Showing posts with label interest. Show all posts
Showing posts with label interest. Show all posts

Wednesday, June 22, 2022

Review: Bila Wanita Bergelar Janda Melawan Arus Kehidupan (Tiga Janda Melawan Dunia)

  


 Lama tak tulis review filem. Mula-mula fikir nak tulis pendek tapi Tiga Janda Melawan Dunia perlukan ulasan yang lebih panjang.

 

Tiga Janda Melawan Dunia mengisahkan tiga sahabat—ketiganya janda ingin ke konsert terakhir penyanyi terkenal Aiman Zalini (Norman Hakim) namun terpaksa menempuh halangan dari Datin Martipah (Rosnah Mat Aris) hingga memaksa mereka menjual vape, sesuatu yang tak pernah mereka bayangkan seuumur hidup lantas menyingkap latar belakang Midah, Rahayu dan Ani yang dipenuhi suka dan duka.

 

Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura cemerlang dalam menghayati watak masing-masing. Usah dipertikai bakat mereka. Dengan segala teknik lakonan drama dan komedi, trio ini berjaya mengangkat Tiga Janda sebagai sebuah wadah dramedi terbaik Malaysia untuk tahun ini. Pendapat aku, Raja Azura bakal dicalonkan dalam kategori Aktres Pembantu Terbaik dalam wataknya sebagai Noraini.

 

Hyrul Anuar sebagai pengarah bukan sahaja melawan arus sceptical pandangan masyarakat seorang Janda tetapi mengubah persepsi pandangan terhadap wanita itu sendiri. Teknikalnya, Tiga Janda mempunyai pakej yang sangat bagus dalam color grading, transisi babak, soundtrack yang sangat sedap dan kerja kamera yang kemas. Bakat-bakat baharu seperti Ellyza Aziz dan Abbas Mahmood juga tampak hidup dan tidak disia-siakan. Moga masa depan yang cerah untuk pelapis-pelapis ini.

 

Tiga Janda Melawan Dunia adalah sebuah filem hebat setanding komedi-komedi tempatan seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Lelaki Harapan Dunia. Rasanya masih ditayangkan di pawagam. Pergilah tengok ya.

 

 

Filem 2022 yang sudah ditonton: 

Feb 2022

Moonfall 2/5

Meh! Teori konspirasi yang entah apa2. Losse plots.


Mac 2022

Turning Red (Animasi) 5/5

Best. Coming of age seorang gadis yang dimetaforakan akan bertukar menjadi panda merah setiap kali datang bulan.


April 2022

Everything Everywhere All At One 5/5

Best gilababi wey. Michelle Yeoh kalau tak tercalon Oscars tak tau nak kata apa. Best of her career so far!

 

Fantastic Beast: Secrets of Dumbledore 3/5

Mengantuk! Tapi utk potterhead, sila la tonton.

 

Gangubai Kathiawadi 4/5

Sebuah grandeur Sanjay Leela Bhansali pasal kisah benar Mafia Queen, Gangubai Kathioweli yang menjadi kepala di rumah pelacuran di Kamathipura. Alia Bhatt is great as Gangu. Lari dari typical Sanjay yang banyak lagu dan sari meleret. Ajay Devgan memberikan cameo yang simple tapi berkesan.

 

Mei 2022

Dr Strange in the Multiverse of Madness 4/5

Cameo The Illuminati yang dinanti takla sehebat cameo 2 Spiders dalam Far From Home tetapi masih boleh layan sebagai sebuah filem santai. Elizabeth Olsen is MPV!

 

The Northman 4/5

Epik saga balas dendam dari pengarah filem The Witch (Robert Eggers)  ini sangat mega bila dintonton. Lakonan Alexander Skaasgard yang mantap, penampilan istimewa penyanyi Bjork dan lakonan yang bakal mengggegarkan tiang Anugerah Akademi musim depan dari Nicole Kidman. 


Jun 2022

Kongsi Raya 4/5

Not bad sebagai sebuah filem gabungan bangsa cina dan melayu tapi ada beberapa kata bual yang nampak kaku. Erra Fazira punya monolog power!


Cha Cha Real Smooth 4/5

Drama romcom yang best. Tak semua filem romcom perlu berakhir dengan kegembiraan kan? Cha Cha Real Smooth ni salah satunya. Dakota Johnson punya acting sgt subtle tapi berkesan.

Wednesday, April 13, 2022

April 2022, Puasa dan 13 Tahun

 Hey whats up guys! (tone Khairul Aming)


Diam tak diam, dah 13 tahun aku masih dengan blog ni, walaupun on off.

 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang 13 tahun yang tak aku ceritakan dalam ni. Takpe tak penting pun. Yang pentingnya, sekarang dah 2022, April dan umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

 

Kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan. Alhamdulillah.

 

Masih teringat zaman-zaman 2012-13 gigihla aku ajak few bloggers buat virtual kad raya. Haha. Terima kasih korang sebab meninggalkan memori yang best.

 

Di tahun tu jugalah segala update di socmed tak diambil kisah oleh pengguna internet. Lajukan 8 tahun lepas tu, segala apa yang berlaku sekarang sangat mudah menjadi viral. Zaman sekarang tak lagi sama macam dulu. Pendapat tidak lagi dapat diraikan jika terdapat perbezaan. We live in a scary world right now.

 

Aku masih macam dulu. Masih minat menonton filem. Masih ikut perkembangan Oscars 2022. Masih terkejut jugak tengok Will Smith naik atas pentas bagi penampar kat Chris Rock. Aku tak sokong keganasan malahan tindakan Will tu terlalu melulu di atas pentas besar macam Oscars.

 

To save his wife dignity? Yeah right. Will sepatutnya menampar August Alsina, si rapper yang menjalin hubungan dengan Jada Pinkett selama 4 tahun, semasa perkahwinan mereka. Buat malu orang Amereka je. Haha

 

That’s it. Jumpa di entry yang lain, kalau aku rajin la.

 

1.       Dah tengok filem Michelle Yeoh berjudul EverythinG Everywhere All At Once belum? Weirdly, bizarrely funny

2.       Dr Strange and the Multiverse of Madness on cinemas 6th May 2022. Joms

Ramadan 2030 akan berlaku selama 2 kali iaitu pada Jan 6 dan Dec 16 2030.

Tuesday, September 28, 2021

Review: Sebuah Wadah Semangat Negara #OlympicDream

 


Pengarah: Don Hoe

Genre: Sport Drama

Pelakon: Annabelle Tan, Adelle Lim, Jordon Voon dan Maya Karin

Klasifikasi: U

Skor Peribadi: 4/5

Medium Tontonan: Astro First

 


Bingkisan tentang impian dan harapan, Olympic Dream membawa audiens menyelami kisah Anna Wong yang dibesarkan oleh Makcik Fatimah di mana cita-citanya ingin menjadi pemain badminton berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia di sukan Olimpik.

 

Apa yang menarik tentang buah tangan Don Hoe ini adalah penciptaan watak Makcik Fatimah yang tidak mengikut acuan filem atau drama Melayu tetapi wataknya diberi suntikan semangat Malaysia dimana watak Anna Wong, anak jagaan yang dijaga sejak kecil tidak di’melayu’kan malah dicorakkan mengikut bangsa asal watak itu. Makcik Fatimah tidak hanya menjadi penjaga, malah pendorong buat Anna Wong untuk berjaya sebagai seorang pemain badminton yang disegani. Malahan, Makcik Fatimah sanggup bergadai harta demi anak jagaan yang disayanginya itu. Maya Karin (sekali lagi)  memberikan persembahan bernuansa sebagai Makcik Fatimah. Disisnya, Anna merasa hangat dengan kasih sayang seorang yang boleh dipanggil ibu. Ketiadaanya dirindui dan emosinya ketika risau, sedih dan celaru juga berbekas.

 

Namun begitu, Olmpic Dream masih nampak amatur dari segi kerja kameranya. Ada syot-syot kabur yang sangat mengganggu. Begitu juga kemunculan lagendaris badminton negara seperti Dato Rashid Sidek, Ong Ewe Hock dan Cheah Soon Kit hanyalah sekadar hiasan dalam filem ini. Olympic Dream bukanlah cemerlang seperti filem-filem sukan yang lain (Ola Bola, Rise of Legends, Suatu Ketika, Baginda) tetapi sebagai memupuk semangat cintakan negara dan sumber inspirasi, filem ini ada jawapannya.



Thursday, April 08, 2021

Review: Aksi Tangkas Dua Wanita: #BulanDanPriaTerhebat

 


Tajuk: Bulan dan Pria Terhebat (2020/2021)

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Genre: Aksi Komedi

Pelakon: Zahirah McWilson, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Khir Rahman & Maya Karin

Skor Peribadi: 3.5/5

 

Ketika Ghaz Abu Bakar menambat hati penonton dengan kisah cinta komedi fantasi “Ponti Anak Remaja” sekitar 2009, penulis dapat menebak bahawa Ghaz adalah pengarah yang mempunyai masa depan yang cerah.

 

Lajukan 11 tahun selepas itu, Ghaz kembali mengarahkan Bulan dan Pria Terhebat, sebuah aksi femme fatale yang dibarisi ensamble yang bukan kaleng-kaleng. Zahira berjaya menterjemah watak Bulan yang berasal dari Medan, Indonesia dengan sangat baik. Aksi dan emosinya cukup. Watak-watak pria yang menjadi supporting/pembantu kepada karakter Bulan juga dijayakan dengan baik.

 

Pun begitu,watak pembunuh upahan no nonsense bernama Toni yang dijayakan Maya Karin kurang memberi impak. Penulis salahkan wataknya yang tidak berkembang dengan baik. Sayang sekali kerana screen time yang sedikit, watak ini mampu menjadi watak jahat yang paling diingati.

 

Masih tersedia di Astro First

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED