Seperti tahun lepas, aku masih lagi aktif membuat ‘sajian’ khas buat blogger yang mempunyai waktu luang di pagi raya ataupun tak tahu nak buat apa sepanjang menjelangnya Syawal yang bakal tiba.
Tahun sudah, aku memperkenalkan segmen Syukra Ramadhan, Taqbir Syawal dengan beberapa slot. Musim Aidilfitri kali ini, segmen Sesuci Syawal bakal disajikan dan sememangnya khas untuk korang yang datang singgah ke blog ini, lebaran nanti.
Sesuci Syawal dimulakan dengan jurnal khas yang diambil ideanya dari adik aku sendiri. Suka tengok gelegat dia berpuasa.Ini secara tak langsung mengingatkan aku puasa masa kecil-kecil dulu.
Slot diteruskan dengan kiriman ucapan beberapa orang blogger dalam segmen Titipan Aidilfitri 2011. Tahun ni kiriman tak banyak macam tahun lepas. Mungkin ramai blogger yang sibuk bulan Ramadhan ni, InsyaAllah, Syawal akan datang boleh hantar lagi ya! InsyaAllah panjang umur:)
Aidilfitri hening pagi diteruskan dengan siaran cerpen khas, Fitrah Syawal manakala disebelah petangnya pula kupasan kisah benar anak-anak yatim dalam Catatan Lebaran: Sinar Syukur. Malam syawal menjelma dan slot terakhir bagi segmen ini adalah cerpen suspense thriller antara kisah dua beradik Wasiat Aidil-Fitri

gua nak buat kad raya la kejap lagi. hahaha
ReplyDeleteShahrul Tanaka Safeai ---> sila sila.bubuh ucapan dengan lagu pilihan sekali:)
ReplyDeletesempat lagikan nak join ucapan raya tukan? baru je sampai rumah.. heheh..
ReplyDeletewahhh dah mcm tv pun ada gak.. hehe
ReplyDeleteMR. SYAH --->sempat syah.hantar secepat mungkin ya:)
ReplyDeleteterima kasih banyak2:)
airazulaikha --->hehehe saja nak buat kelainan, aira.
ReplyDeleteamboi
ReplyDeletedah macam rancangan tv plak ada waktu2 tu
:-)
Hans --->tradisi tahun lepas:)
ReplyDeletealamak bro, aku fail sikit edit2 kad raya ni.hantar dedikasi je blh?
ReplyDeleteMuhamad Zaki Zafir --->boleh bro.silakan..silakan.aku terima:)
ReplyDelete