Showing posts with label take5. Show all posts
Showing posts with label take5. Show all posts

Saturday, June 01, 2019

Kotabian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Gayu Guru Gerai Nyamai & Selamat Hari Raya Aidilfitri

2019 menyaksikan tiga perayaan yang diraikan di Borneo.


Pesta Keamatan pada 30 Mei hingga 31 Mei 2019 di Sabah.


Diikuti dengan Hari Gawai pada 1 hingga 2 Jun 2019 di Sarawak


Diakhiri dengan Hari Raya Aidilfitri pada 5 dan 6 Jun 2019 di Seluruh Malaysia.


Why you not love Malaysia so much? Holidays is everywhere!


So untuk yang balik ke kampong, hati-hatilah memandu. Same goes to myself. Tahun ni beraya rumah mak ayah kat Kota Tinggi Johor dulu sebelum ke rumah mertua di Machang, Kelantan.


Doakan urusan perjalanan aku dipermudahkan. Amin!


PS: Seram tengok bajet raya tahun ni.. wuwuwuwuwu





Wednesday, June 07, 2017

Rebiu: #SimetriSiti, Sebuah Titik-Titik Keseimbangan.

Entry pertama 2017! ho ho ho!

              


Apabila penyanyi NO 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza  (DSN) mengeluarkan album baharu, pemerhati muzik dan peminat tanah air (baca sitizoners) akan menantikan karya beliau.  DSN antara artis/ seniman yang boleh aku katakan matang apabila menghasilkan karyanya. Kita boleh melihat transisi Jerat Percintaan –Aku Cinta Padamu –Wajah Kekasih-Bicara Manis Menghiris Kalbu –Kau Kekasihku –Bukan Cinta Biasa –Dialah Dihati –Melawan Kesepian- Koleksi Duet CTKD –Biarlah Rahsia –Jaga Di Untukku, just to name few of her hits- DSN berjaya berkembang dan matang melalui muziknya. 


Melalui buah tangan terbaharu, SimetriSiti sekali lagi DSN meletakkan dirinya sebagai seniman tersohor dengan karya-karya segar seiiring dengan peminatnya yang aku rasa semakin bertambah terutama youngsters. SimetriSiti membawa satu dimensi baharu, lagu-lagu yang mempunyai mesej positif (circa Prasasti Seni namun tidak sesuram Hadiah Daripada Hati) dan kebanyakannya didedikasikan kepada peminatnya yang tidak jemu menyokong  karier seninya selama ini.


Bersandar Cinta mengingatkan aku kepada alunan trek-trek di dalam Prasasti Seni, namun susunan muzik orkesnya mengancam. Satu kualiti yang sama tara dengan album terbaharu Anuar Zain. Alunan vokal DSN yang membuai menyukarkan aku mencari titik silap lagu ini. Kombinasi vokal dan susunan muzik yang sempurna.


Trek ke dua Penghiburku pula sangat fresh. Sentuhan ini mengimbau kolaborasi DSN dengan Too Phat dan album Inggeris penuh pertamanya, All Your Love. Trek ini agak ‘nakal’ dengan lontaran vokal DSN dan tidak boleh tidak aku katakan lagu ini kedengarann seakan-akan Ed Sheeran, Shape of You.


Aku suka trek ke 3, Ikrar Cinta. Vibe  Bulan yang Mesra (Lantera Timur) sedikit pada awalnya, tetapi lebih ballad dan orkesnya sangat indah, menutupi kesamaan itu. Lagu ini ada twist di tengahnya. Petikan gitar di bridge, memberi suntikan balada 90-an menjadikan lagu ini sedap.   


Segala Perasaan pula mengimbau circa Jaga Dia Untukku (Fragmen) , namun dikemaskan dengan cemerlang dengan lontaran vokal DSN yang sangat bagus.  Turun naik vocal lagu ini sama seperti lagu underrated Kurniaan Dalam Samaran (Pancawarna) dan non stop breathing Dialah Di Hati (Prasasti Seni). Hope DSN can kill it when she sing it live


Trek Aku Bukan Malaikat pula mengimbau aku kepada album Tahajjud Cinta, sedikit vibe Ketika Cinta (Opick yang cipta lagu ni paduhal).Lagu ini biasa sahaja. Cuma, pembawakan emosi lagu ini tentang seorang isteri yang sanggup bersama-sama suaminya hingga akhir hayat, menerima baik buruk,  kedengaran meruntun. Lagu ini agak gelap berbanding 9 lagu yang lain.


Permulaan string gitar pada  awalan trek Manis Terindah mengiatkan kepada Sutramaya (Hadiah Daripada Hati) tetapi dikemaskan dengan susuan muzik yang segar, light dan sesuai didengar petang-petang waktu hujan sambil goyang kaki. Serius tak tipu. Liriknya sweet by the way. Pada mulanya, aku tidak berapa gemar ketika pendengaran kali pertama. Lepas ulang, this song is good actually. 


Trek yang paling-paling aku suka tentulan Kisah yang Ku Inginkan (ft Judika). Baladanya sedap, lontaran vokal DSN dan Judika juga kemas dan sharp. Cuma aku tak berkenan kat minit 2:42. Macam ada missing pieces. Tapi tak taulah apa. 


Track Tak Perlu Ragu pula sama seperti Manis Terindah, ia kedengaran segar dan mengimbau kenangan Prasasti Seni sedikit sebanyak. However, I've got mix feelings. Love and hate  at the same time untuk lagu ni.


Kau Takdirku pula boleh dikatakan lagu makanan DSN. This is the ballad that I want. Suka lagu ni. Sejujurnya lagu ini akan mengingatkan korang kepada lagu-lagu balada hits beliau terdahulu. Rindu la tau tak. SimetriSiti seterusnya dilabuhkan dengan Hiasi Duniaku. Rancak, positif dan susunan muziknya yang segar terus mengimbau kepada Warna Dunia (Fragmen).


Sebagai peminat kecil DSN, aku tidak boleh tidak untuk membandingkan lagu-lagu di dalam Simetri Siti ini dengan album-album beliau yang lain. Aku membesar dengan lagu-lagu beliau kot? Secara keseluruhannya, SimetriSiti adalah perlambangan kematangan DSN setelah 16 studio albums yang dikeluarkan beliau. Titik-titik simbolik yang membentuk album ini (peminat, press, family, composers, technichians) menjadikannya sebuah corak simteri yang sempurna. Congrats TokTi. Berbaloi untuk dimiliki Sitizoners, namun penerimaan pendengar neutral mungkin bercampur-campur (mixed review). SimetriSiti mungkin tercalon untuk Rakaman Bunyi Terbaik di dalam Album mahupun Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album untuk AIM akan datang.



VERDICT: 4 / 5


PS: Menunggu Tokti hasilkan album Irama Malaysia. Lantera Timur is my fav lepastu Sanggar Mustika, Cindai dan Sahmura.

               
            

Wednesday, December 14, 2011

Take 5: Filem Bahasa Asing Wajib Tonton

Bertitik tolak dari entry Isnin lepas, aku nak berkongsi dengan beberapa filem bahasa asing yang aku sudah tonton sepanjang usia pengajian di Universiti. Well, aku tonton semua filem tak kira filem Melayu, Omputeh atau Bahasa Asing. Seronoknya tonton filem bahasa asing ni, kita boleh tengok ‘lenggok’ sinema luar berbanding dengan negara kita sendiri. Kalau korang rajin, carilah kat mana-mana kot-kot terjumpa.


[Toolompuk]

5-
Bangkok Love Story/The Maid/Jan Dara/Toolompuk/Bang Rajan (Thailand)
• Sinema Negara jiran ni jarang menghampakan. Dari kisah cinta terlarang dua lelaki yang menyedihkan kepada kisah pembantu rumah yang membongkar kegiatan jenayah, skandal pelajar dengan wanita lebih berusia atau kisah cinta adaptasi dari tragedy banjir besar mahupun semangat kental penduduk kampung menentang ketidakadilan, menjadikan sinema Gajah Putih ini kelihatan istimewa di pandangan mata aku. Kali terakhir menonton filem Thailand adalah menerusi Metro Sexual


[Powerful scene of Malena]

4- Malena/Maria Full Of Grace (Itali/Colombia )
• Dari citra wanita imaginasi seorang budak lelaki kepada wanita yang terpaksa menyeludup dadah memberikan dimensi baru terhadap filem dari Negara ini. Aku gemar persembahan Monica Belluci sebagai Malena


[Her dead mother coming back to tide up messy conflict among her life and her siblings]

3- Volver/La Mala Educasion/Roz Abrazos Rotos/Dot the I(Spain)
• Aku sukaaaaaa filem Spain lebih-lebih arahan Pedro Almodovar! Dari kisah struggling women, kepada perangai buruk seorang paderi, lalu menelusuri kecurangan seorang isteri dan permainan sepasang kekasih, Spain adalah antara Negara yang sangat kreatif!


[Biopic penyanyi terkenal Perancis, Edith Piaf]

2- Amelie/A Very Long Engagement/La Vie En Rose/ The Chorus (French)
• Kegemaran yang tak asing lagi. Dari perjalanan wanita yang memeriksan tahap ejakulasi seks, kepada kisah kekasih yang terpisah dari perang ditambah dengan kisah penghibur wanita penuh lagenda dan semangat kanak-kanak pedalaman untuk belajar muzik dengan penuh cabaran dan dugaan


1- Osama/Father/Children of Heaven (Afghanistan/Iran)
• Penuh dengan sikap kemanusiaan. Dari budak perempuan yang terpaksa menyamar jadi budak lelaki demi sesuap makanan, kepada pengorbanan ayah tiri dalam memenangi hati anak tirinya dan kisah sepasang adik beradik berkongsi kasut akibat hilang sebelah dan usaha mereka menyembunyikannya dari ibu bapa yang tak mampu untuk beli baru.


Lain-Lain Recommendation

1. Dogtooth (Grace)- Apabila seks dan kucing dijadikan perkara tabu dalam keluarga

2. Pasir Berbisik/Daun-Daun Di Atas Bantal (Indonesia) – Dari kisah gadis yang disleksia kepada gerombolan kanak-kanak miskin

3. Water (India)- Kisah keluarga seperti falsafah air. Dicincang manakan putus?

4. Biutiful (Spain)- Perjuangan bapa tunggal dalam menangai masalah keluarga dan hidupnya yang makin singkat akibat tumor

5. Vera Drake (Britain)- Kisah wanita yang membantu wanita-wanita yang terdesak kerana mahu melakukan pengguguran haram

Wednesday, November 23, 2011

Take 5: Melancong Edisi Sempoi


Lama gila tak buat slot ni! Almost a year!

Okey. Aku bukanlah pro kalau nak bergebang sakan mengenai melancong. Sekadar apa yang ada saja.

Rasanya dalam sepuluh orang, tujuh daripadanya suka melancong.Betul tak?

Mari aku kongsi beberapa tips melancong. Pastinya melancong edisi aku ni lebih kepada sempoi, mampu dan korang pun boleh buat.

Check it d-out!hehe

1. Check List
Sebelum pergi melancong, buat satu senarai check list. BAWA APA YANG PATUT sahaja. Tinggalkan patung anak beruang teddy korang yang besar gedabak tu kat rumah. Tak mati pun kalau tak bawak. Jangan bawa baju macam nak berkampung pat puluh hari pat puluh malam. Basically bawa yang easy to wear saja. Treksuit, pants, jeans, T-Shirt antara yang boleh dibawa. Pilih mana yang sesuai dengan occasions. Kalau nak ke pantai, tak perlu bawa Jeans yang fancy atau tak perlu bawa langsung. Nak snorkling tu, pakai trunk sudah! Barang-barang asas seperti towel and soap sudah disediakan oleh pihak penginapan. Plus kalau ada yang nak bercuti ke luar negara, berpada-padalah membawa barang. Jangan sampai terkena charge extra baggage allowance masa turun flight. Sapa suruh bawa beg tarik Akedemi Fantasia?

2. Wang, Peta dan Passport
Ini paling initial. Takde duit macamna nak jalan weh? Takde peta macamana nak cari tempat menarik? (unless ada tour guide.Tapi nama pun percutian terjah-sempoi, takde masa nak upah tour guide.Kau lah jadi tour guide nya). Pastikan recce tempat yang ada ATM. Tengok peta untuk pastikan tempat-tempat menarik dapat dilawati dengan masa yang dirancang. Passport pula penting jika korang nak bercuti ke luar negara Malaysia. Pastikan berupdate!

3. Kemudahan
Tempat menginap juga keutamaan. Kalau namanya percutian sempoi, tak perlu nak duduk hotel lima bintang dengan makanan dihantar ke bilik. Duduk motel atau rumah tumpangan lebih memadai. Kos pun rendah. Kebanyakan rumah tumpangan dan motel pun dah ada air cond dalam bilik. Asal selesa, bilik air bersih, ada water heater, katil nak tidur, plug untuk mengecas handphone atau kamera, kan dah cukup? Kalau korang berhajat nak naik bas turun bas untuk ke tempat menarik, boleh saja.Tapi tidakkah itu akan nampak lebih menyusahkan? Yalah. Persekitaran kita kan asing? Kemungkinan nak sesat tu tinggi. Jadi nak mengelak sesat tu samada travel dengan kereta sendiri atau dengan sewa kereta. Kalau pergi dalam kumpulan 2-4 orang lebih mudah nak kira bajet seperti minyak dan tol.

4. Makan
Mereka yang on diet perlu lupakan seketika hasrat berdiet jika pergi bercuti ya! Hentam saja makan! Jangan sekat sebab masa inilah nak cuba masakan negeri lain. Kalau melancong lepas tu makan KFC baik tak payah pergi melancong, Mengabeh boreh yo! Hahaha. Masa inilah nak belajar budaya masyarakat lain. Bandingkan harga makanan sana dengan makanan di tempat kita selain cara penyediaan yang mungkin sedikit berbeza.

5. Sharing is Caring
Kalau pergi berkumpulan atau lebih dari seorang, seeloknya cuba bawa barang-barang yang boleh berkongsi seperti toothpaste, sunburn atau cellphone charger. Space beg kita pun jimat. Untuk perempuan pula, I guess tak perlu lah nak bawak beg mekap besar-besar. Pakai bedak asas sikit pun kalian dah nampak cantik di mata kami (ahem ahem)hehehe.

Sebenarnya banyak yang perlu disenaraikan. Tapi cukuplah lima. Pelancongan sempoi ini sebenarnya lebih challenging. Mana nak tengok peta, mana nak drive, mana nak berhenti kat stesen minyak dan tanya orang arah jalan.

Tapi on the other side, bukankah itu sebahagian dari pengalaman hidup?

PS: Jangan lupa bawak air mineral. Penting tu!Keep your body fluid to the max bebeh!

Monday, April 12, 2010

TAKE 5: BROADWAY MUSICAL SCENE TERBAIK


Salam;

Ohhh..aku paling meminati Broadway musical. Entah kenapa ya. Aku sangat suka rentak era 40-50 an camtu. Semangat beb nak dengar!. Jom semak Take 5 edisi kali ini!

5:
Song: The Worst Pies in London
Singer: Halena Bonham Carter
Film: Sweeney Todd: Demon Barber of Fleet Street

Scene ini memaparkan Mrs Lovette (Halena Bonham Carter) sedang membuat pie di kedai beliau dan menyanyi lebih kepada memuji pie beliau adalah pie paling sedap di Kota London yang pada ketika itu Sweeney Todd (Deep) baru sampai dan sedang mencari bilik sewa.




4
Song: Dancing Queen
Singer: Meryl Streep, Julie Walters
Film: Mamma Mia

Keindahan Greece sambil tiga wanita2 berumur ni menyanyi Dancing Queen!. Fuhhh!! Siapa tengok pon teringin nak menari sekali!!. Saat paling best bila ramai2 berjoget sakan kat atas jambatan sort of! Bravo!



3
Song: Take It All
Singer: Marion Cotillard
Film: Nine

Scene kesedihan seorang isteri bila si suami wat affair ngn perempuan simpanannya selain lebih mengutamakan kerjaya dari isteri sendiri. Emosi Cotillard ketika menyanyi lagu ni sangat baik ditambah Guido Contini (Daniel Day Lewis) yang memerhatikan isterinya sambil terikat dengan tali pada seluruh tubuhnya. Ia umpama “apa perasaan suami bila isteri buat benda yang sama pada beliau”




2
Song: A Call From A Vatican
Singer: Penelope Cruz
Film: Nine

Fuhh!!! Bak kata seorang blogger, scene ini kalau ditonton boleh berdarah hidung tuh!. Sexy appeal Cruz dlm scene ini sangat powerful. Dia seperti menggoda Guido Contini melalui phone audition! Dan pencalonan kedua beliau menerusi katergori Best Actress in Supporting Role dlm Oscar tahun ini sangat berbaloi!



1
Song: Cell Black Tango
Singer: Catherine Zeta-Jones, Renee Zellweger, Mya
Film: Chicago

Dari pengarah Nine juga. Lagu ini berciri tango dan menceritakan bagaimana penghuni penjara membunuh lelaki-lelaki di dalam hidup mereka. Persembahan yang sungguh seksi (serius) dan penuh emosi!



Di Malaysia kita, belum ada yg berani utk buat muzikal.

Satu perkara yg aku suka pasal broadway musical..

Buat hilang rasa mengantuk;)

Pilihan di atas sekadar random pin-point je.Korang ada favret scene musical pilihan sendiri?

P/S---)FARCIR BAB 12 boleh dilayari jam 12.04 tengahari. Kemunculan Ezani Ashraf dan dendam seseorang kepada Dalilah. Catch it first on Aksara Keraian;).

Selain tu, buat peminat PROSA CINTA AMIR NAUFAL, korang boleh memilih watak kegemaran korang menerusai poll yg disediakan. Selamat mengundi!

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Bagi korang yg nak join sama2 dengan aku sebagai rakan sekarya dalam AKSARA KERAIAN, sila hantar karya bab 1@prolog korang di email berikut faizalsulaiman85@gmail.com

Nak tau syarat2 nya, klik sini ya!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED