Tuesday, August 09, 2011

Ramadhan dan Tak Berpuasa

Air biasa-biasa ni pun jadi menyelerakan di bulan Ramadhan


Puasa ke tak harini?

Puasa? Alhamdulilah. Moga diberi kekuatan Allah untuk berpuasa penuh. InsyaAllah!

Dulu masa kecil kalau TERminum ke, TERtak puasa ke (ceh TER aku macamla darurat sangat!huh) bila tiba waktu berbuka, mesti akan kena makan secara berasingan dengan adik beradik yang berpuasa penuh.

‘Orang tak puasa tak boleh makan sekali dengan orang yang berpuasa’

Itu yang paling aku ingati lah maka TER, TER, TER aku tu cuba elakkan. Haus sikit aku tahan. Lapar sikit aku tahan. Masa kecil mana fikir segala nikmat berbuka semua tu. Asal haus tekak sikit beritahu emak. Emak marah marah juga. Tapi lepas buat muka seposen-konon-konon-macamla-aku-akan-pengsan-tak-bangun-bangun, maka emak bagi berbuka.

Orang tak puasa tak boleh raya.

Frasa biasa.

Tapi berapa ramai yang kita kenali, tak berpuasa terang terang, tapi waktu hari raya merekalah sibuk beraya beriya iya?

Alasan kadang-kadang macam-macam kita boleh dengar.

Malas nak kupas tentang alasan sebab kalau namanya manusia, hidup tak ada alasan macam tak lengkap gamaknya. By all means, ada juga beberapa kedai makan yang selambanya menjual makanan tengah hari untuk pelanggan.

Aku pernah membaca kes serupa dalam sebuah majalah beberapa tahun yang lalu dimana perniagaan makanan dan minum, warung style yang berani sahaja akan buka di waktu tengahari Ramadhan. Lauk pauk yang disajikan biasanya terhad. Adalah dua tiga empat lima macam.

Pelanggan? Kebanyakannya dah berusia tak kurang juga si bujang-bujang yang larat berpuasa. Ditanya wartawan yang menyamar, mereka kebanyakannya mengalami gastric luar biasa di waktu Ramadhan dimana kehendak makanan mereka perlu dipenuhi seperti bayi yang memerlukan dos makanan yang cukup.

Elok ayat aku.Tak mencarut kan?Selamat pahala puasa.

Situasi ini mengingatkan aku kepada salah satu installment Senario (yang ada Wardina) dimana kedai makan yang satu lagi, buka perniagaan di waktu siangnya Ramadhan. Hujung cerita, rezeki yang dapat tu tak bersih. Subahat dengan orang tak puasa watpa ?

Depa tak puasa, biaq pi la.

Ingat rezeki tu.Rezeki nak makan, jadi darah daging, bentuk akal, bentuk hati, bina rohani, teguh kepercayaan.

Makan rezeki tak bersih, hati pun sama tak bersih. Tu sebab kadang2 ketegaq sangat nak sembahyang, kedekut nak bersedekah jariah dan lain-lain.

Takkanla tiap-tiap Ramadhan, time tu kena gastric?
Gastric luar biasa pulak tu?

Sampai bila nak hidup dengan kepura-puraan?

10 comments:

shandye. said...

tepuk dada tanya selera.

well, actually it all boils down to who you are in the first place.

ada org kita tengok badan tegap, sihat, tapi bila datang bulan puasa terus cakap ada gastrik lah, pedih hulu hati lah, imunisasi badan lemah lah... and all that jazz...

all the excuse in the world to not fasting.

for what?

tahan makan/minum tak sampai tiga belas jam sehari je kot.

logically, adakah kita makan dan minum every single minutes and hours ketika waktu kita tidak berpuasa (yakni masa bukan bulan puasa, geddit?)

tidak, bukan?

jadi kenapa tidak larat?

aku sendiri hairan.

ada kenalan yg sebegitu rupa.

biarlah. itu dia punya fasal.

tak gitu?

Shahrul Tanaka said...

pehh penulisan yang serius!

Faizal Sulaiman said...

shandye. --->kadang2 beriya tegakkan yang dia tu betul2 sakit tapi kadang2 tak pernah pulak nampak makan ubat.

reasons yang macam haram kadang2

Faizal Sulaiman said...

Shahrul Tanaka Safeai --->percayalah keseriusan ini.hoho

sesekali menjentik,biar buah carom masuk lubangnya.ahahahahaha

Unknown said...

teringat ade ms 1 undang2 tu klu sape x pose kne tangkap msok dlm van jenazah...ade lg ke la ni??

Muhamad Zaki Zafir said...

budak2 sekolah rndh pn puasa.aku ambk adk aku sekolah aritu, tgk bdk2 ni lembik je bdn, aku rasa malu bila org tua pulak x puasa.

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)--->ada lagi rasanya, pojie.kalau depa serbu mc d ke kfc ke orait gak tu.muehehehe

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir--->tau takpa!budak2 leh tahan yg tua2 ni..haih

eddy syrol said...

i just wondering, ada sorg member ni. dia mmg tak pose sbb katanya doc tak benarkan dia pose.bila tanya sakit ape, adalah..tp nafsu makan dia ketika bulan puasa melebihi nafsu mkn bulan2 biasa..camne tu?huhuh

review blog di sini

http://eddysyrol.blogspot.com/2011/08/review-sahabat-ramadhan-1.html

Faizal Sulaiman said...

eddy syrol---> hahahahaha that's we called pandai berlakon one.hahahaha.

thanks singgah eddy!selamat berbuka!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED