Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

Bajirao Mastani, Raya dan Trip

Fuuuuuu.....

Lama gila aku tak update blog ni. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi selalu sibuk dengan kerja, masalah kehidupan (ha ha ha) atau manuskrip baru

Mostly aku busy dengan main micro blogging, Twitter. Lebih compact, I guest.

Update lepas, aku menulis review tentang filem saiko seram Jwanita. Worth to watch especially powerful performance by none other than Maya Karin.

UPDATE # 1

Pada 17 Disember lepas (hanat lamanyaaa aku recap) , aku berpeluang menonton karya magnum opus pengarah kegemaran, Sanjay Leela Bhansali berjudul Bajirao Mastani.

Malah, ketika kalian membaca update ini, mungkin sesetengahnya sudah menontonnya di Astro Bollyone HD CH 251 atau download di mana-mana. FYI, update ini bukan review filem tersebut. Untuk rekod, aku menonton Bajirao Mastani (BM) lebih dua kali di panggung, berpuluh kali versi download dan lebih tiga kali di Astro Bollyone HD.

Pinga from Bajirao Mastani


Call me obsess, crazy or whatever. Tetapi aku masih tertawan dengan ketelitian filem ini dan keindahan dialog serta well since its Bollywood, lagu dan tariannya masih menjadi igauan. 

Mungkin ini juga penangan sama ketika Sanjay Bhansali menayangkan Devdas kepada para pengkritik di Cannes, 14 tahun dahulu. Filem berbajet besar itu mendapat standing ovation pada penonton kerana sifat grandeur dan ketelitian setiap aspek yang dipersembahkan.

Namun secara bandingan, BM masih tidak boleh menandingi Devdas dari segi sifat-sifat kesempurnaan, ketelitian malahan filemnya yang avant garde. Tampilan trio Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan Aishwarya Rai lebih terkesan berbanding gandingan Ranveer Singh, Priyanka Chopra dan Deepika Padukone.

Aku mengharapkan filem grand Sanjay Bhansali seterusnya "Padmavati" memberikan aura lebih lagi dan mungkin setaraf Devdas. Premis "Padmavati" juga adalah filem epik. Mengisahkan Ratu Padmavati yang sudah berkahwin tetapi diintai oleh seorang Sultan berhati kejam, Alaudin Khilji kerana terpukau dengan kejelitaannya. Filem yang akan rilis Disember 2017 ini sekali lagi menggandingkan Ranveer Singh dan Deepika Padukone.

Aku mengharapkan Aishawarya Rai sebagai Rani Padmavati sebenarnya. Ha ha ha.

UPDATE #2


Gosh! It's Raya Again!

Tahun ini family kami memilih tema emerald green. Eh ramai juga yang memilih warna yang sama lewat pemantauan di media sosial. So, aku rasa emerald green ini mungkin warna pilihan pada tahun ni.

Since tahun ni last beraya sebagai bujang (ahem ahem), jadi aku sebenarnya teringin nak pakai baju rekaan Idranska. Dari tahun lepas senbenarnya dok usyar baju melayu rekaan Idranska ni. Alhamdulillah, tahun ini dapat sehelai. 

Tahun depan tak boleh dah. Puan Isteri dah tentukan color baju. Ha Ha Ha.

Selamat Hari Raya, guys! Maaf Zahir dan Batin.


UPDATE #3

Alhamdulillah, tahun ni dapat juga melangsaikan beberapa trip dengan beberapa orang rakan-rakan. Cuti kan? Mestilah seronok. Jadi pada awal tahun ni akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi.

Abang blom pernah pergi, dik! ha ha ha
Dataran Lang

Cable Car yang curam gila nakmateyy

Muzium 3D. Jakun kejap

Seronok juga kat Langkawi. Kereta pun tak banyak. Banyak juga tempat-tempat pelancongan di sana. Aku cuma sempat singgah Cable Car dan tarikan sekeliling situ, Tasik Dayang Bunting, berjalan sekitar pulau tengok-tengok orang. Sambil tengok sambil cari inspirasi, kan? 

Sekitar bulan 5 pula, dimurahkan rezeki ke Bali. One word I would say. Amazing!

Pura Taman Ayun. Cantik-cantik candi kat sini. Sempat aku beli blankon. Mahal hahaha


Tegallalang Rice Terrace. Lawa bak hang! Ni kalau musim menuai mesti menguning je!

Tegenungan Waterfall! I was about to cry to see how beautiful it is!

Bukit Cinta. Boleh reromen kat sini. Eh! ha ha ha

Aku tak ingat nama candi ni apa sebenarnya. Lokasi kat center town, Bali.

Uluwatu di waktu senja

Cak cak cak kecak!

Tanah Lot Temple. Cantiknya

Mencuba rakit sungai disepanjang Ayung River. Kopak duit aku tapi berbaloi siak!


Bali masih mengekalkan tradisi dan penduduknya sangat ramah sekali. Cuma jujur, agak sukar hendak mencai makanan halal di sana. Kena pandai pilih dan kawtim dengan pemandu pelancong. Duit kena sedia banyak sikit since Bali adalah pulau pelancongan dan belanjanya mungkin sedikit mahal. 


Tuesday, October 28, 2014

Picstory: #Tazzabar


"Bila sampai waktu, kita akan bersama"

Thursday, July 03, 2014

Ramadan Datang Lagi!

Masjid Bandaraya Kuching

Alhamdulillah.

Syukur. Dipertumukan lagi di bulan mulia ni. Tak banyak beza pun dengan aku.

Tahun lepas single, tahun ni pun single.
Memilih?
Taklah. Belum ada rezeki. InsyaAllah.

Jodoh kat tangan Tuhan.
Apa beza dengan mati kan?
Mana boleh tahu bila masanya. Betul tak?


Cheese gila isu kahwin. Mid life crisis? Ha ha ha. Demmit! Belum masanya.

Lately ni aku jadi lembab gila nak menulis. Adakah:
1. Aku sibuk gilababi sampai takde masa nak menulis?
2. Aku malas membaca jadi vocabulari aku dah takde?
3. Idea kat otak dah mula bercempera entah kemana?
4. Malas. Malas. Malas. Bermaharajalela.

Buktinya dalam blogging. Dulu kemain rajin update setiap hari.

Ya Allah. Camne aku leh dapat idea sebanyak itu?

So, kesimpulan aku pada 4 negativity ni adalah:
1. Kena menulis selalu. Tulislah apa saja. Ia menajamkan kembali otak
2. Bahagikan masa. Dulupun aku sibuk. Boleh je tulis?
3. Komitmen. Berdamping selalu dengan bahan penulisan
4. Berfikir sentiasa. (Demmit. Nampak sangat aku malas berfikir)

Dulu memang aku boleh paksa menulis. Sehari berbelas pages boleh siap----with the end result so tasteless---takpa asalkan siap. Di akhirnya, aku boleh edit supaya jadi bertambah sedap.

Tapi tak sekarang. You see, sekarang aku taip tak sampai beribu-riban macam dulu. 1K in one night tu kira pencapaian paling cemerlang untuk lelaki lewat 20-an seperti aku ni.

Sigh!

***

1. First time Ramadan di Sarawak. Berbuka awal. Imsak pun awal. Seronok!
2. Bila balik kampung, of course kau akan labur duit gaji dan simpanan sikit untuk famili. Tak salah pun. Itu tanggungjawab kita. 
3. I'm start to love this place. Jem takde.Tenang. Cuma tempat antara tempat tu memang jauh. 
4. Tiket balik semula ke Sarawak belum beli lagi. Kenapa? Duit makin menipis. Tunggulah rezeki mana-mana nanti. he he he
5. Buat health scanning. Ya Robbi. Itu naik. Ini naik. Tinggi aku je tak naik-naik. #hambar. Aku kena makan lebih berkhasiat nih!
6. Aku nak mula balik meniaga Shaklee balik. Lama dah tinggal. Sikit2 pun jadiklah. Carik duit tepi katanya. :D

Thursday, April 10, 2014

A While

Hai April! Tau tak bithday I bulan ni? ha ha ha


Macam dah lama sangat tak update.

Just for your information, blog ni masih hidup. Cuma jarang sangat dah update.

Mostly because of the time constrain and technical thing such like recent application just makes me ignore blogging for a while.

But don't worry. Seindah Dunia Kita akan terus hidup.


Especially when it comes to cool and fresh movies that I watched.

1. Captain America. Plotnya laju namun tersangkak pada perkembangan wataknya. Might be a sequel soon? Time will tell.

2. Nymphomaniac. Sebuah filem unik Lars Von Triers. Not totally about SEKS tapi juga tentang depresi seseorang dalam mengawal naluri terbesar lumrah manusia iaitu nafsu dan seks. Filem ni mudah fahan berbanding Melancholia. (Remarkable seks scene oleh Kristen Dunst di tengah padang bola. ha ha)

3. Someone that you can share all your moments with and keep supporting you in what forms you are. Thank you for having a wonderful year with me.

4. Sudah tonton Sejoli: Misi Cantas Cinta di Astro First. Santai, ringan dan cinta yang menggigit. Bront hebat seperti biasa dan Maya, imitasi pada seorang lelaki sangat menjadi. Sik sabar mau nunggu Jwanita!


The best pre birthday gift ever. Thanks all! Love yall!






Tuesday, March 04, 2014

Semangat Mac!

Just quick post untuk Mac.

1. Semangat nak berblogging dah makin menyusut. Aku tak tahu puncanya apa. Nak kata busy sangat tu tidaklah. Sebab dulu--dulu pun busy. Tapi sempat je siapkan paling tidak satu hari satu entry. Gilabab gigih. Aku dah tak minat blogging ke?

2. Gadget phone yang banyak ke arah micro-ing thingy like microblogger Twitter atau micropics Instagram. Sikit sebanyak sangat mempengaruhi.

3. Dah jarang tengok keliling, maka tak banyak isu yang nak ditulis? Mungkin!

4. Mau backpack seluruh Sarawak. Sementara masih duduk sini, kan?

5. Hidup ni singkat. Nak bermusuh buatpa? Live life to the fullest.

6. Sejak duduk Sarawak, keterbatasan nak tonton filem baru di panggung sangat ketara. Maklumlah tempat tinggal sekarang memang tak ada kemudahan tu. Harapnya Sejoli masih ditanyangkan.

7. Dah masuk Mac?! What the! Bulan depan dah masuk 29 tahun. Luckly  ayah dan mak tak pernah menyibuk soal anak dia nak kahwin bila. Mekasihlah mak, ayah! ha ha ha

8. Cuaca makin tak stabil. Kejap sejuk gila. Kejap panas nak kemarau. Kejap jerebu. Pips semua, sila jaga kesihatan. 


ps: It's March already. Nearly a year. Thanks to YOU who makes my journey complete with fun and adventure. <3 i="">

Thursday, September 29, 2011

Kisah Lama Tak Update


By far, inilah masa paling pailang lama tak update blog. Almost a week.

Kecah kan? Baru seminggu rasanya macam dah berbulan bulan

Macam biasalah.Sibuk. Paling sibuk adalah waktu menanda baki tutorial pelajar yang masih lagi menanti untuk dimasukkan markah di dalam sistem. Insya Allah, aku cuba selesaikan hari ini ! Semangat ni, semangat !

Sepanjang minggu lepas, aku sibuk dengan proposal dan planning trip ke Pulau Sibu Mersing. Kalau semester lepas di Gunung Lambak, Kluang, kali ni ke sana pula. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.

Meh ushar gambar!

Latihan Dalam Kumpulan:Pulau Idaman Saya


Pulau Sibu yang sangat tenang.Few experiences have been shared dan kehidupan mereka ini sangat tabah.


Cari Gula-Gula dalam pasir


Aktiviti sebelum snorkling.Senamrobik.


Ok!Pulau Kukus destinasi snorkling.Sumpah cantik gila pulau ni! Jernih airnya!


Snorkling time!!


TRIVIA:
A) Memerlukan dua bot untuk sampai ke chalet penginapan, Sibu Jaya Resort
B) Paling seronok adalah ketika dilambung ombak semasa aktiviti memancing (eventho aku bukanlah kaki pancing ikan di laut.Di darat, ya!haha)
C) Great vacation aka work has been done! Semester depan,kalau masih umur panjang dan kerja berjumpa budak2, kat mana lagi aku nak bawa dorang yek!hihi

PS1: Semalam sudah hari terakhir menyambut Syawal.
PS2: Ok.Lama gila tak hit a gym! Minggu ni mula balik. InsyaAllah, Sabtu
PS3: Siri kegemaran 'Desperate Housewives' Season 8 sudah memulakan tayangan di ABC, U.S. Musim terakhir!

Jumpa di entry next month!!

Thursday, April 14, 2011

Semai Budi, Tanam Bakti: Kisah Di Sebuah Rumah


Salam

Harap sejahtera semua.
Justify Full
Kelmarin ke pusat penjagaan orang tua di Johor Bahru. Pengalaman ke dua membuat kerja melibatkan sosial.

Satu perkara yang aku pelajari ke sana.

Bila hidup ini tak diperlukan, kasih sayang dah tak ada makna, ikatan kekeluargaan sudah terlerai, maka hidup kau akan kesunyian dan salah sayu option yang ada adalah tinggal di pusat jagaan ini.

Melibatkan warga tua adalah satu perkara yang aku boleh katakan rumit. Walaupun mereka berusia, lanjut daripada kita, tetapi mereka sensitif. Perlu bertanya kabar, kalau kau bagi buah tangan sedikit, kau perlu adil-bagi pada semua- Kalau tak ada yang bermasam muka.

Apa yang aku lihat mereka terjaga, makan pakai, tempat berlindung, mengambil kira keupayaan mereka yang semakin lama semakin dimamah usia.

Itu membuatkan aku terfikir secara tak langsung.

a) Kalaulah aku tua dan anak-anak aku tak mahu menjaga aku. Adakah nasib yang sama menimpa ibu dan ayah di sini?
b) Bila ayah aku tua nanti, bolehkah aku menjaganya?

Scary thought ni tetiba menerjah masuk di dalam kepala, ketika melihat telatah ibu ayah di situ. Mereka gembira kami datang. Hiburkan mereka. Tapi menjelang petang, mereka tahu kita akan pulang semula dan bersedih disebabkan tiada siapa yang mahu menjengah mereka semula nanti.

Which is bagi aku, very sad!

Pesan aku, sama-samalah kita menjaga kedua orang tua kita. Masa kecik dia boleh urus kencing berak kita, dah besar, apa salahnya kita pula lakukan perkara yang sama. Pesan juga buat diri sendiri.

“Kata nak bawa makcik jalan-jalan ke pantai, tau-tau di hantar ke sini”
“Makcik yakin, abang makcik akan ambil dan keluarkan makcik dari sini dan jaga makcik”

ps: Dialog diubah mengikut kesesuaian dan tahap sensitivity

ps2: Polisi rumah kebajikan selalunya tak membenarkan pelawat mengambil gambar penghuni. Ok yang tu aku baru tahu

Monday, March 21, 2011

Ubati Kerinduan-Entry Bergambar

Salam Isnin
Ya.
Memori Shah Alam datang semula.


Eh kat sini la..
Eh kat situ la..


Ni tempat lama aku..


Align Center












Miss those years..where friends are everything--sharing things and thoughts..

Hujan lebat sepanjang jalan-->I-City--> Cuba memanah--> Ke Baiduri makan tomyam-->Seksyen 7-->Bukit Cahaya-->Putrajaya-->Menara Arca yg sangatlah...-->Festival Belon Panas-->Hujan Lebat, beli payung rm 12-->Singgah di restoren jejantas makan mee kari ada daun ketumbar yang rasa macam KUMBANG.

Alhamdulilah..selamat pergi, selamat kembali. Selamat Hari Isnin!

Friday, March 18, 2011

690

Sarapan pagi malas.Scramble egg dengan secawan kopi.Aumm


Salam Jumaat

Big numbers for all entries. Banyak jugak aku tulis rupanya.

Leh buat buku terus ni! ha ha ha

Mereka mereka yang sudi mencurah idea, memberi kerjasama, rajin singgah, bagi komen..Love you guys!

Tak kisahla followers tak ramai. Asal ada reader, aku tak lebih dari sekadar gembira.

Semoga semangat menulis makin lama makin menebal. Semoga Allah terus memberi idea untuk berkongsi.

InysaAllah.

Semoga kalian mendapat sedikit manfaat ketika membaca.

ps: Menghilang selama dua hari bermula petang esok. Going to students trip at 2 places of interest at Shah Alam. Mari beramai-ramai serbu Walk of Snow di I-CITY Shah Alam. InsyaAllah nanti update sebab ter-uja dengan teknologi Korea yang dibawa ke sini. Few my friends saying, sekarang nak masuk dikira per head, RM 10. Betul ke? Tahun lepas aku pergi, dalam bulan 11 ia dikira per kereta, RM10. Janganlah dinaikkan lagi, derr.

ps2: Baru je menonton filem Angelina Jolie- Salt dan TheTourist. Ada masa kang nak tonton pulak Easy A dan True Grit. Oh! Thumbs up untuk lesbian-orientation film, The Kids Are Allright. Nanti aku rebiu:)

psp: Tolong bawakkan vakum ngan penyapu bulu ayam yek.Tolong kemaskan sikit blog aku ni. Nanti aku upah dua puluh sen.he he he. Yang laki-laki, jangan lupa pergi menunaikan solat Jumaat=)

Wednesday, January 05, 2011

Bukan Melacur, Tapi Melancong: Bahagian Dua


Salam

Bahagian Dua dah muncul

Ok mungkinlah tak kena sebab dah masuk tahun baru, and some more, most of the bloggers yang bergelar students, dah masuk mengaji balik.

Ngaji elok-elok naa.
Buat abang-abang macam I yang keje skunk ni, jangan tuang kerja plak:P

Ni nak sambung bahagian dua tentang melancong dari bahagian pertama, entry yang lepas. Melancong tak semestinya kena menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang and so forth sebab definisi melancong bagi aku adalah: menikmati value added dari nature environment atau historical site yang dipakejkan di tempat tu. Ni persepsi akulah. Jangan guna dalam carian academician korang okay.

Dalam pelancongan, ia terbahagi kepada beberapa bentuk @ form of tourism. Kita ambil contoh negara kita, Malaysia. Di Malaysia, bentuk pelancongan pilihan termasuklah Pelancongan Kebudayaan dan Warisan, EcoTourism, Pelancongan Sukan dan tak terkecuali Pelancongan Sejarah.

Ok.Korang dah bosan. Tu..ada yang menguap tu??!!
Aku leh baca dahh:))


Dalam apa-apa pun, korang kena fikirkan beberapa barrier ketika melancong. Salah satunya kos. Savings adalah jalan penyelesaian. Melancong bukan takat nak beli all the souvenir, tapi nak menikmati……(seperti yang aku katakan di atas) ditambah bukan saja dengan ambil gambar syok sendiri, ya!

Ada beberapa tempat sudah diwartakan sebagai zon ‘carrying capacity’. Apa tu carrying capacity? Sat gi cek habaq mai noo.

Ni nak habaq tentang kelonggaran yang sudah diamalkan di beberapa tempat, sehingga hilangnya ke-ekslusif-an tempat tersebut.

Contoh paling nyata adalah Taman Negara, Pahang.

Disitu adalah kawasan eco tourism yang sangat memikat. Hijau. Hidupan liar, dan trails yang cukup mengagumkan. Bila diwartakan kerajaan back years 90’s, sistem ‘carrying capacity’ (CC) diperkenalkan. CC ni merujuk kepada limitasi jumlah pelancong yang boleh memasuki kawasan tersebut.

Sekarang ni sistem CC sudah agak jarang diaplikasikan di Taman Negara. Laluan keluar masuk bot-feri ke pulau-pulau (Tioman, misalnya) juga jarang dikawal oleh pihak berwajib which is for me, very sad.

Tourists come and go, akan menyebabkan corals di dasar laut akan musnah, kandungan air laut bercampur dengan minyak dan lebih banyak hidupan laut bakal mati, eksiden terlanggar bot atau feri.

Fun isn’t? But that’s the truth.


Kita tak akan melihatnya dalam tempoh setahun dua. Tapi mungkin dua puluh tiga puluh tahun mendatang? Siapa Tahu, bukan?

Banyak lagi tempat yang hendak dibebelkan, but kita tahu-tahu sendirilah ya. Bila pergi melancong tu, janganlah berlagak macam anak raja, walau kau itu duduk suite sekalipun. Sampah tetap kau kena buang dalam tongnya. Even a plastic bag.

Tak ke naya memonyet ni pi sarung ke muka, terus mati tak dapat nafas?

That’s why la kita tak digalakkan bawak makanan berplastic ke dalam hutan, especially macam Taman Negara. Kalau nak bawa, please, makan sorang-sorang. Sampah, simpan dalam beg. Jangan nak jadi keji dengan LITTERING.

Potong tangan nanti baru tahu!

OST Hikayat Merong Mahawangsa dah kuar wehh:) Nice vocal Anuar Zain! Capiche!


Tuesday, December 28, 2010

BUKAN MELACUR, TAPI MELANCONG

Salam

Abaikan tajuk entry yang macam akhbar tabloid nak cari publisiti murahan.
Justify Full
Siapa tak nak melancong? Meh habaq kat cek, mai!

Melancong buatkan kita reduce stress. Sangat kot. (melainkan poket kau turut sama ‘rabak’ sebab kena pau itu ini). That’s why la kena menyimpan sikit kalau berangan nak travel satu Malaysia. Lupakan satu dunia kejap, sebab kat Malaysia banyak lagi tempat-tempat menarik yang patut kita kunjungi.

Dah macam V.O untuk Tourism Malaysia.

Definisi kasar WTO ( World Travel Organization) memberi takrifan pelancongan: melancong adalah satu aktiviti luar dari kebiasaan individu dan dalam masa yang sama melakukan aktviti senggang disebalik masa lapang yang ada, dan tinggal di kawasan tersebut tidak lebih dari satu tahun berturut.

Beza dengan excursionist yang mana individu excursionist ini melancong/menggembara ke satu tempat dengan tidak lebih dari satu hari. Orang melayu kita kata, balik hari.

Ter-slip kuliah Prinsip Pelancongan kat korang plak:P


Melancong menjadikan aku relaks. Aku tak adalah kemaruk nak beli barang-barang, walupun hakikatnya aku memang gilakan souvenir! Ni aku nak kongsikan tips melancong, kot2 la mana tau nak menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki? hehehe..

Petua aku tak banyak. Kita sharing-sharing ilmu.

1) Bawak minyak angin atau bahan2 masam (asam) yang cukup kalau nak travel ke pulau, especially ke chalet yang dibina di Pulau-Pulau. Aku bagi contoh Chalet di Pulau Tioman (Trip tahun 2008). First time naik bot, jakun agaknya, terus mabuk—pening-pening. Ubat-ubat dan asam inilah penyelamatnya. FAKTA: Aku tak suka asam. Nak buat lah satu topic battle of the sexes: ‘Kenapa budak pompuan suka nyonyot* asam?”

2) Travel jauh-jauh, pastikan cukup makan. Paling tak dua jam sebelum naik bus atau kereta. Pastikan dalam kereta ada minuman bertenaga macam 100 Plus atau bahan kunyahan yang lain. Pemanduan kena fokus. Penat sekejap, ambik masa untuk tidur. Lambat sampai takapa. Janji selamat.

3) Bawak air yang mencukupi kalau berhajat nak jungle trekking atau nak mendaki bukit atau gunung. Don’t ever feeling-feeling beauty, tak bawak air ok. (Gagahlah macam aku masa daki Bukit Broga, dua minggu lepas. Konon hero lah tak bawak air.pftttthhh). Satu lagi, don’t ever and ever LITTERING. Jangan buang sampah merata. Hutan tu kena jaga. Haiwan very curious dengan sampah sarap ni. Silap2 depa mati tercekik kalau termakan sampah korang tu.

Itu ajelah setakat tiga. Tapi kalau melancong style aku, aku gemarkan back packing. Baju dua tiga, laptop mesti dengan bekalan2 lain dirasakan sesuai. Tak payah kendong beg AF kalau nak gi melancong. Stress tengok beg banyak-banyak.

Align Center
Melancong ni tujuannya nak hilangkan stress. Naikkan mood, kembalikan energy selain cheerkan emosi.

Setuju kan?

Banyak lagi nak cerita, antaranya constrain ketika melancong dan kekangan di beberapa tempat. Ishh takdelah eksklusif sangat..apa yang aku ada, aku kongsi, Ok!

Nyonyot* tatau la bahasa Johor atau negeri lain gak guna bahasa ni. Maknanya kemam atau hisap.

InsyaAllah, aku sambung:)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED