Aku jarang post entry seperti travelog. Tapi aku cubalah harini.
Sabtu dua minggu lepas aku ke Shah Alam. Ada tuntutan kerja sikit di sana. Menghadiri Pesta Buku Selangor di SACC. Turut hadir sama penulis Asrama: Fatrim Shah.
JUMAAT(31 Mei 2013)
7:00pm
Naik bus ke Shah Alam dari Terminal Larkin Sentral. Aku redah je beli ticket. Bas gerak. Well one thing for sure, aku benci dengan bas yang tak jalan terus dan terpaksa henti-henti. Dekat sejam jugalah baru keluar Johor. 1hari sebelum aku booked bilik di Shah Alam (area Jekel) untuk one-night stay. Plannya mau withdraw di Shah Alam je.
12:00am(1 Jun 2013)
SABTU
Sampai Shah Alam terus naik cab. Ajak pakcik driver tu ke mesin withdraw CIMB terdekat. Masuk-masuk je atm sections, PAP! Semua-again-SEMUA, ATM out-ta-servis. Damn! Menyumpah jugakla dalam hati. Sudahla duit dalam dalam CIMB tu nak dibuat bayar hotel. Mampus aku.
12:15am(1 Jun 2013)
SABTU
Kekal di tempat sama, aku ajak pakcik tu ke atm Bank Islam. Withdraw duit yang tinggal seciput dalam atm. Mujur kad Bank Islam boleh. Aku cuba-jaya pulak kad CIMB. Kad ditendang balik yer! Pui. Aku ajak pakcik tu ke Bank Islam berdekatan Blue Wave Hotel. Masa ni aku tak fikir berapa aku kena bayar pakcik ni. Aku fikir duit je.
12:45am (1 Jun 2013)
SABTU
Cubaan masih gagal. Even masuk building depan Maybank pun jahanam. Aku redha masa mesin atm paparkan Out Of Service. Tapi ketika dah dalam teksi, pakcik tu sarankan ke petrol station yang ada CIMB atm machine. Sampai je aku terus ke kaunter bercermin lubang-lubang. Jengah CIMB ATM yang ada dalam kios, menyala dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Ada peluang nak tidur hotel. Tapi bila penjaga petrol pump tak bagi masuk, okla aku terima. Polisi diorang mungkin. Lagipun sudah lewat malam. Memang wajar kalau ada rules ®ulation kan?
1:00am (1 Jun 2013)
SABTU
Aku suruh pakcik tu drop je kat Jekel belakang UiTM. Pasrah jelah. Jadi lepas bayar RM 22, aku terus jalan kaki ke BSN (ketika dlm teksi aku nampak bank tu). Cuba jaya. Malang. Memang takdir duit tak boleh withdraw haritu. Jadi aku call hotel yang menunggu aku datang. Cancel the reservation. Mujur gak aku tak bayar deposit
1:05am (1 Jun 2013)
SABTU
Berjalan ke mamak Ombak, berhadapan Barra. Bateri henfon hampir dry. Cas sekejap. Oder 2 gelas nescafe dan fries bagi hilang ngantuk. Namun, mamak tempat aku plan nak stay sampai pagi tu dah nak tutup pulak. Oh ya. Sebelum aku blah, ada auntie indian ni datang minta sedekah makan. Ok. Aku tak mampu tolong.
3:00-11:00am (1 Jun 2013)
SABTU
Lepak KFC. Hilang terus ngantuk sebab KFC pasang lagu-lagu yang boleh buatkan aku karaoke senyap-senyap sendirian. 2 moments I had seen there. 1. Bebudak study kat dalam tu (untungla study dalam KEPSEE) 2. Makcik minta sedekah tadi oder makanan dalam KFC. Aku lihat dan hati aku jerit "perghhh..biar betik?"
Aku stay sampai pagi jugak sebelum aku jadikan Shell sebelah KFC tu tempat mandi aku. Ye. Mandi. Solat subuh jap. Pastu berulang dari Barra ke Shell (luckly dalam Shell ada Maybank) untuk withdraw. Syukur! Boleh withdraw jugak akhirnya.
So my time was just berulang dari Barra ke KFC (dlm KFC ada aircond, jadi takla panas sebab jam 12 ada sesi dengan Utusan). Bayangkan aku tunggu dari jam 1am-11am.haha. Kalau jadi pelajar dulu bolehlah. Takla bosan. Ini dahla sorang. Bateri dah nak flat. Macam out of nowhere gitu.haha
Lepas sesi dengan Utusan, aku terus gerak ke SACC dan bila sesi habis..aku terus balik JB dan tidur tak sedarkan diri. Haha. Sedar-sedar dah masuk area Skudai. Haha.
Ps1: Terima kasih Lely (dari Utusan Malaysia) sebab interview saya untuk segmen blogger pilihan. I am honored. Sebab saya blogging pun bukan nakkan glamer or whatnot. Glamer akan datang sendiri.
Ps2: Terima kasih buat yang membeli novel Sumbat. I think semua ni connected. Aku start dengan blogging. Quite struggling sebab readers may be will find a niche of our own writing. Kemudian barulah Novel. I do admit that writing kinda my passion too.
Ps3: This trip ke Shah Alam kalini betul2 koboi. Selalunya bila aku backpack, mesti tidur dalam bilik murah. Paling koman masa trip kat Sabah dulu, aku tidur dalam masjid. Mujur ada kedai mamak. I wont let myself tidur kat kaki lima. Mintak dijauhkan.
Phew! Punyalah panjang.
|
Keratan Utusan Malaysia Sabtu 8 June 2013. Muka bapak serious! |