Thursday, August 11, 2011

Karat # 5: Baik Bertempat.Berbudi Berpada.


Update gua harini mungkin ada/tiada unsur emo (bukan emotikon) tapi gua cuba kurangkan kadar #$@%^& sebab bulan baik yang kita lalui sekarang ni.

Gua pernah dengar satu hari Kay membebel mengenai teman skandalnya yang suka memberi janji palsu. Gua tak mahu tuding jari pada sesiapapun kesalahan ini baik Kay ataupun kekasih gelapnya itu. Gua kadang-kadang cuba juga nak faham perasaan Kay bila ditipu tapi banyaknya perasaan gua ni lebih kepada tak bersetuju.

‘Kay, lelaki dengan lelaki mana boleh kahwin?Jadi kejadahnya lu melabur wang lepas tu lu mengadu ngan gua kena tipulah,cakap macam sampahlah. Sebagai kawan lu, gua berhak nasihatkan lu, Kay. Lu cari la perempuan. Banyak apa perempuan kat luar sana?’

Jawab Kay
‘U ni tak pernah faham I langsung lah! Kita dah kenal almost 4 years! Bencikkk!!!!’

Hasilnya adalah seminggu lebih Kay tak bercakap dengan gua. Gua nasihat, Kay tak nak terima. Gua pujuk jugalah Kay seminggu lepas tu. Gua tinggal sebumbung dengan Kay lepas tu tak tegur sapa dengan dia. Gua tak selesa dengan perang dingin macam tu. Sudahnya gua terpaksa jugalah dengar luahan Kay dengan janji palsu dari seorang lelaki ke seorang lelaki. Kadang-kadang dari cerita Kay, gua nampak ada sisi rapuh dari rupa parasnya yang jambu.

Bagi gua Kay jambu.Walaupun dia simpan janggut untuk nampak maskulin, tapi kawan yang gua kenal 4 tahun ni tetap nampak jambu di mata gua. Kay ni walaupun mulut dia macam longkang, tapi dia baik. Langsung tak kedekut selain mudah jatuh hati kalau ada orang terlalu baik dengan dia.

Bila dia jatuh hati, mulalah dia nak beri itu ini macam-macam. Dia kata dengan cara itu dia boleh tambat hati orang yang disukainya. Lagipun baginya dengan beri macam-macam tu, dia boleh menunjukkan rasa kasih dan sayangnya.

Ok gua stop sekejap. Gua tahu love affection Kay jatuh pada gender yang salah.Gua sebagai kawan akan bimbing dia ke jalan yang sebetulnya walaupun gua rasa perjalanan gua tu masih panjang lagi. Apa yang nak gua cakap ni, untuk lu semua yang baca, janganlah ada sikap terlebih baik-baik macam Kay.

Pemurah tak apa. Tapi pemurahlah pada saluran yang betul. Sedekah kat rumah anak yatim ke, sedekah dekat masjid ke buat bubur lambuk. Ni lu labur pada sesuatu yang tak pasti, buat apa? Dah terang-terang dia akan tinggalkan lu. Kalau memang betul dia memang akan jadi hak kita, tak kisahlah nak berbelanja.

Laburlah banyak mana, tapi berwaspada.
Kita kena ingat KEMUNGKINAN. Ujian Allah datang ni tak kira waktu.

Gua tengok semenjak bulan puasa ni, Kay dah makin OK.
Katanya
‘I nak puasa cari lelaki ramadhan ni’

Gua senyum juga.Sinis juga.Bagus kalau lu puasa terus Kay.
Sambungnya lagi
‘U nak tahu AL, bila kita dah terjebak, I rasa susah nak patah balik. Bila I dah start suka, I susah nak lupakan’

Gua telan liur tengah-tengah membuka lauk Ikan Keli Masak Lemak yang Kay belanja. Bukan sebab kecur, tapi sebab kenyataan Kay.

Gua harap lu akan jumpa jalan baliknya, Kay !

Gua tiada men#$%^t.hahahaha

8 comments:

Unknown said...

ouwhh...hahaha terus berjalan :)

Shahrul Tanaka said...

peh sedap juga kay ni.

Nazz@Purple said...

sebagai kwn..kalao nasihat tak jln..kt doakan dia smoga berubah..

shandye. said...

somehow i rasa me and your friend kay can relate in so many levels.

hurm....

AL said...

tengku_fir21

Gua rasa itulah mungkin maksud Kay.
Dia nak teruskan hidup

AL said...

Shahrul Tanaka Safeai

Lu kan..saja nak ambik kesempatan.hahaha

bak kata Kay lah. 'Semua suka ambil kesempatan kat I' hahaha

AL said...

Nazz@Purple

Tepat sekali cik Nazz.Gua akan sedaya upaya cuba jaya cadangan cik Nazz

AL said...

shandye.

ye ke weh?Untuk lu pun janganlah baik2 sangat.Tapi gua tak tau lah sampai bila puasa lelaki Kay ni leh abes.hahaha

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED