




Tweet
Sekali menontonnya di TV 1.
Filem terbitan tahun 2000, dan aku tontonnya di sekolah. Sangat menarik dan balance antara kisah cinta (komersil) dan historical value. Menang Penataan Bunyi Terbaik Festival Filem Asia Pasifik di Vietnam
Hasil kemenangan penulisan skrip Rohimaan Haron di Pertandingan Menulis Skrip oleh Finas, dilayar perakkan oleh Erma Fatima. Ditonton sekitar tahun 2001, filem ni sarat ngan perjuangan gadis bernama Embun. Semangat juangnya tinggi walaupun abangnya Bayu ditangkap pihak Jepun. Lakonan terbaik Umie Aida, mendapat pencalonan Best Actress di Festival Filem Asia Pasifik di Korea Selatan. Menerusi filem ni juga, aktress Khatijah Tan menang Best Actress in a Supporting Role dalam festival yang sama. Aku suka quote cerita ni: 'Lupakan saja rasa itu kerana ianya tidak akan bersatu di bumi nyata'
Filem arahan Adman Salleh di aku tontonnya di Astro Kirana. Banyak kali juga sebab aku tak berapa nak faham storyline nya yang banyak flashback.
Kali ke dua menontonnya di TV2 baru2 ni selepas kali pertama menontonnya secara percuma di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, 2007!!. Filem ni menyingkap meliu zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussin Onn dalam membangunkan Malaya. Garapan terbaik Shuhaimi Baba ni menjadi rujukan terbaik bagi mereka yg nak tahu bagaimana Malaysia terbentuk. Bak kata quote cerita ni: 'Syarat Hidup Disayangi. Khianat janji..hilang jasa'
Iklan keluaran Petronas. Menyindir kita tentang hal2 kehidupan seharian bilamana "kalau kita hendak sesuatu, Usaha itu adalah kuncinya".
Iklan keluaran Maybank. Sangat unik dengan diaolg bangsa Iban dan imej Harimau yg sangat powerful. Mengingatkan bahawa "menabung itu adalah amalan yang baik & sejauh mana kita berada, adat dan warisan harus dijunjung"
Iklan keluaran Petronas. Menyindir kita tentang pendirian masyarakat yang tidak tetap dan selalu tidak mempercayai diri sendiri juga sikap sarkastik tentang barangan tempatan. Masih lagi dijajah, mungkin?.
Iklan keluaran Petronas. Menunjukkan bahawa setiap apa yang kita ada, perlu dikongsi bersama. Seumpama tagline iklan ini "Pahit manis sama dirasa. Satu arah, satu negara"
Iklan keluaran Petronas. Iklan ini melambangkan muhibbah semua penduduk Malaysia berbilang kaum bak kata tagline nya Di Malaysia perbezaan budaya bukan sahaja diterima, malah dihayati bersama. Konsep 1 Malaysia kan?.
MV ni bergerak slow seiring ngan lagunya. So its kinda match. Si awek (Dira Abu Zahar, Merah Putih’s TV3 Lagenda) menyelusuri semula kenangan lalu bersama kekasih (Kaer) ditempat-tempat date mereka. Sedey woo…
2) Ranjau by Atilia Haron, Directed by Henry Ooi
MV Atilia ni very special bagi aku sebab sumer actor n actress dlm MV ni terlalu emotional. Banyak scene sedeh dan menggambarkan keputusasaan dlm hidup. Sesuai ngan tajuk lagunya, Ranjau. Ehh..ada Vanida Imran lorh
3) Mati Hidup Kembali by Butterfingers, Directed by Kerol “Nisfu” Azry
This year winner of AIM, Best Music Video (100 Tahun Mahu Hidup) ni mang banyak koleksi video2 music besh2. Bukan jer music diorang memang sangat bagus, tetapi dilengkapi pakej MV yg ada storyline. MV ni megimbau sekumpulan askar yg ditangkap penjahat(macam askar Nippon). Nice MV n simple song. Kalau korang dengar part chorusnyer, ada bunyi cam lagu raya doe!. Seyesh!!!
4) Bila Aku Sudah Tiada by Hujan, Directed by Rewan Ishak
MV ni cam ada sikit2 pengaruh MV Scientist by Coldplay. Jalan mengundur, kertas terbang2 dan espressi Noh yg sangat feeling abes. Mang tebaek la MV ni, bhaii. Cam tak caya buatan Malaysia tuh!
5) Yang Pernah by Estranged, Directed by Karen Cai
Whoaaaaa..MV ni mang besh gila. Simple tapi upbeat ngan teknik editing MV ni selari ngan lagunya. Estranged mang perform kaw2 utk MV ni. Penghayatan yg cukup bagussss. Terbaeeekkk!!!
6) Dugaannya by Hujan, Directed by (aku tatau.huhuhu.ada sesapa tau?)
MV ni shoot kat Indon Ok. Very nice shot!. MV ni basically mengambil imej2 sekitar yang kebanyakkannya dipenuhi ngan orang2 susah. Kena la ngan tema lagu!. Nice n simple storyline!
7) Stay by Estrella, Directed by Atomsk
Simple je MV nih. Lagu pon layaaannn. Apa yg aku suka pasal MV ni adalah penggunaan color yg sangat florescent utk costume ngan setting. Pastu ada plak scene2 happy suits with the mood of the song!. Cool sangat!. Rasa cam jadik muda balik doe.hahaha. Shoot kat Putrajaya jer kan. Penggunaan kaler terang camtu mengingatkan aku ngan teknik pengarah Spanish terkenal Pedro Almodovar.
8) Asmaradana by Tiara Jacquelina, Directed by Saw Teong Hin

Dua2 filem ngn MV, tuan director yg arahkan. Save budget maa. But Asmaradana mang antara MV soundtrack terbaik yg pernah dihasilkan. Tiara punyala energetic menari lagu ni ngan jayanya. Fuh.. dahsyat Gusti Putri. Set yang simple. But yang attractivenyer adalah tarian lagu disamping disuntik sikit2 tembang Jawa.."gegarane wong akrami dudu bundo..dudu rupo, among ati pawitane”. Unique!!
9) Mungkin by Anuar Zain, Directed by Ghaz MediaHustler
Geng2 MediaHustler mang best!!!. Mungkin menjadi salah 1 tredmark animated MV yg sangat menjadi. Kisah simple je. Sepasang kekasih yg terhalang cintanya. Teknik penceritaan seperti membaca manga ni memang menjadi. Sayang MV ni tak masuk bertanding di AIM dulu. Yang besnyer MV ni sepatotnya siap 2002 tetapi tertangguh dan siap sekitar 2004 dan ianya terpilih mewakili Malaysia ke 2005 Seoul International Cartoon Animated Film Festival!. Cayalah!!!
10) Jangan Lafazkan by KRU, Directed by KRU
Maybe korang rasa MV ni dah berkulapok untuk aku review. Tapi xpe. Korang baca jer teros, k.ehehehe.. KRU mang terkenal ngan penghasilan MV berkualiti dari dulu sampai skunk. Jangan Lafazkan antara MV terbaik dari trio ini dan menariknya ia dihasilkan pada tahun 1999!!!. Dah sepuloh tahun kan???. Kalau korang betol2 alert, ada tulisan jawi pada MV nih. MV ni gak dibarisi pelakon top dulu2 cam Mahmud Ali Basha, Intan Azura ngan Nina Juren (ada babak Nina Juren make a call guna public phone!.ehehe..classic!)
Korang lak cane?. Ke pilihan korang sama jer ngan aku ekk?
Indera:-) Suka tengok MV yg ada storyline especially dari Korea.
TweetThe views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED