Tajuk: I Care A Lot (2021)
Pengarah: J Blakeson
Genre: Dark Comedy Thriller
Pelakon: Rosamund Pike, Eiza Gonzales, Peter Dinklage & Dianne Wiest.
Skor Rotten Tomatoes: 86%
Skor Peribadi: 5/5
Parental Guide: +18 glimpse of lesbianism, strong language & scam.
Pike
kembali menjelmakan watak " That Bitch" selepas persembahan terbaiknya
dalam psycho drama Gone Girl. Jelmaan Marla Grayson yang dibawakan Pike
seakan-akan Amy Eliot Dune, mungkin kerana potongan rambut yang sama.
I
Care A Lot adalah sebuah satira gelap tentang scammers. Bagaimana Marla
dan kekasihnya Fran (Gonzales) memerangkap warga emas kaya dengan
memanipulasi mahkamah supaya mereka dilantik sebagai penjaga yang sah
lalu secara diam-diam "merompak" warga malang ini sepanjang mereka
tinggal di pusat jagaan tersebut. Awas! Jerat takkan sesekali melupakan
pelanduk. Perangkap Marla pada seorang warga emas bernama Jennifer
(Wiest) merubah hidup wanita licik itu kepada satu kejutan.
Lakonlayar
filem ini bijak. Latar suara yang seiiring dengan babak yang pantas
menjadikan I Care A Lot sebuah karya yang tidak malas dan membosankan.
Tone warna dan sinematografi filem ini lari pada kebiasaan kelompok
filem heist yang lain. Ia sebuah lagi filem bertunjangkan wanita yang
berusaha meningkatkan taraf hidup dengan cara apa sekalipun, yang terus
mengingatkan penulis pada karya underrated tahun 2019 arahan Lorena
Scafaria, Hustlers (damn, I am still mad over Jennifer Lopez snubs at
the Oscars haha)
Prinsip I
Care A Lot ini mudah. Tak semua yang kita nak dalam dunia ni boleh
dapat dengan jalan yang betul. Adakala kena buat jalan pintas sikit.
Sudah tersedia di Netflix.
Tweet
No comments:
Post a Comment