Monday, September 28, 2015

Dendam Jiwa Wanita (Review #Jwanita)





             Penantian selama 3 tahun ternyata berbaloi. Filem terbaharu Osman Ali yang sememangnya cukup sinonim dengan genre drama-cinta-komedi-romantik akhirnya menemui penonton pada 24 September lepas.  

 
                
                    
               Kehebatan Jwanita adalah terletak pada lakonan dan kerja teknikalnya. Jwanita di tangan Maya Karin kelihatan sangat cemerlang.  Kita boleh lihat bahasa mata Jwanita ketika beliau tertekan, keliru, licik, perasaan ingin membunuh dan rasa benci kepada adiknya sendiri Julaika. Malah bahasa tubuh Jwanita yang disampaikan secara sensual kepada Dr Farhan juga disampaikan dengan sangat baik.  Malah, persembahan Maya Karin kali ini pasti tidak akan dilupakan peminat seperti persembahannya terdahulu sebagai Meriam, Maria dan Pontianak (PHSM1&2), Johanna (Anak Halal), Putri (Duyung), Bella (Pisau Cukur), Luna Latisya (Cun), Izzah (Ombak Rindu) mahupun Katerina (Lagenda Budak Setan).  Satu kepuasan dapat melihat pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke 49 ini beraksi. Maya kelihatan seperti kerasukan, obsess, gila dan mental disepanjang Jwanita di tayangkan.


                

                        Lakonan Cristina Suzzanne juga tidak menghampakan. Sisi putih penuh lemah lembut Julaika menyerlah, mengimbangi watak hitam Jwanita. Malah peranan Julaika ini melenyapkan terus imej sempoi Cris seperti lakonannya dalam CEO atau drama Puteri Bukan Nama Sebenar. Marsha Milan juga memberi persembahan yang sangat memberangsangkan. Apa yang saya suka tentang Marsha dalam Jwanita adalah peranan dramatik beliau dalam filem ini. Hilang terus imej gadis gedik manja yang pernah Marsha bawakan dalam filem atau dramanya yang terdahulu. 

                Kesan solekan (kudos to Ella Sandera and the team) sangat mengesankan. Malah boleh dikategorikan sebagai yang terbaik dalam industry filem tempatan. Kali pertama saya jatuh cinta dengan teknik solekan prostetik Ella Sandera adalah menerusi filem Karak (terbitan KRU) dan kali ini menerusi Jwanita, hasil kerja itu sangat cemerlang dan mengagumkan.  Malah darah sintetik yang melatari Jwanita juga kelihatan sangat real dan mengerikan. Pujian juga kepada pengarah Osman Ali yang berjaya menyuntik elemen seram dalam Jwanita baik dari segi skor music, kesan CGI ataupun kerja kamera yang mendebarkan.


 
               

                  Namun, ada sedikit plothole dari segi jalan cerita Jwanita. Terutama kemunculan pasangan bomoh yang tidak diceritakan dengan jelas ataupun penceritaan hubungan Jwanita dan Dr Farhan (yang membuat saya menganggap minit-minit terakhir janji Dr Farhan hanyalah ilusi Jwanita yang terlalu obsess dengan lelaki itu)

                Apa-apa pun sebagai sebuah filem saiko-seram-slasher, Jwanita mampu membuat anda resah di tempat duduk. Malah kejutan-kejutan dalam filem ini juga antara yang terbaik selepas Khurafat. 10 bintang untuk Jwanita! Jadi bagi siapa yang belum tonton, cepat-cepat book tiket sekarang!


PS: Sepanjang perjalanan balik dari menonton, saya agak terganggu dengan lakonan Maya Karin. Agak disturbing. But in the best way sebab her outstanding performance!

               

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED