Showing posts with label komika. Show all posts
Showing posts with label komika. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

KOMIKA: Tertutup Buatmu




































Salam

Hi Guys!
Mood jiwang. Slot Komika ni dah lama tak terisi.

Kita selalu dimomokkan dengan kejadian bila seorang manusia menanti kekasih hatinya, berkurun lama, masih setia dan tak pernah berubah cintanya.

Menanti dan percaya bahawa si polan, si polan itu akan memberi kebahagiaan hakiki untuk kita.

Hakikat yang sangat bullshit bagi aku.
Maaflah bagi sesiapa yang terasa.

Menanti sesuatu yang tak pasti adalah mustahil.

Keajaiban jarang berlaku dalam kehidupan kita. You see, despite of being positive all the time, kita kena berfikiran negative juga. Kehidpan berkasih sayang manusia, tak boleh hidup dengan kesetiaan semata-mata. Apatahlagi yang jauh-jauh nih. Jangan cerita pat ploh tahun yang lalu ya.

Berpijaklah pada reality. Kita pun bukan hidup dalam zaman batu lagi. Wake up people!

Adakala kita nak jaga hati si polan, sesekali tanya khabar, ambil berat, telefon atau apa saja yang kita rasakan memberi kegembiraan buat dia. Tapi bagaimana kalau si polan tu buat tak layan?

Mesej panjang dibalas pendek. Lebih malang, tidak dibalas langsung?

Adakala lebih elok jaga hati sendiri, berbanding orang lain. Penat nak jaga hati orang nih..

Bak kata kawan aku, nak pedulikan orang ni senang saja.

Jadilah HATI KERING. Pedulikan dia. Luputkan dia dalam ingatan.

Ingat, masih ada orang lain lagi yang nak sayang kita. Nak jaga kita. Mengasihi kita. Menyayangi kita seumur hidup.

Bangkit dari kekecewaan. Tebus kembali kehampaan.

Allah ada. Dia boleh bantu. Dekatkan diri kita dengan Nya. InsyaAllah, Dia akan menolong…

Friday, December 31, 2010

SERBA SATU: GIVEAWAY EQBALZACK









:):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):)


Meh tengok se-syaratnya. Ni memang takde karut-karut macam permintaan Puteri Gunung Ledang, ok!

1. Jadi Followers eqbalzack.com. (bereh)

2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" (bereh)

3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. (bereh)

4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu. (bereh)

Shahira Khairudin

5. Tinggalkan link anda pada entry tersebut (bereh)

DUE DATE:
1.1.11 Jam 1.11pagi
RESULT:
1.1.11 Jam 11.11 pagi

Hadiahnya lumayan, ko! Lebih lumayan dariu YES! Opkosla sebab benda free..ngeh ngeh ngeh

Kebanyakannya adalah barangan IKEA! Aku suka IKEA sebab design nya trendy, simple but exquisite!

Cuba aje, manalah tahu rezeki Tahun Baru :)

Selamat tahun baru 2011.


Ok aku tak tipu, esok aku kerja..warghhhh:P

Monday, November 08, 2010

KOMIKA: AKU BUKAN UNTUKMU

Salam:)

Jangan pernah kau dustai takdir mu..pasti itu yang terbaik untukmu.











Align Center

Align Center




Perpisahan memang tak asing kalau kita bercakap tentang sebuah perhubungan.

Lelaki akan salahkan perempuan. Perempuan plak akan salahkan lelaki.

Itu tipikal.

Aku bukanlah si bijak pandai yang hendak berjela-jela menulis tentang kisah cinta, solusi, punca perpisahan semua. Tetapi harus kita ingat tentang konsep jodoh.

You see, kalian pernah melihatnya.

Sepasang kekasih, bagai nak rak bercinta masa sekolah.
Memang betul akan kahwin lima tahun lepas habis sekolah.

Tup2 lepas lima tahun, gadis kahwin dengan orang lain, si lelaki pun kahwin dengan orang lain.

Ada pulak yang dah kahwin.
Tiba-tiba pulak bercerai.

Tak mahulah ulas pasal pergolakan rumahtangga yang datang dari pelbagai faktor. Dalaman dan luaran salah satu sebab major minor lah.

Tetapi kita berbalik pada intipati jodoh itu sendiri.
Ada manusia hidupnya berliku-liku.
Ada yang senang saja jalan hidupnya.
Ada yang senang nak dapat jodoh.
Ada plak yang bertahun-tahun menunggu.

Nah..disini konsep Qada dan Qadar kena faham betul2.
Apa yang dah tertulis di Arasy sana akan dilalui juga.

Ada sesetengah pendapat Islam mengatakan bahawa kita boleh mengubah takdir mahupun nasib kita.

Bagaimana?

Dengan berdoa.

Manusia boleh mengubahnya. Kalian yang sedang membaca pun boleh mengubahnya. Ianya muncul dari kesedaran diri sendiri.

Minta bersungguh dengan Allah. Temukan kita dengan orang yang sesuai. Yang faham diri kita. Yang serasi dengan kita. InsyaAllah Dia makbulkan.

Jika si dia bukan diciptakan buat kamu, usahlah disesali.
Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya.

Dia Maha Kasih, Lagi Penyayang...

Wednesday, September 15, 2010

HATI YANG KAU SAKITI

Salam Syawal

Edisi komika kali ni nak jiwang taman sikit. Boleh? hehehehe

Yalah asyik nak cerita happy saja.

Nak selongkar juga cerita sedih. Sedih ke masalahnya? Buat yg hati kental..tidak kot:P

Ok entry harini tak berkaitan dengan mood. It just appear on my mind macam mercun pop-pop yg sangat tak-rock di mata budak nakal seperti aku.

Kisah ini biasa dihadapi oleh orang normal. Semua ada perasaan ni. Betul kan?

Perasaan sayang, kasih dan lepas tu putus.

Bila tiba satu waktu, memang hati ni dah disakiti oleh si dia., dan ada keadaan dimana susah hendak menerim si dia semula dalam hidup. Mungkin ada sesetengah readers tak pernah mengalami. Tapi aku percaya...

Ia memeritkan...










Alami manusia..Disakiti dan menyakiti..

Iktibarnya, kalian sendiri boleh tentukan. Kalau memang dah betul2 jaki, benci, meluat, dengar nama pun rasa macam hendak histeria, carilah yang lain.

Memang cakap senang. Mudah bak menulis A, B, C kan?

Tapi sampai bila hendak belenggu diri dengan memori lama? Sampai bila hendak simpan dendam kalaupun si dia tu dah menyakitkan hati?

Jadi lah seorang yang positif. Truly dia bukan jodoh kita. Truly bukan dia yg terbaik buat kita. Tuhan itu Maha Mengetahui. Diberikan dugaan, didatangkan dengan hikmah, di alas dengan kesabaran dan diganjarkan dengan nikmat yang tak ternilai.

Ada sebab mengapa Allah tak jodohkan kita dengan si polan-si polan itu.

Kau orang boleh tengok hikmahnya nanti.

Pernah dengar kan kisah mereka2 yang bercinta bertahun-tahun, tapi nikahnya dengan orang lain? Ada tersirat yang kita sendiri tak tahu. Allah sembunyikan hijab itu dari kita sebab Dia suruh kita berusaha mencari selain melunaskan tuntukan sebagai Khalifah di muka bumiNya ini.

Walau hati pernah di sakiti, jangan pernah berhenti dari mencari cinta yang sepatutnya layak untuk setiap manusia di muka bumi ini.

FaizalSulaiman:--)Tawakal dan redha..

***


ps: Sedang menyiapkan edisi 'Write Cup' untuk laman Aksara Keraian. Berentap dengan seorang lagi blogger hebat Shafaza Zara Syed menerusi genre 'Dakwah Islamiah'. Hopefully aku boleh lakukannya dengan baik. Dalam kepala ni ada 3 cerita yg ditolak tambah dan salah satunya berjudul 'Buraq'. 'Write Cup' bermula 1 Oktober ini menyaksikan perlawanan persahabatan penulis-penulis di laman Aksara Keraian yang diberikan genre yang sangat berbeza dengan karya yg selalu mereka tulis. Tujuannya satu. Nak 'keluarkan' semua penulis dari zon selesa masing2 which is bagi aku very good!!

Aku menyaksikan genre 'Dakwah Islamiah' sebagai satu genre yg sangat berat dan mencabar, sebab sebelum ni dah selalu menulis genre thriller, seram dan dark comedy.

Klik sini untuk ke laman Aksara Keraian. Karya aku berjudul 'Farcir' diambil dari terma kulinari Perancis yg membawa maksud 'sumbat'. Sekarang sudah masuk season 2. Tak lama lagi season 3.wakakaka

Loro: Jilbab Chendana akan disiarkan semula Jumaat ini September 17, 2010 jam 8.08 malam manakala boost up dramedy 'Farcir' episode 50, 51, dan 52 akan disiarkan InsyaAllah Jumaat ini juga..Oh berlari berkejaran mengejar dateline!!

eh..aku baru perasan la selama ini menonton filem 'Ali Baba Bujang Lapok' arahan P Ramlee, tak sangka filem itu adalah salah satu contoh filem dark/black comedy paling berjaya!!!

Monday, August 30, 2010

SAYA SUKAKAN AWAK. SUNGGUH!!!

Salam Ramadhan

Komika lagi. Aku rasakan, siri komika warna warni ni sesuai untuk kisah jiwang aje kut:P Sila tekan soundtrack kalau mahu lebih feeling:)














:::
Moral
Kalau suka, terus cakap suka dengan orang tu. Tak perlu nak tunggu-tunggu. Cinta ini bukan senang nak datang. Nak-nak dengan orang yang sudah serasi dengan kita. Rebutlah peluang selagi ada.

Selagi ada cinta, luahkan saja sebelum ia terlewat:)

FaizalSulaiman:---)Jangan lupa slot Loro:Chendana 6 malam ini jam 8:08 malam:)

Wednesday, August 25, 2010

BAGI AKU, ENGKAU TELAH TIADA

Salam Ramadhan;)

Hari ni nak buat entry lain sikit. Harap Kalian suka la. Yelah..asik skema tegak je. Bosan kan?:) Aku ingat nak buat petarajahminda. Tapi bila apply paint..MashaAllah..Huduh! Lukis pon apatah lagi! huduh banga!. Jadi aku buat mana ada. Dengan grafik2 ni, lawa juga (perasan sendiri). Eksklusif buat korang la neh:)

Oh ya, nak dapatkan feeling, klik la kat lagu atas tu. Sikit tidak, feeling tu mesti ada.Wallaweiii!!!












Kalian rasa, apa yang kalian fikir?

Aku? Pendapat beginilah ya..

Lupakan saja. Buang karan fikirkan orang begini:) Tak elok nak bersedih atas sebab dia tak ingat kau. Mungkin dia tak kisah akan kau sekarang. Sakit ke..sihat ke..susah ke..senang ke..

Lebih baik, kita sayang dengan orang yg ikhlas suka kat kita saja. Kan lebih baik?..

Lagipun benda2 internet macam ni tak kekal lama.Ini baru kes ditinggalkan.Kalau kena tipu sampai beribu-ribu ringgit, tak ke naya. Fikirlah kalau nak berkawan dengan serius di internet. Aku tak menghalang. Tapi ingatlah batasnya. Bagi aku sekadar kawan cukuplah..

FaizalSulaiman:Jiweng la pulek:P piftttt

ps:Terima Kasih atas pembacaan Loro:Jilbab Episode 5: Terlepas? Klik sini

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED