Showing posts with label Ulasan Novel. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Novel. Show all posts

Monday, July 03, 2017

Ada Apa Dengan #RAHSIA?



Impian untuk hasilkan karya seram akhirnya tercapai. 


Kisah Rahsia mistik satu keluarga. 
Siapa yang tergoda untuk membalas dendam? 
Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?


Novel ke empat bersama Fixi kali ini berjudul RAHSIA selepas SUMBAT, CERPEN FAIZAL SULAIMAN dan BONGKAR. 



Sekitar pelancaran RAHSIA di Kedai FIXI, Sunway Velocity Mall


RAHSIA ditulis kira-kira setahun yang lalu dan merupakan novel paling singkat yang aku tulis iaitu selama kira-kira 9 bulan. Secara jujurnya aku agak skeptikal dalam menulis cerita hantu, specifically dalam genre seram / horror. Sebagai penulis, aku suka meletakkan diri dalam situasi yang aku tulis dan aku bukanlah seorang method writer yang perlu ‘into the story and characters’ bila menulis satu-satu karya. Jadinya, ketika menulis RAHSIA aku tidaklah bertapa di tepi kubur, mencuci keris dengan limau nipis dan membakar dupa hanya kerana mahu mengambil ‘roh penulisan seram’ tetapi aku membanyakkan diri dalam membaca pengalaman-pengalaman seram dan membaca karya seram tulisan Tamar Jalis sebagai rujukan.


Sekitar pelancaran RAHSIA bersama Nadia Khan yang juga melancarkan GANTUNG 2


Bersama Big Boss, Amir Muhammad. 
Entah apa aku jawab masa ni.



Terima Kasih buat yang hadir. 
Minta maaf tak sempat junpa semua sebab cecepat nak ke epot :)




Dan baru aku sedar, emosi menakutkan orang melalui pembacaan adalah SANGAT SUKAR! Lebih sukar berbanding menulis cerita cinta! Ini kerana tahap / meter keseraman setiap pembaca adalah berbeza dan kepelbagaian ini menghasilkan reaksi yang cukup berbeza.
               

Jadi aku perlu mengucapkan terima kasih kepada rakanku, ‘Arif’ kerana berkongsi kisah sebenar disebalik RAHSIA. Ya. RAHSIA ditulis dan 70% daripadanya adalah didasarkan dari kejadian sebenar keluarga beliau. The moment dia bercerita tentang backstory of his family’s secrets, aku dah rasa terpanggil untuk menulis ceritanya. Aku anggap ceritanya sangat indah.
                 

Terima kasih jugak pada big boss Amir Muhammad sebab memberi peluang dan ruang untukku menulis RAHSIA. Editor dan penulis yang aku kagumi Shaz Johar, terima kasih banyak-banyak sebab beri tunjuk ajar sepajang menyunting RAHSIA dan juga Hani Amira Suraya. Terima kasih juga kepada beta-readers Nadia Khan, Arif Adly dan Gina Yap. Berbaloi hantar kepada korang untuk diberikan komen. And to the love one, I love you soooo much!
               

Jutaan terima kasih juga kepada Julie Anne, Zara Syed dan Nadia Jalal. Sokongan korang takkan pernah aku lupa and to the one and only menjadi yang pertama membaca RAHSIA dan menyunting hampir 50% point of view karya ini, aku doakan kau tenang di sana. Sepatutnya majlis pelancangan semalam (2/7/2017), kau ada bersama-sama dengan kami dan kita lancarkan buku baru kita sama-sama. Tetapi Allah lebih sayangkan kau.


Al Fatihah Syaihan Syafiq.



RAHSIA sudah boleh didapatkan di kedai buku MPH, Kedai Fixi dan online FIXI. 
Ayuh! Sama-sama kita menakutkan diri :)

Wednesday, August 05, 2015

Sebagai Penulis... ( #BONGKAR)

Orang kata sebagai penulis ni kau kena berangan banyak.

Aku setuju separuhnya.

Bakinya untuk mendapatkan real life experience adalah dengan pergi ke tempat itu dan merasai sendiri suasananya.

Aku bukanlah penulis yang komited ketika menulis sesebuah manuskrip. Disiplin aku dalam garis masa menulis sesebuah novel selalu tersasar. Aku sedar aku dah tak macam 2,3 tahun dulu. Boleh duduk berjam-jam depan laptop dan boleh menulis berhelai-helai bab.

Sibuk dan kekangan masa adalah puncanya.

Selepas penghasilan dua buku sebelum ini, aku perlukan lebih masa untuk menulis. Aku taknak terburu-buru. Aku lebih selesa hasilkan buku selang beberapa tahun asalkan pembaca puas dan hasil kerja itu diingati. 

Pengalaman demi pengalaman menulis dan meminta pandangan mereka yang bijak pandai dalam penulisan buat aku belajar untuk menulis dengan lebih baik.  Aku perlu masa menulis karya baru supaya lebih  berkualiti.

Lalu aku kembali dengan BONGKAR. Untuk pengetahuan, idea menulis BONGKAR tercetus semasa lepak di kedai makan sambil tunggu pesanan mee bandung dan ABC di Kampung Melayu Majidee JB. Masa tengah tengok bulan terang di langit. He he he.

Idea itu sebenarnya telah tercetus 2 tahun lepas.

Terutamanya lepas aku obses gila dengan kisah banjir besar Nabi Nuh, Pentas Sunda dan Makhluk Popin bernama Al Hin.

Secara kasarnya BONGKAR mengisahkan tentang pembunuhan yang berlaku di Kota Tak Bernama, sebuah kota yang terbentuk 80 tahun selepas banjir besar dimana misteri dan dongeng Si Penghukum - makhluk bersayap dikaitkan dengan pembunuhan itu.


PS1: BONGKAR sudah dijual di web fixi dan kedai fixi. Moh le beli. 

PS2: Launching BONGKAR akan diadakan di MPH NU SENTRAL pada 29 Ogos 2015. Rasanya petang. Bolehlah kita beramas mesra kat situ. :D

Tuesday, December 03, 2013

Cerpen:Faizal Sulaiman. Jemput Beli!

Monday, November 05, 2012

Ulasan : Bola (Mari Kita Menggelecek!)

Dari Iqbal Abu Bakar

Alhamdulillah. Sudah peroleh lima salinan percuma dari Buku Fixi semasa pelancaran Bola di Silverfish Book di Jalan Telawi 3 di Bangsar. Well, termasuk aku, Zara Syed, Syaihan Syafiq dan terima kasih Nizam Archibald (sebab bagi tumpang kereta) telah melakukan sort of tawaf selamat datang di Bangsar itu. Hehe..dan Eh..terjumpa pula House of Doll milik aktess Fazura.


Antologi ini adalah tulisan kedua selepas Kopi sekitar Mac lalu. Well, aku siap beli sendiri sebab tak sabar nak baca yang lain-lain tu! Lima salinan percuma sudah di allocate untuk mereka-mereka yang banyak memberi sokongan dan dorongan for the past 3 years in my writing. It is very great also dapat jumpa few writers macam Kak Dayang, Shaz, Siz, Azmen, Nami, Ringo—selaku editor Bola dan abang Khairul Nizam Khairani selaku penulis novel terbaru Fixi, Gergasi. Hidup Johor! Tetibe :D

Dan hey, aku dapat free okeh hasil titik peluh jawab soalan dari big bos Amir Muhammad. Hehehe.

Meh ushar ulasan aku untuk buku kecil molek ini.

10 Langkah- Adib Zaini
Wanita juga ada keinginan seperti lelaki. Malah lebih baik daripada itu.

Rodong- Hasrul Rizwan
Bola dan percaturan hidup mati. Satu cerita yang lari dari luar kotak tentang Bola yang selama ini sinonim dengan sukan!

Liga Mandrem- Dayang Noor
Pesan Kak Dayang aku lewat otografnya: “Yulida kirim salam”. Well Kak Dayang. Memang saya obsess dengan Yulida. Haha.. Sebagai perempuan, dia seolah senjata pada laki-laki disekitarnya. Motif? Dia nak team dia menang.

Diari- Raja Faisal
Kasih tak berpenghujung bapa kepada anak. Bingkisan yang boleh mengundang sayu.

Sesaat ke Gawang-Faizal Sulaiman
Judul asal cerpen ini adalah “Gawang” (Besides lagu Kak Melah dan Sleeq femes ketika itu. Kah kah kah. Okeh gurau saja) dan aku memang sengaja tidak menamakan lelaki tua bernafsu binatang itu. Moga korang terhibur dan #eh nantikan Sumbat juga, ya :D

Bola Api- Arif Zulkifli
Ini kisah masa depan bila bola itu adalah objek yang diangkat tinggi bagi menentukan hidup mati dan maruah sesuatu kaum.

Satu Sama- Asyraf Bakti
Signifikan “bola” dan kesumat lama dua kawan, mengheret pada satu keputusan “seri” diantara mereka. Aku senyum bila membaca cerpen ini.

Menjadi Tuhan- Fikri Misti
Satu cubaan berani bila mengangkat figura hidup dalam cerpen ini. Tiada cacat cela. Cuma mungkin nak nampak ke-Malaysia-an dengan menggunakan loghat Utara.

Burger Bola Special- Hani Amira Suraya
Bila baca tajuk cerpen ni, terus aku bayangkan Burger Bakar Abang Burn. LULZ. Satu modal terbaik yang perlu digunakan untuk melamar #DearFutureWife kelak. He he he

Rusdi, Pemain Simpanan SK Parit Kering- Mim Jamil
Panjang judulnya. Tertawa bila membaca isi cerpennya. Rusdi si pemain simpanan tetapi cita-citanya tinggi menggunung supaya dimasukkan sebagai kesebelasan utama. Well, tak dapat lead pun, dia dah dapat sesuatu dari Siti Normah—ahli PBSM yang dia minat sangat. Seperti Rusdi,  aku juga sukakan Siti Normah. Klasik sangat nama dia.

Keychain Bola Berbaju Pink- Zulaikha Sizarifalina Ali
Kerana keychain hidup Zam tak menentu pada satu malam bila diushar dua lelaki. Lelaki jambu pula tu. Olahan yang baik tetapi agak pantas dihujung. Keseluruhannya, nice!

Aku Bookie Bolasepak- Nama Nami
Kisah seorang Bookie pengatur perlawanan yang licik dan menang bergaya di hujung cerita.

Jersi Bola 7- Shafaza Zara Syed Yusof
Kisah ini mudah. Antara pembunuh bersiri dan polis. Ia diselang seli dengan mangsa dan monolong si pembunuh. Diakhirnya, wow!

Koleksi tandatangan. Aumm

Oleh Bir dan Bola- Mohd Azmen
Konflik bekas pemain bola sepak dengan seribu satu alasan. Bila badan dah kembang, stamina dah lari semuanya sudah jadi kuca bara lalu kembali semula pada takuk yang lama.

Misi Bola Gila- Julie Anne
Sama seperti kisah Rusdi yang mengundang tawa, cerpen Julie juga sama dan diakhirnya ia mengundang sayu.

Bukan Sebab Bola- Nadia Khan
Kisah pembunuh upahan dengan kipas susah mati Man U.

Aku yang Kegersangan- Syaihan Syafiq
Cerpen dari POV pandangan pertama ini membuat aku banyak tersenyum walau sudah boleh diteka POV itu. Olahan yang berkesan.

Sepak Bola- Ridhwan Saidi
Watak dengan nama pemain bola tempatan femes dan misteri kematian yang berkait dengan Prof Mokhtar dan sebiji bola. Tetap awesome!

Bahlul vs Beautiful- Shaz Johar
John dan Sophie mengumpan dan mencari mangsa. Sapa bahlul, memang terkena!

Pada yang belum dapatkan, sila dapatkan segera DI SINI. Buku ni takkan di restock semula okeh!


Ambil dari blog Shaz Johar.

Friday, November 02, 2012

Ulasan: Ronggeng Dukuh Paruk (Semuanya Kerana Tempeh)



Pada mulanya, aku hanya berminat untuk tonton filemnya saja memandangkan ia dipilih sebagai official entry untuk dihantar Indonesia ke Anugerah Akademi 2013 dengan judul “Sang Penari”.

Tetapi apabila mengetahui filem ini adalah asalnya sebuah novel, maka dengan gigihnya aku mencari trilogy ini seperti dwilogi karya agung Habiburrahman El Shirazy yang masih dalam simpanan iaitu Ketika Cinta Bertasbih.

Lantas aku menemukan pautan e-book berbentuk PDF untuk novel ini dimulakan dengan Ronggeng Dukuh Paruk, Lintang Kemukus Dinihari dan Jantera Bianglala lalu melengkapi trilogy tulisan Ahmad Tohari yang mengambil setting kemelaratan Dukuh Paruk sekitar tahun 60 an.

Rasus dan Srintil. Dua figura berlainan gender tinggal di perdukuhan (perkampungan) Dukuh Paruk dimana anak kecilnya sering dibiar melarat, makan apa ada, kaki berdaki, hidup hanya bertani dan menganggap satu satunya yang membawa kebahagiaan dan kehidupan Dukuh Paruk hanyalah alunan musik mengiringi tarian seorang Ronggeng. Dukuh Paruk seakan mati kerana ketiadaan Ronggeng. Ronggeng terakhir dikatakan lenyap berbelas tahun setelah penduduk Dukuh Paruk menjadi mangsa tragedi tempeh bongkrek beracun.

Jujurnya aku sukakan pengolahan Ahmad Tohari dalam membentuk lingkungan Dukuh Paruk sebagai satu daerah mundur yang hanya boleh hidup dengan alunan calung, tembang dan liuk lentok Sang Ronggeng. Liuk lentuk Ronggeng itu hiburan mereka. Di Dukuh Paruk, masyarakatnya bebas. Meraka melayan Sang Ronggeng seumpama dewi. Si isteri di Dukuh Paruk misalnya tidak cemburu jika suami mereka berkehendakkan Ronggeng untuk ditiduri. Asalkan banyak wang dan mampu memenuhi syarat, si Ronggeng akan tidur dengan suami orang dan isteri pada suami itu akan memuji-muji sebagai perlambangan seorang jantan. Dukuh Paruk secara visual  pula sangat bercerita tentang alam yang indah.

Srintil sebagai Ronggeng. Dia gifted dengan anugerah itu lalu diasuh Nyai Kartrareja untuk menjadi Ronggeng sejati. Rasus sebagai teman sejak kecil cemburu dengan keadaan itu bilamana Srintil akhirnya menjadi kepunyaan seluruh Dukuh Paruk, tidak lagi untuk dirinya lebih-lebih sebagai teman. Rasus  yang tiada langsung memori dengan ibunya, mengandaikan ibunya secantik Srintil walaupun akhirnya ingatan itu hampir terhakis disebabkan perbandingan Dukuh Paruk dengan dunia luar. Rasus sebagai hero cuba menyelamatkan Srintil dan sekali sekala tidak berkenan dengan layanan lelaki Dukuh Paruk kepada wanita.

Aku melihat karakter Rasus sebagai penyelamat maruah wanita. Dia mahu melayan Srintil sebaiknya layak seorang wanita walaupun dia tahu dia tak setanding dengan Ronggeng. Rasus adalah wakil lelaki berotak yang tinggal di Dukuh Paruk waima yang lain masih berpegang pada kehidupan lama yang jauh terpesong dengan kehidupan orang bersembahyang dan masih berpegang kepada adat. Dia pernah membenci Dukuh Paruk kerana merenggut Srintil dari genggamannya. Dalam hati kecilnya dia sayangkan Srintil, tapi cinta itu tak terluahkan kerana dia hanya budak miskin berjualan singkong (lewat pasca melupakan Srintil dan ingatannya pada Malam Bukak Klambu) kerana Srintil adalah seorang Ronggeng.

Another must read books selain karya Laskar Pelangi, Gie ataupun karya Islamic Habiburahman El Shirazy. Lima bintang untuk Ahmad Tohari!

"Aku akan memberi kesempatan kepada pedukuhanku yang kecil itu kembali kepada keasliannya. Dengan menolak perkawinan yang ditawarkan Srintil, aku memberi sesuatu yang paling berharga bagi Dukuh Paruk: ronggeng!" --Rasus

Thursday, September 27, 2012

Promo: Antologi BOLA dan Sesaat Ke Gawang

 
 Cover ini cun!


 Ini dia promo Antologi Bola, Antologi  kedua aku yang dikeluarkan oleh FIXI selepas Kopi.

Judulnya Sesaat Ke Gawang.


 Ini dia page pertama "Sesaat Ke Gawang". Nikmatinya dengan penuh debar!


Jualan online bermula 1 Oktober ini dengan melayari web FIXI

Cepat dapatkan sebab ianya hanya dicetak 1,500 copies sama seperti Antologi Kopi. Jangan geget jari okeh! Tak silap launch Bola InsyaAllah November depan :)

Ini dia list 19 cerpen dari 19 penulis:-

10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar 


Monday, September 24, 2012

Ulasan: Cerpen (Kasih dan Sayang)

 

Judul: Cerpen
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: FIXI
Halaman: 263

Wah banyak membaca?

Ok la kan?
Kata nak merendahkan buku!

Kali ini aku nak ulas koleksi cerita pendek hasil karya Nadia Khan. Siapa tak kenal Nadia? Penulis best seller “Kelabu”. Satu yang aku gemar tentang penulisan Nadia adalah tentang penggunaan ayat yang simple dan mudah difahami. Bahasanya meresap dalam jiwa. Adakala menjentik naluri, malah kebanyakan quote yang ditulis Nadia memang layak dishare dalam twitter. Ahaks!

17 cerita pendek. 3 skrip lalu menjadikan Cerpen adalah bahan bacaan yang berbaloi. Tak mustahil Cerpen bakal diulang baca berkali-kali oleh pembaca. Secara dasar, Cerpen banyak menyentuh perihal kasih sayang, tetapi dipersembah dengan penuh gaya!

Mana Dia Pergi
Penyesalan tiada guna. Pesan pada aku sendiri, jika alami kekecewaan, luahkan dalam bentuk apa jua pun. Ia sangat membantu.

Puaka Pak Jaha
Dengar seperti cerita hantu. Bacalah. Kalian akan menemui kejutan!

Pinjam Masamu, Kak
Moraliti yang aku dapat dari cerita ini. Kejar cita-cita yang kau mahu. Bukan cita cita yang memenuhi kehendak orang sekeliling

Lara Di Hati
Judulnya agak ke-cerekama-aan (judul asal bukan seperti yang dinyatakan). Ini kisah adik beradik dan cita-cita. Adakala, dalam mengejar cita-cita, kita perlu lupakan cinta. Tetiba bila baca cerpen ni, aku teringat lagu ni

Cikgu Din
Aku seorang pendidik. Aku dapat sesuatu dari membaca cerpen ini!

Teleportasi
Cerita (yang boleh aku kategorikan sebagai sai fai) yang menyentuh erti cinta. Kesedihan itu terasa dipenghujung.

Janji Kak Long
Paling aku gemari. Ketika membaca, tangan aku menampung gigil (kaber line) untuk merasa sedih-terharu. Cerpen ini bagi aku masterpiece dari Nadia!

Nasi Putih Daging Cincang
Sekali lagi cerita tentang penyesalan. Benar. Sekali kau buat silap, adakala kau tak punyai peluang kedua untuk perbetulkan. Cerpen ini seperti menyatukan dua watak pada satu makanan yang jarang kita dengar. Like!

Epilog Damak
Mock up bagi kesinambungan kisah Damak-Pak Malau-Sri Mersing. Nadia berjaya menjadikan mock up ini sebagai believable!

Anak Dinihari
Tiap anak punyai keistimewaan. Tak mesti kerja doctor, lawyer atau peguam akan menjadikan anak (atau diri kita) terjamin hidup bahagia di dunia.

Cili (Skrip)
Kerana cili dan kaitannya dengan satu kehidupan marhen

Kopi Tiga Suku (Skrip)
Salah sorang pelajar aku sukakan skrip ini (aku juga). Falsafahnya kuat, malah disini juga aku jaw dropping tentang fakta penulis bernama Nadia Khan.

Budak Baru (Skrip)
Sinikal. Memang berlaku dan kisahnya berpusing macam roda.

PWTC
Kisah masa depan. Kisah tentang hati dan perasaan songsang dimana mungkinkah di masa depan, generasi akan datang menyalahkan generasi kini kerana hubungan yang tak sihat?

Kopi Kola
Ini usah cerita. Kisah dua darjat (bak kata Nadia semasa pelancaran Antologi Kopi di Annex, Mac lalu) yang diberi nafas segar.

Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
How a girl deal with her heart yang koyak rabak. Ini seolah ‘balasan’ atas hasil tulisan penulis Adib Zaini dalam Antologi Kopi- ‘Kopi, Donut dan Bayang Gadis Berambut Hijau’. Manusia semua pernah lalui perasaan koyak. Its just, how they deal with it. Betul tak? Hihi (Cakap pandai la kau, Faizal!)

Cinta Sekeping Tisu 
Kata Nadia, cerpen ni ditulis sejak sekian lama. Masa muda-mudi rasanya sebab bahasa yang digunakan sangat sempoi. Judulnya sudah kita tahu tentang cinta, jadi cintanya juga comel! Cinta di atas tisu.

Ada Apa dengan Kina
Kina dan mimpi. Mimpi adakala petanda sebuah reality

Nakahari
Satu lagi sai fai. Hujungnya aku berfikir, mungkinkah??

Amacam?
Terpengaruh tak nak beli?
Aku saja menulis rebiu ini awal. Aku nak kalian beli sendiri dan rasa sendiri hidangan ala carte Cerpen. Jujurnya, sepuluh bintang aku taburkan pada koleksi ini. Pembacaan dua hariku di atas bas, nyata bukan satu pembaziran!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED