Entry ni panjang
sikit. So sorry kalau aku banyak membebel.
Ketika entry ini ditulis, aku sudah memasuki angka 35 tahun semalam (April
28th) dan dah masuk hari ke 6 berpuasa . Fun fact, aku pernah berangan bagaimana hidup aku pada usia
35 tahun semasa di bangku sekolah, tak silap darjah 4-5 macam tu. I have a
stable career (checked), ada kereta (checked), dah kahwin (checked—bless with
my beautiful wife). To add some fun, aku pernah jugak berangan nak mati diumur
75 tahun. Ha ha ha.
So apa perkembangan korang sepanjang PKP ni? Tak sangka kan? 2020 yang kita harapkan ada
kereta terbang rupanya deadly virus yang datang menyerang. People loose jobs.
Keluarga terpisah. People showing their true colors. Rutin harian jugak
berpusing 360 darjah, tanpa sebarang amaran. Yup, COVID 19 memang sangat
menakutkan. Virus tak ternampak dek mata tu, semakin memakan korban dan
menjejaskan ekonomi dunia. Socmed jadi
medan execution di mana netizen untuk
judge, bully dan menyebar kebencian. Twitter yang dulunya boleh jadi tempat
menciap banyak kali sehari, sudah jadi lapangan untuk dihakimi dan menghakimi.
Yang muda makin menjadi. Yang tua pulak suka menambah api, terasa besar dan sudah
hilang sikap manusiawi.
Jadi PKP yang dah masuk 40 days –or more, aku pun dah lost count. Aku ambil
keputusan untuk turut serta pertandingan filem pendek Kuman Pictures Challenge.
Hadiah RM1k. Banyak kan? So cubalah nasib dengan membikin filpen (filem pendek)
hitam putih dengan Alfred Hitchcock sebagai inspirasi. Semuanya buat sendiri.
Dari writing, pre production, cinematographer, sound engineer hinggalah kepada
editing. Aku suka kerja-kerja tu, tbh. Dan kalau buat sendiri ni, kita lebih faham kenapa orang seni sangat pantang dengan isu hakcipta. Sebagai penulis jugak, aku pun terkesan kalau hasil penat lelah kita tu di copy tanpa pengetahuan. Dulu-dulu zaman belajar UiTM circa
2007-2009, aku rajin jugak buat filpen untuk presentation. Nak dapat markah
lebih la katakan haha. Ada waktu tu aku shoot sampai 2 minggu back to back untuk video 2 minit sahaja. Penat memang penat tapi dah minat kan?
So filem pendek "Siapa?" sudah aku muat naik ke channel aku...
So filem pendek "Siapa?" sudah aku muat naik ke channel aku...
...yang
dah lama ada tapi tak pernah guna. I’ve got 300++ views dengan 9 likes. Tu pun
aku kira banyak dah. So terima kasihla kepada yang sudi tonton. Aku hargai
sangat sokongan korang.
Which may lead to my second thought lepas video tu ada view.
Aku macam nak venture into vloging pulak. Tapi
bukan aku la yang bercakap cuma upload video masak-masak sekadar nak
share ilmu. Aku dengar pendapatan dari youtube pun macam okay. Ha ha ha. Kuat
berangan aku ni.
Berbalik kepada Kuman Pictures Challenge tu, overwhelmingly, senarai filpen
yang turut serta dalam kontes itu bertambah hari demi hari. Dan sebagai peminat
filem, aku suka melihat situasi itu. Dalam PKP ni pun masyarakat kita kreatif!
Korang boleh ke channel YOUTUBE KUMAN PICTURES untuk lihat senarai penyertaan.
So macam tahun sudah2 masa aku aktif blogging, aku selalu gak hantar kad
raya kepada followers blog. Kad raya e digital la hehehe. Seronok sangat masa
tu. So aku pun terfikir, like apa kata aku start balik tradisi tu dengan hantar
kad fizikal pulak untuk musim PKP ni.
Kita tau yang kita semua akan menyambut Raya sendirian, tak bersama
keluarga dan jauh di rantauan (aku la tu). So to cheer you up, aku nak hantar
korang kad raya untuk Aidilfitri 2020.
So kalau nak kad raya ni, boleh isi google form okeh! Aku akan start pos
kad on 6-8 Mei 2020. Till then, jumpa lagi. Toodles!
No comments:
Post a Comment