Thursday, October 16, 2014

Musim Baru Yang Memukau ( Review: #PRamleeTheMusical Season 3)




Ada 3 perkara yang aku gemar tentang menonton teater muzikal laku keras P Ramlee The Musical Season 3 (PRTMS3):

1.       Attire ke Istana Budaya yang sangat dititikberatkan. Tak salah untuk aku pakai agak formal untuk satu seni seperti ini. Macam datang ke Oscar uols!
2.       Panggung Sari ni umpama Kodak Theatre yang menempatkan acara berprestij Oscar. Pentas pun dekat dengan audien. Set pun banyak boleh bergerak. So next FFM, please buat di Istana Budaya. Mana-mana retis yang tak patuh etika pakaian, halau je.
3.       Crowd yang sangat wild! Kami bertepuk dengan bersorak. Happy tengok semua performer member 200% persembahan di atas pentas.

Musim ke 3 ini menampilkan pelakon pelakon baru seperti Tony Eusoff (P Ramlee), Lisa Surihani (Junaidah), Pak Nil (D Haris), Nadia Aqilah (Saloma), Iedil Putra (Sukardi) dan Tiara Jacquelina (Norizan)

Of course watak paling best dan melekat adalah Norizan. Dia sangat determine dan fierce. Tiara menyampaikannya dengan sangat baik. Suaranya ketika menyampaikan rendition selepas Act 2 juga jelas. Tiara membawakan watak Norizan dalam kelasnya yang tersendiri. Antaranya ketika Norizan bertemu P Ramlee sebelum tamat Act 1 dan Tiara dengan bijak sekali mengangkat sebelah kakinya lalu membezakan watak Norizan yang pernah dibawa dengan cukup cemerlang oleh Melissa Saila (beliau dianugerahkan Best Supporting Actor di Boh Cameronian Award ke 6)


Kau membunuh hidupku
Kau bunuh impian
Kau bunuh segala harapan
Kerana kau tidak sempurna
Kerana kau leka
Kerana kau buta
Tidak bermata –Norizan


Lisa Surihani on the other hand menyampaikan lakonan menyakinkan sebagai Junaidah. Usaha Lisa dalam menyembunyikan pelat R nya sangat dipuji walaupun beliau agak terkandas dalam menyampaikan lagu rendition beliau selepas P Ramlee mula mencipta nama.

Persembahan Nadia Aqilah sebagai Saloma juga hebat. Lupa sekejap yang watak ini pernah dipegang oleh Liza Hanim satu ketika dulu. Nadia- bakatnya sebagai pelakon dan penyanyi usah dipertikai. Dia juga antara aktres yang beruntung di Malaysia. Pegang 2 living legend (Saloma dan Zaiton Sameon) tuu.



Set dalam PRTMS3 ni hebat. Macam musim sebelumnya. Baik gerabak keretapi, stesen Tanjung Pagar ataupun rumah D Haris. Serba serbinya cukup.

5 bintang untuk produksi ini!

Jom Puteri Gunung Ledang The Musical in Concert pulak. Setakat hari ni tiket masih belum dijual. Show bermula 28, 29 dan 30 November di Panggung Sari Istana Budaya. Ayuh! Serbu Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah!!! (Klik di imej untuk terus semak harga tiket0

3 comments:

Ren said...

tapi.... saya suka part Ajijah... :((((

Faizal Sulaiman said...

W. Hidney ---> kan? sangat seronok tengok

Faizal Sulaiman said...

Ren---> eh saya ingat suka part norizan hehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED