Wednesday, January 30, 2013

Versi 2013

Sudah dengar Versi 2013 Ratuku? Awie ft Adira?

Ia adalah untuk lagu tema "Sehangat Asmara" (juga daripada adaptasi novel) yang sudahpun menggantikan drama Adam & Hawa di saluran Mustika.

Versi ni lebih fresh, still tak boleh lawan versi asal okeh :D
 

Ahem Ahem. Adira putihgilabakhang!

ps1: Aku akan turun di Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC di booth Fixi di A5 & A6. Mai la turun noh!

Tuesday, January 29, 2013

Shortie: Taruh




Televisyen flat screen dipandang lama-lama. Teruja hatinya sama seperti teruja para penonton di dalam ruang legar makan dengan keseronokkan. Sudah 70 kali penganjuran. Tetapi dia mula mengikuti perkembangan majlis itu sejak lima tahun dulu. Minatnya pada layar perak memang usah dipertikai.

Matanya menombak lagi pada skrin leper itu.
Dia menunggu pengumuman Best Actress in a Supporting Role, dalam majlis Golden Globe edisi 2013.

Jika tahun lepas pelakon African American Octavia Spencer memenanginya dalam filem Help, tahun ni dia tidak menyangkal calon-calon yang bertanding kesemuanya hebat. Dia telek lagi flat screen berkilau kilau dengan kelibat selebriti Hollywood berpakaian tak cukup kain bertepuk sorak gembira dengan pencalonan yang disebutkan oleh Jonah Hills dan super duper sexy Megan Fox.

Terlihat Amy Adams melambai menerusi peranan anak perempuan pengamal ilmu Scientologist dalam The Master, Sally Field sebagai isteri yang supportive bila suaminnya si figura presiden teragung Amerika mengalami konflik dalam Lincoln, Helen Hunt sebagai sex therapist kepada pesakit yang mengalami lemah seks di ranjang dalam The Sessions bertukar kepada kelibat rambut pixie cut Anne Hathaway dalam pekerja kilang malang dalam Les Miserables sebelum kamera beralih tumpuan kepada aktres kelahiran Australia, Nicole Kidman menerusi The Paperboy, memerankan seorang wanita berusia liar dengan solekan ala-ala maknyah.

Keputusan diumum.

Anne Hathaway tersenyum terkejut bila namanya dilaungkan

Dia yang memandang kegembiran Anne lekas tersenyum.

Tumpuannya pada flatscreen mula beralih pada telefon skrin sentuhnya.
Senyumannya selebar senyuman Anne Hathaway sekarang.


Wang pertaruhan RM 500, 000 berjaya menjadi mliliknya meninggalkan pentaruh si tongong Rahman Al Dasuki berkepala botak tengah itu meraung sendiri di biliknya, mungkin?!

Wednesday, January 23, 2013

Review: Kisah Dua Orang Gila (Silver Linings Playbook)




Menonton karya terbaru David O Russel menjadikan aku semakin menyukai pengarah ni. Mungkin agak ketinggalan, pertama kali menonton karya beliau menerusi filem The Fighter (menganugerahkan Christian Bale dan Melissa Leo sebagai Persembahan Terbaik Watak Pembantu dalam Anugerah Academi)

Filem Silver Linings Playbook (SLP) ditangani dengan cemerlang oleh beliau. Persembahan pameran utama Bradley Cooper dan Jennifer Lawrence beradapa pada tahap membanggakan!

 

SLP menceritakan Patrick “Pat” Solitano mengalami bipolar diseases lalu dimasukkan ke wad sakit jiwa rentetan daripada dia menyerang lelaki yang curang kepada Isterinya. Dia dibawa pulang ke rumah dan dijaga dengan baik oleh ibunya yang sangat caring (low note performance by Jacki Weaver) dan bapanya yang percaya dengan perkara karut bilamana Pat berada bersamanya ketika menonton footbool, dia akan menang wang pertaruhan. (Persembahan baik dari Robert De Niro) Pat yang mula nak recover (build himself as a new Pat—dengan tujuan nak pikat semula bekas isterinya) bertemu dengan seorang gadis misteri, sex addict yang kematian suami; Tiffany Maxwell.

 

Filem ni bagi aku bukan typical romantic comedy tetapi sebuah drama keluarga yang diselitkan unsur romantik supaya apabila kita berhadapan dengan situasi sukar dalam hidup, kita perlu tabah dan positif dalam menanganinya. Pat seorang yang positif. Dia ada usaha untuk berubah kepada kebaikan demi menawan kembali hati isterinya (walau aku tahu, semua audiens mahukan Pat bersama Tiffany). Tiffany on the other hand adalah semangat baru bagi Pat untuk terus hidup sebagai manusia berguna. Persembahan Jennifer Lawrence sangat memukau dalam filem ni. Mulutnya cabul, tindakkannya liar, cantik dan bijak tetapi rapuh di dalam especially apabila dia dibandingkan dengan kakaknya, apabila cerita tentang bekas suaminya dibuka dan bila dia mula sukakan Pat. Jennifer Lawrence adalah bombshell kepada filem ni. She steal the show!

Satu yang aku perasan tentang arahan David O Russel, warna filemnya seakan The Fighter. Ala2 suram, warna seperti filem 80’s tidak seperti tipical filem romantic yang terang benderang.

1) All actors tercalon di dalam 2013 Oscar. Bradley Cooper (Actor in a Leading Role), Jennifer Lawrence (Actress in a Leading Role), Jacki Weaver (Actress in a Supporting Role) dan Robert De Niro (Actor in a Supporting Role).  Pada Golden Globe lepas, Jennifer Lawrence memenangi Actress in a Musical or Comedy. Agak meragui pencalonan Jacki Weaver. Mungkin sikap emak-emak penyayang menjadikan dia tercalon Oscar (kot)

2) David O Russel menyuruh Jennifer Lawrence untuk menaikkan berat badan untuk watak Tiffany Maxwell sebab Tiffany tidak sesuai dengan Jennifer kerana watak Tiffany lebih berusia dari usia Jennifer sekarang.

3) David O Russel sekali lagi tercalon sebagai Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik untuk 2013 Oscar  . 
 




Novel #SUMBAT dah boleh dibeli di Kinokuniya dan kalau hangpa di utagha, mai cek nak habaq, novel #SUMBAT dah boleh di beli di kedai I Love Novel di cawangan Jitra Mall, Kompleks Changlun dan Kompleks Arau :D 
 
Next: Zero Dark Thirty (Propa USA) Huh!

Monday, January 14, 2013

Pelancaran “Sumbat”


Pheww!
Akhirnya!

Tu je yang mampu aku cakapkan sepanjang beberapa jam berada di pelancaran Sumbat di Café Gravy Baby Shah Alam di event Pasar Boco edisi ke 7.

Sudahlah aku lambat (mohon maaf kepada bos En Amir Muhammad dan beribu terima kasih buat yang tolong cover line sepanjang keterlewatan aku. Kronologinya begini:

1.       Bertolak dari stesen bas Larkin dengan blogger Iyllienaz menaiki Transnasional jam 9:30 am. Kami beranggapan dalam jam 1:30 pm sampai ke tanah Shah Alam, bolehlah lunch sebab memang lapaq gilababun.

2.       Bas singgah di Air Hitam jam 11:30 am. Singgah makan 30 minit. Jam 12 masih di Air Hitam dan kami rasa macam “Can we make it?”

3.       Pukul 1petang baru masuk Melaka. Masa tu aku dah tak keruan bila bas asyik bawak ke lane ke 3.

4.  Jam 2:50 baru sampai stesen bas Shah Alam. Tuhan je tahu betapa kelam kabutnya aku sebab launching sepatutnya jam 3. 

5.       Lebih kurang 3:15 baru sampai Gravy Baby dengan menaiki teksi, unfortunately ada sorang budak perempuan masuk sekali dalam teksi dia nak ke batu 3. 

From my deepest heart, minta maaf banyak banyak buat rakan-rakan yang sms, tweet sampai tak berbalas.
The reading session during the launching with Mr Amir Muhammad. Baca bab 16 dengan judul "So Happy I Could Die". Aku praktis tiga kali sehari membaca bab ini di dalam PDF computer, dua hari sebelum ke majlis launching. Bimbang tersasul.


Basically launching Sumbat berjalan dengan lancar baik dari interviewing sessions, bertemu rakan-rakan twitter yang tak dikenali, I am so happy.  Terima kasih buat yang datang. Syaihan, Geng Aksara Keraian (Atie & Kak Nusrah), rakan Twitter Syed Muhaimin, Dhani, Anuar dan beberapa yang tak kenal (minta maaf ye), Geng Urban (Haris Hauzah) Kak Dayang, Raja Faisal, Adib Zaini, Nadia Khan, MamuVies, Richard & Hani Amira. Terima kasih banyak!

Dapatkan Sumbat di sini dengan memesan secara online atau nak lagi best tempah dengan 6 Pax Fixi.


Untuk pembaca Oversea (gitew) boleh menempah di sini

Friday, January 11, 2013

Sumbat:Jom Beli!

Sumbat; sebuah kisah picis masyarakat Kebun Bunga dengan konflik dendam, rahsia, setia, curang, kasih sayang, cinta terhalang dan pembunuhan bersatu dalam masakan-masakan lazat, seolah mengaburi pandangan.

Sumbat boleh dibeli di sini

2 bab pertama novel ini boleh dibaca di sini

Selamat membeli!

Jumpa esok jam 3 di Gravy Baby Seksyen 13 Shah Alam untuk launching buku ni :)

Thursday, January 10, 2013

Jemput Sumbat!


 Klik imej untuk ke fenpej event


Jom ramai-ramai ke Pasar Boco ke 7  di Gravy Baby Shah Alam, Seksyen 13 pada Sabtu dari jam 11 pagi hingga 11 malam.


Novel Sumbat (ditulis Sumba oleh Berita Harian semalam. Sumba pon boley!haha) bakal dilancar pada jam 3 petang.

Wa nebes sebenarnya!

Jumpa di sana uols!

Tuesday, January 08, 2013

Shortie: Tembak




Musim bercucuk tanam telah tiba. Dia andaikan itu musim terbaik untuk memperoleh rezeki yang banyak. Banyak sudah lembah gersang yang langsung tak menarik minatnya untuk menyemai benih. Dia akan pastikan hasil benihnya itu mampu dituai lalu menjadi sesuatu yang berguna kelak.

Dia senyum memandang ladangnya. Didapatkan dengan menukar ganti dengan kata-kata persetujuan dua belah pihak. Orang memanggilnya ijab. Ladangnya nampak subur. Sesubur rasa kasihnya ketika kali pertama dia terpaut suka pada ladangnya itu, kali pertama mereka bertemu.

Dia hela nafas. Ladangnya perlu dibuka berhati-hati. Perlu diteroka dengan penuh rasa kasih dan sayang. Perlu disemai benih putih dengan rasa kecintaan. Mengikat sehingga akhir hayat.

“Bismillah”

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED