Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Friday, May 08, 2020

Review: Moga Diketemukan dengan Sebuah Khabar Gembira #Basyirah #SitiNurhaliza


Basyirah boleh diakses menerusi platform streaming seperti Spotify, Deezer dan ITunes



Tajuk: Basyirah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya


           Datuk Siti Nurhaliza (DSN) sekali lagi hadir dengan single terbaharu beliau, sebuah kontemporari irama padang pasir berjudul Basyirah, yang ditujukan khas kepada para frontliners yang bertukus lumus membantu dan memerangi virus COVID 19 yang melanda negara ketika ini.


                Suntikan nuansa tradisi dan pop dengan pengaruh arab- dengan gesekan violin dan kamanja mode menjadikan irama Basyirah mesra pendengar terutama lenggok-lenggok kemelayuan (selain merdu suara DSN). Momentum ini terbina selari dengan tempo Basyirah yang bermula dengan note-note rendah seterusnya perlahan-lahan mendaki nota-nota berlenggok DSN- yang kebiasaan pernah kita dengar lewat Cindai-Balqis-Nirmala- Lantera Timur-Tahajud Cinta-Anta Permana dan terbaharu Tujuh Nasihat menghasilkan kemuncak/klimaks yang cukup cantik dan mungkin juga akan diimprovisasi DSN atau penyanyi cover yang lain sebagai qasidah panjang dipenghujungnya. Nota-nota berlenggok/cengkok inilah yang menjadikan Basyirah cukup istimewa sebabnya tidak ramai yang mempunyai kebolehan unik itu. 


Lirik Basyirah cukup puitis. Bahagian-bahagian merintih ditulis dengan penuh kesan, cerminan kesan virus COVID19 yang turut memberi kesan kepada umat sejagat. Basyirah bukanlah sebuah wadah baharu yang cuba memberi kelainan dalam muzik tempatan, namun ia hadir sebagai sebuah inspirasi semangat dan harapan  agar kita berterusan cekal dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan yang telah ditentukan Allah swt.

                Semoga kepedihan membawa Basyirah. Amin.

VERDICT: 5/5

Basyirah is poignant, soulful, beautiful lyrics and well executed music arrangements. 

***

Al Fatihah buat Al Fadhil Ustaz Ismail Kamus yang menghembuskan nafas terakhir pada 8 Mei 2020. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kredit twitter @artortoise_full


Wednesday, March 04, 2020

Hollywood Siri 2: Highlights di Sundance Film Festival 2020




Merujuk pada siaran artikel ni, penganugerahan filem Hollywood (Oscars) sesi 2021 telah bermula sejak Pesta Filem Sundance diadakan hujung Januari lalu. Seperti yang dilaporakan di blog Indiwire , sebanyak 187 wartawan dan pengkritik filem memuji 3 filem yang sudah diintai studio-studio besar.


 

Pertama adalah filem bergenre drama arahan Lee Isaac Chung berjudul Minari. Filem yang dilakonkan actor Korea-Amerika Steven Yeun ini mengisahkan tentang kehidupan dan kepayahan keluarga imigran dari Korea yang datang ke Arkansas sekitar tahun 1980-an untuk memulakan kehidupan baru seterusnya mengejar American Dream mengikut acuan mereka. Karya ini menerima standing ovation ketika ditayangkan di Sundance dan menerima pujian dari pengkritik filem sebagai karya jujur dari kacamata imigran dan menyayat hati. Filem ini telah dibeli oleh produksi A24 dan Plan B Entertainment.


 

Seterusnya adalah filem drama thriller arahan pengarah wanita Emerald Fennell berjudul Promising Young Women lakonan cemerlang Carey Mulligan. Sebagai Cassie, beliau berdepan dengan suatu perkara yang tragik dan traumatic dalam hidupnya lantas mengambil keputusan untuk membalas dendam atas apa yang telah terjadi. Sudahpun dibeli oleh studio Focus Features, Promising Young Women dipuji pengkritik dengan skor 98% di Rotten Tomatoes dan akan ditayangkan pada April 2020 kelak.


 


Akhir sekali adalah kolaborasi pelakon terbaik Anthony Hopkins dan Olivia Colman dalam drama keluarga The Father. Digelar sebagai drama yang bermeosi dan menghancurkan hati juga perasaan, The Father telah dibeli oleh studio Sony Picture Classic dan akan memulakan kempen penanyangan pada September 2020 (masa yang sangat sesuai untuk musim penganugerahan). Berdasarkan theatre play yang telah memenangi anugerah, The Father mengisahkan pergolakan seorang bapa yang nyanyuk lakonan Hopkins yang dijaga oleh anak perempuannya Anne (Colman) yang mula perlahan-lahan hilang sabar dengan karenah si ayah.




Thursday, February 20, 2020

Review: #TujuhNasihat dengan Sisi Melayu Yang Utuh. #7Nasihat


Datuk Sri Siti Nurhaliza (DSN) kembali dengan buah tangan terbaharu beliau yang segar hasil kolaborasi dengan anak muda berbakat besar iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta (yang sebelum ini terkenal dengan intrepretasi nuansa jawa dalam Gong Neraka).


Di dalam gubahan Tujuh Nasihat ini, DSN tidak hanya memfokuskan kepada gabungan moden (yang diwakili Kmy Kmo dan Luca Sickta) dengan lunak lenggok tradisi melayu (dari DSN sendiri sebagai orang yang lebih lama makan garam pengalaman) 


Tetapi, lebih menarik dari itu DSN tidak hanya menghasilkan Tujuh Nasihat ini buat Siti Afiyah, anaknya tetapi juga khas untuk generasi muda zaman sekarang yang membesar sebelum Afiyah mahupun yang sezaman dengannya. Nuansa penuh didikan ini dihasilkan cukup rasa puitis lirik-liriknya namun tajam kesannya dan dilontar penuh kelembutan. 


Penyampaian DSN dengan lenggok kemelayuan juga umpama satu bentuk teguran 'berlapik', sesuai dengan konsep orang Melayu yang lahiriahnya penuh dengan adab sopan dan santun. Tahniah team SNP kerana memberikan sesuatu yang istimewa di tahun 2020 ini. Tak sabar pula nak tunggu album penuh Tokti nanti.

Tujuh Nasihat sudah tersedia di semua steaming music seperti Apple, Kbox, Deezer, Joox dan Spotify. 

Hargailah karya anak tempatan.



Thursday, June 20, 2019

Terlalu Memjua, Kopi Julia dan MCU


I



Bila aku dapat tahu lagu Terlalu Memuja nyanyian Wany Hasrita dicipta Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya, aku rasa lagu ini something.




Turns out, it's  true!




Komposisi lagunya sangat mencabar terutama sekali second verse. Lagu ini susah di bahagian itu sebab banyak note nak kena jaga dengan satu nafas yang panjang (atau kena pandai curi nafas ha ha)


Kalau fans Hasrita undi beliau, pastinya lagu ini akan masuk AJL tahun depan. But I'm rooting for Ernie Zakri hehe.








II



Aku tak pasti sama ada aku dah up kat sini belum, tapi tahun lepas, adaptasi terbaharu cerpen aku dalam antologi KOPI diterbitkan oleh Tonton. Aku rasa adaptasi ini agak besar sebab melibatkan nama-nama terkenal dalam industry seni lakon Malaysia.


Untuk pengetahuan korang, projek adaptasi ini adalah satu projek special kolaborasi Tonton dengan Buku Fixi. Sejumlah cerpen terpilih untuk diadaptasikan dan ditanyangkan di web Tonton dan Youtube secara percuma.


Kopi Julia dibarisi oleh Jasmin Hamid, Hafez Mikail dan Hafreez Adam diarahkan oleh Alif Ihsan Abd Rahman ditayangkan bermula September tahun lalu. Kopi Julia 2018 adalah adaptasi kedua selepas kali pertama diadaptasi pada tahun 2013 dengan format silent hitam putih oleh pengarah Singapura, Tan Bee Thiam.


Korang boleh tengok kat link sini









III



Filem terbaharu MCU, Spiderman Far From Home adalah filem fasa terakhir bagi set MCU (6) sebelum masuk kepada fasa 7 yang mungkin dimulakan dengan The Eternals ataupun Guardian of the Galaxy Vol 3.


Academy Award Nominee; Jake Gyllenhaal memerankan watak antagonis super villain "Mysterio". Ditayangkan sekitar Jun nanti.




Ah! Ending Endgame masih buatkan aku haunting! 

Saturday, June 01, 2019

Kotabian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Gayu Guru Gerai Nyamai & Selamat Hari Raya Aidilfitri

2019 menyaksikan tiga perayaan yang diraikan di Borneo.


Pesta Keamatan pada 30 Mei hingga 31 Mei 2019 di Sabah.


Diikuti dengan Hari Gawai pada 1 hingga 2 Jun 2019 di Sarawak


Diakhiri dengan Hari Raya Aidilfitri pada 5 dan 6 Jun 2019 di Seluruh Malaysia.


Why you not love Malaysia so much? Holidays is everywhere!


So untuk yang balik ke kampong, hati-hatilah memandu. Same goes to myself. Tahun ni beraya rumah mak ayah kat Kota Tinggi Johor dulu sebelum ke rumah mertua di Machang, Kelantan.


Doakan urusan perjalanan aku dipermudahkan. Amin!


PS: Seram tengok bajet raya tahun ni.. wuwuwuwuwu





Monday, August 13, 2018

Ulangtahun ke 10 Blog!

Aku masih berblogging. Cuma jarang-jarang.

Rupa-rupanya, blog Seindah Dunia Kita ni dah 10 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih ada pembacaan korang dan memastikan aku menulis kat sini walaupun tak sekerap dulu.


HAPPY 10TH YEAR ANNIVERSARY, BLOG!

Tusan Beach, Miri; Mac 2016
 

Thursday, January 25, 2018

REVIEW: Pencalonan Anugerah Akademi (Oscars) kali ke 90.




 


Aku dan Oscars, lebih kepada obsesi.  Untuk tahun yang ke 90, aku telah menonton hampir 98% filem-filem yang dipertandingkan. Senarai di bawah adalah TOP 10 filem yang menjadi kegemaran aku sepanjang 2017. Korang bolehlah cari filem-filem ni nanti.
1. Call Me By Your Name
2.  Lady Bird
3. The Shape of Water
4. Get Out
5. Coco
6. Three Billboards Outside Ebbing, Missouri
7. Girls Trip
8. I,Tonya
9. Darkest Hour
10. Baby Driver

Kebiasannya aku akan melihat 8 kategori utama iaitu Best Picture, Best Director, Best Original Screenplay, Best Adapted Screenplay, Best Actor, Best Actress, Best Supporting Actor dan Best Supporting Actress. Berikut adalah calon-calon dan yang ditebalkan dan gambar paling besar adalah jangkaan pemenang (Berdasarkan penerimaan anugerah di festival filem utama Hollywood iaitu Golden Globes, Screen Actor Guild Award- SAG, Critics Choice Award dan BAFTA). Manakala yang bertanda * adalah pilihan peribadi aku.

 

BEST SUPPORTING ACTRESS
Mary J Blige; Mudbound
Allison Janney ; I, Tonya
Leslie Manville; Phantom Thread
Laurie Metcalf ; Lady Bird *
Octavia Spence ; The Shape of Water

SNUBS
Holy Hunter ; The Big Sick
Hong Chau ; Downsizing

TRIVIA
Octavia Spencer merupakan calon berturut-turut dalam kategori ini menerusi Oscar 89 dalam filem Hidden Figures. Memenangi Oscar menerusi filem The Help sebagai Minny Jackson.


 

BEST SUPPORTING ACTOR
Willem Dafoe ; The Florida Project
Woody Harrelson ; Three Billboards Outside Ebbing, Missouri
Richard Jenkins ; The Shape of Water
Christopher Plummer ; All The Money in The World
Sam Rockwell ; Three Billboards Outside Ebbing, Missouri *

SNUBS
Armie Hammer ; Call Me By Your Name
Michael Stuhlbarg ; Call Me By Your Name

TRIVIA
Christopher Plummer merupakan calon paling tua (88) dalam kategori ini. Pernah menang dalam ketegori yang sama menerusi filem Beginners.  Sam Rockwell dicalonkan buat kali pertama manakala Michael Stuhlbarg muncul dalam 3 watak dalam 3 filem Best Picture Oscars iaitu Call Me By Your Name, The Post dan The Shape of Water.


 

BEST ADAPTED SCREENPLAY
Call Me By Your Name *
The Disaste Artist
Logan
Molly’s Game
Mudbound

TRIVIA
Logan merupakan pencalonan pertama dari komik Marvel. 


 

BEST ORIGINAL SCREENPLAY
Get Out *
Lady Bird
The Big Sick
The Shape of Water
Three Billboards Outside Ebbing Missouri

SNUB
The Florida Project


 
        

BEST DIRECTOR
Guillermo del Toro ; The Shape of Water*
Greta Gerwig ; Lady Bird
Jordan Peele ; Get Out
Christopher Nolan ; Dunkirk
Paul Thomas Anderson ; Phantom Thread

SNUBS
Luca Guadagnino ; Call Me By Your Name
Sean Baker ; The Florida Project
Martin McDougnah ; Three Billboaords Outside Ebbing Missouri



 

BEST ACTRESS
Frances McDormand ; Three Billboards Outside Ebbing Missouri
Sally Hawkins; The Shape of Water
Margot Robbie ; I, Tonya
Saoirse Ronan; Lady Bird *
Meryl Streep ; The Post

SNUB
Jessica Chastain ; Molly’s Game

TRIVIA
Melalui kategori ini, Meryl Streep sudah tercalon sebanyak 21 kali dan merupakan pecalonan paling banyak dalam sejarah Oscars.


 

BEST ACTOR
Timothee Chalamet ; Call Me By Your Name *
Daniel Day-Lewis ; Phantom Thread
Daniel Kaluuya ; Get Out
Gary Oldman ; Darkest Hour
Denzel Washington ; Roman J Israel, Esq

SNUBS
James Franco ; The Disaster Artist
Jake Gyllenhaal ; Stronger

TRIVIA


Pada umur 22 tahun, Timothee Chalamet adalah aktor ketiga paling muda dicalonkan dalam kategori ini selepas Jackie Cooper (8) juga Mickey Rooney (19). Beliau juga merupakan aktor pertama yang lahir era 90 an yang tercalon dalam kategori ini. Beliau bersama Daniel Kaluuya merupakan calon Oscar di bawah umur 30 tahun yang dicalonkan dalam kategori yang sama.


  

BEST PICTURE

Call Me By Your Name*
Get Out *
Lady Bird *
Darkest Hour
Dunkirk
Phantom Thread
The Post
The Shape of Water *
Three Billboards Outside Ebbing, Missouri *


Anugerah Akademi ke 90 akan dihoskan oleh Jimmy Kimmel pada Ahad 4 Mac 2018 dan waktu siaran Malaysia pada 5 Mac (Isnin) jam 9 pagi. 

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED