Monday, March 26, 2012

Sekitar Pelancaran Antologi KOPI, di The Arts For Grab: Central Market, KL

Sekitar pelancaran.Dari kiri Syaihan Syafiq, Fadli Al Akiti, Dayang Noor, Shaz Johar, Ridhwan Saidi, Amir Muhammad, Nadia Khan, Gina Yap, Zara Syed, Amal Hamsan, Nik Adam, Asyraf Bakti, Redza Minhat dan saya:)

Alhamdulilah, pelancaran cerpen pertama tulisan aku- Kopi Julia, di compile kan dalam sebuah antologi cerpen KOPI dah berjalan dengan lancar Sabtu lepas di The Arts for Grab, Central Market, KL.

Majlis berlangsung dari jam 12 pm-2pm:)

It was fun and amazing when arts been appreciated so much with the room full of artist (bukan artis nyanyi2 tapi artis dari segi penulisan, pengarah, pelakon juga penerbit)

Majlis dimulakan dengan editor KOPI, Amir Muhammad memberi sepatah dua kata disusuli dengan penayangan tiga filem pendek adaptasi dari antologi ini iaitu ‘Kopi 3 Rasa’ tulisan Shaz Johar diadaptasi oleh Nazri M Annuar, ‘Kopi Percik’ tulisan Amal Hamsan diadaptasi oleh Azizulhakim Salleh dan ‘Kopi dan Dia’,hasil tulisan Syaihan Syafiq (cerita asal Secangkir Kopi Bersama Dia) arahan Fikri Jermadi.

Perbualan menyeronokkan antara Syaihan Syafiq (novel beliau 'Bisik' dah boleh beli sekarang) dan Nabila Najwa (Cethu) yang sempoi!

Ketiga-tiga filem pendek ini aku suka! Walaupun durasinya hanya 10 minit, lebih kurang; I do enjoy every moment!

Sesi ambil gambar, sesi tandatangan malah beramah mesra juga berjalan dengan baik. Malah event ini terus membakar semangat untuk menyudahkan suntingan manuskrip sendiri! Ho yeah!!

Tiga rakan blogger yang datang support. Mereka ini antara followers dan blog i followed paling awal. Thanks nukerude, hafizzuan dan iyllienaz!!



Gambar last ni baru cilok dari blog atie hehehe. Ini semua teman Aksara Keraian dulu. Dari kiri Kak Nusrah, Zara Syed (juga menulis untuk Kopi- Barista Cinta, saya dan Khaizarien aka Atie)


Kepada yang tak sempat nak bertegur sapa, minta maaf bebanyak ye:). Terima kasih juga buat Kak Nusrah Yahya, Khaizarien ( 2 blogger yang saya kenal melalui Aksara Keraian; selain Zara Syed), juga blogger Eazy Izzuddin yang all the way datang dengan kameranya dan kawan ku Zailan yang sudi menumpangkan rumah beliau untuk satu malam.hihi

Thanks for buying #KOPI and reading Kopi Julia :)

#Thanks nukerude dan Mr Amir Muhammad atas gambar2 ni. Aku masuk dalam blog terus.hehe. Tak sempat ambil gambar on that day.

Wednesday, March 21, 2012

Review: Mak Tiri Jahat dan Salji Putih Yang Cantik-Trailer 2 (Snow White and The Huntsman)


Finally, trailer 2 untuk Snow White and the Huntsman dah keluar! Beberapa footage baru juga dah ditambah, menambah keinginan untuk menonton filem ni kat panggung.

Sinopsis ni kita dah tau sejak kecik, mungkin. Snow White (Kristen Steward) anak raja yang cantik, sehinggalah kedatangan mak tirinya, The Queen (Academy Award Winner; Charlize Theron) yang jahat namampus.

Mak Tiri dah plan baik punyaa

Keje nak cantik aje, maka habis maiden2 istana dijadikan mangsa untuk sentiasa muda disebabkan cermin ajaib yang boleh tentukan siapa paling cun. Maka lepas si cermin memberitahu bahawa dengan membunuh Snow White, The Queen akan kekal muda dan berkuasa, maka si evil ini mengatur pertemuan dengan The Huntsman (Chris Hemsworth) untuk memburu Snow White. The twist come when The Huntsman fall in love with Snow White and decided untuk menumbangkan pemerintahan kuku besi The Queen dengan bantuan The Prince.

Forbidden Land

Snow Queen kena kurung daaa


Seven Drwafs

Well, aku lebih menunggu filem ini berbanding 'Mirror Mirror' (juga berdasarkan kisah Snow White) yang ditayang sekarang. Most probably, filem ini a bit dark dan nampak sooo epic! hehe

Evil Queen!

Epal beracun!

Wishing Charlize Theron will be nominate for 'Best Actress in a Supporting Role' untuk Oscar akan datang! Wheww!!

PS: Apasal aku tengok The Queen lagi cun dari Snow White?? hehehe



***********
PROMO SEGIJIWA 3
Episod Akhir Segijiwa #12, Esok jam 6:40 am

Monday, March 19, 2012

Berblogging: Keikhlasan

Nah.Ambil cendol ni.Khas dari Sabah bha!


Berbloigging perlu ikhlas. Rasanya perkara ini seperti cycle yang kerap kali diceritakan dalam medium yang namanya blog.

Ikhlas dalam berblogging ni merangkumi entry. Entry ditulis kena datang dari hati, bukan hanya kejar trafik.

Berapa banyak dari kita sedar akan hal ni?

Yes, dear. Blog aku, aku punya pasal. Blog kau, kau punya pasal.

Tapi sedarlah sebab ikhlas ni akan meletakkan kita kat mana satu hari nanti terutamanya dalam arena berblogging.

Sentiasalah merendah diri. Jangalah sombong dengan blogger-blogger baru. (Sombong sini bukan maksud u follow I follow u) tapi bila tetiba blogger ajak chat, reply lah. Blogger datang komen entry kamu, datanglah pulak kat entry dia. Mana rasa nak komen, komenlah seikhlas hati.

Kau orang akan dapat beza mana blogger yang blog sebab kejar trafik, ikhlas atau propa saja. Macam mana nak tahu? Tengok sekarang ni blogger2 ini sustain atau tidak (masih berblogging atau tak)

Yang lama, teruskan berblogging. Yang baru, selamat berblogging. Bak kata seorang blogger terkenal yang sangat humble ni, pasang niat kena betul semasa blogging.

Bagi aku pula, lihat hala tuju. Blog sebab trend atau minat?

Dari situ ikhlas akan datang menjemput…

**

Promo Episod Akhir SegiJiwa#12:6:40 am

Friday, March 16, 2012

Review: Sesuci Siti: Zapin Bernasib


Yey...wwah dah macam promo apa pulak.

Dato Siti Nurhaliza finally comes out with her compilation of pop traditional album. Judulnya Pewaris Lagu-lagu Tradisional. Ok judul agak panjang, since pihak SRC patut simplified lagi la. By the way, album ni adalah compilation masa Tok Ti di bawah naungan SRC.

Satu lagu baru (tak baru pun sebenarnya) berjudul Zapin Bernasib diangkat menjadi single dalam kompilasi ni. Semalam google youtube atas perkongsian seorang rakan di FB tentang single ni.

Menariknya, single Zapin Bernasib ni sebenarnya dah direkod lama antara album Cindai hinggalah Sanggar Mustika. Peram punya peram, lagu ni keluar juga dijadikan single:)

Zapin Bernasib.Judulnya pastilah tentang nasib diri. Sutera belacu semua keluarlah.huehuehue

But one thing I love about pop traditional song, especially sung by DSN, liriknya berbunga dan cara penyampaian Siti kekal dengan ciri kemelayuan:)

Tak tahulah lagi ni dirakam masa bila, tapi vokal Siti kedengaran sangat suci

Wednesday, March 14, 2012

Ok Aku Blurr.Jom ke Pelancaran KOPI!


Klik untuk tahu lebih lanjut


Pelancaran antologi adiktif KOPI akan diadakan pada:

Tarikh: 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 12 pm-2pm
Tempat: Arts For Grabs, Central Market, KL

Kenapa perlu datang? Ok maybe ini peluang once in a lifetime untuk bertemu dengan penulis-penulis antologi KOPI. Ada sesi bergambar dan berotograp u olls:)

Tiga filem pendek juga akan ditayangkan waktu pelancaran tu iaitu:
A) Kopi 3 Rasa (karya asal penulis Shaz Johar)
B) Kopi Percik (karya asal Amal Hamsan)
C) Kopi dan Dia (judul asal Secangkir Kopi Bersama Dia; karya asal Syaihan Syafiq)

Mari sama-sama kita ramaikan crowds!

**
ps: Siapa dah baca Kopi Julia, any comments?
ps2: Segijiwa ep 11 akan disiarkan esok.

Tuesday, March 13, 2012

Review: Maskulin, Dendam, Pengkhianatan (Bunohan)


Bila menyaksikan filem ini dengan seseorang yang boleh berkongsi rasa, memahami butir cerita dan menolong diri ini memahamkan beberapa metafora, menonton Bunohan menjadi sebuah pengalaman terindah.

Bunohan, keindahan ceritanya terletak pada latar alam maha luas, subtle mencengkam seperti 'cerita dalam cerita' wayang kulit, layar terkoyak, semak samun yang tiada pilihan, lontaran kata bual penuh makna (walaupun dipersembah dalam dialek Kelantan, filem ini sangat memikat), latar musik yang asyik dan mitos Main Puteri yang sememangnya bukan sebuah psuedo event yang boleh dibuat-buat.

Bunohan simple sebagai sebuah premis cerita. Kisah adik beradik, berlainan ibu; berebut tanah dan pembangunan dari tanah yang dicabul. Bagaimana si ayah berusaha keras mempertahankan seni wayang kulit, si anak yang luar tampak sopan, terpelajar; hakikatnya pandai 'main wayang' berbanding dua adik beradik yang lebih real menangani kehidupan yang buas.

Bunohan ditampil dengan bijak, cerita disusun dengan non linear, dimana di akhir cerita adalah revelation--pelengkap kepada 'cerita dalam cerita' ini. Lakonan semua pelakon tak perlu dipertikai. Adalah hairan kalau Festival Filem Malaysia akan datang tak menganugerahkan Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron atau Wan Hanafisu sebagai penerima.

Tengku Azura yang tampil hanya 5 babak nampak cukup berseni sebagai Mek Yah, bekas penari yang bertukar menjadi buaya putih. Kekuatan Mek Yah menyimpul cinta pada sang suami dilihat sebagai 'Pinpoint' dalam Bunohan, walaupun dialek Mek Yah 'suppo sie kawe mendengarnya' (seperti siam saya mendengarnya). Kesilapan minor yang lekas aku maafkan selepas revelation Mek Yah itu akhirnya diketahui audiens.

Bunohan hadir dengan sebuah karya laki-laki yang lengkap, penuh pengajaran tentang kasih sayang, mengatasi segalanya. Malah sebab kasih sayang jugalah saudara berbunuh, dendam yang tak sudah dan wang adalah mainan hujung jari jika kau mahu sebidang kuasa untuk hidup sempurna.

Filem ini adalah transisi terbaik filem Malaysia selepas Jogho, Layar Lara, Kala Malam Bulan Mengambang mahupun Cinta. Dari segi komersil, aku tak boleh jamin filem ini mampu mencapai kutipan box office sebab bersaing dengan filem rempit tak sudah itu. Namun, jika nak tayangkan filem ini pada deligasi luar, serius aku tak malu!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED