Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Wednesday, April 29, 2020

Disebalik Siapa dan Projek Kad Raya 2020



Entry ni panjang sikit. So sorry kalau aku banyak membebel.

Ketika entry ini ditulis, aku sudah memasuki angka 35 tahun semalam (April 28th) dan dah masuk hari ke 6 berpuasa . Fun fact, aku pernah berangan bagaimana hidup aku pada usia 35 tahun semasa di bangku sekolah, tak silap darjah 4-5 macam tu. I have a stable career (checked), ada kereta (checked), dah kahwin (checked—bless with my beautiful wife). To add some fun, aku pernah jugak berangan nak mati diumur 75 tahun. Ha ha ha.


So apa perkembangan korang sepanjang PKP ni?  Tak sangka kan? 2020 yang kita harapkan ada kereta terbang rupanya deadly virus yang datang menyerang. People loose jobs. Keluarga terpisah. People showing their true colors. Rutin harian jugak berpusing 360 darjah, tanpa sebarang amaran. Yup, COVID 19 memang sangat menakutkan. Virus tak ternampak dek mata tu, semakin memakan korban dan menjejaskan ekonomi dunia.  Socmed jadi medan execution di mana  netizen untuk judge, bully dan menyebar kebencian. Twitter yang dulunya boleh jadi tempat menciap banyak kali sehari, sudah jadi lapangan untuk dihakimi dan menghakimi. Yang muda makin menjadi. Yang tua pulak suka menambah api, terasa besar dan sudah hilang sikap manusiawi.


 


Jadi PKP yang dah masuk 40 days –or more, aku pun dah lost count. Aku ambil keputusan untuk turut serta pertandingan filem pendek Kuman Pictures Challenge. Hadiah RM1k. Banyak kan? So cubalah nasib dengan membikin filpen (filem pendek) hitam putih dengan Alfred Hitchcock sebagai inspirasi. Semuanya buat sendiri. Dari writing, pre production, cinematographer, sound engineer hinggalah kepada editing. Aku suka kerja-kerja tu, tbh. Dan kalau buat sendiri ni, kita lebih faham kenapa orang seni sangat pantang dengan isu hakcipta. Sebagai penulis jugak, aku pun terkesan kalau hasil penat lelah kita tu di copy tanpa pengetahuan. Dulu-dulu zaman belajar UiTM circa 2007-2009, aku rajin jugak buat filpen untuk presentation. Nak dapat markah lebih la katakan haha. Ada waktu tu aku shoot sampai 2 minggu back to back untuk video 2 minit sahaja. Penat memang penat tapi dah minat kan?

So filem pendek "Siapa?" sudah aku muat naik ke channel aku...




...yang dah lama ada tapi tak pernah guna. I’ve got 300++ views dengan 9 likes. Tu pun aku kira banyak dah. So terima kasihla kepada yang sudi tonton. Aku hargai sangat sokongan korang. 




Which may lead to my second thought lepas video tu ada view. Aku macam nak venture into vloging pulak. Tapi  bukan aku la yang bercakap cuma upload video masak-masak sekadar nak share ilmu. Aku dengar pendapatan dari youtube pun macam okay. Ha ha ha. Kuat berangan aku ni.



Berbalik kepada Kuman Pictures Challenge tu, overwhelmingly, senarai filpen yang turut serta dalam kontes itu bertambah hari demi hari. Dan sebagai peminat filem, aku suka melihat situasi itu. Dalam PKP ni pun masyarakat kita kreatif! Korang boleh ke channel YOUTUBE KUMAN PICTURES untuk lihat senarai penyertaan.



So macam tahun sudah2 masa aku aktif blogging, aku selalu gak hantar kad raya kepada followers blog. Kad raya e digital la hehehe. Seronok sangat masa tu. So aku pun terfikir, like apa kata aku start balik tradisi tu dengan hantar kad fizikal pulak untuk musim PKP ni.  Kita tau yang kita semua akan menyambut Raya sendirian, tak bersama keluarga dan jauh di rantauan (aku la tu). So to cheer you up, aku nak hantar korang kad raya untuk Aidilfitri 2020.



So kalau nak kad raya ni, boleh isi google form okeh! Aku akan start pos kad on 6-8 Mei 2020. Till then, jumpa lagi. Toodles!

Thursday, May 09, 2019

2019 Dan Sudah Ramadan Rupanya!

Pertamanya, aku dah semakin jarang nak update blog. Sama ada aku malas atau aku lebih suka gunakan platform microblog macam twitter. Pantas.


Cakap pasal Twitter, applikasi ni dah tak macam dulu. I'm talking about 10 years dulu masa tak semua orang ada twitter dan akses app ni terhad where kau kena guna web atau phone web which will consume you a lot of internet data.

Dulu-dulu, bila kau up status merepek kat twitter, nobody cares. Sekarang kau kena sedia dengan kecaman dan kalau tak bernasib baik, a series of twitter thread for you to go.

People are becoming more judgmental at this point and surprisingly takdak sapa akan tegur sebab dah jadi semacam satu culture dalam society kita. Barah yang menjelikkan sebenarnya.

OK enough with the bebelan.

Sebenarnya azam aku awal tahun haritu nak update paling koman satu entry setiap satu bulan. Tak susah pun. Aku hanya perlukan disiplin dan the rest, lets mind and words do the magic. Tapi saying, hasrat tu tak menjadi kenyataan.

I'm getting super busy in life as human, husband, worker etc.

Dan sekarang dah pun bulan puasa. 6 years berpuasa di bumi borneo. Aku tak pernah menyesal. I'm get used to it malah waktu lebih cepat berbanding berpuasa di semenanjung (well obviously la). 6 years tak memberi perubahan besar untuk aku except aku lebih focus dalam hidup, makin gemok, cepat letih kalau travelling lompat sana sini (I'm old!), jarang nak bercakap benda tak penting dan lebih kerap habiskan masa kat rumah kalau takde urusan kat luar dan jarang up gambar-gambar kat Instgram ha ha ha.

Begitulah dah  hampir masuk pertengahan 30 an.

Oh ya. Sekarang tengah proses menulis buku baru. Pola menulis pun tak selaju dulu. Again aku kena warm up banyak-banyak.

PS: Avengers Endgame makes me blew away! Sumpah nak buat 2nd,3rd,4th viewings!

Gambar Random Ambil Dari Phone: Lokasi Taman Negara Bako, Trip tahun 2015. Bij...lamanyaaa

Monday, July 03, 2017

Ada Apa Dengan #RAHSIA?



Impian untuk hasilkan karya seram akhirnya tercapai. 


Kisah Rahsia mistik satu keluarga. 
Siapa yang tergoda untuk membalas dendam? 
Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?


Novel ke empat bersama Fixi kali ini berjudul RAHSIA selepas SUMBAT, CERPEN FAIZAL SULAIMAN dan BONGKAR. 



Sekitar pelancaran RAHSIA di Kedai FIXI, Sunway Velocity Mall


RAHSIA ditulis kira-kira setahun yang lalu dan merupakan novel paling singkat yang aku tulis iaitu selama kira-kira 9 bulan. Secara jujurnya aku agak skeptikal dalam menulis cerita hantu, specifically dalam genre seram / horror. Sebagai penulis, aku suka meletakkan diri dalam situasi yang aku tulis dan aku bukanlah seorang method writer yang perlu ‘into the story and characters’ bila menulis satu-satu karya. Jadinya, ketika menulis RAHSIA aku tidaklah bertapa di tepi kubur, mencuci keris dengan limau nipis dan membakar dupa hanya kerana mahu mengambil ‘roh penulisan seram’ tetapi aku membanyakkan diri dalam membaca pengalaman-pengalaman seram dan membaca karya seram tulisan Tamar Jalis sebagai rujukan.


Sekitar pelancaran RAHSIA bersama Nadia Khan yang juga melancarkan GANTUNG 2


Bersama Big Boss, Amir Muhammad. 
Entah apa aku jawab masa ni.



Terima Kasih buat yang hadir. 
Minta maaf tak sempat junpa semua sebab cecepat nak ke epot :)




Dan baru aku sedar, emosi menakutkan orang melalui pembacaan adalah SANGAT SUKAR! Lebih sukar berbanding menulis cerita cinta! Ini kerana tahap / meter keseraman setiap pembaca adalah berbeza dan kepelbagaian ini menghasilkan reaksi yang cukup berbeza.
               

Jadi aku perlu mengucapkan terima kasih kepada rakanku, ‘Arif’ kerana berkongsi kisah sebenar disebalik RAHSIA. Ya. RAHSIA ditulis dan 70% daripadanya adalah didasarkan dari kejadian sebenar keluarga beliau. The moment dia bercerita tentang backstory of his family’s secrets, aku dah rasa terpanggil untuk menulis ceritanya. Aku anggap ceritanya sangat indah.
                 

Terima kasih jugak pada big boss Amir Muhammad sebab memberi peluang dan ruang untukku menulis RAHSIA. Editor dan penulis yang aku kagumi Shaz Johar, terima kasih banyak-banyak sebab beri tunjuk ajar sepajang menyunting RAHSIA dan juga Hani Amira Suraya. Terima kasih juga kepada beta-readers Nadia Khan, Arif Adly dan Gina Yap. Berbaloi hantar kepada korang untuk diberikan komen. And to the love one, I love you soooo much!
               

Jutaan terima kasih juga kepada Julie Anne, Zara Syed dan Nadia Jalal. Sokongan korang takkan pernah aku lupa and to the one and only menjadi yang pertama membaca RAHSIA dan menyunting hampir 50% point of view karya ini, aku doakan kau tenang di sana. Sepatutnya majlis pelancangan semalam (2/7/2017), kau ada bersama-sama dengan kami dan kita lancarkan buku baru kita sama-sama. Tetapi Allah lebih sayangkan kau.


Al Fatihah Syaihan Syafiq.



RAHSIA sudah boleh didapatkan di kedai buku MPH, Kedai Fixi dan online FIXI. 
Ayuh! Sama-sama kita menakutkan diri :)

Tuesday, March 04, 2014

Semangat Mac!

Just quick post untuk Mac.

1. Semangat nak berblogging dah makin menyusut. Aku tak tahu puncanya apa. Nak kata busy sangat tu tidaklah. Sebab dulu--dulu pun busy. Tapi sempat je siapkan paling tidak satu hari satu entry. Gilabab gigih. Aku dah tak minat blogging ke?

2. Gadget phone yang banyak ke arah micro-ing thingy like microblogger Twitter atau micropics Instagram. Sikit sebanyak sangat mempengaruhi.

3. Dah jarang tengok keliling, maka tak banyak isu yang nak ditulis? Mungkin!

4. Mau backpack seluruh Sarawak. Sementara masih duduk sini, kan?

5. Hidup ni singkat. Nak bermusuh buatpa? Live life to the fullest.

6. Sejak duduk Sarawak, keterbatasan nak tonton filem baru di panggung sangat ketara. Maklumlah tempat tinggal sekarang memang tak ada kemudahan tu. Harapnya Sejoli masih ditanyangkan.

7. Dah masuk Mac?! What the! Bulan depan dah masuk 29 tahun. Luckly  ayah dan mak tak pernah menyibuk soal anak dia nak kahwin bila. Mekasihlah mak, ayah! ha ha ha

8. Cuaca makin tak stabil. Kejap sejuk gila. Kejap panas nak kemarau. Kejap jerebu. Pips semua, sila jaga kesihatan. 


ps: It's March already. Nearly a year. Thanks to YOU who makes my journey complete with fun and adventure. <3 i="">

Tuesday, November 12, 2013

Welcome November!



Apa kabar semua?

2013 dah makin hampir ke penghujung. Sedar tak sedar kan?

Blog aku pulak makin sepi. Baru rasanya haritu kemain beriya-iya nak update bagai.

Sometimes I wonder macam mana aku dapat idea untuk update hari-hari macam dulu-dulu?
Mungkin time tu aku seorang observer. Sekarang mungkin tak lagi.  (kot)

Beberapa perkara aku himpunkan dalam satu entry kali ni:

1. Budak muda remaja buat video yang akhirnya dibuat parody lalu tersebar di internet. Zaman sekarang kan. Tapi terlalu banyak parody pun buat kita tak tau nak menyampah kat video asal atau video acah parody tu.

2. Bila tengok status FB sendiri beberapa tahun dulu, especially masa zaman belajar degree 3 tahun lalu, rasa nak teketawa pun ada.

"Fliping thru my Law notes and get ready to crackin my head. Mornin fella!"

Bapak poyo status!

2. Perubahan terbesar dalam kerjaya diri sendiri. Harap mendapat Disember yang manis!

3. Terima kasih buat yang membeli Antologi Fobia. Tunggu hadiah istimewa sekali lagi, Disember ini. #Ahem!

4. Harap plan ke Langkawi tahun depan menjadi. I am really looking forward for that. Last trip was my hectic and enjoy at Sabah. It was 2 years ago.

Lastly, Havva cup of tea!


Teh ni tersimpan dalam peknya lama dah. Hadiah seorang kawan ketika pulang ke tanah halaman, Indonesia.

Monday, September 10, 2012

Memori: Rap Too-Phat, Kenangan Belajar Bahasa Inggeris & Kegemilangan BoyBand

Pasti dari kau orang semua kenal dengan kumpulan rap duo Too-Phat.

Kalau tak kenal, maka tak lejen!

Too-Phat yang asalnya dianggotari Malique dan Joe Flizzow ini membawa gelombang baru dalam dunia seni suara Malaysia. Rap Duo ini meletup dengan album kolaborasi mereka dengan artis-artis top!

Aku mengikuti scene Too-Phat ini melalui along yang gemar membeli kaset ska termasuklah album Platinum Edition duo ini, tak silap around 2000. Ramai artis berkolaborasi dengan mereka termasuk lagu catchy bersama Camelia dan Sharifah Aini (kini Dato'). Masa tu aku form 3. Kebetulan masa itu aku sedang gigih cuba kuasai Bahasa Inggeris dengan baik. Maklumlah, aku sekolah kampung. Penggunaan B.I dikalangan kawan-kawan pula sangat limited. Maka, kita belajar sendirilah =)

Rupanya belajar melalui lagu lebih seronok!

Namakan saja BoyBand yang muncul bak cendawan masa tu. InsyaAllah aku ingat. Westlife, Backstreet Boy, Nsync, O-Town, Blue, A1, hat siapa yang nyanyi lagu "Last Flight Out" tu? Sumpah tak ingat!

Mungkin sebab mereka ni kiut (kot) maka jadi tarikan seantero Asia. Aku? Pernah tahu battle Britney Spears dan Christina Aguilera? I vote for Christina sebab bila dia nyanyi live, suara dia mantap tak macam Britney yang lain sikit. Masa tu Britney agak liar. Budak-budak baru nak naik katanya! hahaha.

Tapi lagu yang betul2 beri kesan kat aku adalah duet bekas suami isteri ini. Siap tampal kat meja belajar.

Kau mampu?


***

Promo Cerpen Khas "Sepatu Kaca"

Diambil dari dongeng Cinderella, mengisahkan Fariq Zakri yang tinggal berdua dengan datuknya, Al Bana yang mewariskan sebelah sepatu kaca peninggalan keturunan mereka. Al Bana meminta Fariq mencari 'pasangan' kepada sepatu kaca yang hilang kerana dia percaya bahawa pemilik sepatu yang hilang itulah jodoh cucunya. Pencarian itu menemukannya dengan Cik Melati, pensyarah arkeologi yang licik dan power hunger yang juga mencari pasangan sepatu kaca yang sama, untuk dijual dengan harga yang tinggi. Dia sanggup menipu anak saudaranya Amira Hani, pemilik asal sebelah lagi sepatu kaca, pada malam tari menari sebelum berniat untuk membunuhnya dengan epal beracun.


Sepatu Kaca akan disiarkan pada Khamis jam 0630 pagi :)

Monday, January 16, 2012

Memori: 3315


Merujuk pada handphone Nokia 3315 yang dimiliki sekitar tahun 2004, lepas saja habis sekolah.

Well, aku mungkin tak macam remaja sekarang yang walaupun masih menuntut disekolah, sudah pakai handphone pelbagai jenis.

Ini handphone pertama aku. Dibeli sekitar RM 450!

Meh godam ciri-ciri handphone ni semasa berada di bawah ‘seliaan’ aku;

a) Handphone ni besar godang kalau dimasukkan ke dalam poket seluar. Kalau suar ditiup angin, nampak alur timbul pat segi telefon neh

b) Berat. Baterinya yang membuatkan handphone ni berat

c) Vibrator yang sangat mengejutkan. Bruup bruup nya boleh buat bangun tidur. Aku pernah melihat vibrator 3315 ni disalah guna. Hampeh punya budak itu. Lempias nafsu dengan vibrator 3315? Boleh? Haha

d) Banyak kali jatuh dan magisnya, tak pernah berkecai. Paling tak key pad tersembul je

e) Skrin banyak kali scratch dengan gugusan kunci dalam poket yang kecik

f) Benci membawa phone ni ketika kawad kaki, kokurikulum.

g) Ringtone monophonic dengan lampu lip lap, satu kaler, iaitu biru

h) Simkad pertama menggunakan nombor 012 dan 3315 inilah juga menghubungkan dengan cinta pertama. Ewah!

i) 3315 aku kerap kali mengalami masalah bateri mampus ditengah perbualan. Tiap kali ada perbualan penting, ye ye aku pergi cucuk charger untuk memastikan perbualan lancar.

j) Pernah chat dengan member sebelah katil (dengan aplikasi chat) sebab malas bual. Gila bazir kredit!

k) Forward mesej panjang-panjang atau mesej-mesej simbol-simbol menarik menjelang exam, hari raya mahupun birthday

l) Miscall dua saat (elak tolak kredit), khianat kawan sekelas especially budak pompuan. LOL

Handphone? Tak ada tapi perlu. Ia seolah satu kemestian kerana keperluan zaman sekarang. Dah jarang orang pakai telefon rumah sebab rasanya semua mampu pakai telefon tangan. Nak-nak dengan kad prabayar yang sangat berpatutan sekarang.

Dulu jangan harap nak beli kad top up sampai lima ringgit. Paling cikai sepuluh. Kaya sikit tiga puluh, dengan kad keras yang boleh cucuk pintu bilik jika terkunci atau terlupa bawak kunci

Tuesday, June 07, 2011

Kaset


Sebelum wujudnya CD, aku terlebih dahulu diperkenalkan dengan kaset. Pita plastic dengan tape hitam di dalamnya yang paling koman boleh memuatkan sebanyak sepuluh track. Kegilaan ini dipengaruhi oleh ayahanda tercinta disebabkan minat beliau mendengar band kegemaran Iklim. Aku pernah tanya ayah, kenapa minat benar dia dengan band tu. Dia jawab suara Saleem serak. Rock!

Itu belum dengar lagu ‘Duhai dara kau manis jelita’.hahaha

Ayah have quite collectors. Aku dan along selalunya akan menjadi tukang penjahanam barang ayah and once we get caught ayah akan baiki without bising-bising. Dia tahu hero-heronya ganas. Hahahaha

Selalunya, aku dan along akan tarik a black tape dari dalam kaset tu laju-laju sebelum kami pusingnya semula masuk ke dalam. The problem is, bila pita hitam dah terlalu panjang, for sure akan terbelit dan menyukarkan keadaan untuk memasukkan semula ke dalamnya. Bila dah takut, bad things happen dan as a result, pita hitam putus!

Bising ayah mungkin akan kedengaran seperti ‘jangan usik barang ayah, kalau tak kau orang berdua duduk di luar maghrib nanti sebagai hukuman’. Selepas itu ayah akan baiki pita terputus tu dengan melekatkan dengan pita pelekat.

Hasilnya lagu kegemaran ayah akan kedengaran ‘Duhai dara sretttt jelita sretttt

Takut-takut aku dan along pun, the next time pasti kami akan buat lagi.

PS1: Selepas SPM kegilaan mengumpul kaset menggila seperti kaset Blue, O Town, Siti Nurhaliza, Aku dan Kenangan Vol 1, Hits Terbaik Indonesia, Soundtrack Ada Apa Dengan Cinta dan kerana meminati Maya Karin, aku berjaya mendapatkan album keduanya ‘Bukan Qalamanya’ di Summit Bukit Mertajam. hehehehe

PS2: Kaset dah tak dengar dah sekarang memandangkan semua lagu boleh diperolehi mudah di internet. Korang ada kumpul kaset tak?

Sunday, May 15, 2011

Sunday Memory Lane: Susu Itu


Blogspot baru-baru ni gelong.
Banyak sangat kot orang update entry. hehehehe

Dulu aku begitu jaki dengan susu. Nak sebut perkataan milk masa tadika pun rasa nak termuntah.

Yes, aku mengaku, tekak tak berapa nak rasi dengan bau susu yang agak memualkan dan rasanya yang berlemak itu. Setiap kali arwah emak beri susu Nespray aku mulalah minum dengan kadar yang sedikit, malah tak habis pun. Kalau habis pun aku mulalah hendak muntah.

Tambah pelik bila tengok TV, ada saja iklan susu Nespray, mulalah aku terliur untuk minum segelas. Macam sedap sangat aje. Perkara sama turut mengingatkan aku dengan iklan Pati Ikan Poliney. Selamba badak model/penyanyi Fauziah Latiff teguk benda Allah tu macam tu saja. Bila aku rasa sikit, Ya Robbi pahitnamampus. Curious jugalah apa yang diletak dalam botol Poliney kak Pojiah! hahahaha

The one and only susu yang boleh aku minum cumalah susu pekat manis. Alah susu dalam tin yang selalu buat teh tarik time ngeteh di mamak. Aku rasakan, susu tulah yang paling best dalam dunia. Pekat. Manis. Shedaaappp

But when time pass by, aku belajar tentang nutrisi pemakanan dan kepentingan pengambilan susu dan hubungkaitnya dengan tulang temulang kita. Selepas itulah aku baru tersedar (around 14 years old) tentang kepentingan susu. Aku suka tak suka, aku perlu habiskan segelas.

Sebenarnya, ia juga penting buat wanita. Daripada pemahaman umum, gejala osteoporosis atau tulang rapuh dikalangan wanita dapat dikekang dengan mengambil susu di usia muda. You see, wanita berkahwin lagilah mempunyai risiko tinggi untuk mengalami gejala tulang rapuh sewaktu usia senja. Kenapa? Ini mengikut kata pensyarah Nutrition aku lah. Wanita berkahwin lebih terdedah kerana mengandungkan anak dan ini menyebabkan hampir 70 hingga 80 peratus bendalir tulang, dan juga bendalir badan (sebab itulah ada gejala Edema-bengkak kaki sewaktu hamil) diberikan kepada baby dalam kandungan.

When this come out from my lecturer, kawan-kawan aku especially girl kelihatan cuak memikirkan tentang soal perkahwinan. But she added later on.

“Pahala besar bagi seorang wanita bergelar ibu dan kemudian melahirkan anak”

Aku, tersenyum…

PS1: Gejala alergi pada susu dipanggail ‘Lactose Intolarance’
PS2: Entry susu ini berkait dengan penjagaan tulang kita
PS3: Dan tak sangka, dah melalut sampai wanita melahirkan anak.hoho
PS4: Bahagian pertama cerpen thriller ‘Lakon Layar Terakhir’ akan disirakan esok, jam 7 pagi. Selamat membaca! Dipecahkan kepada 2 bahagian..

Friday, April 22, 2011

Lalu Ku Pergi Membawa Diri Ini Ke Sana Menjauh


Berkecai hati terhempas tak bersambut
Sendiri ku pungut cebis derainya

Bersama raga dan hampa, melara

Ku hanyut terbiar dalam gelora

Ingin benar ku jadi milikmu
Hingga akhir masa kita, bersama

Namun mimpi dan hakikat berlaga..
Nurani ku jua jadi mangsanya..

Betul kan? Bila mimpi dan kenyataan bertembung, tidak sekata…perasaan jadi havoc tak teratur, tak tentu hala.

Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..hidup tak terasa nikmat

Lalu kemana kita pergi membawa diri,setelah kecewa?

Mencari teduh, di balik sinar gelap mentari, meminta pada Ilahi, tawakkal dengan tabah dan redha.

Buat mereka yang mengalami prarasa begini, bersabarlah. Allah sudah tentukan yang terbaik buat kita…

Hanya mampu berdiam, terima…

Baraqa Jumaat!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED