Ada 3 perkara yang aku gemar tentang menonton teater muzikal
laku keras P Ramlee The Musical Season 3 (PRTMS3):
1.
Attire ke Istana Budaya yang sangat
dititikberatkan. Tak salah untuk aku pakai agak formal untuk satu seni seperti
ini. Macam datang ke Oscar uols!
2.
Panggung Sari ni umpama Kodak Theatre yang
menempatkan acara berprestij Oscar. Pentas pun dekat dengan audien. Set pun
banyak boleh bergerak. So next FFM, please buat di Istana Budaya. Mana-mana
retis yang tak patuh etika pakaian, halau je.
3.
Crowd yang sangat wild! Kami bertepuk dengan
bersorak. Happy tengok semua performer member 200% persembahan di atas pentas.
Musim ke 3 ini menampilkan pelakon pelakon baru seperti Tony
Eusoff (P Ramlee), Lisa Surihani (Junaidah), Pak Nil (D Haris), Nadia Aqilah
(Saloma), Iedil Putra (Sukardi) dan Tiara Jacquelina (Norizan)
Of course watak paling best dan melekat adalah Norizan. Dia
sangat determine dan fierce. Tiara menyampaikannya dengan sangat baik. Suaranya
ketika menyampaikan rendition selepas Act 2 juga jelas. Tiara membawakan watak
Norizan dalam kelasnya yang tersendiri. Antaranya ketika Norizan bertemu P
Ramlee sebelum tamat Act 1 dan Tiara dengan bijak sekali mengangkat sebelah
kakinya lalu membezakan watak Norizan yang pernah dibawa dengan cukup cemerlang
oleh Melissa Saila (beliau dianugerahkan Best Supporting Actor di Boh Cameronian
Award ke 6)
Kau membunuh hidupkuKau bunuh impianKau bunuh segala harapanKerana kau tidak sempurnaKerana kau lekaKerana kau butaTidak bermata –Norizan
Lisa Surihani on the other hand
menyampaikan lakonan menyakinkan sebagai Junaidah. Usaha Lisa dalam
menyembunyikan pelat R nya sangat dipuji walaupun beliau agak terkandas dalam
menyampaikan lagu rendition beliau selepas P Ramlee mula mencipta nama.
Persembahan Nadia Aqilah sebagai
Saloma juga hebat. Lupa sekejap yang watak ini pernah dipegang oleh Liza Hanim
satu ketika dulu. Nadia- bakatnya sebagai pelakon dan penyanyi usah dipertikai.
Dia juga antara aktres yang beruntung di Malaysia. Pegang 2 living legend
(Saloma dan Zaiton Sameon) tuu.
Set dalam PRTMS3 ni hebat. Macam
musim sebelumnya. Baik gerabak keretapi, stesen Tanjung Pagar ataupun rumah D
Haris. Serba serbinya cukup.
5 bintang untuk produksi ini!
3 comments:
tapi.... saya suka part Ajijah... :((((
W. Hidney ---> kan? sangat seronok tengok
Ren---> eh saya ingat suka part norizan hehe
Post a Comment