Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Monday, August 13, 2018

Ulangtahun ke 10 Blog!

Aku masih berblogging. Cuma jarang-jarang.

Rupa-rupanya, blog Seindah Dunia Kita ni dah 10 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih ada pembacaan korang dan memastikan aku menulis kat sini walaupun tak sekerap dulu.


HAPPY 10TH YEAR ANNIVERSARY, BLOG!

Tusan Beach, Miri; Mac 2016
 

Wednesday, June 07, 2017

Rebiu: #SimetriSiti, Sebuah Titik-Titik Keseimbangan.

Entry pertama 2017! ho ho ho!

              


Apabila penyanyi NO 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza  (DSN) mengeluarkan album baharu, pemerhati muzik dan peminat tanah air (baca sitizoners) akan menantikan karya beliau.  DSN antara artis/ seniman yang boleh aku katakan matang apabila menghasilkan karyanya. Kita boleh melihat transisi Jerat Percintaan –Aku Cinta Padamu –Wajah Kekasih-Bicara Manis Menghiris Kalbu –Kau Kekasihku –Bukan Cinta Biasa –Dialah Dihati –Melawan Kesepian- Koleksi Duet CTKD –Biarlah Rahsia –Jaga Di Untukku, just to name few of her hits- DSN berjaya berkembang dan matang melalui muziknya. 


Melalui buah tangan terbaharu, SimetriSiti sekali lagi DSN meletakkan dirinya sebagai seniman tersohor dengan karya-karya segar seiiring dengan peminatnya yang aku rasa semakin bertambah terutama youngsters. SimetriSiti membawa satu dimensi baharu, lagu-lagu yang mempunyai mesej positif (circa Prasasti Seni namun tidak sesuram Hadiah Daripada Hati) dan kebanyakannya didedikasikan kepada peminatnya yang tidak jemu menyokong  karier seninya selama ini.


Bersandar Cinta mengingatkan aku kepada alunan trek-trek di dalam Prasasti Seni, namun susunan muzik orkesnya mengancam. Satu kualiti yang sama tara dengan album terbaharu Anuar Zain. Alunan vokal DSN yang membuai menyukarkan aku mencari titik silap lagu ini. Kombinasi vokal dan susunan muzik yang sempurna.


Trek ke dua Penghiburku pula sangat fresh. Sentuhan ini mengimbau kolaborasi DSN dengan Too Phat dan album Inggeris penuh pertamanya, All Your Love. Trek ini agak ‘nakal’ dengan lontaran vokal DSN dan tidak boleh tidak aku katakan lagu ini kedengarann seakan-akan Ed Sheeran, Shape of You.


Aku suka trek ke 3, Ikrar Cinta. Vibe  Bulan yang Mesra (Lantera Timur) sedikit pada awalnya, tetapi lebih ballad dan orkesnya sangat indah, menutupi kesamaan itu. Lagu ini ada twist di tengahnya. Petikan gitar di bridge, memberi suntikan balada 90-an menjadikan lagu ini sedap.   


Segala Perasaan pula mengimbau circa Jaga Dia Untukku (Fragmen) , namun dikemaskan dengan cemerlang dengan lontaran vokal DSN yang sangat bagus.  Turun naik vocal lagu ini sama seperti lagu underrated Kurniaan Dalam Samaran (Pancawarna) dan non stop breathing Dialah Di Hati (Prasasti Seni). Hope DSN can kill it when she sing it live. 


Trek Aku Bukan Malaikat pula mengimbau aku kepada album Tahajjud Cinta, sedikit vibe Ketika Cinta (Opick yang cipta lagu ni paduhal).Lagu ini biasa sahaja. Cuma, pembawakan emosi lagu ini tentang seorang isteri yang sanggup bersama-sama suaminya hingga akhir hayat, menerima baik buruk,  kedengaran meruntun. Lagu ini agak gelap berbanding 9 lagu yang lain.


Permulaan string gitar pada  awalan trek Manis Terindah mengiatkan kepada Sutramaya (Hadiah Daripada Hati) tetapi dikemaskan dengan susuan muzik yang segar, light dan sesuai didengar petang-petang waktu hujan sambil goyang kaki. Serius tak tipu. Liriknya sweet by the way. Pada mulanya, aku tidak berapa gemar ketika pendengaran kali pertama. Lepas ulang, this song is good actually. 


Trek yang paling-paling aku suka tentulan Kisah yang Ku Inginkan (ft Judika). Baladanya sedap, lontaran vokal DSN dan Judika juga kemas dan sharp. Cuma aku tak berkenan kat minit 2:42. Macam ada missing pieces. Tapi tak taulah apa. 


Track Tak Perlu Ragu pula sama seperti Manis Terindah, ia kedengaran segar dan mengimbau kenangan Prasasti Seni sedikit sebanyak. However, I've got mix feelings. Love and hate  at the same time untuk lagu ni.


Kau Takdirku pula boleh dikatakan lagu makanan DSN. This is the ballad that I want. Suka lagu ni. Sejujurnya lagu ini akan mengingatkan korang kepada lagu-lagu balada hits beliau terdahulu. Rindu la tau tak. SimetriSiti seterusnya dilabuhkan dengan Hiasi Duniaku. Rancak, positif dan susunan muziknya yang segar terus mengimbau kepada Warna Dunia (Fragmen).


Sebagai peminat kecil DSN, aku tidak boleh tidak untuk membandingkan lagu-lagu di dalam Simetri Siti ini dengan album-album beliau yang lain. Aku membesar dengan lagu-lagu beliau kot? Secara keseluruhannya, SimetriSiti adalah perlambangan kematangan DSN setelah 16 studio albums yang dikeluarkan beliau. Titik-titik simbolik yang membentuk album ini (peminat, press, family, composers, technichians) menjadikannya sebuah corak simteri yang sempurna. Congrats TokTi. Berbaloi untuk dimiliki Sitizoners, namun penerimaan pendengar neutral mungkin bercampur-campur (mixed review). SimetriSiti mungkin tercalon untuk Rakaman Bunyi Terbaik di dalam Album mahupun Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album untuk AIM akan datang.



VERDICT: 4 / 5


PS: Menunggu Tokti hasilkan album Irama Malaysia. Lantera Timur is my fav lepastu Sanggar Mustika, Cindai dan Sahmura.

               
            

Thursday, September 08, 2011

Lagenda Suzzanna dan Sundel Bolong


Siapa di sini tak pernah menonton Sundel Bolong?

Rugi!

Karya yang diangkat dari lagenda Indonesia yang kemudian difilemkan sekitar tahun 80 an lalu mencetuskan fenomena hantu berlubang dibelakang badan itu.

Pelakon yang memainkan peranan hantu itu bernama Suzzanna, aktres bermata galak, bertahi lalat di pipi. Pernah juga terlintas skeptikal Suzzanna memainkan peranan Sundel Bolong lewat filemnya seperti Malam Satu Suro, Malam Jumaat Kliwon dan Telaga Angker lalu berkembang biaklah dendam Sundel Bolong menerusi filem Perjanjian Malam Keramat (oh noee filem ini ada babak memberahikan).

Masih teringat aksi mengumpan Sudel Bolong. Mula-mula jelma jadi perempuan cantik (tapi Suzzanna memang cantik pun), tumpang beca dan kononnya nak ke rumah. After a while sesi berborak dalam beca bilamana pengayuh beca try nak ngurat Sundel Bolong.

Dialognya lebih kurang macam ni…

‘Namamu siapa?’
(malu-malu) ..'Sun’
(gaya gatal) ‘Sun apa? Sunarti ?’
Suzzanna masih dengan senyuman psiko dan gelak nakal-nakal manjanya. Sehinggalah sampai ke tanah perkuburan (di mata pengayuh beca adalah konsert dangdut Rhoma Irama, kau! Siap bergelek bagai!): Senyum

Ataupun

Babak dimana Suzzanna sudah menjelma menjadi Sundel Bolong, pergi ke kedai sate untuk minta 100 cucuk sate. Lepas makan dengan lajunya (siap ada efek), dia pun minum sup dimana sup tu mengalir keluar dari belakang badan dia. Siap ada ulat-ulat lagi! Gila punya Real!

Peranan Suzzanna dalam mencorak filem bergenre seram sangat mengesankan. Apatah lagi menerusi filem Nyi Roro Kidul, Ratu Buaya Putih mahupun Santet. Beliau sangat pro tatkala membuat mata membeliak, senyuman psiko, lontaran dialog yang jelas dan menakutkan dan gerak kepala tatkala pakunya dicabut.ehehehehehe

Dan gara-gara beberapa filem seramnya inilah yang membuatkan ramai penggemar cerita seram merasa takut nak keluar malam, pada tahun tersebut.

Namun, ada juga filem Suzzanna yang lari dari arus tipikal seram seperti Bernapas Dalam Lumpur, Sangkuriang ataupun Samson dan Delaila

Suzzanna, dari kacamata sendiri, merupakan lambang actress Indonesia, simbol bintang seram yang serasakan tiada lagi pengganti di rantau ini. Lihat saja lakonan seram beliau. Tak perlukan Suzzanna untuk mengilai-ngilai, buat muka hodoh. Cukup sekadar rambut panjang, mata membeliak dan efek cahaya, Sundel Bolong ditangan Suzzanna tampak hidup!

Percaya atau tidak, lagu ini merupakan antara kegemaran
:dipetik dari filem Malam Satu Suro

Friday, June 24, 2011

"Anggap Saja Perempuan Simpanan. Saya Rela"- Izzah:Ombak Rindu Teaser Trailer

Sumber teaser trailer ini diperolehi dari FanPage Facebook 'Ombak Rindu'. Sila like ramai-ramai.

Filem ini tak pasti dijadualkan ditayangkan bila, tapi selepas menonton teaser trailer 30 saat dari filem adaptasi novel 'Ombak Rindu' karya Fauziah Ashaari ini, terbit rasa ingin tahu dan rasional pengarah Osman Ali mengambil pelakon berdarah kacukan Maya Karin sebagai gadis kampung, Izzah dan Lisa Surihani sebagai antagonis Mila.

I would like to say, usaha Osman dan team jurulakon pelakon Ellie Suriati sangat berbaloi dalam memelayukan Maya dan mencari sisi hitam Lisa. Ini bukan kali pertama Lisa berlakon watak hitam. Menerusi V3 Samseng Jalanan, pelakon berbakat ini turut memegang peranan sama.

Aaron dan Bront dilihat menerusi trailer ini, masih berada pada par yang cukup selesa.Dua aktor ini berjaya membawa watak masing-masing.

At least give some actor/actress watak-watak berbeza dengan karakter yang pernah mereka bawakan. Kita sukakan variety dalam watak, begitu juga para pelakon. Mereka juga mahu cuba sesuatu yang baru:)

Jom ushar gambar

Maya Karin sebagai Izzah. Dalam trailer Izzah kena tarik rambut dengan Haris.Gila kejam!


Haris: Charming.Tapi sikapnya menyakitkan hati. Tipikal la kan.Nanti-nanti jadi benci-benci sayang.awch.hehehe


Bront. Tak usah dipertikai. Beri apa saja watak. He's damn good!


Siapa kata cik Surihatiku ni tak sesuai berlakon jadi Mila? Sisi hitamnya terserlah. Malah, aku boleh katakan, kita akan simpati dengan karakter beliau. Why she's become an evil? Jahat Mila bersebab. Dia nakkan Haris. Tu je. We do dredful things to get what we want, all the time so as Mila

Sumber video didapati dari fanpage FB Ombak Rindu



Ini baru teaser.Review penuhnya belum lagi:) Hopefully baik!

Wednesday, April 06, 2011

Cinta: Sebuah Kajian Lakon Layar


Salam

Sering kita terlalai mengejar apa yang belum pasti, hingga kita lupa meraikan satu satunya perkara yang menjanjikan kebahagiaan.

Cinta.. Yang lahir dari naluri.. Menagih pengorbanan.. Bersandar kesetiaan.. Akhirnya bersimpul mati..

Karya Kabir Bhatia ini merupakan karya kesukaan. Hidupnya mengesankan. Entry hari ini saja-saja mahu mengkaji seni lakonlayar ditulis isteri Kabir, Mira Mustaffa dan dibantu oleh Ara.

Setiap babak hidup cantik seperti babak seorang ibu muda, menghulur langkah pertama untuk melintas, lalu mengusap perutnya yang sedang hamil. Simbolik babak ini dengan konsep cinta.


Ditunjukkan pula bapa yang mengeluarkan dompet, terisi not satu ringgit di dalamnya, berhadapan dengan dua anak lelaki. Terkesannya lakon layar ini bilamana bapa mengeluarkan not satu ringgit, lalu ditunjukkan kepada dua anak isyarat berkongsi. Indah!



Babak sepasang tua, memaut bahu, menampilkan cinta memang tak kenal batas usia. Dan bila hasil gerak sinematografi Mat Nor Kasim close up pada pasangan tua, kedua duanya buta.

Cinta juga tak kenal bangsa. Diperlihatkan pula pasangan Cina sedang menikmati usia senja di sebuah kopitiam. Isn’t that nice?

Itu adalah klip 1 minit 20 saat yang dilihat pada tayangan awal Filem Terbaik Festival Filem Malaysia tak lama dulu. Gerak lakon layar, tanpa dialog saja sudah membuatkan sentuhan Kabir memang emas. Jarang kita dapat perhatikan lakon layar sesempurnah tulisan filem ini.

Dan dari filem inilah, aku memahami betapa pentingnya bahasa lakon layar dalam mencorak sesebuah jalan cerita. Silap percaturan, penonton takkan faham.

That’s why, Kabir Bhatia antara pengarah fevret aku ketika memilih list menonton filem di panggung. Baik Cinta, Sepi, Setem mahupun yang terbaru Nur Kasih The Movie, sentuhan Kabir memang lain dari yang lainnya…

Saturday, January 08, 2011

Dia: Siti Nurhaliza


Salam

‘Kau minat Siti??’
‘She’s good, apa!’
‘Tak rock la minat Siti!’

Ini conversations beberapa tahun lalu masa Siti femes dengan lagu balada membuai macam Jerat Percintaan.

Aku bukanlah die hard fan Siti sebenarnya sampai tampal gambar dia, pergi konsert-konsert dia atau beli setiap album-album dia.

Yang hanya adalah koleksi MP3 himpunan album-album beliau.

Meh aku citerkan sikit seperti yang aku tahu, kemunculan Siti Nurhaliza.

Dia ni biasa saja. Tak silap dicungkil menerusi Bintang RTM. Dan dari situ dia diberi peluang merakamkan album. Kemunculan awal, Siti berkeras tak nak ambil gambar dengan lelaki. Tak mahu pakai seksi sehinggalah mengundang kepelikan ramai sebab waktu tu (hujung 90 an) kalau artis nak femes, mesti kena pose maut dalam majalah MANGGA, tepi kolam, basah-basah sikit, nama bubuh dekat 'that' lurah disamping cerita panas artis tulah, selain menggunakan nama-nama komersil untuk fofuler. LOL

Tapi tidak Siti.Dia guna nama penuh, siap!

Mungkin sebab itulah dia disenangi ramai. Ditambah dengan kejayaan demi kejayaan album-album beliau. Kau katalah mana anugerah, memang dia akan sapu dan asyik-asyik-Siti-akan-kedengaran-dihujung-telinga-sort-of-

Dia boleh dikatakan berjaya di lapangannya walaupun err produk perniagaaan beliau err tak berapa aku nak dengar perkembangannya. (ambil contoh C-TEA)

She’s good with branding. Peminat akan beli….(apaanama produk kecantikan dia tu ek?..lupalah) sebab produk tu ‘Siti Nurhaliza’. Mungkin nak cantik, sebulat, sebotol nak jadik macam Siti Nurhaliza agaknya.

Kenapa aku suka Siti?

Hurmm…

She’s good in live singing! Superb!

Dia akan bawa dengan lenggoknya sendiri selain tak terikut dengan nyanyian penyanyi asal. Selain tu, aku perasan kualiti album dia dari setahun ke setahun berubah macam contoh traditional Cindai move forward kepada music global yang lebih Arabic dalam Lantera Timur. Dari segi processing, aku lebih sukakan album Hadiah Daripada Hati. Macam live orchestera!

Itu yang aku suka. Part part dia kahwin dengan Datuk K ke, beli plat nombor ke, tudung serkup dia tu ke, aku tak ambik pot sangat sebab aku lebih sukakan tone suara dia.

Dalam banyak-banyak lagu beliau, aku paling suka lagu ni.



Melodinya baik. Nak-nak part Ajai continue as background vocal tu..macam nak ikut Siti nyanyi duet plak.bwahahahahaha ROFL!

Aku? Maya Karin tetap di hati:)

Wednesday, November 24, 2010

DIA: AISHAH


Salam.
Ini bukan kisah Aishah lima puluh sen.LOOL (Hint: drama Azean Irdawaty jadik watak terencat akal)

Satu petang, sedang berbaring, menongkat kaki di atas kusyen, telinga aku menangkap sebuah lagu.

“Di hati ini..sering melagukan rindu..senyum tangis mu di mata ku”

Aku tanya emak (arwah).

“Lagu sapa ni, mak?”
Mak jawab
“Lagu Aishah”

Dalam hati kata. Bole layan jugak.

Masa tu umur baru enam tahun. (Dah tahu lagu2 bagai.haihhh…)
Masa tu petang, baru balik dari majlis graduasi tadika aku. Masa tu, aku kena perform sketsa sebelum menerima skrol tamat tadika.

ha ha ha

Adalah dalam sembilan belas tahun lampau….Tua dah aku..tskkk

Aishah.
Bagi aku beliau ni setanding dengan Dato’ Siti (Nurhaliza), sekarang
Bahkan, vokal nyaring penyanyi ini masih tak dapat ditandingi mana-mana penyanyi zaman sekarang—bar none—
Uniknya Aishah, beliau mempunyai tahap education yang membanggakan ketika menjadi penyanyi selain mempunyai band boys (yang turut disertai pengkritik lantang Paul Moss)

Aishah ni, kalau tak silap pernah menetap di luar negara, waktu beliau further study lah. Istimewanya, disetiap in lay cover album Aishah, akan ada elemen musik timur dan gambar-gambar seperti bunga, tepak sirih dan congkak. Aku masih ingat koleksi kawan aku. Keluarga beliau tegar dengan Aishah!

Aishah juga pernah berlakon dalam filem Syakila. Masa tu lagu Janji Manismu tengah top. Aku pernah tengok filem tu. Masa tu umur aku baru 9-10 tahun. Ingat lagi masa tu hari raya pertama, ditayangkan filem tu. Kuat betu ingatan aku neh.he he he. Turut bersama beliau adalah Rahim Maarof dan Kuza.

Pernah tengok aksi Aishah waktu perform Juara Lagu, Janji Manismu? Fuhh dahsyat kan? Ala kau google je YouTube, mesti jumpa.



Siap bawak beg balik kampung, kau. Hempas beg atas pentas. Dramatik gila! :P But yet, tulah persembahan terbaik artis sezaman beliau. Menang persembahan terbaik!

Tu belum tengok lagi persembahan lagu Cinta Beralih Arah.
Mantap!

Plus, lagu ‘Pulanglah’ yang sesuai dimainkan waktu raya pun, aku suka ulang dengar berkali-kali.

Kini Aishah dah pakai tudung. Dah kahwin pun. Latest lagu beliau ‘Melukut Di Tepi Gantang’ memang menangkap. Feeling la ‘Seputeh Qaseh Ramadhan’ jap bila terdengar.hehehehe

Pilihan Playlist Aishah:
1) Janji Manismu
2) Kasih Kita
3) Cinta Beralih Arah
4) Kemaafan Dendam Terindah
5) Kau Sahabat, Kekasih dan Teman
6) Wajah
7) Selanjur Bercinta
8) Melukut Di Tepi Gantang
9) Antara Cinta dan Kasih
10) Camar yang Pulang

ps: Terbaca tentang event MAHA 2010. Buat rakan blogger yg sedang bertugas, aku tau ko takkan baca ini tapi wish you a very good luck, bro!

ps 2: Terima kasih banyak2 ya sebab komen entry semalam. Cik A pun mengomel-ngomel tanya itu ini. Thanks pada yang like juga yang share. Follower baru, tunggu sat na, Kang aku gi balik blog korang, okay! Lagi best kalau korang tinggal link dlm chatbox. Senang nak kunjung balas=)

Wednesday, July 28, 2010

DIA: MAYA KARIN


Salam

Entry khas buat si cantik ini.he he he

Aku meminati pelakon ini. Serius. Cantik, berbakat dan bijak. Aku sedikit kagum dengan personaliti Maya Karin ni. Bagi aku Maya Karin bermula dengan kosong. Serius kosong. Sesiapa yang pernah menyaksikan filem pertamanya akan tahu, Maya tak punyai bakat untuk berlakon. Ramai yang mengutuk. Anak kacuk cakap Indon lah. Aku tetap meminati Maya. Bagi aku, itu keunikan wanita Jerman-Melayu ni. Jom semak trivia besh camne aku leh terpaut suka dengan si cantik ni:)

1. Filem pertamanya Seri Dewi Malam dilakonkan sekitar 2001. Maya memegang watak sebagai “Seri” wanita yang koma akibat kemalangan, yang boleh communicate dengan suaminya melalui gadis psikik, “Dewi” lakonan Jeslina Hashim. Dicalonkan utk Best Newcomer dalam Festival Filem Malaysia, tetapi tewas di tangan Jeslina.

2. Maya dihentam lagi dalam filem “No Problem”. Wataknya sebagai gadis kampung “Rosnah” gagal menarik perhatian. Maya meneruskan kerjaya pengacaraan dalam Wavelength di TV3. Turut menjadi pengacara “Red Carpet Oscar” beberapa tahun lepas.

3. Maya diwar-warkan akan berlakon dlm filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) arahan pengarah tersohor Shuhaimi Baba. Serius!!! Aku tak percaya. Boleh ke Maya berlakon ni? Tahun yg sama Maya berlakon dalam filem Mr Cinderella 2 sebagai “Anis”. Review mengatakan watak “Anis” berjaya menenggelamkan watak Erra Fazira dan Yusry. Dan aku menonton filem tu di Penang, SEMATA-MATA kerana watak Anis. Hasilnya? Berbaloi!

4. Maya mengagumkan pemerhati filem menerusi PHSM. Figura tragik Meriam, Maria dan Pontianak berjaya dibawakan dengan baik sehingga memenagi anugerah Best Actress Asian Pasific Film Festival, 49 di Fukuoka Japan. Menjadi aktres pertama Malaysia memenangi katergori itu.

Dimasa promosi PHSM 2 di summit Penang. She's very pleasant dan sgt ramah


5. Memenangi anugerah yang sama di Malaga, Spain dalam Estepona Festival Filem Seram dalam filem PHSM 2. Menariknya, Maya bersaing dengan 2 lagi pelakon lelaki dalam anugerah yang sama. Lakonan gediknya sebagi Bella dalam Pisau Cukur juga sangat memikat.

6. Dicalonkan empat kali Best Actress dalam Festival Filem Malaysia menerusi watak Meriam (PHSM), Tina (Waris Jari Hantu), Salmi (Hati Malaya) dan Meriam (PHSM2) tetapi menang menerusi watak tomboy ‘Johanna” dalam filem Anak Halal. Bertukar watak dengan Diana Danielle dan menjadi watak 13 tahun dalam teater “Natrah”. Ironinya, Diana Danielle berjaya mengambil watak “Nina” yang turut diujibakat oleh Maya dalam filem U Wei Hj Saari- Hanyut.

7. Dikhabarkan akan berlakon dalam filem epik trilogi “Empayar Dendam Tamingsari” sebagai Tun Teja, tetapi perkhabaran itu senyap begitu sahaja. Menjadi “Luna” dalam filem rom-com Osman Ali- “Cun”.

8. Dikecam hebat oleh pembaca setia novel “Ombak Rindu” apabila Maya Karin memainkan watak Izzah versi filem yg turut diarahkan oleh Osman Ali.

9. Mengeluarkan 2 album. Hitnya lagu “Erti Cinta” dan lagu tema Anak Halal “Disudut Gelap Mentari”

Die hard fan kan aku ngan Maya ni? Muahahaha..ya benar. Saya memang minat dia gila2. Gila pon tak macam saya:)

FaizalSulaiman:--)^^

Saturday, June 26, 2010

DIA:NORA

Salam.

Ya entry "DIA" lagi. Harini nak expose penyanyi dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Ini gara-gara selepas mendengar lagu beliau yg tiba2 direquest oleh salah sorang teman blogger. Aku pon terus la dengar sambil memutarkan ingatan lama.

Ceh wah!!

Ok Nora meletup dgn lagu "Dipersimpangan Dilema". Sore beliau unik sekaligus meletakkan dirinya sbg salah satu vokal wanita yang terbaik. Dengan imej bersih (aku tak pernah dengar Nora ada gosip negatif sana sini) beliau berjaya sebagai penyanyi yg memiliki identiti sendiri.

Jom semak lagu2 beliau.


Lagu yg melonjakkan nama beiau. Versi latest adalah duet dgn Vince, Dilema 2003 rasanya nama tajuk lagu tu.


Sadis lagu neh.hehehehe..



Lagu tema cerita Haryati kat TV1 dulu lakonan Liza Othman ngn Zaidi Omar. Zaidi Omar jadik gila talak dlam citer neh.best2..aku ingat dow..Balik sekola agama, terus menepek depan Tv tgk citer neh


Rasanya ada lagi lagu2 Nora yg best2, ada dalam Koleksi aku termasuklah Joget Kelantan.Hehehehe. Cukuplah entry harini. Owhh tidak..hari ni dah bermula satu hari yg sibuk..huhu

Tuesday, June 15, 2010

DIA: AISHWARYA RAI


Salam;

Eh semalam ada "DIA" harini "DIA" lagi? Tebiat ke apa??

Jawapan klise blogger: "Ini blog aiii. aiii punya sukalah"

har har har.

Kali ini nak menyelongkar si cantik-berbakat-menawan Aishwarya Rai Bachchan.

Aku gilakan Aishu sejak tingkatan tiga. Lebih kurang tahun 2000. Masa tu kat TV2 ada menayangkan filem terhebat beliau ala2 Gone With The Wind, iaitu "Hum Dil De Chuke Sanam" literary means "Straight From the Heart"

Filem tu menarik, menggabungkan 3 nama besar plus my all time favorite director Sanjay Leela Bhansali terus memberikan Aishu gelaran Best Actress menerusi filem drama cinta tu.

Start dari tu, penulis pojok ni meminati Aishu. Boleh dikirakan semulah filem dia aku tengok. Kejap2 aku cuba refresh balik:
1) Hum Dil De Chuke Sanam (hat ni ada lagu nimboda..nimboda..energetic dia menari.haha)
2)Taal
3)Hamara Dil Apke Pass Hain (Shukria..shukria)
4)Kondukondein Kondukondein (filem tamil, colaborasi dengan Tabu)
5)Oh ni..ni.. Devdas!!
6)Jeans (beliau jadik kembar.sebenarnya purak2 jadi kembar)
7)Josh (Kembar dengan Shah Rukh Khan)
8)Mohabbatein (walaupun watak dia sekadar bayang2, meninggalkan kesan tuh!)
9)Dhai Akhshar Prem Ke (pertemuan laki bini dalam filem neh)
10)Mela (guess appearance)

Banyak kan? Sungguh aku memang kipas keras Aishu. Tapi selepas tahun 2003, dah masuk Uni, masa untuk menonton filem2 beliau pun dah takde.So memang aku ketinggalan habis utk mengetahui perkembangan beliau. Bila bukak kamus favret Wikipedia, hambik kau, melambak2 filem2 beliau termasuk empat filem asing yg dia berlakon, termasuk watak villain dalam Dhoom dan The Pink Panther2.

So sebelum abis, meh kita nikmati beberapa klip Aishu yg..seronok untuk ditonton..




LAGI..



DAN LAGI..


Monday, June 14, 2010

DIA:KIM BUM SOO


Salam;

Aku boleh bet, ramai tak berapa kenal dengan mamat Korea ni walaupun maybe a few readers mengenali beliau.

Di Korea, Kim Bum Soo sangat dikenali dengan note vocal RnB dan Balladnya. First time aku dengar lagu Kim adalah pada tahun 2008.Err kira baru jugaklah. Masa konon2 aku demam drama Korea dan sedang gigih menggoggle perihal drama siri cinta-tragik “What Happened In Bali”, lagu Kim digunakan antara yg digunakan dalam siri itu.

Oh suara dia..
Jangan cakaplah. So ballad!

Err ni kira bocor rahsia jugalah, kalau aku sedang asyik melayan mood jiwang, lagu Kim Bum Soo antara pilihan untuk didengar.

Walaupun tak faham sepatah haram, aku buat2 faham sudah!hahaha

Hey..the best part is, music video Kim Bum Soo juga kelihatan macam drama. Pulak tu jalan cerita memang sedih tak hingat arr.

Kreatif kan?

Takdelah sekdar jalan2 menyanyi je.

So, apalagi, jum tengok MV mamat nih!




Lagi..



Dan Lagi..



Yg ni plak theme song utk siri Stairway To Heaven



Dan lagi dan lagi



Tak cukup??YouTube sendiri. Ini cadangan saja;);)

FaizalSulaiman:--)Kreatif betul Korean ni kan?

FARCIR EP 30, I Guess This Is Goodbye BAHAGIAN DUA akan disiarkan jam 2:06 ptg ini. Selamat membaca!

Sunday, June 28, 2009

SESUATU TENTANG KABIR

Finally I'm back. Sonok seh gi jalan2 cari pasal kat Perak tempohari. Tapi mood aku nak menulis tentang review perjalanan ke Kamunting-Batu Kurau itu masih belum ada lagi. Feel blom sampai dowh!. Letih gila!. Kali ni entry pembukaan setelah agak lama senyap (ceh, padahal 5 hari jerr) aku nak bercerita sikit pasal feveret director aku-Kabir Bhatia.

Aku bukan nak kata director lain tak bagus, tapi minat aku ngan hasil keje Kabir mang tak bleh nak dinafikan lagi. Kabir opened my eyes through his work in famous Idaman 2 than soap drama entitled Jodoh. Tapi sayangnya kebanyakan hasil kerja Kabir banyak disiarkan di channel Singapore melalui saluran Prime 12 (sekarang Suria). Kabir juga menghasilkan sebuah telemovie dua bahagian, gabungan Malaysia-Singapura yang berjudul Primadona sekitar tahun 2000.

Seyesh...sampai skunk aku masih tercari-cari telemovie drama-misteri itu. Siapa yg ada yekkk?.

Kabir terus cemerlang dengan penghasilan drama seram melalui slot Incredible Tales yang disiarkan di Channel 5, Singapore. Seyesh, aku menantikan citer Kabir berbanding director lain pada rancangan itu. (Incredible Tales-I.T adalah koleksi himpunan cerita seram around Asia yg diacarakan oleh VJ, Utt).

Dalam banyak2 koleksi tu, citer Kabir la yang paling seram!.

Kabir terus mengorak langkah menghasilkan karya2 cambest. Buktinya telemovie Lebih Bisa Dari Jelatang, yang dihasilkan sekitar tahun 2002 berjaya merangkul Best Telemovie utk Anugerah Skrin pada tahun yg sama. Lepas tu je, Kabir menghasilkan filem box-office Cinta dan terus menghasilkan Sepi.

Dalam pada tu, Kabir memberanikan diri menghasilkan citer horror Kekasihku Seru utk slot Seram TV3!. Tapi sebelom tuh, beliau mengadaptasi telenovela Mi Gorda Bella kepada Manjalara. Sapa leh lupa kedajalan Sahara dalam citer nih?. Jahat siot pompuan tuh!. Perghhh!!!. Gua salute lu a Kabir!!!. Tahun yg sama, Kabir menghasilkan slot 30 minit Samarinda- Kasih Suci. Ni pun style drama-misteri jugak.

Berbalik pada Kekasihku Seru plak, citer ni mang seram tahap gaban laa!. Seyesh citer tu mang leh blah compared ngan Saka, Puaka Niang Merepek eh..eh.. Rapik, ngan Keliwon.(tapi Keliwon ok gak la walaupun sepanjang slot citer tu aku banyak gelak dari rasa takut).

Aku siap download utk memastikan Kekasihku Seru ada dalam koleksi peribadi aku!.

Tahun ni Kabir menghasilkan filem Stamp dan mengorak langkah menghasilkan drama ala2 Islamik yang berjudul Nur Kasih. Seyesh..magic Kabir tak hilang lagi. Malah makin bertambah best!. Malah dalam citer tu, Jalalaudin Hassan yg biasanya kerap memegang watak orang kaya tak hengat dosa atau lelaki gatal-banyak skandel, pertama kalinya berubah menjadi Pak Imam yg sangat mengesankan (yg biasa watak tu selalu diberi kpd another of my fav actor M Rajoli)

Kenapa ekk aku suka cerita Kabir Bhatia?
1) Citer, Plot, Skrip n Screenwriter yang sangat tepat, unik dan mudah difahami.
2)Syot sinematografi yang sangat cantik gilababas. Selalu Kabir akan guna khidmat cinematographer, Mat Nor Kassim utk setiap arahannya. Tapi utk Nur Kasih, Kabir menggunakan khidmat org lain. Tapi, still terbaik bhai!!!
3)Music Score drama2 dan filem Kabir sangat original. Ketelitian ni la yg aku sangat suka!
4)Kabir sangat memahami budaya Melayu walaupun dia bukan orang Melayu. Maybe collaboration dengan isterinya, Mira Mustaffa menjadikan karya Kabir sangat natural.

Buat Kabir Bhatia, teruskan menghasilkan karya2 best utk tatapan pemiat2 kamu. agagaga(yg mcm aku)ehehehe...(amek la aku blakon citer kamu Kabir!.hahahahaha)---)tak malu seh muka aku!.hahahahaha

Indera:--)Tatau nak cakap apa coz aku suka gila ngan hasil kerja Kabir.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED