Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, June 22, 2022

Review: Bila Wanita Bergelar Janda Melawan Arus Kehidupan (Tiga Janda Melawan Dunia)

  


 Lama tak tulis review filem. Mula-mula fikir nak tulis pendek tapi Tiga Janda Melawan Dunia perlukan ulasan yang lebih panjang.

 

Tiga Janda Melawan Dunia mengisahkan tiga sahabat—ketiganya janda ingin ke konsert terakhir penyanyi terkenal Aiman Zalini (Norman Hakim) namun terpaksa menempuh halangan dari Datin Martipah (Rosnah Mat Aris) hingga memaksa mereka menjual vape, sesuatu yang tak pernah mereka bayangkan seuumur hidup lantas menyingkap latar belakang Midah, Rahayu dan Ani yang dipenuhi suka dan duka.

 

Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura cemerlang dalam menghayati watak masing-masing. Usah dipertikai bakat mereka. Dengan segala teknik lakonan drama dan komedi, trio ini berjaya mengangkat Tiga Janda sebagai sebuah wadah dramedi terbaik Malaysia untuk tahun ini. Pendapat aku, Raja Azura bakal dicalonkan dalam kategori Aktres Pembantu Terbaik dalam wataknya sebagai Noraini.

 

Hyrul Anuar sebagai pengarah bukan sahaja melawan arus sceptical pandangan masyarakat seorang Janda tetapi mengubah persepsi pandangan terhadap wanita itu sendiri. Teknikalnya, Tiga Janda mempunyai pakej yang sangat bagus dalam color grading, transisi babak, soundtrack yang sangat sedap dan kerja kamera yang kemas. Bakat-bakat baharu seperti Ellyza Aziz dan Abbas Mahmood juga tampak hidup dan tidak disia-siakan. Moga masa depan yang cerah untuk pelapis-pelapis ini.

 

Tiga Janda Melawan Dunia adalah sebuah filem hebat setanding komedi-komedi tempatan seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Lelaki Harapan Dunia. Rasanya masih ditayangkan di pawagam. Pergilah tengok ya.

 

 

Filem 2022 yang sudah ditonton: 

Feb 2022

Moonfall 2/5

Meh! Teori konspirasi yang entah apa2. Losse plots.


Mac 2022

Turning Red (Animasi) 5/5

Best. Coming of age seorang gadis yang dimetaforakan akan bertukar menjadi panda merah setiap kali datang bulan.


April 2022

Everything Everywhere All At One 5/5

Best gilababi wey. Michelle Yeoh kalau tak tercalon Oscars tak tau nak kata apa. Best of her career so far!

 

Fantastic Beast: Secrets of Dumbledore 3/5

Mengantuk! Tapi utk potterhead, sila la tonton.

 

Gangubai Kathiawadi 4/5

Sebuah grandeur Sanjay Leela Bhansali pasal kisah benar Mafia Queen, Gangubai Kathioweli yang menjadi kepala di rumah pelacuran di Kamathipura. Alia Bhatt is great as Gangu. Lari dari typical Sanjay yang banyak lagu dan sari meleret. Ajay Devgan memberikan cameo yang simple tapi berkesan.

 

Mei 2022

Dr Strange in the Multiverse of Madness 4/5

Cameo The Illuminati yang dinanti takla sehebat cameo 2 Spiders dalam Far From Home tetapi masih boleh layan sebagai sebuah filem santai. Elizabeth Olsen is MPV!

 

The Northman 4/5

Epik saga balas dendam dari pengarah filem The Witch (Robert Eggers)  ini sangat mega bila dintonton. Lakonan Alexander Skaasgard yang mantap, penampilan istimewa penyanyi Bjork dan lakonan yang bakal mengggegarkan tiang Anugerah Akademi musim depan dari Nicole Kidman. 


Jun 2022

Kongsi Raya 4/5

Not bad sebagai sebuah filem gabungan bangsa cina dan melayu tapi ada beberapa kata bual yang nampak kaku. Erra Fazira punya monolog power!


Cha Cha Real Smooth 4/5

Drama romcom yang best. Tak semua filem romcom perlu berakhir dengan kegembiraan kan? Cha Cha Real Smooth ni salah satunya. Dakota Johnson punya acting sgt subtle tapi berkesan.

Tuesday, September 28, 2021

Review: Sebuah Wadah Semangat Negara #OlympicDream

 


Pengarah: Don Hoe

Genre: Sport Drama

Pelakon: Annabelle Tan, Adelle Lim, Jordon Voon dan Maya Karin

Klasifikasi: U

Skor Peribadi: 4/5

Medium Tontonan: Astro First

 


Bingkisan tentang impian dan harapan, Olympic Dream membawa audiens menyelami kisah Anna Wong yang dibesarkan oleh Makcik Fatimah di mana cita-citanya ingin menjadi pemain badminton berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia di sukan Olimpik.

 

Apa yang menarik tentang buah tangan Don Hoe ini adalah penciptaan watak Makcik Fatimah yang tidak mengikut acuan filem atau drama Melayu tetapi wataknya diberi suntikan semangat Malaysia dimana watak Anna Wong, anak jagaan yang dijaga sejak kecil tidak di’melayu’kan malah dicorakkan mengikut bangsa asal watak itu. Makcik Fatimah tidak hanya menjadi penjaga, malah pendorong buat Anna Wong untuk berjaya sebagai seorang pemain badminton yang disegani. Malahan, Makcik Fatimah sanggup bergadai harta demi anak jagaan yang disayanginya itu. Maya Karin (sekali lagi)  memberikan persembahan bernuansa sebagai Makcik Fatimah. Disisnya, Anna merasa hangat dengan kasih sayang seorang yang boleh dipanggil ibu. Ketiadaanya dirindui dan emosinya ketika risau, sedih dan celaru juga berbekas.

 

Namun begitu, Olmpic Dream masih nampak amatur dari segi kerja kameranya. Ada syot-syot kabur yang sangat mengganggu. Begitu juga kemunculan lagendaris badminton negara seperti Dato Rashid Sidek, Ong Ewe Hock dan Cheah Soon Kit hanyalah sekadar hiasan dalam filem ini. Olympic Dream bukanlah cemerlang seperti filem-filem sukan yang lain (Ola Bola, Rise of Legends, Suatu Ketika, Baginda) tetapi sebagai memupuk semangat cintakan negara dan sumber inspirasi, filem ini ada jawapannya.



Thursday, April 08, 2021

Review: Aksi Tangkas Dua Wanita: #BulanDanPriaTerhebat

 


Tajuk: Bulan dan Pria Terhebat (2020/2021)

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Genre: Aksi Komedi

Pelakon: Zahirah McWilson, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Khir Rahman & Maya Karin

Skor Peribadi: 3.5/5

 

Ketika Ghaz Abu Bakar menambat hati penonton dengan kisah cinta komedi fantasi “Ponti Anak Remaja” sekitar 2009, penulis dapat menebak bahawa Ghaz adalah pengarah yang mempunyai masa depan yang cerah.

 

Lajukan 11 tahun selepas itu, Ghaz kembali mengarahkan Bulan dan Pria Terhebat, sebuah aksi femme fatale yang dibarisi ensamble yang bukan kaleng-kaleng. Zahira berjaya menterjemah watak Bulan yang berasal dari Medan, Indonesia dengan sangat baik. Aksi dan emosinya cukup. Watak-watak pria yang menjadi supporting/pembantu kepada karakter Bulan juga dijayakan dengan baik.

 

Pun begitu,watak pembunuh upahan no nonsense bernama Toni yang dijayakan Maya Karin kurang memberi impak. Penulis salahkan wataknya yang tidak berkembang dengan baik. Sayang sekali kerana screen time yang sedikit, watak ini mampu menjadi watak jahat yang paling diingati.

 

Masih tersedia di Astro First

Wednesday, March 31, 2021

Review: #ICareALot.

 


 
Tajuk: I Care A Lot (2021)
Pengarah: J Blakeson
Genre: Dark Comedy Thriller
Pelakon: Rosamund Pike, Eiza Gonzales, Peter Dinklage & Dianne Wiest.
Skor Rotten Tomatoes: 86%
Skor Peribadi: 5/5
Parental Guide: +18 glimpse of lesbianism, strong language & scam.

Pike kembali menjelmakan watak " That Bitch" selepas persembahan terbaiknya dalam psycho drama Gone Girl. Jelmaan Marla Grayson yang dibawakan Pike seakan-akan Amy Eliot Dune, mungkin kerana potongan rambut yang sama.

I Care A Lot adalah sebuah satira gelap tentang scammers. Bagaimana Marla dan kekasihnya Fran (Gonzales) memerangkap warga emas kaya dengan memanipulasi mahkamah supaya mereka dilantik sebagai penjaga yang sah lalu secara diam-diam "merompak" warga malang ini sepanjang mereka tinggal di pusat jagaan tersebut. Awas! Jerat takkan sesekali melupakan pelanduk. Perangkap Marla pada seorang warga emas bernama Jennifer (Wiest) merubah hidup wanita licik itu kepada satu kejutan.

Lakonlayar filem ini bijak. Latar suara yang seiiring dengan babak yang pantas menjadikan I Care A Lot sebuah karya yang tidak malas dan membosankan. Tone warna dan sinematografi filem ini lari pada kebiasaan kelompok filem heist yang lain. Ia sebuah lagi filem bertunjangkan wanita yang berusaha meningkatkan taraf hidup dengan cara apa sekalipun, yang terus mengingatkan penulis pada karya underrated tahun 2019  arahan Lorena Scafaria, Hustlers (damn, I am still mad over Jennifer Lopez snubs at the Oscars haha)

Prinsip I Care A Lot ini mudah. Tak semua yang kita nak dalam dunia ni boleh dapat dengan jalan yang betul. Adakala kena buat jalan pintas sikit. Sudah tersedia di Netflix.

Monday, March 22, 2021

Review: #IrulGhostHotel Seram Yang Terganggu.

 

 
 
 

Tajuk: Irul - Ghost Hotel (2021) / Malaysia / Tamil
Pengarah: Prem Nath Pillai
Genre: Found Footage Indie Psychological Horror 
Pelakon: Punitah Shanmugam, Senthil Kumaran Muniandy & Vicran Ellangoven.
Skor Peribadi: 3/5
Medium Tontonan: Astro First (RM15) 
(sokonglah filem tempatan) 

Percubaan Kuman Pictures menerbitkan filem seram dalam Bahasa Tamil ini boleh dipuji setelah penerimaan dengan baik 2 filem terdahulu iaitu Two Sisters (Mandarin) & Roh (Melayu).

Irul Ghost Hotel berkisarkan Punita, seorang pengarah filem dokumentari ala seekers bersama 5 lagi krewnya menjejak misteri Hotel Crag, Penang. Misteri yang bertukar menjadi horror itu akhirnya membawa petaka kepada kumpulan mereka.

First Act dalam Irul Ghost Hotel ini tidaklah terlalu perlahan. Drama dan saspen yang dibina sedikit demi sedikit memudahkan audien memahamkan jalan cerita. Walaubagaimanapun, masalah berlaku pada Second Act filem ini. Pembinaan konflik dan drama tidak menyokong Third Act yang sebenarnya telah dibina dengan sangat boom!

Sebagai contoh pada First Act dimana ia adalah  sangat crucial dalam sebuah filem. Babak itu menunjukkan pasangan kekasih yang menyambut anniversary di kawasan berhampiran hotel, namun sebabnya tidak dijelaskan dengan baik tentang mengapa mereka ambil keputusan menyambutnya disitu. Kita sebagai audien tahu yang perbuatan itu salah, tetapi ianya tidak dijelaskan dengan baik di Third Act. Ada plot twist di akhir. Tetapi sebab / motivasi / motif berlakunya plot twist tersebut tidak disampaikan dengan jelas. Limpahan jumpa scare dan horror scenes juga seperti yang anda pernah lihat sebelum ini.

Irul Ghost Hotel bukanlah filem berkonsep found footage tempatan pertama yang pernah kita saksikan. Tetapi konsep begini agak jarang diketengahkan oleh pembikin filem dengan limitasi bajet dan masa yang terhad menjadikan Irul Ghost Hotel sebuah karya yang boleh dibanggakan. Malahan set dekorasi, skor muzik dan latar set up ambient seram di Hotel Crag (penulis siap google ya di mana tempat tu🤣) menjadi nilai tambah cemerlang bagi naskhah seram ini

Pilihan favorit penulis tentulah pada karya Woo Ming Jin, Seru 2011. Seramnya, ampuh!

Friday, March 19, 2021

Review: #RayaAndTheLastDragon. Puteri dan Wirawati dari Asia Tenggara

 

Tajuk: Raya & The Last Dragon (2021)

Pengarah: Don Hall & Carlos Lopez Estrada
Genre: Animasi Fantasi
Pelakon : Kelly Marie Tran, Awkwafina, Gemma Chan, Daniel Day Kim & Sandra Oh
Skor Rotten Tomatoes: 96%
Skor Peribadi: 5/5

Apabila Disney umum akan hasilkan cerita dengan seorang Puteri dari Asia Tenggara tidak lama dulu, hasil yang menggabungkan kombinasi essence dari Thailand, Myanmar, Philippines, Malaysia dan Indonesia menjadikan animasi Raya & The Last Dragon sebuah animasi bercita rasa asia yang boleh dibanggakan.

Animasi ini mengisahkan Raya, seorang puteri/wirawati dari Tanah Heart yang ingin menyatukan semula rakyat Kumandra yang tidak bersatu padu akibat salah fahaman. Ini mengakibatkan mereka disumpah menjadi batu oleh makhluk bernama Druun setelah Jed Naga yang disimpan kemas dalam jagaan bapa Raya (Chief Benja) terpecah menjadi serpihan. Kemunculan naga air bernama Sisu dalam membantu Raya mengumpul serpihan Jed Naga yang pecah tidaklah semudah yang disangkakan kerana mereka berdepan dengan musuh ketat Raya bernama Namaari. 

Karakter Raya dibentuk dengan sifat simpati, women empowerment, emosi yang berlapis dan sifat manusiawi seperti kekecewaan dan ketidaksempurnaan. Every little girls anywhere will inspire by her. Latar Kumandra yang diinspirasi dari negara-negara Asia Tenggara yang disebutkan juga kelihatan indah. Babak pertarungan Raya dan Namari juga dibikin dengan elok dan kemas.

Raya and The Last Dragon mungkin sebuah karya cliche Disney Princess seperti Brave, Moana atau Frozen tetapi semangat utama animasi ini adalah tentang sebuah kejujuran dan pengharapan. 

PS: Sesuai ditonton seiisi keluarga.
PS2: Gemma Chan dan Awkwafina bergabung semula dengan penulis lakon layar (yang sebelum ini turut menulis untuk Crazy Rich Asian), fellow Malaysian-Sarawakian born, Adele Lim.

Friday, February 26, 2021

Review: #HillbillyElegy. Inspirasi Yang Dihancurkan

 


Tajuk: Hillbilly Elegy (2020)
Genre: Drama
Pengarah: Ron Howard
Pelakon: Amy Adams, Gabriel Basso & Glenn Close
Skor Rotten Tomatoes: 26%
Skor Peribadi: 3.5/5

Yup! Review kali ini adalah dari filem yang ditong sampahkan oleh para elit, golongan pengkritik filem Hollywood (The Guardian, New York Times, Variety; sekadar menyebut beberapa nama)

Kisah yang didasarkan dari autobiografi JD Vance (Basso), seorang pemodal teroka / venture capitalist lulusan Yale (dan ermmm juga penyokong kuat mantan Presiden US, Donald Trump) yang datang dari keluarga miskin dan perjalanannya menjadi individu paling sukses di Amerika walaupun terpaksa berdepan dengan ibunya, Bev (Adams) si kaki mabuk & penagih dadah tak bertanggungjawab dan neneknya, Mamaw (Close) yang menjadi penguat semangatnya.

Hillbilly Elegy sebenarnya boleh menjadi wadah setanding Hidden Figures atau Green Book atau The Help. Wadah yang menginspirasikan.  Kisah bagaimana keluarga susah mengharung cabaran untuk berjaya. 

Tetapi Vanessa Taylor (The Shape of Water) selaku penulis lakon layar meranapkan harapan ini sekaligus menjadikan karya ini kacau bilau, terpotong-potong pacing nya dan cacamerba susunan plotnya. The Great Ron Howard ( A Beautiful Mind, Rush, Frost/Nixon) juga gagal memacu filem ini ke jalan yang benar lalu menjadikan karya ini hancur, sehancur filem Solo: A Star Wars Story yang juga arahannya.

Mujur Hillbilly Elegy ini diselamatkan oleh lakonan cermerlang over-the-top-gimme-the-damn-oscars oleh 6 time Academy Award Nominee: Amy Adams & peranan nenda yang supportive, baik hati dan tegas oleh 7 time Academy Award Nominee i-supposed-to-win-for-best-actress-in-fatal-attraction Glenn Close.

Skor muzik oleh Hans Zimmer macam biasa. Sedap!

Pencapaian
78th Golden Globes Award
Nominated: Best Actress in a Supporting Role: Glenn Close

27th Annual Screen Actor Guild Awards
Nominated: Best Actress in a Leading Role: Amy Adams
Nominated : Best Actress in a Supporting Role: Glenn Close

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED