ehehehe..

Faizal Sulaiman said...

shandye. ---> mungkin sebab nyanyi2 kot.hahaha ataupun cerita yang tipikalisme.hahaha ada ke bahasa tu,LOL

Faizal Sulaiman said...

Shahrul Tanaka Safeai --->aku baru donlod dan baru tengok.LOL.ketinggalan zaman sunggh.hahaha

Muhamad Zaki Zafir said...

dpt x dpt bro si raj tu kat sakina? aku xthn la kalau bad ending,xsggp tgk.hahaha. :D

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir --->tak dapat bro!haha raj gigit jari:P

ghost said...

sesuai dengan judulnya.bercakap soal cinta,jarang ada filem yang maukan ending lebih menyedihkan.maka filem ini telus untuk menyatakan kalau cinta,semua orang boleh memilikinya namun tak semuanya berakhir dengan apa yang diimpikan.

Faizal Sulaiman said...

ghost writer --->sebab itu kot filem ni flop di box office.viewers dr sana tak suka endingnya mcm ni gaknya

kueh bakar said...

aku rasa tak lama lagik hindi movie pun berevolusi...

mungkin 1jam setengah atau 2 jam paling lama...

baru boleh jengah pawagam seluruh dunia...

dah lama tak tgk hindi..org kata 3 idiots best...

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED