Friday, August 31, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Review: Trailer Hanyut (Adaptasi Novel Joseph Conrad; Almayer's Folly)
Akhirnya!!
Itu je aku boleh katakan dengan penayangan trailer filem ditunggu-tunggu; Hanyut- Sebuah karya U Wei Hj Saari, adaptasi novel Almayer's Folly tulisan asal Joseph Conrad. Entry tentang filem ni ditulis sekitar 2009
Aku minat sangat dengan filem arahan beliau seperti Perempuan, Isteri & Jalang, Kaki Bakar, Jogho, Buai Laju-Laju (to name a few). Rasanya kalau tak silap filem Black Widow Wajah Ayu pun diarah oleh beliau dan diterbitkan oleh produksi Raja Azmi. Kalau tak silap lah.
U Wei, bagi aku ada magisnya yang tersendiri. Filemnya bercerita pada kelas yang tersendiri dan punyai penggemar yang tersendiri. Tak seperti pengarah lain, U Wei gemar mengangkat tema feminisme dalam karyanya sama seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba (lewat filem Selubung, Ringgit Kassorga atau Layar Lara)
U Wei kembali dengan filem bajet besar "Hanyut" membariskan pelakon hebat seperti Sofea Jane (sangat ramah di Twitter. Aku suka keramahan beliau), Khalid Salleh, Alex Komang, Bront Palarae, Adi Putra selain teraju utama Peter O'Brien dan Diana Danielle sebagai Nina.
Aku harap ramai penonton akan menonton filem ini. Yalah dari kau bazir tengok rempit-gangster-rempit-hantu tak sudah-sudah, ambil lah sedikit masa untuk menonton karya ini.
Aku harap penayangannya pada tahun ini :)
#1 : Aku masih menunggu trailer filem Sembunyi (working title 'Azazil'). Filem seram Kabir Bhatia saja yang masuk dalam jiwa aku. Tak tahulah kenapa.
Tweet

Filem ini secara kasarnya menceritakan tentang seorang pedagang yang kemaruk kuasa mahu mencari kewujudan gunung emas hingga mengabaikan keluarga. Anak perempuannya yang dihantar untuk belajar susila orang putih kembali ke tanah air dan berlaku pertelingkahan antara suami-isteri dan anak. Si ayah mahukan taklukan kuasa. Si ibu mahu anak terus tinggal bersamanya dan tak mahu kehilangannya buat kali kedua. (I wish Sofea Jane dapat award utk filem ini)
Aku harap ramai penonton akan menonton filem ini. Yalah dari kau bazir tengok rempit-gangster-rempit-hantu tak sudah-sudah, ambil lah sedikit masa untuk menonton karya ini.
Suka scene ini!
#1 : Aku masih menunggu trailer filem Sembunyi (working title 'Azazil'). Filem seram Kabir Bhatia saja yang masuk dalam jiwa aku. Tak tahulah kenapa.
Labels:
review
Monday, August 27, 2012
Lagu-Lagu Ini
Salam Syawal.
Ketika serdak kuih raya masih bersisa kat balang ataupun ada yang masih moody terkenangkan raya yang seronok, sedih atau tak jadi; aku melayan lagu-lagu ini melebihi lagu raya sendiri. Lagipun ada a few saja yang sedap, especially the oldies :)

Tomok: Aku Datang
Jaclyn Victor: Jagalah Diri
Hafiz ft Dato Siti Nurhaliza: Muara Hati
Wujud: Roman ft Mira Tilu & Amylea Azizan
Tweet
Labels:
interest
Tuesday, August 21, 2012
Sinar Syukur 2012: Imbasan Syawal 2010-2012
Salam Syawal.
Inilah dia imbasan program-program raya lain yang disediakan sepanjang dua tahun sebelumnya.
Well, selamat membaca!

(2010)
(2011)
(2012)
Selamat Menyambut Syawal 2012
Tweet
Labels:
RamadhanSyawal
Monday, August 20, 2012
Sinar Syukur 2012: Shortie Raya- Beba$
Takbir bergema.
"Sudah boleh keluar rumah, mak?"
Maknya angguk. Lama betul nak suruh si kecik tu lepak kat rumah dulu. Kerja keluar rumah ni bukan kerja senang. Salah percaturan, habuk pun takde!
Si emak telah didik si anak. Nak dapat habuan kena usaha sungguh-sungguh. Nak-nak kalau dapat orang yang kuat semangat.
Si emak pesan, dapatkan ramai-ramai. Senang jadi peneman nanti.
Si anak sedang keluar dari rumah dengan hati-hati. Bangga yang tugasan pertamanya bakal dirai keluarga.
"Hati-hati. Kena pandai pilih"
Pesanan ibu yang dititip disimpan kemas.
Si anak, bertanduk dua sedang melambai ibunya dari jauh.
Emaknya mengeluh lega.
"Sebulan kena kurung. Time-tima raya macam ni, keluarga aku pun nak raya. Sesatkan aje manusia ni sampai hari akhirat"
TAMAT
Tweet
Labels:
RamadhanSyawal
Sinar Syukur 2012 : Post Moterm Hujung Ramadan
Salam Syawal!
Hujung Ramadan merupakan sebuah kisah tentang ketamakan manusia dalam memburu harta dunia.
Meh kita tengok beberapa trivia.
1. Cerita Ramadan pertama ditulis dalam blog ini.
2. Hujung Ramadan sebenarnya nak dibuat dalam 14 episod. Tapi aku decide buat 10 episod saja
3. Mini siri ini sebenarnya kadang2 hilang momentumnya. Momentum penyiaran sebab biasanya aku akan tulis selepas berbuka puasa. Tapi disebabkan kekangan mengantuk dan selalu tidur awal, jadi Hujung Ramadan ditulis selepas bersahur. he he he
4. Mini siri ini secara kasarnya menceritakan tentang ketamakan manusia dalam hal ehwal menguruskan harta benda.
5. Hujung Ramadan dicipta bertujuan menunjukkan bahawa pentingnya ikatan kekeluargaan ketika masing-masing dilanda musibah.

Ucapan Terima kasih turut diucapkan kepada blogger yang rajin membaca seperti Ana, Nusrah Yahya, Ri, Ghost Writer, NazPurple dan lain-lain, moga kalian beroleh iktibar =)
***
SELEPAS INI
SEBELUM INI
Labels:
RamadhanSyawal
Sunday, August 19, 2012
Sinar Syukur 2012: Cerpen - Sepatu Merah
Headline pada suratkhabar mainstream terpampang.
“SEKELUARGA MATI DIBUNUH. BISIKAN JADI PUNCA”
Semua pembeli tertarik. Suratkhabar menjadi laku. Departement Jenayah sudah punyai cerita yang boleh dijual. Masyarakat bakal dilanda kontroversi. Tahyul semakin menjadi! Isi sebenar? Hanya si pelaku yang tahu…
Dan ia bermula begini.
***
“Lusa dah nak raya dan kita masih dengan penyakit dia yang entah apa-apa tu”
Raza mengeluh memandang siling dengan mata terkebil-kebil. Isterinya Lisa hanya diam membisu, bangkit duduk bersandar di tepi katil sambil menguak lurusnya kebelakang.
“Sudah-sudahlah bang. Anak kita tu. Lagipun kita tak tau lagi apa keputusan doktor”, bisik Lisa memandang suaminya yang sudah telepas cakap. Raza pandang isterinya.
“Sebelum ni tak pernah jadi apa-apa pun. Dah banyak kita berhabis, tapi dia tak pulih-pulih jugak”, gesa Raza menyentakkan Lisa.
“Abang! Nina tu anak kita! Kenapa sampai cakap macam tu?”
“Awak faham tak kita banyak belanja! Rumah sewa nak kena bayar, bil, motor, lepas tu kos rawatan dia. Saya penat!”
“Jangan mengeluh bang. Ini dugaan!”
Raza bangkit tak semena-mena. Bengkak benar hatinya kalau asyik dikata musibah menimpa Nina itu adalah dugaan. Dan dek kerana dugaan itu, dia harus bersabar. Soalnya, sampai bila dia mahu bersabar?
Tingkat sabarnya bukanlah tinggi mana pun!
“Saya malas dah nak cakap. Ikut awaklah!”, putus Raza sambil bangun lalu menuju ke ruang dapurnya.
Jaki benar kalau setiap patah katanya dibangkang tidak tentu hala. Dia ketua keluarga, jadi kenapa dia mesti dibantah?
Bengang!
Dia dan Lisa hidup bahagia sejak tujuh tahun berkahwin. Kehidupan mereka dihiasi dengan seorang anak perempuan bernama Nina. Namun, ia tak semudah yang disangka bila Nina menghidap penyakit misteri. Budak perempuan itu nampak seperti diganggu secara mental. Cakapnya dah tak lancar. Selalu sangat moody dan memberontak, malah lebih teruk, suka memencilkan diri.
Dan dia sebagai seorang bapa, sudah habis daya hendak mengubatkan anaknya yang seorang itu!
“Abah cakap dengan siapa?”, bisik Nina yang entah mana munculnya. Raza tersentak mendadak. Rambut budak perempuan yang asalnya menggerebang paras dada, disikat lurus lantas menjadikan Nina tak ubah seperti hantu Korea yang selalu Raza saksikan lewat leluconnya pada Lisa, pada awal usia perkahwinannya.
Bezanya, apa yang dilihat kini adalah benar dan bukannya palsu.
Dan hantu Korea yang dilihat dulu, sekarang ini adalah anaknya, Nina.
“Abah tak cakap dengan siapa-siapa. Abah haus. Nak minum”, balas Raza pendek-pendek. Entah kenapa, rasa sakitnya menyucuk-nyucuk hatinya yang semakin kering dengan emosi. Enggan berlama-lama, dia buka pintu peti aisnya, mengambil air kosong yang dibotolkan siap-siap, lalu ditogoknya selamba.
“Kau tak inginkan aku, Raza? Aku inginkan kau. Aku masih muda!”
Suara kecil anaknya kedengaran lagi. Lemah lembutnya aneh. Menggoda, lalu menghentikan minumnya kerana hampir saja tersedak. Dia kemudiannya memandang Nina yang sedang tersenyum sinis.
“Baik Nina pergi tidur. Jangan merepek!”, putusnya lalu meninggalkan Nina berseorangan di ruang dapur. Nina hela nafas.
Kerja ini kerja mudah. Malah suara-suara dalam kepalanya sudah menyuruhnya untuk membuat pelbagai perkara menjanjikan keseronokkan. Semua gara-gara sepatu merahnya.
Pertama: Jerut leher Lisa sampai mati. Kelar lengannya biar nampak seperti bunuh diri.
Kedua: Ada pisau di dalam cabinet dapur. Ambil pisau itu. Tikam tepat ke dada Raza.
Ketiga: Pakai sepatu merah. Bawa tubuhnya lalu humban dari tingkat atas rumahnya.
Semua itu perlu dilakukan malam ini!
Nina sedang tersenyum.
Adura, si pemilik asal sepatu merah yang kini menghuni tubuh Nina, makin melonjak gembira.
Aku cemburu keluarga kau, Nina!
TAMAT
***
Tweet
Labels:
RamadhanSyawal
Sinar Syukur 2012: Cerpen Syawal - Nur Fitri
Aku takkan pernah berhenti mencintai kau, walau jasad ini luluh ditelan bumi
***
***
Fitri buka mata. Kemilau terang cahaya mentari memanah terus pandangan.
Tak selesa.
Dia cuba bangkit sambil duduk menjulur kaki di atas katil.
“Fitri! Kau tu tak reti nak bangun ke? Tolong la mak kau ni kat luar. Sapu-sapu ke. Tebas-tebas rumput ke”
Maknya, Senah sudah terpekik dari luar rumah. Sedas kena tepat ke telinga. Patutlah jiran-jiran panggil emak Senah Senapang. Berdesing juga mulutnya menembak. Dalam keterpaksaan dia bangkit menuju jendela yang sudah terkangkang terbuka.
“Kau ni nak jadi apa? Tertonggang teonggek maknya buat kerja. Kau sedap je tidur kan?”
“Ala mak ni. Kalau mak mengantuk, mak tidur la”
“Amboi! Sedap mulut kau cakap kan? Kalau mak tidur, siapa nak buat kerja-kerja ni? Mentang-mentang balik cuti universiti, seronok je duduk goyang kaki. Kan bagus kalau ditolong maknya ni. Ini tidak. Kerjanya takda lain. Membuta!”
Senah sudah hantar sedas-demi-das pada anak lelaki tunggalnya yang suka benar menjawab. Iyalah. Dah tau balik cuti, kau tolonglah aku. Jangan reti buat taik mata je!
Fitri senyum sendiri mengenang emak yang gemar membebel. Itu hiburannya. Agaknya itu jugalah hiburan arwah ayah satu tika dulu masa hayat masih ada. Bebelan emak, walaupun pedasnya macam sambal belacan, makin digaul dengan nasi, pedasnya dah tak dipeduli. Enaknya saja yang dicari!
Dia kemas katil. Sudah diajar dari usianya lapan tahun. Bangun tidur kemas. Cadar dilipat. Emaknya pantang kalau orang malas. Alangkah ulat boleh hidup celah batu, inikan pula manusia cukup sifat macam dia. Mak cakap, peribadi diri dibentuk dari rumah. Kalau didikan di rumah okey, makna kata si polan si polan itu sudah boleh hidup berdikari.
Dia setuju.
Tapi itu mungkin pendapat lama.
Zaman baru ni usah dipercaya sangat.
Ada mak bapa yang baik-baik, anak-anak pula yang macam dajal. Depan baik. Belakang macam shaiton! Hipokrit sungguh!
“Ni mak dah siapkan ayam. Kau tolong siang. Tak kuasa aku nak buat semua. Jangan nak berangan jadi tuan besar dalam rumah aku ni, paham?”, maknya menyenapang lagi. Fitri senyum. Kah kah kah, hatinya berdekah. Langsung tak ambil hati. Mulut maknya memang macam tu. Tapi jauh disudut hati, dia baik orangnya.
Fitri siap ala kadar. Ke dapur pun cuma berkain pelikat petak-petak dam aji. Kain itu dibeli emaknya lepas dia berjaya khatam Al Quran semasa usianya sembilan tahun. Mak sanggup keluarkan duit simpanan, korbankan seekor lembu, buat kenduri. Tak cukup dengan itu, baju sekolahnya semua diganti baru.
“Habuan orang celik Al Quran ni lebih besar dari apa yang emak bagi. Amalkan. InsyaAllah kamu takkan tersesat”, bisik Senah, yang tersenyum. Satu perkara aneh yang sering membuatkan Fitri tertanya.
“Yang kau tercegat macam patung tu kenapa? Cepatlah disiang ayam tu!”, jerkah Senah mematikan lamunan panjang Fitri. Fitri mendengus kelucuan.
“Mak nak masak apa buka nanti?”, soal Fitri sambil mengelar beberapa ketulan daging ayam yang nampak sedikit besar.
“Seprise!”, Senah jawab pendek, confident gunakan bahasa Inggeris. Senyuman Fitri makin melebar.
“Ala mak ni. Takkan dengan anak sendiri pun nak berahsia, nak bagi kejutan semua”, Fitri pasang perangkap rajuk. Senah menjeling.
“Mengada! Ayam masak merah”
“Ayam masak merah! Fevret saya tu! Sayang mak”
“Sayang aku time-time macam ni je ke?”
“Selama-lamanya lah mak”
Senah senyum sedikit. Dia banyak bertegas dengan Fitri dan sebagai anak, dia nampak Fitri tak banyak membangkang walaupun dia tahu pilihan hati Fitri sebenarnya telah menggusarkan fikirannya semenjak dua ini.
“Kamu dengan Nur macam mana?”
Kerja Fitri terhenti sekejap. Senah perasan tapi berpura-pura untuk tak melihat. Fitri tu anak dia. Gerak gerinya sudah boleh dibaca.
“Kawan macam biasa je mak”
“Macam biasa?”
Fitri angguk. Dia cuba untuk tangkas. Bimbang soalan Senah meleret-leret jadi Khutbah Jumaat. Hakikatnya dia sukakan Nur. Malah jatuh sayang pada gadis itu. Nur pun tahu hakikat itu.
Tapi pesan ibunya mematahkan rasa cintanya pada Nur.
“Kita tak sekufu. Pegang kata-kata mak ni, nak”
Patah kata itu masih jelas di minda.
Senyuman penyejuk hati terukir. Tapi dalam rasa, siapa tahu?

Saturday, August 18, 2012
Sinar Syukur 2012: Titipan Aidilfitri 2012
Ada yang stay up malam ni ke? Tidurlah cepat-cepat. Kang esok tak bangun pergi solat sunat.
Syawal sudah menjelma. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk menikmati Aidilfitri nan Mulia.
Tahun ni, cuma ada 2 penyertaan saja. Ok la tu, dari takde langsung. hehehe. Ucapan terima kasih diucapkan pada Nusrah Yahya dan Hans. Terima kasih. Tahun depan join lagi yek!
Blogger: Hans
Blog: Hans Punya Blog
Ucapan:Hans mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua blogger dan pembaca - pembaca blog Hans yang sentiasa menyokong sejak dahulu hingga kini. Semoga silaturahim kita semua sentiasa kekal terjalin.
P/S: Hans kata lagu ini mengingatkan parody 3 suara di YouTube. Aku dah tengok parody tu. Kelakar okey
***
Blog: Bicara Dari Sisi Aku
Ucapan: Selamat hari raya aidilfitri kepada keluarga,sahabat handai,rakan-rakan maya sama ada di facebook,twitter dan blog Bicara Dari Sisi Aku..segala salah dan silap harap dimaafi dan semoga syawal tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Ok ni kad raya ni khas untuk blogger dan follower blog, rakan-rakan FB juga followers tersayang di twitter ni. Kiranya ada tersalah bahasa, terkasar kata, mohon ampun maaf dipinta. Lagu raya aku tahun ni special sikit memandangkan beberapa insiden melibatkan hati sepanjang tahun ni. #cewah
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
***
SEBELUM INI
SELEPAS INI
Labels:
RamadhanSyawal
Sinar Syukur 2012: Ramadan Nanti?
Salam menjelang syawal.
Soalan.
Berapa ramai dari kita yang sedar bahawa peluang yang datang dalam hidup, selalunya sekali dan tak ada peluang lagi buat kali ke dua?
Samalah dengan adanya bulan Ramadan.
Serius, bulan ini jika kita sia-siakan, adakah berpeluang untuk kita bertemunya semula. Nanti dan Lagi?
Dulu masa kecik-kecil, bila masuk bulan Puasa, semua jadik lembik. Sebabnya tak makan siang. Aktiviti pun berkurangan. Masa tu sibuk hitung hari, bilalah nak masuk beraya. Nak-nak pula, di TV ada iklan-iklan makanan menyelerakan dan sajian resipi kuih raya yang menggiurkan!
Bila dah besar ni, dah tau mana baik, mana buruk, Ramadan lebih dihayati dengan penuh makna. Malahan menyambut Ramadan lebih seronok dari menyambut Syawal sebenarnya. Aku? Keseronokkan raya adalah diwaktu pagi raya, masa nak ke masjid, tunaikan solat sunat. Raya kedua dan seterusnya macam dah takde benda pun.
Betul lah. Raya ni seronok untuk budak-budak je.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Subscribe to:
Posts (Atom)
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED