Sana sini sibuk bercerita tentang Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bagi yang mempunyai komitmen, waktu yang bergerak pantas langsung kita tak sedari.
Dan kita (mungkin) tak sedar yang tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia juga akan datang tak lama lagi.
Walaupun sambutan Hari Merdeka bakal dilangsungkan pada 16 September ini (sempena Hari 1 Malaysia)
Bila ditebak dengan soalan ‘apa erti merdeka’ kebanyakan dari kita akan menjawab secara spontan ‘…bebas dari belenggu penjajah…’
Betul. Memang betul. Penjajahlah yang menyebabkan kehidupan warga Malaysia, bangsa Melayu, Cina, India tinggal di demografi berbeza-beza sehingga bagai sudah disetkan dalam kepala Orang Melayu tinggal di desa, Orang Cina duduk di bandar dan Orang India tinggal di
estet.
Itu definisi dahulu.
Zaman sekarang, persepsi merdeka perlu dihayati dengan mendalam. Maknanya masih sama, iaitu ‘Bebas’ tapi apakah kita benar-benar bebas di zaman sekarang.
Mungkin aku boleh dikatakan agak sinikal dengan entry ini. Tak mengapa habiskan dulu pembacaan. Di mileu canggih ini, dizaman semuanya arus perdana, kita tak harus ketinggalan dengan teknologi (bentuk penjajahan juga) dimana kita akan terbiasa dengan penggunaan Facebook, Twitter waima kedua-dua aplikasi ini boleh digunakan di hujung jari saja. Dibandar pula kelihatan pelbagai outlet makanan ‘penjajah’. Namakan saja semua dan aku yakin ianya berputar ligat difikiran kalian.
Baik. Mungkin ada sesetengah memandang sinis entry kali ini. Tak kurang juga (mungkin) mengatakan aku seorang yang ortodoks.
Baca lagi.
Merdeka adalah keadaan dimana kita bebas melakukan sesuatu tanpa ada rasa takut. Setuju ?
Situasi mudah :
Kita masih gunakan Nokia torchlight yang langsung tak ada aplikasi touchscreen apatah lagi Facebook atau Twitter for Mobile. Kawan keliling semua dah ada. Aisehmen! Kacaulah macam ni kalau balik raya nanti, masih tayang hendpon yang layaknya direjam. Maka pada hari raya yang mulia, sanggup tak mahu jumpa kawan sebab hendpon tak canggih. Bimbang jadi bahan. Takut jadi sindiran. Orang dah duduk zaman baru, hendpon kita masih zaman batu.
Contoh lain:
Seorang wanita bimbang tak dapat kerja kalau pakai tudung di dunia korporat.Syarat kerja kat situ mesti kena pakai skirt atau trouses pants pesen ketat.Maka bimbang dengan peluang kerja yang semakin menghimpit, rasa takut menguasai diri. (Zaman sekarang dah banyak corporate ladder menggunakan khidmat wanita bertudung)
Senang kan contoh?
Merdeka perlukan keberanian. Untuk menjadikan diri kita tak takut lagi untuk membuat apa sahaja yang terbaik untuk diri kita. Bebaskan rasa ketakutan kita. Merdekakan diri kita sepenuhnya.
Bukan merdeka dengan cara ‘I’m gay I’m okey’ atau 'I bergesel pipi sebelum dia cium mulut I kinda thing'. Ikut tempat kalau nak berani pun!
PS : Terkenang kata-kata Arwah Yasmin Ahmad tentang kemerdekaan. Aku membacanya melalui buku The New Malaysian Essay Part 1, hasil tulisan beberapa orang penulis muda Malaysia. Tak silap ruangan yang aku baca itu ditulis pengarah filem Indie; Amir Muhammad.
Bunyinya lebih kurang begini.
‘Saya tak fikir remaja zaman sekarang perlu dipaksa merasai jerih perih orang dahulukala dalam memerdekakan tanah air. Biar mereka (remaja) merasa suasana merdeka dengan cara mereka sendiri’
Aku merenung. Betul kata-kata beliau. Kita pelihara apa yang ada sekarang. Jauhi perkara-perkara jahat yang menggoyahkan keutuhan negara. Sama seperti kita sama-sama menyokong Harimau Malaya ketika perlawanan dengan beberapa negara tempohari. Kau biru ke, hijau ke, roket ke, bulan pecah dua ke, kita sama-sama menyokong Malaysia. Semangat itulah yang perlu ada!
Selamat Hari Merdeka untuk kali ke 54, Malaysia!
Pernah menulis entry tentang kolaborasi 15Malaysia, dua tahun lalu.Antara filem pendek kegemaran aku. 'Lumpur' karya Kamal Sabran ini sungguh kreatif.
Ucapan khas raya untuk siaran malam raya masih dibuka. Klik SINI untuk maklumat atau terus ke STICKY POST di bawah untuk keterangannya. Selamat menghantar!
Tweet

8 comments:
yasmin ahmad sukar dicari ganti bakatnya
dalam kemeriahan sambut raya
MERDEKA TETAP DI INGATI!
=_=
Shahrul Tanaka Safeai---> True indeed.kita akan merindui iklan merdeka dan raya nya
rasanya kalau mahu kecup rasa perpaduan, harus tonton filem gadoh.
mr.syazwan ---> Suka ayat wan yang last tu.
merdeka tetap diingati. Indeed, yes!
shandye. ---> One of the best so called perpaduan movie.setuju tak?
Saya tak fikir remaja zaman sekarang perlu dipaksa merasai jerih perih orang dahulukala dalam memerdekakan tanah air. Biar mereka (remaja) merasa suasana merdeka dengan cara mereka sendiri’
Kata2 ni nampak bijak bro..ada juga betulnya..Tapi kalau remaja sekarang tidak mendalami erti kemerdekaan dan keperitan org dahulu kala,susah juga..Kelaut jadinya nanti..
Umm,Aku macam berbelah bahagi sokong atau tidak kenyataan ni..Lebih ke arah menyokong la..
Pejuang Kesenian Extreme ---> ada pro and cons kan?selebihnya kita kena preserve.itu lebih utama untuk mempertahankan merdeka
Post a Comment