Tajuk: Irul - Ghost Hotel (2021) / Malaysia / Tamil
Pengarah: Prem Nath Pillai
Genre: Found Footage Indie Psychological Horror
Pelakon: Punitah Shanmugam, Senthil Kumaran Muniandy & Vicran Ellangoven.
Skor Peribadi: 3/5
Medium Tontonan: Astro First (RM15)
(sokonglah filem tempatan)
Percubaan
Kuman Pictures menerbitkan filem seram dalam Bahasa Tamil ini boleh
dipuji setelah penerimaan dengan baik 2 filem terdahulu iaitu Two
Sisters (Mandarin) & Roh (Melayu).
Irul
Ghost Hotel berkisarkan Punita, seorang pengarah filem dokumentari ala
seekers bersama 5 lagi krewnya menjejak misteri Hotel Crag, Penang.
Misteri yang bertukar menjadi horror itu akhirnya membawa petaka kepada
kumpulan mereka.
First
Act dalam Irul Ghost Hotel ini tidaklah terlalu perlahan. Drama dan
saspen yang dibina sedikit demi sedikit memudahkan audien memahamkan
jalan cerita. Walaubagaimanapun, masalah berlaku pada Second Act filem
ini. Pembinaan konflik dan drama tidak menyokong Third Act yang
sebenarnya telah dibina dengan sangat boom!
Sebagai contoh pada First Act dimana ia adalah sangat crucial dalam sebuah filem. Babak itu menunjukkan pasangan
kekasih yang menyambut anniversary di kawasan berhampiran hotel, namun sebabnya tidak
dijelaskan dengan baik tentang mengapa mereka ambil keputusan
menyambutnya disitu. Kita sebagai audien tahu yang perbuatan itu salah, tetapi ianya tidak dijelaskan dengan baik di Third Act. Ada plot twist di akhir. Tetapi
sebab / motivasi / motif berlakunya plot twist tersebut tidak
disampaikan dengan jelas. Limpahan jumpa scare dan horror scenes juga
seperti yang anda pernah lihat sebelum ini.
Irul
Ghost Hotel bukanlah filem berkonsep found footage tempatan pertama
yang pernah kita saksikan. Tetapi konsep begini agak jarang
diketengahkan oleh pembikin filem dengan limitasi bajet dan masa yang
terhad menjadikan Irul Ghost Hotel sebuah karya yang boleh dibanggakan.
Malahan set dekorasi, skor muzik dan latar set up ambient seram di Hotel
Crag (penulis siap google ya di mana tempat tu🤣) menjadi nilai tambah
cemerlang bagi naskhah seram ini
Pilihan favorit penulis tentulah pada karya Woo Ming Jin, Seru 2011. Seramnya, ampuh!
Tweet
No comments:
Post a Comment