Umum mengetahui industry filem
Bollywood gemar menyajikan filem-filem lalu diselingkan dengan lagu dan lokasi
menarik. Termasuk yang lain, aku juga penggemar filem Bollywood, khususnya
pengarah Sanjay Leela Bhansali.
Bhansali banyak menghasilkan
filem kegemaran aku contohnya seperti Khamoshi, Hum Dil De Chuke Sanam (crush
dengan Aishwarya Rai sampai sekarang), Devdas, Black, Guzaarish dan Bajirao Mastani.
Di dalam kebanyakan senarai,
hanya Devdas dan Bajirao Mastani mempunyai kos pembikinan yang tinggi lalu
dikenali peminat sebagai karya agung / masterpiece atau magnum opus.
Terbaharu adalah drama cinta epik
berjudul Padmavati. Filem yang mengekalkan konsep grandeur ini mengisahkan
perjalanan hidup ratu legenda Hindu, Rani Padmini (Bhansali new fav Deepika
Padukone) yang terkenal kerana kecantikannya berkahwin dengan Ratan Rawal Singh
(Shahid Kapoor) pemerintah Mewar, Rajput.
Dek kerana kecantikan Padmini
mendorong kegilaan dan obsesi pemerintah Turki, Sultan Alaudin Khilji (Ranveer Singh) agar Rani
Padmini menjadi miliknya. Perang meletus kira-kira 1303 AD yang akhirnya
mengorbankan Ratan Rawal Singh dan Rani Padmini yang enggan bersama Alaudin
Khilji mengorbankan diri dan mempertahan maruahnya dengan melakukan jauhar
(pengabdian diri ke dalam api) bersama-sama wanita yang lain.
Seperti filem grandeur Bhansali,Padmavati juga menepati ciri-ciri sebuah karya epik. Setiap syot yang diambil kelihatan cantik dan ibarat seperti sebuah lukisan di atas kanvas.
Pandanganku? Mestilah dah jatuh
kategori wajib tonton! Di pawagam 1 Disember 2017.
Tweet