Salam.
Entry pertama November..
Mulakan hari Isnin yang bahagia dengan senyuman.
Tak salah kan senyum?
Ok seperti dah dijanjikan..dengan diri sendiri harini memang nak bercerita tentang pengalaman mencabut gigi pada dua hari lepas, yang paling HORRIBLE dalam sejarah.
Moral buat korang yang membaca ya.
Jangan terlalu meletakkan high expectation dengan sesuatu service.
Kau high expectation, nasibnya sama macam aku kang!
Aku pergi hari Sabtu.
Gedebak gedebuk, aku bertolak jam 10 pagi.
Sampai klinik, dengan harapan gigi boleh diperiksa aku disambut dengan senyuman reception:
“Maaf ya encik. Doktor tak ada. Pergi meeting”
Aduhaii
“Pukul berapa baliknya, ya?”
“Pukul dua ke atas doktor balik klinik semua”
Damn!
Disebabkan aku pergi dengan ayah, aku tanya dia samada nak stay atau tak.
Dan disebabkan aku tahu ayah takkan stay punya, aku suruh dia balik dulu.
Aku tunggu di bus stop sampai pukul 1, lepas tu pergi KFC lunch sorang2.
Pukul 2.10 pm, klinik tu call.
Aku pergi dengan hati yang tenang.
Gedebak gedebuk, doctor check gigi aku and as I am expecting, geraham bongsu aku tumbuh senget dan dah merosakkan struktur gigi dihadapannya. Dalam kepala otak, dah terbayang Minor Oral Surgical.
Belah gusi+extract the tooth+ jahit
Oh my…
Doc check kemudian dia bagi ubat.
See you tomorrow
Langsung takde hospitality. Tahu tak aku dah tunggu kau dari pukul berapa?
Jadah!
Ok aku takla mengharap layanan macam anak raja, tapi AT LEAST soal la sikit-sikit macam dah berapa lama kena ke?, precaution yg perlu aku buat esok ke?, makan cukup-cukup ke?
Bukan doktor kena belajar jugak ilmu psikologi jugak ke?
Esoknya;
Lepas habiskan antibiotic dan all painkillers, aku pergi sorang diri lagi.
Dah aku yang sakit, aku lah kena tanggungnya.
Sebelum sampai, aku call samada doctor tu ada ke tak.
Mujur ada.
Masuk dalam bilik doctor.
Aku nganga mulut masa dia nak jab gusi2 aku dengan bius.
Memang aku tak boleh nganga luas2 sebab ada saraf yang dah infect. Ada yang dah bengkak.
Si doktor ini boleh marah aku ya. Macam nak ditempelengnya muka aku nih!
You tak nganga luas2, susah! Macam mana nak cabut nanti, he keeps mumbling. Siot ar!
Time tu memang aku panas habis. Adrenalin memang dah tak keruan dah. Ikut hati mau aku cabut aje, tinggalkan klinik jadah tu.. Pembantu dia dah senyap. Malu kot ada doctor macam tu.
Pftttthhh
Masa kumur plak air tak selalu diisi.
Tinggal seciput baru nak isi.
What da fu……
Tu belum masa dia rodok mulut aku dengan pencungkil (entah apa namanya aku tak tahu) masa nak cabut gigi tu.
Haih!
Ini berbeza dengan first time aku cabut dan buat minor surgical di UiTM Shah Alam dulu. Doctornya baik sangat. Equipmentnya tip to the hell top lah. Ada penyedut darah dan aku rasa sangat best cabut gigi kat sana. Ubat penambah kalsium pun diberi sama selain ubat kumur.
Ini tak.
Lap darah aku dengan kapas.
Bagi antibiotic ngan few painkillers
Ubat kumur takde.
Kapas tu pun aku yang mintak lebih!
Kosnya? RM 250.
Padan muka aku.
Sepatutnya aku boleh dapat klinik yang lagi best kan? Deserves better dengan harga camtu.
Malang sungguh nasib kau, Faizal!
Sumpah lillah, memang aku takkan jejak lagi klinik tu.
Serik derr.
Nasib baik tak dibuatnya minor oral surgical.
Kalau tak, mahu menggelupur aku tahan sakit!!!
Tak guna!
ps: Doctor pun kena belajar marketing agaknya. Pernah dengar 'word of mouth' tak? Customers complaining your service, they 'll spread bad words later. Kesannya? customer lain takkan datang klinik you lagi!
Malas nak dedahkan klinik mana.