Monday, September 28, 2015

Dendam Jiwa Wanita (Review #Jwanita)





             Penantian selama 3 tahun ternyata berbaloi. Filem terbaharu Osman Ali yang sememangnya cukup sinonim dengan genre drama-cinta-komedi-romantik akhirnya menemui penonton pada 24 September lepas.  

 
                
                    
               Kehebatan Jwanita adalah terletak pada lakonan dan kerja teknikalnya. Jwanita di tangan Maya Karin kelihatan sangat cemerlang.  Kita boleh lihat bahasa mata Jwanita ketika beliau tertekan, keliru, licik, perasaan ingin membunuh dan rasa benci kepada adiknya sendiri Julaika. Malah bahasa tubuh Jwanita yang disampaikan secara sensual kepada Dr Farhan juga disampaikan dengan sangat baik.  Malah, persembahan Maya Karin kali ini pasti tidak akan dilupakan peminat seperti persembahannya terdahulu sebagai Meriam, Maria dan Pontianak (PHSM1&2), Johanna (Anak Halal), Putri (Duyung), Bella (Pisau Cukur), Luna Latisya (Cun), Izzah (Ombak Rindu) mahupun Katerina (Lagenda Budak Setan).  Satu kepuasan dapat melihat pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke 49 ini beraksi. Maya kelihatan seperti kerasukan, obsess, gila dan mental disepanjang Jwanita di tayangkan.


                

                        Lakonan Cristina Suzzanne juga tidak menghampakan. Sisi putih penuh lemah lembut Julaika menyerlah, mengimbangi watak hitam Jwanita. Malah peranan Julaika ini melenyapkan terus imej sempoi Cris seperti lakonannya dalam CEO atau drama Puteri Bukan Nama Sebenar. Marsha Milan juga memberi persembahan yang sangat memberangsangkan. Apa yang saya suka tentang Marsha dalam Jwanita adalah peranan dramatik beliau dalam filem ini. Hilang terus imej gadis gedik manja yang pernah Marsha bawakan dalam filem atau dramanya yang terdahulu. 

                Kesan solekan (kudos to Ella Sandera and the team) sangat mengesankan. Malah boleh dikategorikan sebagai yang terbaik dalam industry filem tempatan. Kali pertama saya jatuh cinta dengan teknik solekan prostetik Ella Sandera adalah menerusi filem Karak (terbitan KRU) dan kali ini menerusi Jwanita, hasil kerja itu sangat cemerlang dan mengagumkan.  Malah darah sintetik yang melatari Jwanita juga kelihatan sangat real dan mengerikan. Pujian juga kepada pengarah Osman Ali yang berjaya menyuntik elemen seram dalam Jwanita baik dari segi skor music, kesan CGI ataupun kerja kamera yang mendebarkan.


 
               

                  Namun, ada sedikit plothole dari segi jalan cerita Jwanita. Terutama kemunculan pasangan bomoh yang tidak diceritakan dengan jelas ataupun penceritaan hubungan Jwanita dan Dr Farhan (yang membuat saya menganggap minit-minit terakhir janji Dr Farhan hanyalah ilusi Jwanita yang terlalu obsess dengan lelaki itu)

                Apa-apa pun sebagai sebuah filem saiko-seram-slasher, Jwanita mampu membuat anda resah di tempat duduk. Malah kejutan-kejutan dalam filem ini juga antara yang terbaik selepas Khurafat. 10 bintang untuk Jwanita! Jadi bagi siapa yang belum tonton, cepat-cepat book tiket sekarang!


PS: Sepanjang perjalanan balik dari menonton, saya agak terganggu dengan lakonan Maya Karin. Agak disturbing. But in the best way sebab her outstanding performance!

               

Wednesday, August 05, 2015

Sebagai Penulis... ( #BONGKAR)

Orang kata sebagai penulis ni kau kena berangan banyak.

Aku setuju separuhnya.

Bakinya untuk mendapatkan real life experience adalah dengan pergi ke tempat itu dan merasai sendiri suasananya.

Aku bukanlah penulis yang komited ketika menulis sesebuah manuskrip. Disiplin aku dalam garis masa menulis sesebuah novel selalu tersasar. Aku sedar aku dah tak macam 2,3 tahun dulu. Boleh duduk berjam-jam depan laptop dan boleh menulis berhelai-helai bab.

Sibuk dan kekangan masa adalah puncanya.

Selepas penghasilan dua buku sebelum ini, aku perlukan lebih masa untuk menulis. Aku taknak terburu-buru. Aku lebih selesa hasilkan buku selang beberapa tahun asalkan pembaca puas dan hasil kerja itu diingati. 

Pengalaman demi pengalaman menulis dan meminta pandangan mereka yang bijak pandai dalam penulisan buat aku belajar untuk menulis dengan lebih baik.  Aku perlu masa menulis karya baru supaya lebih  berkualiti.

Lalu aku kembali dengan BONGKAR. Untuk pengetahuan, idea menulis BONGKAR tercetus semasa lepak di kedai makan sambil tunggu pesanan mee bandung dan ABC di Kampung Melayu Majidee JB. Masa tengah tengok bulan terang di langit. He he he.

Idea itu sebenarnya telah tercetus 2 tahun lepas.

Terutamanya lepas aku obses gila dengan kisah banjir besar Nabi Nuh, Pentas Sunda dan Makhluk Popin bernama Al Hin.

Secara kasarnya BONGKAR mengisahkan tentang pembunuhan yang berlaku di Kota Tak Bernama, sebuah kota yang terbentuk 80 tahun selepas banjir besar dimana misteri dan dongeng Si Penghukum - makhluk bersayap dikaitkan dengan pembunuhan itu.


PS1: BONGKAR sudah dijual di web fixi dan kedai fixi. Moh le beli. 

PS2: Launching BONGKAR akan diadakan di MPH NU SENTRAL pada 29 Ogos 2015. Rasanya petang. Bolehlah kita beramas mesra kat situ. :D

Friday, July 10, 2015

Update Ramadan dan Syawal

Sebenarnya...


Lama sangat tak update. Tapi tetap jugak nak tulis something.



Lama diperam, idea tu makin lama makin tak ada.

PS: Last day di Sarikei. Malam ni flite ke JB

Tuesday, February 24, 2015

Oskar ke 87 (Review)


For months aku sedaya upaya menonton filem-filem yang bakal dicalonkan ke Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscars. 

Kegigihan mengupload trailer demi trailer di laman IG membawa kepada hampir 90% filem sudah ditonton.

Dan ternyata tahun ini, pilihan untuk melihat filem Alejandri Gonzalez Inarritu dijulang sebagai filem terbaik menjadi kenyataan. Filem ini dikatakan saingan terhebat filem The Grand Budapest Hotel dan filem terpanjang dalam sejarah pembikinan filem Hollywood iaitu Boyhood (di lokasi pengambaran selama 12 tahun)

Ramai yang menjangkakan begini:
1. The Grand Budapest Hotel atau The Theory of Everything atau Boyhood menang filem terbaik
2. Rosamund Pike menggondol Best Actress


Ini kesimpulan aku.
1. Hollywwod gemar menjulang cerita tentang mereka. Mengambil contoh kemenangan Marion Cotillard menerusi La Vie En Rose (biografi tentang penyanyi Edith Piaf), kemenangan Jamie Foxx sebagai penyanyi dalan Ray, kemenangan filem musical broadway Chicago sebagai filem terbaik juga kemenangan Jennifer Hudson yang memegang watak Effie White dalam musikal Dreamgirls. Hey jangan lupa filem tentang jatuh bangun seorang bintang dalam filem bisu hitam putih The Artist. Jadi dalam kes ini, Birdman layak menang. (Spoiler Alert) penghujung filem itu juga terbuka dan membawa kita berfikir tentang seni dan kehidupan ini saling berkait rapat.

2. Ramai menjangka Rosamund Pike bakal menggondol Best Actress. Aku sendiri akui persembahan beliau sangat memukau sebagai Amy Elliot Dunne. Seorang isteri yang hilang dan menimbulkan banyak misteri. Tapi adakah anda menonton persembahan Julianne Moore sebagai wanita yang diambang Alzheimer dalam Still Alice? Lakonannya sangat meyakinkan. Hebat. Jikalau satu aktres dalam kategori yang sama mampu menggugat Moore, aktres itu adalah Marion Cotillard dalam 2 Days 1 Night. Watak beliau sebagai ibu tunggal yang kehilangan kerja sangat mengesankan.


Antara yang menarik di Oskar edisi 87:

 
1- Neil Patrick Harris yang lucu. He nailed every parts. Although aku rasa Seth Mc Farlene lagi okey. Spoiler Alert ketika dendangan duet beliau dengan Anna Kendrick tentang filem Gone Girl sangat melucukan juga a number from musical Into the Woods

2- Idina Menzel dengan John Travolta moment.

3- Reaksi J-LO dan Meryl Streep ketika Patricia Arquette memberi ucapan tentang kesaksamaan pembayaran gaji diantara wanita di USA

4- Lady Gaga yang classy dan suara yang sangat memukau

Emma Stone yang cute

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED