Harja seorang perempuan.
Tabiat paling digemari adalah
melihat dirinya di balik cermin.
Membelek wajahnya berkali-kali.
Bentuk mukanya panjang. Bibirnya
nipis. Sekali bila dia muncungkan bibir, wajahnya tak ubah seperti seekor kuda.
Langsung tidak comel. Hakikatnya dia bukanlah seperti kebanyakan pencari
perhatian dengan mengambil posing sendiri, memuncungkan bibir, menguntumkan
sedikit senyum lalu memicingkan mata sebelum tangkapan pada kamera murah
telefon tangan mengimbas imej lalu dimuat naik ke laman so-sial.
Ada like, ada yang minat. Makna
ada yang stalk.
Tak ada yang like, maka jadilah
engkau seperti ‘jualan’ yang tak laku di pekan sehari.
Bunyinya kasar. Tapi bukankah
first impression itu umpama saranan halus untuk menjual diri?
Harja kepam bibirnya yang dicalit
MAC merah jambu belacan. Pipinya dioleh kemas. Tudung yang ditiru dari video tutorial
fesyen tudung Ombak Rindu dari Tasha Manshahar sangat anggun pada pandangan
matanya.
Ini kali pertama dia keluar
dating setelah enam bulan berkenalan dengan Sharaq, lelaki pertengahan dua
puluhan di muka buku. Tak cukup chatting, mereka ber-inbox. Lepas Harja tahu
yang Sharaq ada akaun burung biru, dia orang pertama yang menambah sebagai
pengikut. Sharaq ramai pengikutnya. Perempuan tak usah cerita. Tapi lebih ramai
lelaki. Twithandle nya menarik. Tun Sharaq. Avatar meletup. Muka petak. Alis
kening tebal. Hidung mancung. Ada pula kumis dan janggut yang diurus rapi.
Sesekali bila Sharaq posing dengan baju ketat, hati perempuan Harja macam mahu
meletup keinzalan. Mungkin itu juga menerangkan kenapa ramai laki-laki terpikat pada Tun Sharaq.
Nafsu..
Nafsu..
Dia cuba tahan dengan godaan
dunia.
Tapi siapa tahan bila Sharaq ajak
ber DM bagai di burung biru. Aksara sebanyak 150 itu langsung tak menghalang
Harja untuk kenal lelaki asal Keramat itu dengan lebih lanjut. Katanya dia anak
sulung dari dua beradik. Adik perempuannya sambung belajar di luar negara. Ibu
bapanya pesara kerajaan dan dia yang sudah bekerja, berulang alik dari rumah demi
memastikan mak ayahnya cukup makan pakai dan tak sunyi.
Pesan Sharaq melalui DM.
“Apa guna kaya, banyak duit tapi
kebajikan emak ayah diabaikan”
Serentak itu jugalah Harja
menelefon ibunya Kelsum di kampung.Dan-dan itu jugalah dia bertanya Kelsum
tentang duit belanja bulanan yang diberinya minggu lepas. Masih cukup atau
tidak. Ibunya yang sedikit hairan sempat
pula mengomel-ngomel tentang betapa lupanya Harja dengan jalan kampung dek kerana
sudah tiga bulan tak pulang. Pesan Sharaq lagi.
“Kadang-kadang emak ayah ni
bukan nak sangat anak-anak. Dia nak jumpa kita. Tu je”
Sabar ya, Mak. Minggu depan orang
balik jenguk Mak. Orang siap nak beli Buah Berangan Goreng untuk Mak. Tu kan
fevret Mak.
Langkahnya semakin yakin menuju
ke Restoren Selasih tempat pertama pertemuan dia dan Sharaq. Dari jauh dia
nampak lelaki tampan itu melambai. Bayangan avatar macho Sharaq dengan apa yang
dilihat sekarang ini tak jauh beza. Mungkin
lebih fit. Tubuhnya lebih tegap. Kemeja kotak-kotaknya walaupun agak besar,
tapi masih sendat lalu menampakkan beberapa otot kekar hasil latihan di gym
barangkali.
Sharaq mempelawanya duduk. Lelaki itu kulum senyum.
Harja duduk. Berbalas senyuman.
Sumpah! Hati perempuannya cair!
“Hime haheh hebab hudi hatang humpe haye” (Terima kasih sebab sudi
datang jumpa saya)
Harja senyum plastik.
Cuba tahan dirinya dari jatuh pengsan
bila Sharaq bercakap dengan nada sengau.
TAMAT
#1 Mana yang kau orang cari?
Orang
yang potoshop gambar dia, edit gila-gila kemudian bila jumpa roboh semuanya.
ATAU
Orang
yang tak potoshop gambar dia, memang seadanya, tetapi jujur bila berkawan?
#2 Tidak perlu mencari
kesempurnaan dalam mencari pasangan. Cukuplah yang menerima kita seadanya.
Kesempurnaan akan datang seiiring dengan cinta dari hati yang tulus dan ikhlas.