Showing posts with label peram. Show all posts
Showing posts with label peram. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Peram: Katak Dalam Gelas vs Katak Bawah Tempurung

Katak dalam gelas ni?Gulp??


Katak?

Slimy, amfibia dengan kaki belakang yang pantas melompat.

Asalnya dari berudu, (well masa kecil selalu bermain di lopak air selepas hujan dan terasa sangat jakun apabila melihat berudu berenang-renang seperti ikan)

Sekarang, apabila mengimbas berudu, lalu aku membayangkan sperma dalam rahim ibu sebelum sperma itu menjadi kita sekarang.

Stop cerita berudu dan sperma.

Kembali pada cerita katak.

Kita sering dengar peribahasa jangan jadi macam ‘katak bawah tempurung’ literary means, jadik orang tu jangan tak ambil tahu dunia luar.

Ada baiknya kan? Nak-nak manusia zaman sekarang. Semua maklumat kat hujung jari je. Gosip-gosip boleh dapat kat internet je Kak Bedah hoi! So bila sembang isu semasa, tak adalah kita jadi ‘kera sumbang’.

Tapi pernah dengar peribasa ‘katak dalam gelas’? Nehhh tak pernah dengar kan? Kan?

Ini sebab peribahasa ni cikgu kimia aku yang create. Nama dia Cikgu Habsah. Mana la dia sekarang. Habis puas aku jejak kasih kat FB. Tak jumpa pun weh! Thanks to you Cikgu Habsah. Credit to you sebab saya dah guna peribahasa tu untuk membahan pelajar saya yang TAK MAHU AMBIL TAHU LANGSUNG pasal dunia atau isu luar. Kata lain menge-dog (baca menganjing)

Katak dalam gelas? Senang.

Tangkap sekor katak. Bubuh dalam balang yang macam gelas tu.Pastu tutup lubang baling tu dengan pemberat. Kau akan melihat mata katak tu seolah-olah blinking-blinking chioomel . Terkebil kebil tengok action kau kat luar tanpa mampu buat apa-apa.

Orang yang hidup macam ‘Katak dalam Gelas’ ni seperti zaman sekarang. Ada teknologi. Ada sumber tapi langsung tanak tahu perkara sekeliling. Takda inisiatif untuk ambil tahu.

Kalau dah tahu tapi tanak ambik port, tak apalah.

Kita ada hak nak buat keputusan sendiri kan?

Actually, jadi ‘katak dalam tempurung’ lagi okey dari ‘katak dalam gelas’.

*
Ada penonton dah review filem Songlap. The thing in Malaysian viewers, mostly semua suka citer lawak-lawak lengai, rempit, hantu pesen satu hala! Well nasihat aku, Songlap banyak pengertian yang subtle. Jangan nak harap ceritanya rata je. Ye. Tonton filem sebab nak reduce stress jadi buat apa nak serius kinda stuff, but kemon la, sampai bila nak melengaikan diri dengan menonton sesuatu yang ‘sengal’ di layar lebar lepas tu ketawa terbahak-bahak macam tin kosong, disepak kelentang kelentung tak ada isi??

Sudah menonton filem ini. Heart wrenching piece. Another Indonesian film that making into 84th Academy Awards (before being shortlisted). Our Malaysian film that making into Academy Award entry was Puteri Gunung Ledang

Wednesday, November 16, 2011

Peram: Harga Hargai

Trip ke Sabah tempohari diisi sedikit dengan lawatan ke tempat ini. Tanjung Simpang Mengayau di Kudat.There is something special about this place. It's Tip of Borne:) Ce lihat peta Sabah.Perasan tak yang atas, yang tajam tu. Nilah bentuknya:)



Dua perkataan yang berasaskan kata dasar yang sama tapi mempunyai makna yang sedikit berbeza

Harga- Nilai.

Ayat: ‘Jamenah,berapa harga keropok mony ni kalau aku nak beli berbundel bundle?’
Ayat Balas: ‘ Lima puluh ringgit ‘

Hargai- Menilai
Ayat: Ozlin tak pernah hargai pemberian Poyogo, yang actually menyukainya dalam diam.

Faham ye. Oh almost forgot. Kertas BM, SPM sudah lepas..

Enough chat. Let’s get some dirt.

Could anyone agreed with me yang apabila seseorang itu benar-benar meninggalkan kita, barulah kita merasai kehilangannya. Barulah kita terhegeh-hegeh nak buat tribute padanya. Barulah kita terfikir nak mengingatinya semula.

Face the truth. Hidup ni macam itulah.

Bila ada depan mata, tak pernah nak hargai. Bila si dia dah pergi meninggalkan, timbullah penyesalan yang konon-konon, lalu angau katanya tak boleh nak lupakan.

Kenapa semasa ada tak pernah cuba untuk hargai?

Kenapa mesti nak tunggu selepas berpisah?
Kenapa mesti nak tunggu selepas dia pergi?
Kenapa mesti nak tunggu selepas si dia sudah mati?

Jawapannya mudah.

Dalam pencarian seorang manusia itu, kau dan aku mungkin dikaburi dengan nilai ‘kesempurnaan’atau dalam erti kata lain, perfect match. Nak ikut citarasa kita. Selera kita.

Why not you stop searching and start valuing people. Hargai orang yang ada disekeliling, usah sibuk fikirkan clans/kawan-kawan twitter/kawan-kawan FB/blogger/partner tak menepati kriterialah, tak HOT lah, tak layaklah.

Hello! Go and mirror yourself. Jangan muka saja elok, perangai haramjadah, otak kosong, tulis macam budak tak sekolah, perangai tak semenggah dan itu harga yang nak dipertaruhkan untuk menilai orang lain? Give me a break!

Hargailah semasa ada. Semasa nampak depan mata. Boleh jadi, dialah yang akan jadi kepunyaan kita, pengubah nasib kita, teman hidup kita, teman rapat kita.

Besides, berapa sen sangat harga nak hargai orang?

Priceless tahu?

Wednesday, October 19, 2011

Peram : Lebih Keji Dari Syaitan (Mungkin)

Semua orang gempar pabila footage kanak-kanak dua tahun dari China koma (ada yang memberitakan sudah mati) akibat digilis dua bijik kereta jahanam !

Kejadian yang berlaku disebuah pasar itu dikatakan turut disedari beberapa publik yang AKHIRNYA MEMBIARKAN SAJA PERKARA ITU TERJADI, mempedulikan kesakitan yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Kenapa manusia dah makin lahanat ?
Binatang pun tahu sayang anak-anak!

Get lost kalau kanak-kanak itu bukan anak kau sekalipun waima kau takde pertalian pun dengan dia.

Mana cirinya seorang manusia, yang faham bahasa, tapi buta mata pekak telinga bila kejadian itu berlaku depan mata!

Mesti budak perempuan tu baya-baya si Faris (belah kanan) masa gambar ni diambil


Ini belum termasuk laporan tempatan apabila seorang gadis belasan tahun, mengelar bayi perempuannya yang cukup sifat setelah dilahirkan! Faker! Kelar tahu, kelar! Macam kau kelar badan ikan tu, macam tulah budak perempuan tu kelar anak dia gunakan pisau pemotong sayur!

Alasan sebab TAKUT boyfriend. Ikut alasan boyfriend. Inilah lelaki paling bangsat dan paling tak guna di muka bumi secara tak langsung memalukan spesis lelaki-lelaki lain. Bila nampak lelaki lembut, masa-masa tu juga kau nak hina. Bila kau yang habis ‘JANTAN’ buat perkara terkutuk ni, konon nak membukti kau LELAKI sangat lah ya ? Bangga?

Ok lelaki, jangan marah aku bai ! Marah budak lelaki tak guna yang dah suruh makwe dia bunuh anak sendiri ! Dek kerana lelaki macam ni, orang perempuan akan cap, ‘lelaki semua sama saja’

Kita lelaki patut lindung wanita ! Bukan lindung dengan peluk cium tak sah! Ah Faker la lelaki macam ni!

Mana cirinya seorang manusia, yang faham bahasa, tapi buta mata pekak telinga?

Kau dah buat dosa berzina, kau berdosa pula membunuh.

Percayalah dik, dosa ini akan kau tanggung sampai lahad menerima kau nanti !

Ok aku cuba faham. Mungkin budak perempuan ini terdesak. Sayang gilababeng dengan pakwe. Taat cakap pakwe. Tanak pakwe tinggalkan. Bila terdesak, dia akan conjure act of desperation. Bunuh jalan terbaik. Hilangkan nyawa tu mcm biskut chipsmore. Telan!

Aku marah sungguh!

Mana hilangnya nilai seorang manusia??

Tuesday, July 05, 2011

Peram: Cantik Tapi Tak Molek


Mungkin entry yang bakal korang baca ni pernah dibaca di mana-mana medium atau mungkin pernah jadi pada diri sendiri.

Jujur aku katakan, aku tersangat pantang dengan manusia bersikap biadap atau dengan kata lain kurang ajar.

Lebih-lebih kalau perasan diri tu cantik/hensem semua orang dia nak pandang rendah. Macam dia saja yang bagus, jadi tak perlu terima pandangan orang lain. Terma biadap ni ada macam-macam jenis:
1) Cikgu cakap kat depan, dia sibuk berborak dekat belakang. Langsung tak hormat!
2) Bila bersoal jawab atau diminta beri pendapat, buat muka, siap jeling
3) Nasihat tak mahu terima. Macam dia sorang betul saja
4) Ah malas la nak list down. Menyakitkan hati aku saja.

Kau orang pun pernah nampak banyak kan? See a lot of examples! Sindri mau ingat derr!

Muka cantik/hensem, otak kosong perangai biadap, takde guna! Betui dak? (stail Kedah-Juvana)muehehehehe

Bagi aku cantik tu datang dengan pakej seperti hormat orang tua, bersopan, cakap penuh hemah, sentiasa memandang orang lain dengan persepsi baik, kawal perangai dan macam-macam lagilah. Bila dah berlaku perkara biadap, secara tak langsung, mak bapak juga yang dipersalahkan-walaupun-hampir-kesemua-kes-didikan-dari-ibu-bapa-adalah-perkara-pertama-yang-perlu-diambil-kira.

Namun, bagaimana kalau mak ayah sudah mendidik dengan baik, tapi anak tu sendiri yang berperangai seperti syaithon-nirrojim?

Perlukah, terma lututku di pipimu atau kasutku di mulutmu??? LOL

Tepuk dada, dada sakit:)

PS: Tak sempat nak berblogwalking.Bulan sibuk sudah bermula

PS2: Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan sekelas, Saimah Hamid dengan Pasangan Mohd Zahril semoga berkekalan hingga akhir hayat. Minta maaf sangat2 tak dapat datang majlis 2hb Julai di Batu Kurau (aku ada Majlis Konvokesyen) dan 9 Julai di Ipoh (aku terlibat dengan program Sukan Rakyat). Untuk dua minggu mendatang pula, program Kemahiran Insaniah UiTM. Minta maaf sangat2 ya:)Justify Full

Thursday, June 09, 2011

PERAM: Manusia? Ada Ego Dowh! Siapa Nak Terima Kekalahan? Kekurangan Diri?

Mencari perkara yang tak pasti itu sukar..


Kita masih boleh jadikan surat khabar sebagai alatan untuk mengembang minda, walaupun sekarang bahan internet merata meluas merayap-rayap macam kutu.

Semalam terbaca sebuah headline tentang ‘asmara terlarang’ terpapar di muka depan.

Adik aku yang berusia 11 tahun kelihatan berkerut-kerut membaca tatapan ‘asmara’ yang mengikut pengeritian aku, dia tak faham. Nak tanya mungkinlah segan. Plus..macam mana pula aku nak terangkan.

Kita pupukkan minat membaca sedari usia kecil. Bahan dah ada depan mata. Dari dia bazir masa depan tv tengok Ultraman Gaia, Hamtaro, Stuart Little…baik dia peruntukkan sedikit waktu untuk sedikit asahan minda. Sekurang-kurangnya dia boleh asah bahasa ibundanya sendiri.

Itu belum lagi beliau membaca akhbar yang memaparkan perkataan ‘Liwat’, ‘Seks’ and a few words yang kita sebagai orang dewasa merasakan budak sekecil itu tak patut dengar.

Adakah aku yang terlalu over-protective?

Hey budak 14 tahun dah buat ekspolrasi tentang dia yang dah tak ada dara. It could be worst nowadays! Yang kena tegur pun boleh balas dengan maki hamun balik. Tegur demi kebaikan, dibalas dengan ‘sampah’?
Manusia? Ada ego dowh! Siapa nak terima kekalahan? Kekurangan diri?

Sepuluh patah perkataan di atas bukanlah isu yang ingin diperkatakan. Isu aku tetap pada headline yang membuatkan aku berfikir berkali-kali untuk dibaca budak-budak. Sometimes, isu terlalu violent.

Adakah headline sekadar sebahagian strategi jualan?
Atau itu kenyataan sekarang hatta menampakkan kerakusan, kebodohan, ketamakkan, kegilaan manusia?

Ya..aku bingung mencari jawaban yang serasakan sesuai…

(mengeluh)

PS: Meh singgah ke website Yoyooh dan baca my 2nd entry.Leh komen pakai FB button okay!Gerek gila!!!

Wednesday, May 04, 2011

Peram: Baik Tak Semestinya…

Just a random pic. The scene, aku suka

Semalam menonton satu siri kegemaran.
Dan dari apa yang aku perolehi hasil tontonan sejam itu adalah…

Sometimes good deeds have bad consequences

Setuju kan?

Pepatah selalu kata, buat baik berpada pada.

Berpada-padalah kalau nak buat baik sekalipun. Tak boleh taat menurut saja.

Kadang-kadang terlalu baik, kena pijak jugak
Kita baik orang ambil kesempatan
Malah ada sesetengah mengaggap, perbuatan kebaikan ini akan datangnya ‘ulterior motive’ ataupun hidden agenda.

Manusia, macam aku dan kalian juga mesti mempunyai paling tidak sedikit perasaan negatif towards these people.

Kenapa mesti nak baik dengan aku?
Apa tujuannya dia ni baik dengan aku?

Mesti ada kan? But than, berbaliklah kepada ajaran Islam. Selalulah bersangka baik. Ikhlas dalam perbuatan baik kita pada orang. Kadang-kadang orang kita terlalu terikat dengan peribahasa ‘Buat baik dibalas baik’.

Tak perlu harapkan balasan. Mungkin tak sekarang, later on bila kita memerlukan, Allah akan berikan atas niat ikhlas kita pada orang lain.

Ini mengingatkan aku kepada satu momen dalam novel Harry Potter and the Deathly Hallows dimana Potter, Waesley ditangkap lalu disumbatkan di dalam Rumah Keluarga Malfoy (Malfoy Manor)—Pusat Sementara Dark Lord Voldermort. Di dalam dunia sihir, sesiapa yang berhutang nyawa, akan dibalas nyawa. Let say si A ni pernah menyelamatkan si B, maka si B wajar membalasnya kembali jika nyawa si A dalam keadaan terancam, dimasa akan datang.

Potter pernah menyelamatkan Peter Petergrew (si tikus yang bertukar jadi orang dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban) dari dibunuh. Rentetan dari itu, si Petegrew ini mendapat tangan perak hasil usahanya menghidupkan semula Dark Lord. Petergrew masih tak serik. Nak tunujuk kunun2 dialah pengikut setia Dark Lord cuba membunuh Potter semasa menjadi tawanan di Rumah Malfoy namun mati apabila tangan peraknya sendiri mencekik lehernya, disebabkan sumpahan berbalik-hutang nyawa-tadi.

JK Rowling, si penulis mencipta satu keadaan keadilan dimana perbuatan baik, dalam apa jua keadaan akan dibalas baik.

Tapi dalam dunia realiti, ada perbuatan baik yang tak dihargai. Tak peduli, lalu mati…

ps: We human sometimes never learn from mistakes. Kadang-kadang orang tu dah buat teruk dengan kita. Give a damn shit, tapi still ada sesetengah masih nak menolong. Tak sampai hati.

Tapi ada orang sampai hati dengan kita?

Wednesday, March 16, 2011

PERAM: Hidup Ini Tidak Indah Seperti Fairytale Busuk


Salam

Seronok semenjak dua ini bertwitter dengan rakan maya. Lebih-lebih dengan beliau yang bercerita tentang entry blognya diciplak.

Blogger baru, nasihat untuk aku sekali, please don’t ever copy-the-hell-paste.
Jatuh maruah penulisan kita kalau kita meniru bulat-bulat entry orang.

Belajarlah meng-quote apa yang telah ditulis blogger lain. Bukan macam tu nak dapat traffic tinggi ya.

Ok back to the topic.

Kita selalu ditanya dalam hidup.

Ditanya mengenai tidak hendakkah kita untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan.

‘Bila kau nak beli kereta baru?’
‘Bila kau nak dapat anak?’
‘Bila kau nak kahwin?’

Manusia memang kebanyakan jenis tidak sabar. Diberinya A, dia nak sampai Z!

Cuba tanya diri kita.

Siapa tak nak hidup sempurna? Ada wang. Ada harta. Ada kerja best. Ada pendidikan. Ada suami/isteri. Ada anak-anak. Ada keluarga.

Siapa tak nak, memang dia tak center otaknya.

Ya. Hidup ini tidak indah, ye sayang-sayang semua. Kalau kau nak cari kesempurnaan dalam hidup, sumpah sampai mati kau takkan jumpa.

Boleh kau bayangkan perasaan orang yang ingin sangat perkara yang diidam idamkannya tapi tak dapat? Orang lain ada kerja baik, tapi dia masih cabuk. Kumpul duit sebulan pun belum tentu boleh jejak beribu riban hujung tahun.

Orang lain dah beranak pinak. Bahagia disamping pasangan. Tapi dia masih sendiri, keseorangan. Senyum saja tengok kebahagiaan orang lain, menanti masa bilalah tiba bahagianya pulak.

Orang lain berjaya dengan pendidikan tinggi. Nampak masa depan. Tapi nasib dia belum tahu. Sekolah tak tinggi. Banting tulang macam nak mati, gaji ciput hendak sara hidup yang makin lama makin meninggi.

Bergurindam pulak!

Rezeki manusia tak sama. Masing-masing ada bahagiannya. Allah dah tentukan. Hidup ini selain usaha, kita perlu berserah. Mungkin bukan sekarang. Mungkin esok lusa siapa tahu.

Kita, yang lain—sudah menemui bahagia dan selesa hidup sendiri—janganlah pulak memandang kehidupan orang lain sebagai bahan jenaka. Jangan persoalkan kenapa orang tu masih macam tu je kerjanya, masih macam tu pendidikannya. Kenapa masih belum ada anak? Kenapa masih belum berkahwin? Apa salahnya doakan?

Itu urusan Allah.Ajal maut ditangan Tuhan. Dia Lebih Tahu.

Kita sebagai manusia, takpayahla nak memandai-mandai, ok!

Sekadar meluah pendapat dari beberapa buah fikiran tentang nasib hidup yang memang tidak indah macam fairytale busuk.

Monday, February 21, 2011

PERAM: Apasal Malas?


Salam

Edisi pertama PERAM pada tahun 2011.

Ada antara kita digolongkan dalam katergori ‘warganegara malas’!

Jangan freak out dulu. Baca bagi habis sebelum nak jatuh hukum.

Baca pada situasi yang aku tuliskan di bawah:

Keadaan di depan bank, especially di ATM Machine. Apa yang boleh kita lihat selain mesin cucuk duit gedabak tuh?

For sure.., SAMPAH!

SAMPAH daripada receipt roll paper yang keluar dari ATM tak kiralah samada nak cek baki atau nak tahu current savings selepas membuat withdraw.

You see, culture kita begitu agaknya.

Lepas aje ATM keluarkan roll paper tu, sehelai, some warganegara yang tak bertanggungjawab ni main buang aje kat tepi-tepi teller machine tu dengan muka yang tak bersalah.

Sumpah! Aku macam nak baling kasut uncle Mc Donald ke muka dia!

Hello? Ada tong sampah dekat sebelah kau tu. Masuk dalam tu tak boleh ke?

This is the habit yang paling aku tak berkenan. Kadang-kadang kalau tak ada pekerja bandaran yang sapu, bersepah-sepah roll paper tu memenuhi lantai, depan premis bank! C’mon! otak ada, tolonglah guna.

Berhemah lah sikit!

Itu belum tengok lagi kat pasaraya. Bersepah troli dekat parking kereta sebab tak mahu hantar ke tempat asal troli tersebut. Malas gila!

Mana kesopanan dan kesusilaan?

I mean, tahulah dah ada pekerja yang buat semua benda tu, tapi tu kan apart of tanggungjawab juga!

Faizal Sulaiman:--> Tekak perit! symptom nak batuk dan kemungkinan efek pada tonsil. Allah…

Monday, December 20, 2010

PERAM: MUAK

Biar kanak-kanak membersar dalam persekitaran mereka dulu..



Salam Isnin

Mood kembali berblogging selepas masalah diri sudah reda.

Alhamdulilah

Semalam, masih tangan mengemas-ngemas ruang buku yang bersepah di bilik, aku menangkap bunyi sorakan di TV.

Bola ke? Rasanya Malaysia dah menang semalam, melawan Vietnam

Jengah di balik langsir, rupanya, kanak-kanak dok menyanyi hu ha hu ha disertai sorakan peminat.

Aku pelik lah.
Tak cukup orang besar, budak-budak kecil dijadikan taruhan untuk menjadi penyanyi?

Budak-budak suka aje disorak. Dipakaikan cantik. Disolek. Diajar cara menjadi bintang. Jadi glamour! Aku cuba memandang rancangan berkonsepkan hiburan ini sebagai equal. Tak mahu berat sebelah dengan mana-mana stesen TV

Mungkin ada pro and cons nya.

Budak-budak leh reduce stress. Leh explore bakat menyanyi disamping recording company leh cungkil bakat dorang untuk jadi artis-lah-katanya- di masa akan datang menggantikan legasi Dato Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hujan, Yuna, (sekadar menyebut beberapa nama)

Tapi aku lebih memandang kepada negative side.

Kalian boleh fikirkannya sendiri.

Apa yang aku kesalkan, tidak banyak program kanak-kanak berunsurkan pendidikan macam sesetengah negara. Paling dekat Singapura.

Dulu, aku suka menonton rancangan ‘Singapore Brightest Kid’, mengumpulkan sepuluh kanak-kanak terpintar Singapura sebelum diuji dengan pelbagai soalan seperti Math, English, Sains juga Sejarah dan Pengetahuan Am.

Pernah satu ketika, kanak-kanak berbangsa Melayu muncul juara rancangan tersebut mengalahkan dua kanak-kanak berbangsa Cina.

Itu sangat membanggakan. Aku menumpang sekali.

Adakah Malaysia kita terlalu berhiburan?
Terlalu hedonistic dengan nilai melalaikan?
Kinja-kinja lalu dijadikan bahan sorakan, kebangaan, keistimewaan?

Cukuplah dengan rancangan hiburan, especially untuk kanak-kanak.
Popular mereka tak ke mana kalau takde pendidikan yang sempurna.
Paling jelas aku nampak mereka ini dikomoditikan seperti rancangan hiburan dewasa (pertaruhan SMS dijadikan sandaran undi)

Dalam hal ini, aku sangat merindui rancangan Along (penampilan cukup best Siti Sifir sambil baca sifir, pakai spek mata besar) atau rancangan Di Mana Joe Jambul yang menunjukkan peta di akhir rancangan untuk menjejak geng-geng Joe Jambul.

Itu bagi aku, ilmu.

Jadi berhibur dengan ilmu. Bukan berhibur sambil betulkan pitching, betulkan gerak tari, betulkan ekspresi muka, tingkatkan mutu vokal, yada-yada-yada.. They are too young for that!

Yang tak setuju, aku minta maaflah ya.
Tapi bagi aku, totally memang tak bersetuju.

Status FB semalam:
Honestly, aku muak dengan program nyanyian kanak-kanak di TV. For the sake of mencari bintang cilik?? Kenapa tak adakan rancangan kanak-kanak terpintar? Education base show?Dari kecik sampai yang dah besar, sumer berlumba-lumba nak jadi penyanyi.Haihhh

Faizal Sulaiman:--->Usaha NST membikin rancangan Spell It Right menerujakan aku. Aku yang besar gadang ni pun tetap tonton demi nak dapatkan ilmu!

ps: Lama betul aku tak menulis di Blogbuster...Sorry ye Paan. InsyaAllah dalam minggu ni kembali mengepos entry:)

Thursday, November 04, 2010

PERAM: PERIKSA DAN KELUAR AWAL


Salam:)

Lama dah aku tak gebang dalam slot 'Peram'. Sebelum ni asyik tulis pasal kehidupan bermasalah kita sebagai manusia. La ni, aku nak habaq mai pasal sikap sesetengah pelajar, memandangkan aku sudah menjadi tenaga pengajar. Fokus group tu. Macam nak buat reserach plak. hahaha

Kita kongsi apa yang kita ada, ya.

Sekarang ni musim peperiksaan. Mungkin ada sesetengah students yang dah abis periksa. Tahniah aku ucapkan. Buat yang masih struggling nak menghabiskan paper, usahalah sekuat-kuatnya.

Situasi tipikal dalam peperiksaan bila student keluar awal. Kadang-kadang tu sejam dah blah. Buat yang masih menjawab, tentu kalian bengkek habis kan? Psiko la orang keluar dewan exam awal2 neh.

Di sini aku boleh simpulkan dua teori:
1) Memang dia budak brilliant, score on going assesment, maka dia jawab dengan baik lalu melayakkan dia keluar dewan peperiksaan awal. Espressi muka haruslah bangga dengan jalan mendabik dada. Pandang orang pun sebelah mata. Member pandang dia, dia hadiahkan senyuman sini.'Soalan kachang derr'
2) Memang dia tak boleh jawab soalan. Maka lagi lama ditenung soalan, makin bertambah benci lalu terbayanglah gred yang akan dapat nanti. Melayah-layah macam salji krismas!

Tahu lah students2 semua pandai.
Tahu lah dapat tips banyak dari pensyarah.
Tahu lah buat past year exam dengan study 5 sem kebelakang

Tapi apa gunanya kalau cuai?
Apa gunanya merepek meraban sampai pensyarah yang menanda makan hati?
Tak baik, kan?
Noti..noti

Students kena ingat, jawapan yang dibentangkan perlualah releven. Elakkan main hembus sahaja kerana dibimbangi markah anda dapat nanti juga main hembus sahaja.

Sebab itu diperuntukkan masa yang secukupnya. Periksa dan perinci jawapan anda sebaik-baiknya. Kalau perlu jawab semula atau tak puas hati dengan jawapan, sila buat balik. Tulis semula.

Tak rugi pun! Ingat, apa yang kita dah buat, tak boleh nak undur balik.

Jangalah terlalu over confident dengan jawapan sendiri dan membayangkan score A dalam tangan walhal jawapan yang anda berikan salah sama sekali. Pastikan ada sedikit perasaan curiga dalam hati dengan jawapan yang kita berikan. Ingat balik pembacaan anda terhadap satu2 topik yang ditanya.

Tips penting adalah dengan memahami intipati soalan, seperti:
1) Senaraikan (List down..)
* Tak perlu penerangan. List sahaja. Jangan kau bantai essay kat sini.

2) Lakar dan label (Illustrate and label)
*Buat gamba rajah elok2, lepas tu label elok2. Jangan tinggal @ purak2 terlupa nak label. Ini tak. Buat diagram punyalah lawa, kau tinggal label buat apa? Hilang markah dah kat situ. Tak sayang ker?

3) Terangkan/Jelaskan (Describe)
*Konsep ini kena jelas ya. Bila dimintaknya 'jelaskan', maknanya anda perlu menjelaskan sesuatu jawapan sekali dengan contoh. Perlu letakkan contoh. Dengan ada contoh, markah anda akan bertambah. Nak goreng boleh, tapi pastikan jangan hangus! Jangan merepek sampai ke bulan sudahlah. Logik dan menepati kehendak jawapan/skema jawapan.

4)Bincangkan/Perincikan (Discuss/Details)
*Hat ni perlukan kemahiran essay. Jangan buat essay sekangkang kera ok. Tak menjamin markah anda. Bincangkan adalah jenis soalan yang menuntut anda menulis 'pendahuluan' (intro), 'isi' (contents) dan penutup (closing). Perlu diingat, contents perlu disekalikan dengan contoh.

Habis penerangan. Kembali pada tajuk entry.

Buat apalah nak keluar awal, kan? Semak soalan dan jawapan. Pastikan 'jawab apa yang ditanya, bukan jawab apa yang anda tahu' (tetiba teringat seminar lama dulu.hak hak hak)

Kalau tak dapat idea semasa menjawab, jangan terus give up. Kau tengok2 la siling, Tengok2 la muka pemeriksa yang hensem lawa tu, kau tengok2la kertas soalan. Well apa yang aku nak cakap sini adalah, Allah kan ada. Selawat banyak2. Zikir sikit2. InsyaAllah, Dia tolong. Aku pernah menghadapi situasi yang sama bila mana otak aku terus blank tak tahu nak jawab apa.

Terasa hampir give up.

Alhamdulilah, Allah tolong masa tu. Atleast aku jawab and some more jangan biarkan jawapan anda tak berjawab ok.

Rugi kalau keluar dewan exam terlalu awal sangat. Kau dah habiskan 3-4 bulan di bilik kuliah, dengar lecturer membebel bagi lecture and you ended up with keluar awal dan buat 'asal boleh' dalam kertas jawapan???

Jangan kerana jawapan 'asal boleh' anda tu, anda terlepas peluang nak dapat 'A'.

Gigit jari la kau jawabnya...

Ambil iktibar ya!

Thursday, July 29, 2010

PERAM: BILA TV TERJAH, SEMUA GELABAHS- DENGAN PENAMBAHAN S DIBELAKANG


Salam

Malam tadi tonton TV3 menerusi slot panas Aduan Rakyat. Dokumentari majalah berdurasi 30 minit ni sgt menarik pengisiannya. Perantara memang tak lain tak bukan, Karam Singh Walia- lelaki yg terkenal dengan peribahasa bunga-bunga sentap dan laporan beraninya bila tiap kali membuat kupasan.

Aku kagum dengan semangat Karam.

Semangat Karam ini bertitik tolak dengan laporan Aduan Rakyat malam tadi. Kisah tentang penduduk di Pahang yang tidak mendapat bekalan air bersih walaupun dah duduk di kawasan tersebut lebih puluhan tahun.

At first, kepala yang ligat sedang membuat nota untuk sesi pengajaran esok, di depan laptop lekas berfikir. What? So many years and takde bekalan air bersih? So selama ini makan, minum, mandi, mandi hadas semua macam mana?

Aku tepuk dahi. Biar betul?

Aku berlari kejap keluar bilik dengan mata hampir nak tidur tu. Terkebil2 kebil melihat dikaca berpetak empat segi skrin leper TV beberapa (ramai okk) penduduk tempatan kawasan tersebut menyatakan ketidak puasan hatian (ada ke perkataan ni) mereka kepada pihak TV3. Ada yang menangis teresak-esak disebabkan sudah terlalu lama mengadu tetapi LANGSUNG TIDAK DIAMBIL PEDULI OLEH PIHAK YANG SEPATUTNYA.

Aiyoh!! Apa ni?

Lets be logic! So many damn years without safety drinking water??? Takde langsung pihak yang bertanggungjawab dengan semua ni? Aku jadi semakin marah apabila bil yang mereka terima, TERPAKSA DIBAYAR pula, WALAU TIADA BEKALAN AIR!

Menyirap!

Ok lah. Aku cuba rasional. Kalau jadi pada kalian pun, kalian pasti akan marah. Sangat marah, bukan? Itu rasional logis orang yang berperasaan. Then, korang nak tau, keajaiban berlaku selepas krew Aduan Rakyat melangkah keluar dari kawasan tersebut. Nak tau magic apa?

Semua penduduk mendapat bekalan air bersih, melimpah ruah dan sesuatu yang mereka tidak pernah nak bayangkan selama berpuluh tahun!

Penduduk Pahang, kawasan itu, aku ucapkan Tahniah. Setinggi penghargaan buat TV3. Keadilan sudah kalian letak semua ditempatnya!

FaizalSulaiman:---)Bila tv datang menerjah, baru nak gelabahss, dengan penambahan “s” dihujung, bermakna PLURAL. Maknanya, baru nak ketaq kepala lutut!

gambar ihsan google

Friday, June 18, 2010

PERAM: AKU..TAKUT KAHWIN


Salam.

Oh sinikalnya tajuk entry
Kut ya pun nak gelak, sila gelak belakang aku okay.

Ya ini entry memang berkaitan dengan kahwin.
Soal yg sering dibincang tak kira lapis umur…er sebenarnya untuk orang tua tak sedar diri macam aku nilah.har har har

Kecah ar lu, belom kahwin nak bising2.

Ok aku memang kecah. Tapi bertempat. Yolah..umur makin meningkat. Sorang calon pon belum ada. Takpe..sabarkan hati. Tapi itu bukan point utamanya hari ini.

Terus terang..aku bukan jenis tergopoh gapah dalam bercinta neh. Lebih2 nak ucap “sayang” setiap hari.

Tapi itulah yang aku buta, agaknya.

Lawan sejenis aku sukakan perkataan manja2 itu disetiap hari. Maaflah sayang, saya sudah gagalkan kamu. Ya saya gagal lagi dalam cinta. Dan dizaman skunk ni, dengan berita kahwin cerai membuatkan aku semakin lama semakin cuak.

Dan sangat membuatkan aku semakin takut untuk berkahwin.

Ya memang seronok naik pelamin. Duduk bersanding. Bunyik kompang! LOL! SERUN!! TAPI KAHWIN BUKANLAH SEHARI DUA, DAN BELANJANYA PLAK BUKAN SEPOSEN DUA. Itu sebabnya kita perlu membuat pilihan yg tepat sebelum berkahwin. Jangan main taram saja. Mcam mana kalau org yg kita kahwini tu bukan seperti yg kita harapkan?

Fikir sendiri...

Satu yg aku pegang. Selagi belum ada simpanan yg cukup, harta sendiri atau apa2 lah, selagi tu aku takkan kahwin.

Ini serius. Aku taknak anak2 aku pun sama susah macam aku dulu. Nak dapat itu tak boleh. Nak dapat ini tak boleh. Bukan pampered tapi hidup selesa dengan semua kemudahan boleh diperoleh.

Tanggungjawab punyalah besar. Komitmen dua hala memang sangat tinggi. Sungguh aku belum bersedia (buat masa sekarang lah. Tak bermakna aku tak memberi peluang untuk mencari). Jadi aku memang tabik, angkat topi buat bapak2 dan emak2 muda sebaya aku yang sudah berderet2 anak2. Korang memang awesome lah!

Jadi kesimpulan aku beginilah. Ada tu adalah. InsyaAllah ada. Takde ye takde. Hanya Tuhan yang tahu, kan?

Dia Maha Mengetahui, kan?

FaizalSulaiman:--)Lama lagi lah jawabnya aku nak kahwin. Aku dah penat menanti something untuk disayangi. Lelah dah…

Monday, May 03, 2010

PERAM: TAK SAMPAI HATI..AKHIRNYA


Salam;

Edisi Peram;

Ok aku mengalami sindrom ini: mudah kasihan dengan orang lain:

Methodologynya senang. Banyak kali juga aku terkena. Seorang budak datang, blinking eyes, sad looks, kesian benar aku tengok muka dia. "Bang, derma bang. Ikut kemampuan abang", katanya sambil menghulurkan sehelai kertas fotostat potongan ayat suci Al-Quran.

Ada banyak telahan bermain di kepala aku waktu tu. Pertama mestilah aku kesian. Aku selalu meletakkan situasi aku kat tempat orang bermasalah ini. Orang putih cakap: Try to be in his/her shoe and you can know how it become:

Aku fikirkan: bagaimana kalau adik beradik aku jadik seperti beliau?, jika kanak2 itu mangsa sindiket haram..mengaburi mata dengan mempergunakan ayat suci sebagai umpan, tak ke kanak2 itu akan dihukum jika jumlah pendapatannya tak mencapai target hari itu?

Ya..kau boleh gelak, tapi situasi tersepit inilah yang kerap kali aku rasakan bila menerima pelawaan sedekah tepi jalan, ditambah keadaan daif yang membimbangkan. Aku bukanlah hartawan. Tapi Islam menuntut juga kita bersedekah jariah. Tambahan pula, nilai empathy aku mungkin terlalu tinggi maka hati seumpama taman berbunga riang gamaknya!!

Meminjam kata2 filem box office Adnan Sempit. Belum punyai keinginan untuk menonton filem itu.

Aku selalu fikirkan begitu. Bagaimana kalau..sort of things. Selalu sangat tak sampai hati selain sangat percaya dengan frasa "What we give, we get back". Kalau aku buat baik, baik lah balasannya.

Back to my little story tadi. Aku pun sedekah sambil mengambil potongan ayat itu (without checking) terus masuk ke dalam wallet. Kurang2 ada jugaklah protection towards my wallet dari pencuri. (my fren gelak and said "pencuri kalau nak mencuri takkan nak insaf pun kalau tengok ayat suci tu" sambil aku berfikir -Naif ke aku ni?-) Pokoknya...InsyaAllah! So, masa nak withdraw duit di ATM, sementara menunggu giliran queing, aku periksa ayat apakah yang aku sedekahkan itu..

Tilik punya tilik..
Tenung punya tenung..
Belek punya belek..

Ia adalah Surah Yaasin. Iya Surah Yaasin yg kerap kali kita baca di malam Jumaat. Malangnya Surah Yaasin suci itu hanya ada empat ayat, dan hanya ada separuh saja ayat lima!

Masa tu aku cuma boleh beristighfar panjang. Menyalah gunakan ayat suci merupakan perbuatan berdosa. Aku cuma kata "biadab" saja selain merelakan sedekah yg telah diberikan. Nama pun sedekah, Yong!

Nilai sedekah tak penting as we human especially Islam mementingkan keredhaan Allah S.W.T. Membantu tak salah. Sesama muslim lagi digalakkan. Cerminan hidup bahawa kita tak selalunya berada di atas. Cuma di zaman moden ni, aku selalu curious dengan wang sedekah yang dah aku berikan samada kepada makcik/pakcik buta dengan tisu berbundle-bundle, abang2 jual buku agama ataupun kanak2 yang menjual ayat suci AlQuran (Surah Yaasin, Ayat Qursi, Ayat 1000 Dinar, Selawat Shifa', dll). Soalnya, kemana duit itu pergi?

Ada orang kata, tak salah nak menderma. Tetapi berpada-pada. Pandangan aku, once you are in doubt, baik menderma saja di Surau atau Masjid, pembukaan tanah wakaf ke, sort of things.

Dan kalau seribu orang dalam dunia berperasaan macam aku lah agaknya, kaya kut sindeket haram yg membuat untung dengan sedekah ni. So sebelum empathy aku merebak-rebak, selalunya aku akan senyum sambil kata "takpe..takpe" sebelum blah cepat2.

Sometimes WE NEED TO BE MEAN. Kejam sikit sebelum kepala kena pijak.

FaizalSulaiman:--) Orang Malaysia kita ni terlalu bermurah hati ke?

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED