Showing posts with label Sebabak. Show all posts
Showing posts with label Sebabak. Show all posts

Monday, July 03, 2017

Ada Apa Dengan #RAHSIA?



Impian untuk hasilkan karya seram akhirnya tercapai. 


Kisah Rahsia mistik satu keluarga. 
Siapa yang tergoda untuk membalas dendam? 
Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?


Novel ke empat bersama Fixi kali ini berjudul RAHSIA selepas SUMBAT, CERPEN FAIZAL SULAIMAN dan BONGKAR. 



Sekitar pelancaran RAHSIA di Kedai FIXI, Sunway Velocity Mall


RAHSIA ditulis kira-kira setahun yang lalu dan merupakan novel paling singkat yang aku tulis iaitu selama kira-kira 9 bulan. Secara jujurnya aku agak skeptikal dalam menulis cerita hantu, specifically dalam genre seram / horror. Sebagai penulis, aku suka meletakkan diri dalam situasi yang aku tulis dan aku bukanlah seorang method writer yang perlu ‘into the story and characters’ bila menulis satu-satu karya. Jadinya, ketika menulis RAHSIA aku tidaklah bertapa di tepi kubur, mencuci keris dengan limau nipis dan membakar dupa hanya kerana mahu mengambil ‘roh penulisan seram’ tetapi aku membanyakkan diri dalam membaca pengalaman-pengalaman seram dan membaca karya seram tulisan Tamar Jalis sebagai rujukan.


Sekitar pelancaran RAHSIA bersama Nadia Khan yang juga melancarkan GANTUNG 2


Bersama Big Boss, Amir Muhammad. 
Entah apa aku jawab masa ni.



Terima Kasih buat yang hadir. 
Minta maaf tak sempat junpa semua sebab cecepat nak ke epot :)




Dan baru aku sedar, emosi menakutkan orang melalui pembacaan adalah SANGAT SUKAR! Lebih sukar berbanding menulis cerita cinta! Ini kerana tahap / meter keseraman setiap pembaca adalah berbeza dan kepelbagaian ini menghasilkan reaksi yang cukup berbeza.
               

Jadi aku perlu mengucapkan terima kasih kepada rakanku, ‘Arif’ kerana berkongsi kisah sebenar disebalik RAHSIA. Ya. RAHSIA ditulis dan 70% daripadanya adalah didasarkan dari kejadian sebenar keluarga beliau. The moment dia bercerita tentang backstory of his family’s secrets, aku dah rasa terpanggil untuk menulis ceritanya. Aku anggap ceritanya sangat indah.
                 

Terima kasih jugak pada big boss Amir Muhammad sebab memberi peluang dan ruang untukku menulis RAHSIA. Editor dan penulis yang aku kagumi Shaz Johar, terima kasih banyak-banyak sebab beri tunjuk ajar sepajang menyunting RAHSIA dan juga Hani Amira Suraya. Terima kasih juga kepada beta-readers Nadia Khan, Arif Adly dan Gina Yap. Berbaloi hantar kepada korang untuk diberikan komen. And to the love one, I love you soooo much!
               

Jutaan terima kasih juga kepada Julie Anne, Zara Syed dan Nadia Jalal. Sokongan korang takkan pernah aku lupa and to the one and only menjadi yang pertama membaca RAHSIA dan menyunting hampir 50% point of view karya ini, aku doakan kau tenang di sana. Sepatutnya majlis pelancangan semalam (2/7/2017), kau ada bersama-sama dengan kami dan kita lancarkan buku baru kita sama-sama. Tetapi Allah lebih sayangkan kau.


Al Fatihah Syaihan Syafiq.



RAHSIA sudah boleh didapatkan di kedai buku MPH, Kedai Fixi dan online FIXI. 
Ayuh! Sama-sama kita menakutkan diri :)

Monday, October 22, 2012

Sebabak: Dulu dan Akan Datang

Dua filem telah ditonton lama, sekarang masih menyimpannya sebagai khazanah berharga.

Ahli keluarga Tun Fatimah dibunuh angkara fitnah. Kerana mahu menebus maruah keluarga, dia korban satu satu makhkota dengan kahwin dengan Sultan. Dialah pahlawan wanita yang bangkit dari kesedihan dan menentang kejahatan.


 
 Siapa tak ingat filem ni, aku tak tahulah. Erma muncul sebagai special appearance. Dalam babak ni juga disebut tentang wawasan 2020. Well, kalau tak silap filem ni around 1995.Ya. Tahun 2020 semakin hampir. Tapi ada je manusia tak berubah bila mendapat satu-satu kestimewaan. Pokok pangkal tak reti bersyukur.


Satu lagi filem dari aktres kegemaran aku, walau aku tau ramai penonton installment pertama lebih menggemari Fazura melakonkannya. Well, dari yang aku tahu, jadual Fazura yang packs maka watak ini diambil oleh beliau. InsyaAllah beliau dapat lakukan yang terbaik :)

Walau aku lebih menunggu psaiko Jwanita berbanding gadis berambut pendek ini.

Monday, October 15, 2012

Sebabak: Imejan

Imejan-imejan ini ditangkap sewaktu aku menontonnya lalu di kongsi sama di muka buku.
#SayangSalmah

Penampilan pertama Norish Karman di industri filem Malaysia hingga beliau dinobat Bintang Harapan Festival Filem Malaysia (aktress kedua menerima anugerah ini selepas Maizurah Hamzah menerusi "Jimi Asmara"). Sayang Salmah melekat dalam jiwa aku kerana ceritanya memikat dengan falsafah keluarga yang begitu tinggi. Aku masih ingat Sayang Salmah muncul di kala filem Malaysia dah mula explore genre komersil.

#Waris

Aktres Umie Aida sebagai Mas Suri dalam kesinambungan drama seram Kekasihku Seru. Aku sukakan watak ini dan sangat layak untuk Umie Aida. Sebagai Mas Suri, beliau sangat melindungi keluarganya dari diganggu Waris. Dia melawan Waris hingga akhir hayatnya. Umie Aida berjaya memberi peranan Mas Suri yang hidup walau hingga hujung nafasnya.


#Embun

Yay! Filem fevret. Temui link filem ini di YouTube maka aku sedut bagi kering untuk simpanan sendiri. hehehe. Apa lagi nak dikata tentang filem ini. Dulu ya. Masih terkenang kontroversinya. Sekarang, aku masih menontonnya dengan penuh nilai yang tinggi.


 

#TelapakKakiBonda

Kabir Bhatia dan keajaibannya sentiasa memukau. Kisah ini banyak pengajaran. Yang muda beralahlah kalau ada buat silap dengan mak bapak. Mak bapa pula janganlah peram kemarahan tu lama-lama sampai terlalu ego nak maafkan anak-anak. This story gives me something and towards the end, aku rasa macam habuk masuk kat mata pulak. hehehehe.

#SnowWhite&TheHuntsman

Terus lajukan kat part Queen Ravenna sebab filem ni tersalah judulnya. Kakak Steward patut kena dapat lebih belasah lagi dari Charlize Theron yang meletup kebabom itu. hahaha

#RinggitKassorga

Hidup mewah, skandal kelas atasan. Antara masterpiece Shumi Baba. Siapa boleh lupa dialog "Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka"



Thursday, July 05, 2012

Sebabak: Bila Skandal Boleh Dihidu (Notes on a Scandal)

Filem: Notes on a Scandal
Director: Robert Eyre
Origin: United Kingdom

Filem Psychological Drama ini ditayangkan sekitar tahun 2006. Mengisahkan tentang seorang cikgu, Sheba Hart (Cate Blanchett) yang agak tertekan dengan family dan anak yang ada penyakit, mempunyai sinar baru bila seorang pelajar sekolah muda suka kat dia. Terperangkap dengan skandal, dia meluahkan rasa takutnya pada rakan sejawat, seorang cikgu lonely Barbara Covett (Judi Dench) yang akhirnya menjadikan rahsia yang disimpan dalam diarinya memakan diri sendiri, dijadikan senjata untuk menjatuhkan Sheba Hart!

Ini adalah scenes yang aku ingin kongsikan pada kalian! Enjoy!

Kenapa kau buat orang tua??


Bila Dame Judi Dench kena lempang sedas sebab tulis skandal yang menyebabkan semua orang tahu


Barbara: "I gave you, exactly what you wanted!"


Sheba: "You put me in prison! I could get two years!!"


Barbara: "They'll fly by! I'll visit you every week! We so much life to live together!"


Sheba: "Sticky gold star and strand of my hair!"


Sheba: "Where did you get my hair?Did you pluck from the bath with special fucking tweezers!"


Sheba: "You bitter old virgin! No one told me you're fucking vampires!!"


Sheba: "You want to roll around the floor like lovers? You wanna to fuck me, Barbara?"


Here I am!!!!

***

Judi Dench dicalonkan Oscar menerusi Leading Actress tetapi tewas di tangan Helen Mirren (The Queen). Judi Dench pernah menang Oscar menerusi kategori Supporting Actress (Shakespeare in Love)

Cate Blanchett dicalonkan Oscar pada tahun yang sama menerusi Supporting Actress tetapi tewas di tangan Jennifer Hudson (Dreamgirls). Walaubagaimanapun, Cate pernah memenangi Oscar menerusi peranan sebagai Katherine Hepburn dalam filem The Aviator



Wednesday, May 30, 2012

Sebabak: Semuanya Tentang Primadona (La Vie En Rose)

Filem: La Vie En Rose
Pengarah: Oliver Dahan
Origin: French
Year: 2007

Edith Piaf semasa tua:Terkenang


Nyanyian pertama.Tersekat-sekat.Sakit dah datang


Crowd tak hirau pun.Bagi mereka Edith Piaf adalah yang terbaik


Rancak menghibur


Dah ada Tanda-tanda


Primadona hampir tumbang


Dibawa ke bilik belakang pentas


Semangat Primadona Tak Hilang


Memaksa






Kembali dengan Bermaruah


Wartawan bila dapat tahu macam ni, terus nak story!





Lagu ke dua muncul. Judulnya 'Padam'


Penonton terbuai dengan Edith Piaf kesayangan mereka


Primadona gugur jua di atas pentas!

***

Marion Cotillard memenangi Oscar menerusi karakter fragile Edith Piaf itu. Marion ni boleh tahan juga. Rupanya aku dah tonton filemnya sebelum ni (A Very Long Engagement) selain Inception, Public Enemies, Contaigent dan Nine.Terbaru si cantik ini akan membintangi filem Dark Knight Rises


Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED