Friday, October 01, 2010

SLOT PIALA PENULIS..MALAM INI BERMULA


Salam Syawal

Entry pertama Oktober.

Semalam rakan sepenulisan Aksara Keraian, Faz Nandra dan Nera Fatimah ada menulis tentang due date Write Cup, iaitu pada hari ini, Oktober 1, 2010.

Yeah!
Aku belum siap lagi.
Tetapi kalau kau orang nak tahu, Write Cup adalah pertandingan di antara penulis di Aksara Keraian mengukur sejauh mana kekuatan mereka menulis ‘genre’ dan ‘tema’ yang lari dari kebiasaan dan keselesaan mereka sendiri.

Mereka yang biasa menulis cinta akan diberi kisah seram, yang biasa menulis seram diberi tema kerohanian. Macam tulah perihalnya Write Cup. Penulis dikelompokkan menerusi kumpulan kecil, kemudian diberikan tema sebelum bersaing untuk saringan yang pertama iaitu ‘perlawanan sesama kumpulan kecil tersebut’.

Aku berada di kumpuan I, dan saingan aku adalah blogger hebat Shafaza Zara Syed Yusof. Jujur aku mengagumi karya beliau dalam Legasi Cinta Alisia. Kalau aku lah, memang tak pandai nak tulis berbunga-bunga macam Zara. Genre yang diberi kepada kami berdua adalah ‘Dakwah Islamiah’.

Tak kata bohong, ya.
Genre ini adalah pertama kalinya aku tulis. Kalau ada a few readers yang pernah membaca hasil tulisan aku dalam blog ni, aku lebih gemarkan genre thriller, seram, komedi gelap and so on.

Dakwah Islamiah tak pernah terlintas dalam kepala, walaupun sebelum ini pernah menghasilkan kisah cinta islamik menerusi Prosa Cinta Amir Naufal.

Dalam edisi cerpen ‘Write Cup’, aku menulis sebuah kisah berjudul ‘Buraq: Sesudah Subuh’ (working title). Aku sangat takut sekarang. Iyalah mana tahu takut2 konsep dakwah tu tak sampai kepada pembaca, hatta juri.

Dan menerusi karya ini jugalah aku mengambil terlalu banyak masa untuk menyudahkannya. Even sampai sekarang pun masih belum siap.

Karya aku dan penulis-penulis kumpulan yang sama, akan disiarkan pada Oktober 22, 2010. Faizal Sulaiman masih ada masa lagi nak alter kisah garapannya nih.heheheh

Debor dah. Cuak dah!

Hu hu hu


Selamat berjaya buat

El Ezekiel, Zulhaireel Shammil, Nusrah Yahya, Snow Queen, Wan Hazimah, Leya Izazy, Shahira Khairuddin, Orkid Edylyne, Erimo Anaqie, Nera Fatimah, Hanisah Hassan, El Zaffril, Iman Hazia, Faz Nandra, Kaseh Esmiralda, Zarien Akhmar juga Shafaza Zara Syed!

Doakan aku boleh menyudahkannya ya dengan tenang dan tabah...

Jadual perlawanan, klik SINI

Malam ni, jam 9 bermula ...

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED