Tuesday, September 10, 2013

Jom ke Pelancaran #AntologiFobia Terbitan Roman Buku

Ada 16 lukisan. Mana satu agaknya yang menggambarkan Bilik F-0131-4? Jeng jeng jeng


Jom ramai-ramai turun 29 September 2013/Ahad jam 4:30-5:30 petang ni di The Arts for Grab Central Market KL untuk pelancaran antologi FOBIA terbitan Roman Buku.

Ada 16 penulis menyumbangkan karya dengan 16 cerita pendek tentang satu ketakutan yang menjadi FOBIA pada semua manusia.

Sebenarnya lebih kurang dua tiga bulan lalu, melalui aplikasi FB, Geng Buku Tiga Lima menguar-uarkan pertandingan menulis cerpen berkisar Fobia untuk terbitan Roman Buku.

Aku tak sangka cerpen aku dapat dimuatkan dalam antologi ini.

Ini dia sinopsisnya;

Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?

Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.

Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?

SENARAI PENULIS & CERPEN

Maimun Abdullah Hadi -  MAKNA HIDUP
Faizal Sulaiman - BILIK F-0131-4
Orkid- MENCARI AKHIR
Amirul Johari - PERMAINAN
Fatin Liyana - MATI
Norhanisamila - PATUNG
Muhammad Fatrim - AKU BERSAMAMU
Azrin Fauzi -  SENJA OH SENJA
Dayang Noor - KOMPLOT
Hidayatus - TELEFON BERBUNYI
AttOkz Dikulgai - PANGGIL AKU ALGOJO
Nurharyati Ishak - KERAS
Nensirati Supahan - NAMA AKU NAMI
Eliyyah - MUSUH YANG NYATA
Sharina Elisa - KERIS SI IBLIS
Nurhayyu Fitrah - KALAU DAH JODOH

Teaser BILIK F-0131-4. Nak tau pasaipa? Hang beli noh!

 ***



***

Novel baru kak Dayang Noor, SAMAR turut dilancar pada Arts For Grab CM; 28 September 2013, 2:00 pm

Letop cover ni! Tahniah kak Dayang! Koleksi wajib selepas Kartasis dan Infantisid
  

Wednesday, September 04, 2013

Review : Nipis dan Zombie (KL Zombie)


Poster yang lebih menarik berbanding poster pawagam yang Ya Allah!.



Aku menonton filem ini sebagai audiens tanpa membuat perbandingan dengan karya asalnya.

Ketika bertemu Adib Zaini (penulis asal novel Zombijaya) semasa Pesta Buku Selangor di SACC tempohari, sempat jugalah tanya bila keluarnya filem ini. Alhamdulillah, masih sempat menontonnya di musim Syawal.

Diakui, kerja mengadaptasi bukanlah satu kerja yang mudah. Namun, KLZombie dibawah 2 penulis asalnya MJ Woo dan Adib Zaini berjaya menjadikan KL Zombie sebuah naskah filem yang menghiburkan.

Adaptasi novel Zombijaya terbitan Buku Fixi ini digarap dengan baik malah jalan ceritanya yang fast paced menjadikan durasi masa ketika menonton filem ini tak terasa begitu lama.

KLZombie menceritakan tentang Nipis yang cuba menyelamatkan penduduk KL daripada serangan zombi. Nipis dan beberapa survival cuba untuk terus hidup dari terus menjadi mangsa mayat hidup itu dan disinilah beberapa sifat kemanusiaan teruji.

KLZombie di tangan MJWoo tampak ringan dan komikal. Ia adalah satu paparan filem menghiburkan dengan olahan dialog dan aksi Nipis yang lawak dan menghiburkan. Buktinya, filem ini sukses di medan komersil dengan kutipan yang cukup memberangsangkan.

Lumrah, apabila sesebuah karya diadaptasi/diinspirasi dari sesebuah buku, pembacanya pasti tertunggu bagaimanakah karya tersebut diolah. KLZombie tidak terlepas.  Pendapat akulah. Novel/Cerpen dan filem adalah dua medium seni yang berbeza dimana Novel atau cerpen memerlukan deskripsi yang tinggi ketika kita melakar watak dan jalan cerita supaya ianya jelas di dalam fikiran pembaca. Filem pula dalam bentuk audio visual yang perlu dimainkan dengan cantik oleh skrip dan pemain(pelakon) dalam menggalas tanggungjawab merealisasikan ia dalam bentuk nyata.

Haa gitu.

Teaser Poster yang lebih cun!

Jadi, tak semua dalam Zombijaya boleh disumbatkan dalam KLZombie. Ada banyak constrain. Screen time salah satunya.

Ini adalah filem pertama Zizan yang aku tonton di pawagam. Syukur wahai Zizan. Lakonan anda nampak peningkatan. Transisi lawak Nipis kepada sedih, serba salah, ketakutan, kemanusiaan dan kekeliruan berjaya diterjemah Zizan dengan baik. Tolonglah Zizan. Lepas ni memilihlah. Berlakonlah di bawah pengarah yang boleh explore karakter anda bukan hanya mempertaruh lawak sengal ubi anda semata menarik orang ke pawagam.  

Satu lagi yang aku suka tentang KLZombie adalah aksi lawan Nipis ketika Nipis sedang mencari ilham. Macam Sherlock Holmes okey! This is nice! Pergerakan slow motion, effects dan warna sangat membantu dan mencatikkan lagi syot itu.

“Malaysia kena bersih!”, kata Nipis pada anney. Ini fevret line aku.

Aku settle dengan 5/5 bintang.

PS: Dengar radio ERA semalam. KLZombie sudah catat kutipan 2 Juta semalam. Beribu-ribu tahniah !!! Lebih-lebih dengan kutipan filem tempatan yang agak lembab sekarang.

Monday, September 02, 2013

Review: Kisah 2 Putera (Tanda Putera)




Aku menonton filem ni sebagai audiens, maka ulasan berikut lebih kepada audien dan bukan penganalisa politik.

Tanda Putera secara kasarnya menceritakan kisah dua sahabat (Tun Abd Razak dan Tun Dr Ismail) ketika negara sedang mengalami krisis 13 Mei 1969 hinggalah kepada penyatuan semula kaum, pembangunan ekonomi dan dua tokoh ini merintis pelbagai pembangunan seperti FELDA dan Petronas.

Ketika menonton filem ni, aku perasan plot ceritanya bercabang dari kehidupan Tun dan Dr Ismail, konflik bangsa Cina-Melayu semasa 13 Mei dan Budak Pejabat (alamak lupa nama) yang bekerja dengan Tun. Aku sendiri keliru dengan watak (tokoh) yang muncul dalam filem ni seperti Fizz Fairuz (sebagai pensyarah) di ITM dan pabila melihat kredit nama, watak Fizz sebenarnya seorang yang berpengaruh.

Ada kena mengena ke dengan jalan cerita ?

Tanda Putera dilihat nampak tergesa dari segi teknikal terutama muzik latar. Muzik latar yang grand bunyinya ditambah dengan babak-babak konflik menjadikan filem ni bingit. Set juga banyak yang kurang. Aku tak kisahlah dengan logo UiTM yang muncul, walau kabur atau penggunaan lori moden untuk mengangkut protestant mahupun bendera roket DAP yang rasanya masih belum muncul pada tahun itu.

Kesalahan jelas yang aku nampak dalam Tanda Putera ini adalah penampilan pelakon extra nya. Ada yang rambut karat? Kecewa!

Setahu aku Datin Paduka Shuhaimi Baba adalah seorang yang teliti. Buktinya, setiap pelakon yang akan berlakon di bawah filemnya wajib menjalani sesi latihan lakonan yang dikendalikan oleh beberapa jurulakon yang berpengalaman. Malah, Shumi memang terkenal dengan set besar-besarannya di dalam filem seperti set tinggalan perang di timur tengah dalam Selubung, kampung Pekan Riuh dan Kassorga dalam Ringgit Kassorga, istana Jugra yang klasik, pekan Paku Laris dan set kampung Tepian Tersorok tahun 60-an dalam Pontianak Harum Sundal Malam 1-2. 

Tanda Putera seperti kehilangan elemen itu.

Walaubagaimanapun, lakonan pelakon-pelakon dalam filem ni berada dalam par yang terbaik. Cuma harapnya lepas ini, pesanku pada pengarah filem yang ingin mengangkat tokoh sebenar ke layar, rajin-rajinlah explore karakter isterinya. Watak Toh Rahah dan Toh Neno nampak sangat tidak menyokong watak utama. Hal yang sama berlaku pada watak isteri Leftenen Adnan, Safiah (lakonan Umie Aida) tidak lama dulu.

Lihat bagaimana Spielberg memperkembang watak Mary Todd Lincoln dalam filem Lincoln.

Aku faham hasrat Shumi. Mahu angkat 2 tokoh ini dan menjadikannya pelajaran kepada golongan-golongan muda bahawa membangunkan sesebuah negara adalah tidak mudah sebenarnya. Cuma satu aku mintak pada Shumi. Kembalilah mengarah filem-filem seperti Layar Lara, Selubung, Ringgit Kassorga, Waris Jari Hantu atau Mimpi Moon. Berjuang ni tak mesti buat filem patriotik saja.

Aku lebih gemar 1957 Hati Malaya. Bukan sebab ada Maya Karin. Filem itu lebih menyentuh dan aku lebih terharu dari menonton Tanda Putera ni.

Aku settle dengan 3/5 bintang.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED