Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

Wednesday, April 13, 2022

April 2022, Puasa dan 13 Tahun

 Hey whats up guys! (tone Khairul Aming)


Diam tak diam, dah 13 tahun aku masih dengan blog ni, walaupun on off.

 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang 13 tahun yang tak aku ceritakan dalam ni. Takpe tak penting pun. Yang pentingnya, sekarang dah 2022, April dan umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

 

Kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan. Alhamdulillah.

 

Masih teringat zaman-zaman 2012-13 gigihla aku ajak few bloggers buat virtual kad raya. Haha. Terima kasih korang sebab meninggalkan memori yang best.

 

Di tahun tu jugalah segala update di socmed tak diambil kisah oleh pengguna internet. Lajukan 8 tahun lepas tu, segala apa yang berlaku sekarang sangat mudah menjadi viral. Zaman sekarang tak lagi sama macam dulu. Pendapat tidak lagi dapat diraikan jika terdapat perbezaan. We live in a scary world right now.

 

Aku masih macam dulu. Masih minat menonton filem. Masih ikut perkembangan Oscars 2022. Masih terkejut jugak tengok Will Smith naik atas pentas bagi penampar kat Chris Rock. Aku tak sokong keganasan malahan tindakan Will tu terlalu melulu di atas pentas besar macam Oscars.

 

To save his wife dignity? Yeah right. Will sepatutnya menampar August Alsina, si rapper yang menjalin hubungan dengan Jada Pinkett selama 4 tahun, semasa perkahwinan mereka. Buat malu orang Amereka je. Haha

 

That’s it. Jumpa di entry yang lain, kalau aku rajin la.

 

1.       Dah tengok filem Michelle Yeoh berjudul EverythinG Everywhere All At Once belum? Weirdly, bizarrely funny

2.       Dr Strange and the Multiverse of Madness on cinemas 6th May 2022. Joms

Ramadan 2030 akan berlaku selama 2 kali iaitu pada Jan 6 dan Dec 16 2030.

Wednesday, April 29, 2020

Disebalik Siapa dan Projek Kad Raya 2020



Entry ni panjang sikit. So sorry kalau aku banyak membebel.

Ketika entry ini ditulis, aku sudah memasuki angka 35 tahun semalam (April 28th) dan dah masuk hari ke 6 berpuasa . Fun fact, aku pernah berangan bagaimana hidup aku pada usia 35 tahun semasa di bangku sekolah, tak silap darjah 4-5 macam tu. I have a stable career (checked), ada kereta (checked), dah kahwin (checked—bless with my beautiful wife). To add some fun, aku pernah jugak berangan nak mati diumur 75 tahun. Ha ha ha.


So apa perkembangan korang sepanjang PKP ni?  Tak sangka kan? 2020 yang kita harapkan ada kereta terbang rupanya deadly virus yang datang menyerang. People loose jobs. Keluarga terpisah. People showing their true colors. Rutin harian jugak berpusing 360 darjah, tanpa sebarang amaran. Yup, COVID 19 memang sangat menakutkan. Virus tak ternampak dek mata tu, semakin memakan korban dan menjejaskan ekonomi dunia.  Socmed jadi medan execution di mana  netizen untuk judge, bully dan menyebar kebencian. Twitter yang dulunya boleh jadi tempat menciap banyak kali sehari, sudah jadi lapangan untuk dihakimi dan menghakimi. Yang muda makin menjadi. Yang tua pulak suka menambah api, terasa besar dan sudah hilang sikap manusiawi.


 


Jadi PKP yang dah masuk 40 days –or more, aku pun dah lost count. Aku ambil keputusan untuk turut serta pertandingan filem pendek Kuman Pictures Challenge. Hadiah RM1k. Banyak kan? So cubalah nasib dengan membikin filpen (filem pendek) hitam putih dengan Alfred Hitchcock sebagai inspirasi. Semuanya buat sendiri. Dari writing, pre production, cinematographer, sound engineer hinggalah kepada editing. Aku suka kerja-kerja tu, tbh. Dan kalau buat sendiri ni, kita lebih faham kenapa orang seni sangat pantang dengan isu hakcipta. Sebagai penulis jugak, aku pun terkesan kalau hasil penat lelah kita tu di copy tanpa pengetahuan. Dulu-dulu zaman belajar UiTM circa 2007-2009, aku rajin jugak buat filpen untuk presentation. Nak dapat markah lebih la katakan haha. Ada waktu tu aku shoot sampai 2 minggu back to back untuk video 2 minit sahaja. Penat memang penat tapi dah minat kan?

So filem pendek "Siapa?" sudah aku muat naik ke channel aku...




...yang dah lama ada tapi tak pernah guna. I’ve got 300++ views dengan 9 likes. Tu pun aku kira banyak dah. So terima kasihla kepada yang sudi tonton. Aku hargai sangat sokongan korang. 




Which may lead to my second thought lepas video tu ada view. Aku macam nak venture into vloging pulak. Tapi  bukan aku la yang bercakap cuma upload video masak-masak sekadar nak share ilmu. Aku dengar pendapatan dari youtube pun macam okay. Ha ha ha. Kuat berangan aku ni.



Berbalik kepada Kuman Pictures Challenge tu, overwhelmingly, senarai filpen yang turut serta dalam kontes itu bertambah hari demi hari. Dan sebagai peminat filem, aku suka melihat situasi itu. Dalam PKP ni pun masyarakat kita kreatif! Korang boleh ke channel YOUTUBE KUMAN PICTURES untuk lihat senarai penyertaan.



So macam tahun sudah2 masa aku aktif blogging, aku selalu gak hantar kad raya kepada followers blog. Kad raya e digital la hehehe. Seronok sangat masa tu. So aku pun terfikir, like apa kata aku start balik tradisi tu dengan hantar kad fizikal pulak untuk musim PKP ni.  Kita tau yang kita semua akan menyambut Raya sendirian, tak bersama keluarga dan jauh di rantauan (aku la tu). So to cheer you up, aku nak hantar korang kad raya untuk Aidilfitri 2020.



So kalau nak kad raya ni, boleh isi google form okeh! Aku akan start pos kad on 6-8 Mei 2020. Till then, jumpa lagi. Toodles!

Thursday, February 20, 2020

Review: #TujuhNasihat dengan Sisi Melayu Yang Utuh. #7Nasihat


Datuk Sri Siti Nurhaliza (DSN) kembali dengan buah tangan terbaharu beliau yang segar hasil kolaborasi dengan anak muda berbakat besar iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta (yang sebelum ini terkenal dengan intrepretasi nuansa jawa dalam Gong Neraka).


Di dalam gubahan Tujuh Nasihat ini, DSN tidak hanya memfokuskan kepada gabungan moden (yang diwakili Kmy Kmo dan Luca Sickta) dengan lunak lenggok tradisi melayu (dari DSN sendiri sebagai orang yang lebih lama makan garam pengalaman) 


Tetapi, lebih menarik dari itu DSN tidak hanya menghasilkan Tujuh Nasihat ini buat Siti Afiyah, anaknya tetapi juga khas untuk generasi muda zaman sekarang yang membesar sebelum Afiyah mahupun yang sezaman dengannya. Nuansa penuh didikan ini dihasilkan cukup rasa puitis lirik-liriknya namun tajam kesannya dan dilontar penuh kelembutan. 


Penyampaian DSN dengan lenggok kemelayuan juga umpama satu bentuk teguran 'berlapik', sesuai dengan konsep orang Melayu yang lahiriahnya penuh dengan adab sopan dan santun. Tahniah team SNP kerana memberikan sesuatu yang istimewa di tahun 2020 ini. Tak sabar pula nak tunggu album penuh Tokti nanti.

Tujuh Nasihat sudah tersedia di semua steaming music seperti Apple, Kbox, Deezer, Joox dan Spotify. 

Hargailah karya anak tempatan.



Sunday, September 29, 2019

Review: #FilemMotif -Wanita, Antara Racun dan Penawar.





Ketika aku memutuskan untuk mengambil sedikit masa untuk menonton karya Nadiah Hamzah yang sudah kutunggu sejak setahun lalu di pawagam di Miri (kebetulan menghadiri tugasan di sana, sudah alang-alang panggung dekat jadi ambillah peluang!)

                


Motif di tangan Nadiah dihasilkan dengan cukup baik. Sinematografinya cantik, sudut yang dipilih baik close up mahupun pemandangan hutan tebal dari atas cukup mempesonakan. Pemilihan ambient yang berkabus bertepatan dengan genre misteri thriller Motif malah disuntik sedikit elemen Scandanavian theme thriller menjadikan Motif sebuah lukisan yang kelam, watak-wataknya kelabu, intense namun kita sebagai penonton ingin selongkar apa yang disembunyikan disebalik lukisan ini. Nadiah punyai masa depan cerah dalam industri filem, percayalah. (Kabarnya filem akan datang beliau adalah sebuah naskhah seram. Count me in. I am ready!)

 
                

Motif juga dibarisi pelakon handalan. Sharifah Amani memberikan dimensi yang cemerlang menerusi watak Inspektor Dewi. Ditangannya, Dewi kelihatan teguh bak besi namun didalamnya Dewi umpama kaca yang rapuh. Permainan emosi Amani ketika mendepani konlik kerja dan masalah rumahtangga dalam mempersembahkan Dewi diberikan dengan penuh empati, depth dan subtle menjadikan karakter ini diperkaya dengan sikap-sikap manusiawi. Best Actress next FFM! Mark my word!

 
                
Taqim Zaki sebagai Inspektor Rizal juga tidak kurang hebatnya. Dynamicnya watak yang diperankan oleh theater actor ini menjadikan kita sebagai audien merasai perihnya. Inspektor Rizal tersepit dengan tuntutan kerja with no bias dengan rasa setianya dia kepada sebuah hubungan kekeluargaan. Rosyam Nor macam biasa juga cemerlang. Dari lelaki yang punyai segalanya, dia terjerat pada racun wanita yang akhirnya memberikan sebuah tragedi yang harus dibayar olehnya. Sherrie Merlis juga begitu. Aktres ini membawakan watak Suri dengan sangat baik. Kesakitan, dendam, kelicikan dan marah yang dipamer Sherrie, walaupun beliau hanya muncul hanya beberapa babak meninggalkan kesan mendalam kepada audien. Best Actress in a Supporting Role for sure!

 
              
Motif berjaya membentang sebuah delima wanita yang berkongsi kasih. Antara madu yang manis dan racun yang pahit, ditengah-tengahnya pasti ada yang terkorban, dikhianati, ketidakjujuran dan kecurangan. Nadiah sebagai wanita tidaklah membentuk karakter wanita-wanitanya dengan sempurnya, namun ketidaksempurnaan pada semua watak wanita ini memberikan realiti diluar sana bahawa begitulah yang dinamakan kehidupan. 

 
               
Namun begitu Third Act Motif seperti kehilangan arah. Konfrontasi antara watak Rosyam-Amani juga seharusnya dibikin dengan sedikit panjang agar tekanan itu dapat membina klimaks yang lebih memuaskan. Tanah Merah yang dijadikan lokasi tidak bertepatan dengan aksen penduduk setempat (pemahaman penulis lokasi Tanah Merah ini terletak di Kelantan). Walaubagaimanpun sebagai sebuah hidangan, Motif punyai rasa yang sedap. Malah dipenghujung, anda akan merasakan sedikit kejutan dan ketika kaki melangkah keluar pawagam, kepingan-kepingan puzzle ini akan mula bercantum di dalam minda anda. Sesuatu yang jarang berlaku di dalam sinema tempatan.

                Buat WayangWorks dan terutamanya Nadiah Hamzah, syabas!

VERDICT: 4.5 / 5

Motif masih ditayangkan di pawagam. Tontonlah sebelum anda terlambat.
               

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED