Saturday, March 12, 2011

Bagaimana Caranya: Kepada TGV Tebrau City, Tebrau


Salam

Salam Sabtu, semua. Harap kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Harini aku bengkak hati. Sebabnya remeh saja. Nak tonton Hikayat Merong Mahawangsa esok dengan menggunakan phone reservation di panggung selesa, Tanjung Golden Village Cinemas, Jusco Tebrau City.

Aku dapati, kaedah begini sangat efisyen. Iayalah..,daripada kau beratur panjang, lebih baik buat penempahan tiket menerusi panggilan telefon. Mudah, senang tambahan sebab ia tekologi.

Kita gunalah.

Aku pernah tiga kali menggunakannya iaitu semasa menonton Harry Potter and The Deathly Hallows-Part 1, Magika dan paling latest, Rapunzel: The Tangled Tale.

Mudah. Kau call, operator yang bertugas bagi nombor. Simpan nombor elok-elok. Dah sampai di kaunter penempahan (semasa nak menonton), pergi ke kaunter Reservation (selalunya paling hujung), beritahu nombor, nah! Tiket dan tempat duduk sudah berada di tangan.

Mudah kan?

Tapi kenapa perkara macam ini terasa sangat susah?

Hari ini saja, sudah lebih tiga puluh panggilan dibuat. Dari pukul 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Hasilnya:
1) Panggilan sibuk
2) Panggilan tak berjawab
3) Operator mesin menjawab “Our operators are busy. Please hold on”.
4) Ada music macam projek LED Kemahiran Hidup
5) Operator mesin menjawab “Our operators are still busy. Please press star to hold on”
6) Panggilan masih tidak ada orang yang menjawab, kredit aku habis.

Teori aku:
a) Adakah staf di TGV Tebrau sangat sibuk? Mungkinlah, sebab hari Sabtu. Tak upaya nak bergerak capai telefon

b) Adakah tiada staf yang duduk di bahagian phone reservation? Eh tadi cek websitenya, ada perkhidmatan Phone Reservation!

c) Adakah stafnya bercuti? Eh..harini hari Sabtu.

d) Terlalu ramaikah pelanggan? Tapi takkanlah tak ada seorangpun yang mengangkat telefon, setelah 2 jam setengah menelefon seperti pelanggan bodoh, menanti panggilannya dijawab

Aku tak tahulah kalau aku seorang saja yang emosi. Kalau ada staf TGV Tebrau baca entry ini (ada ke??), janganlah marah ya. Aku sekadar meluahkan apa jadah yang tak puas hati. Telefon, kredit berjalan tu! Kalau free to the hell charge tak apa jugalah.

Sebabnya, masa aku call, talian sibuk. Bermakna, masih ada lagi pelanggan sama nasib dengan aku, dimana panggilannya tak dijawab oleh TGV. In addition, aku pernah call TGV Tebrau hari yang sama tetapi waktu dalam 6 petang. Tapi perkhidmatannya tak ada sebab hanya valid office hour sahaja.

Adakah kesan gempa bumi 8.9 skala Richter dan Tsunami di Jepun merosakkan line komunikasi? Manalah tahu kan?

Aku pelanggan. Aku belajar Tourism Marketing Management. Aku mengajar Tourism Marketing Management. Front Line adalah apart from Tourism and Hospitality Industry. Customers traffic sudah congested. What the hell you should do?

Ingat, service is intangibility! You need to experience it by yourself.

19 comments:

  1. oh dulu waktu pergi sana kakak OE beratur je nak dapat tiket...
    mula tu nak telefon untuk tempah... sekali tak jadi...

    kalau macam ni, lebih baiklah pergi beratur... sama je outcome nya...
    alahai...
    janganlah marah sangat ye encik...
    kasihan kamu...

    anyway... cerita yang kamu nak tengok tu best ke? siapa belakon???
    pulak tanya benda ni???

    ReplyDelete
  2. Orkid Edyliyne @ OrkEd ---> yup. ingat esk nak tgk early bird.haiyoo

    hehe

    marah jugalah orked.geram ram ram

    nak tengok sebab epik, selain nak tgk outcome citer neh:)

    ReplyDelete
  3. Alamak bro..mesti geram tu..selama ni aku pernah guna org dlm je, kol kwn keje panggung utk booking..tapi kalau aku memg tension jg

    ReplyDelete
  4. tengkorakemas--->geramnya sampai kepala dah weh!hehehehe..wah guna orang dalam.aku call operator je:)

    esk aku cuba lagi..

    ReplyDelete
  5. mungkin mereka menerima tempahan dari jepang kot..haha

    ReplyDelete
  6. mereka x menang tgn layan kot

    nak akte meka saja x kot

    ugi la kan

    kalau ssh sgt meh tgk kat KEY ELL

    hehehe

    ReplyDelete
  7. ghost writer--->haih entahlah. berejam gak call semalam tu. hampeh tak dijawabnya:)

    ReplyDelete
  8. mr.syazwan -->wah wan

    KL tu.

    hehehehehehehe

    ReplyDelete
  9. ohoii..sedeyh la pulak anda tak dapat menengok merong mahawangsa..huu

    sebok bebenor la sangat operator tu yer tak..

    last2 pegi beli kat sana ke?? ;p

    ReplyDelete
  10. bro, tgv dh xde lg dh phone reservation.booking online pun dh xde.nyirap tol aku, kne beli terus.sia2 je dftr online jd member, sbb aku mmg xde kad kedit.

    tp aku heran gak, nape phone reservation xde tp still dia x mansuhkan phone reservation yg ko call tu?

    ReplyDelete
  11. Adlan --->sudah tgk adlan.

    esok review.

    ha'a pi sana, beratur.huhu

    ReplyDelete
  12. Muhamad Zaki Zafir--->tula.sebab takde kad kredit la aku book ikot phone,jadah sungguh!

    hehehehe

    last2 pi beratur je kat situ

    ReplyDelete
  13. huhu. nak tgk citer merong tu. tapi tiket cepat noo habis. haih! kene tepon gamaknye ni.

    ReplyDelete
  14. hahaha....terlibat skali kot psal gempa tu..hehehe

    ReplyDelete
  15. ada baca post blogger intrnet slow pn pasal gempa tu....

    ReplyDelete
  16. NUke_Rude--->kat area ko takde masalah kut nak call tempah.semalam aku gi, beratur gak mcm biasa.sib baik early bird weh,jadi tak ramai..

    ReplyDelete
  17. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)--->tulah gaknya.line tetiba putus.hahahaha

    ReplyDelete
  18. ♕ Mr.IX ♂ --->oh ada ke?tp memang kalau gempa memang akan effect line internet sebab setau aku kabel tenet ni kat dasar laut.

    ReplyDelete
  19. Klo kita beli tiketya 1 hari sebelum ditayangkan cinema bisa tak?

    ReplyDelete